Anwar Ibrahim yang degil dan ungkal akan kecundang juga akhirnya..!

on May 15, 2013



Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim


Anwar ni kalau dia bolih kurangkan sikit degil dia.. bolih kawal sikit ungkal dia.. rasanya lebih baik dan lebih selamat untuk dia. Silapnya Anwar, kekadang dia melatah.. Walaupun dia jarang melatah.. tetapi sesekali dia melatah.. impak negatif memantul balik kepadanya. Ini amat bahaya.

Terjahan Anwar berkaitan panggilan telephone Barack Obama kepada Najib, saya kira satu kesilapan besar. Puak syaitan dikenali dengan bantuan akhbar penfitnah terkemuka negara, Utusan Malaysia akan spin terjahan Anwar ini seligat mungkin dan puak haram jadah itu akan mengatakan "Anwar agen Yahudi, Anwar agen Amerika" kerna Anwar mengadu kepada Barack Obama! Selepas itu Anwar tak perlu buat kerja lain; jelajah lagi seluruh negara hanya untuk memperbetulkan kenyataannya yang telah dispinkan itu! Maka, para pencacai Anwar akan buat kesekian kalinya melaungkan kata-kata keramat mereka "Hidup Anwar!" dan bersorak dijalanan hingga larut malam.

Nota: Perbedaan antara 'Penyokong" dan "Pencacai"


Penyokong; Menyokong tindakan Anwar jika difikirkan ianya baik untuk Anwar dan baik juga untuk rakyat. Penyokong juga akan mengkritik Anwar jika dianalisa ianya bakal mencederakan Anwar.


- Pencacai; Menyokong tindakan Anwar tanpa berfikir samada ianya baik ataupun tidak. Pencacai juga tidak mempunyai kewibawaan menganalisa sesuatu perkara berdasarkan keperluan semasa bersendikan tempat dan masa. Justeru perkembangan minda para pencacai yang terencat, mereka tidak mempunyai keberanian untuk mengkritik. Period!

Anwar, kalau ante teruskanlah dengan sikap ungkal ante tu, percayalah ante kecundang juga akhirnya!



 Malaysiakini melaporkan:


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq.

"Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu.

Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.



Photobucket

BUKTI BARU MASUK :- 24 petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi...!

on





PETALING JAYA 15 MEI: KEADILAN mendedahkan satu lagi bukti penemuan terbaru berhubung penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.
Menurut Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Besut.
Sai
“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat parti, petang semalam.

“Kini kita (Pakatan) ada 29 kawasan Parlimen yang mempunyai bukti kukuh menjelaskan dakwaan kita berhubung penyelewengan pilihan raya,” kata Saifuddin yang enggan mendedahkan sebuah lagi kawasan lain.
Menurutnya lagi, salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli.
“Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan,” katanya.
Pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menang memperolehi 35,232 undi menewaskan calon PAS, Riduan Mohamad Nor 26,890 undi dengan majoriti 8,342.
Isnin lalu, Rafizi memberitahu, terdapat 27 kawasan Parlimen yang akan disiasat dan membuat petisyen bantahan berhubung penipuan pilihan raya.





Photobucket

ANALOGI MUDAH...... Kenapa Badminton Tidak Bolasepak...?

on





Analogi mudah: Anda  bersama pasukan bolasepak anda ada 11 orang pemain. Gol di sebelah pasukan anda lebih kecil. Anda pastikan pengadil ialah adik kembar anda. Anda akan masukkan pemain tambahan bila-bila masa sahaja tanpa beritahu pengadil dan tanpa keluarkan pemain sedia ada.

Pasukan anda boleh sumbat gol dengan tangan selain anggota lain. Tidak ada istilah offside bagi pihak pasukan anda. Budak kampung kata curi ayam.

Kalau pasukan lawan sumbat gol, pengadil akan batalkan gol dengan mengatakan offside walaupun tidak benar. Pasukan anda pun terdiri dari pemain tempatan, termasuk 4 pemain import dari Bangladesh, Cambodia, Myanmar dan Indonesia.


Akhirnya pasukan anda menang 3-2, tetapi kesemua 3 gol itu dengan menggunakan tangan, offside dan pengadil hadiahkan penalti tanpa sebab.

Lalu dengan megah sambil mengangkat dada dan hidung, anda menjaja seluruh kampung bahawa pasukan bolasepak anda menang 3-2 mengalahkan pasukan lawan. Dan anda berkata pasukan andalah paling hebat dan andalah pemain terbaik perlawanan itu.

Kalau anda diletakkan dalam situasi ini, dan anda seorang yang ada maruah dan harga diri serta integriti, tergamakkah anda berbuat seperti ini?

Ini hanyalah analogi mudah yang sering kita dengar dalam ceramah pemimpin Pakatan Rakyat mengenai perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara Malaysia tercinta yang telah merdeka dari penjajah lebih 56 tahun ini. Namun, kerana NAFSU besar mahu terus berkuasa, segala pertimbangan akhlak mulia, harga diri, integriti hatta perkara salah-laku yang jelas dapat dilihat pun tidak dapat dinilai dengan benar.

Kalau anda masih tak faham dengan analogi di atas, memang anda seorang yang bengap! 







Anda pilih badminton atau bolasepak. Jangan setakat guna logik akal sahaja. Fakta sebenar harus diambil  kira juga.


Photobucket

PKR DAN UMNO PERANGAI NYA SAMA DAN SERUPA...?

on






Minta kebenaran nak komen,, pimpinan PKR,, tolonglah,, janganlah duk ikut budaya Umno, walaupun ramai pimpinan PKR datangnya dari Umno,,, kalau umno, pihak atasan buat salah diam aja,, contoh Dr Mahathir terlibat dalam pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas PRU13 baru-baru ini, sehingga calon BN tarik diri,,,

Apa tindakan Badan Displin Umno terhadap Mahathir,, zero beb,,, 

Apakah PKR pun nak tiru budaya Umno...,, tolonglah... fahamilah akar umbi,,, mereka yang buat kerja untuk kemenangan PR nak ke Putrajaya..





Dan ini attachment yang dia sertakan sekali...







 









Photobucket

BLACKOUT 505 DI KUANTAN...!

on


















Perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' di Kuantan malam tadiyang terpaksa bertukar lokasi ke Dataran Rakyat berdepan dengan Markas PKR di Jalan Beserah, atas "nasihat polis" dikhabarkan "tidak " mendapat sambutan langsung.

Lokasi asal yang dicadangkan bagi perhimpunan 'Black 505' itu adalah di Padang Mahkota Aman di Kuantan.

Bagaimanapun, terpaksa memindahkan lokasi perhimpunan tersebut, hasil rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan semalam. 


Pegawai polis dalam pertemuan tersebut antara lainnya memberi alasan bahawa perhimpunan berkenaan tidak mengikut peruntukan seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.


Polis juga menyatakan bahwa lokasi asal merupakan padang awam yang tidak mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah Kuantan.


Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd Jasmani Yusoff dilapor berkata perhimpunan itu adalah perhimpunan haram kerana penganjur tidak memaklumkan perkara itu dalam tempoh 10 hari kepada polis sepertimana yang diperuntukan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.



Photobucket

Apabila Pelan A Dan B Tidak Boleh Menangkan BN, Apakah Faktor Saat-Saat Terakhir Yang Telah Memberikan Kemenangan Kepada BN...?

on




SUDAH ramai orang membuat analisis keputusan PRU13. Melainkan kaum kerabat BN, terutama daripada puak Umno, tentu sekali tidak ada satu pun analisis merumuskan betapa pilihan raya umum Malaysia edisi ke-13 ini telah dilaksanakan sejujur, setelus serta mematuhui setiap peruntukan undangundang langsung dan tidak langsung bersabit dengan perjalanan pilihan raya umum.

Membuka tirai episod pilihan raya umum kali ini adalah pendedahan demi pendedahan (dilengkapi bukti kukuh) bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memperbetulkan atau memang sengaja tidak mahu memperbetulkan senarai pengundi dalam daftar pengundinya.

Dan sebaik sahaja hari pengundian semakin hampir, lebih tepat setelah proses pengundian pos dilaksanakan, terbongkarlah rahsia bagaimana dakwat yang sepatutnya kekal hingga tujuh hari selepas seseorang memangkah kertas undi sebenarnya hanya kekal paling lama pun tujuh jam sahaja (dalam kes tertentu barangkali hanya tujuh minit).


Pelbagai alasan dan helah diberikan oleh SPR termasuk cerita kanak-kanak kononnya kerani mereka terlupa menggoncang botol dakwat tersebut.

Namun apapun alasan, ia menjurus kepada akan adanya sesuatu yang tidak kena dengan proses pengundian pada hari mengundi 5 Mei. Beberapa hari sebelum itu, pemimpin BN serta mereka yang rapat dengan parti berkenaan melahirkan keyakinan tinggi betapa BN akan menang besar walaupun sebelum itu bibitbibit kekalahan parti tersebut adalah sesuatu yang sukar untuk disangkalkan oleh sesiapa sahaja yang melanggan kepada sebuah pilihan raya yang bebas dan terus.

Malah kebimbangan, keresahan serta kerisauan prospek tewas ini jelas terbayang di wajah hampir setiap pemimpin BN.

Dengan strategi persempadanan semula tidak lagi dapat dilaksanakan kerana kekurangan keahlian dua-pertiga di Dewan Rakyat pada penggal lalu serta rombongan pengundi hantu juga sesuatu yang sudah tidak lagi dapat dilakukan kerana pelbagai amaran tindakan yang bakal diambil oleh petugaspetugas parti lawan, atau mungkin juga kerana tipu daya ini sudah jelas diketahui umum, maka baki opsyen yang ada bagi memanupulasikan­ keputusan dirasakan sudah tiada.

Setidak-tidakny­a itulah dirasakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang memerhatikan atau akhirnya tersedar apakah sebenarnya yang memungkinkan adanya ahli Parlimen BN yang pernah menang tipis dengan majoriti beberapa ratus undi mampu mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum selepas itu dengan majoriti puluhan ribu undi.

Hal seperti ini mungkin tidak akan dan tidak mungkin berlaku di sebuah negara yang demokrasinya maju di mana pemimpinnya jujur kepada diri sendiri dan rakyatnya.

Tentulah tidak masuk akal seseorang yang sudah menjadi tidak popular sama sekali di kalangan penyokong asalnya lima tahun kemudian, bukan sahaja mampu meraih jumlah populariti asalnya malah menambah pula dengan jumlah begitu besar.

Namun akhirnya kita tidak perlu hairan. Ini adalah Malaysia di mana pemerintahnya bukan sahaja membuat acuan demokrasinya sendiri tetapi meminda prinsip asas amalan dan sistem politik tersebut.

Maka itu sebabnya tidak ada pemisahan/­pengasingan jelas di antara eksekutif, penggubal undang-undang dan kehakiman.

Suruhanjaya-sur­uhanjaya yang sepatutnya bebas sama sekali daripada politik atau penjawat politik dan boleh bertindak ke atas sesiapa sahaja hatta ke atas Perdana Menteri atau Menteri Kabinet diletakkan di bawah Kementerian di mana laporan dan keputusan terakhirnya dibuat oleh orang politik yang akan mengambil kira kepentingan politik diri dan partinya.

Disebabkan adanya amalan songsang inilah maka menjelang hari-hari terakhir sebelum hari pengundian pada 5 Mei lalu, BN melahirkan keyakinan jitu akan menang. Tidak ramai yang sudah lupa bagaimana calon BN Parlimen Shah Alam dengan segala wajah keegoan peringkat tertingginya melahirkan bagaimana BN akan 110 peratus menang.

Ramai tertanya apakah pelan B, plan C, pelan D dan seterusnya yang akan dilaksanakan oleh BN setelah semua propaganda pra-pilihan raya gagal memberikan hasil dan keputusan sebagaimana dikehendaki.

Akhirnya semuanya terjawab apabila sekali lagi dakwat yang digunakan tidak kekal dan memungkinkan wujudnya kumpulan serta skuad tertentu yang mengundi beberapa kali di beberapa pusat mengundi dan juga di beberapa kawasan Parlimen dan Dun berlainan.

Ia juga terjawab apabila tidak semena-mena berlakunya keadaan di mana bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba ketika proses pengundian sedang dilakukan di sekian banyak pusat pengiraan undi dan di beberapa negeri.

Selain daripada itu ada juga kisah mengenai pengundi hantu yang dibawa dengan kenderaan biasa individu persendirian atau cerita mengenai peti undi dibawa dengan teksi dan cuba dibawa masuk menerusi pintu belakang.

Sama ada cerita ini benar atau tidak, itu adalah persoalan lain.

Apa yang lebih penting untuk difikirkan apakah faktor saat-saat terakhir yang telah memberikan kemenangan kepada BN ini?

Dan sejauh mana pula faktor terakhir ini bermoral dan boleh dipertimbangkan­ adil baik di dunia atau di akhirat.

Jawapannya tentulah hanya orang BN sahaja yang mengetahuinya.



penburukonline
Photobucket

Pakatan sahut cabaran Umno, jemput SPR jawab dakwaan

on







PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berharap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sedia menerima pelawaan Pakatan Rakyat bagi menjawab segala persoalan yang timbul sewaktu pilihanraya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei yang lepas.

Ini berikutan cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan agar Pakatan menjemput SPR menjelaskan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pelawaan itu tidak boleh ditolak kerana beliau sendiri sudi hadir apabila dijemput Umno.

"Kita bersedia menjemput Pengerusi SPR untuk bertemu dan berdialog bersama pimpinan Pakatan Rakyat mengenai pelbagai persoalan yang timbul sewaktu PRU13.

"Kita harap beliau sudi menerima jemputan kita sebagai tanda keadilan beliau, jika beliau sanggup menerima jemputan dari Umno kenapa tidak Pakatan Rakyat," jelasnya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat akan mengemukakan setiap persoalan yang timbul bersertakan fakta dan bukti, dan sebagai Pengerusi SPR, Abdul Aziz perlu menjawab setiap persoalan tersebut.

"Pada pertemuan nanti kita akan kemukakan segala persoalan dan kemuskilan yang timbul sewaktu PRU13, banyak bukti dan fakta kita perolahi.

"Jadi saya harap sebagai pengerusi sebuah agensi yang mengendalikan pilihanraya, beliau (Abdul Aziz) perlu menjawab kesemua persoalan yang dikemukakan tanpa ada sebarang kekeliruan," katanya petang tadi.

Saifuddin yang turut memberitahu Ahmad Maslan yang sebelum ini menyatakan Pakatan Rakyat tidak berani berdepan dengan Pengerusi SPR perlu membantu pertemuan tersebut.

Katanya lagi, jika Abdul Aziz menolak jemputan Pakatan Rakyat untuk berdialog, Ahmad perlu memainkan peranan utama agar pertemuan dapat dilaksanakan.

"Pakatan Rakyat harap Ketua Penerangan Umno dapat membantu agar pertemuan ini dapat direalisasikan.

"Jika Abdul Aziz menolak, beliau (Ahmad) perlu membantu agar petemuan dapat diadakan, kita Pakatan Rakyat tidak takut untuk berhadapan dengan Pengerusi SPR," sambung beliau lagi.

Sementara itu, Saifuddin turut memberitahu Pakatan Rakyat dibawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mengumpulkan segala bukti penipuan dan penyelewengan yang berlaku pada PRU13 5Mei lepas.

Lebih 29 kawasan parlimen dikenalpasti wujud penipuan sehinggakan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.



Photobucket

Senarai menteri kabinet 2013: Khairy akhirnya jadi menteri jugak....?

on




Kalau nak kira layak Khairy memang cukup layak dengan jawatan dia sebagai Ketua Pemuda Umno merangkap ketua Pemuda BN ditambah lagi dengan kemenangan majoriti besar pulak tu masa PRU13 lepas, tapi nak buat macamana Najib masih 'tak nampak' dia.



Senarai Menteri Kabinet Baru 2013

Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran 
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan 
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan 
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani


Photobucket

Politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam...!

on


Dendam sungguh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ni kat Anwar



Saya sedih apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz Khairuddin mencadangkan supaya parlimen membentangkan usul untuk melucutkan kerakyatan Anwar atas alasan beliau mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Pada saya tuntutan Saudara Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan.

Ini kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: “Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25.” Ini bermakna kerakyatan Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama sekali tidak boleh dilucutkan.
Perkara 26B(2) pula memperuntukkan: “...tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.”

Dengan melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan memalukan?

Saya tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk melucutkan taraf kerakyakan beliau. Sebaliknya, desaklah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List