Politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam...!

on May 15, 2013


Dendam sungguh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ni kat Anwar



Saya sedih apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz Khairuddin mencadangkan supaya parlimen membentangkan usul untuk melucutkan kerakyatan Anwar atas alasan beliau mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Pada saya tuntutan Saudara Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan.

Ini kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: “Tiada seorang pun yang dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25.” Ini bermakna kerakyatan Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama sekali tidak boleh dilucutkan.
Perkara 26B(2) pula memperuntukkan: “...tiada seorang pun boleh dilucutkan kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana negara.”

Dengan melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan memalukan?

Saya tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk melucutkan taraf kerakyakan beliau. Sebaliknya, desaklah supaya kerajaan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik dendam.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List