KISAH AHMAD SARBINI......???

on Jun 1, 2011










KEADILAN  merasakan seolah-olah wujud percubaan oleh pihak tertentu untuk menutup kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, allahyarham Ahmad Sarbaini. Ini kerana selepas hampir 2 bulan, tiada sebarang dakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak, sedangkan kes itu melibatkan pegawai tinggi kerajaan.













Justeru KEADILAN menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mendesak pihak polis melakukan siasatan segera. 
Hadir menyerahkan memorandum berkenaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran serta Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin. N Surendran berkata, sehingga kini polis gagal menyiasat insiden kematian itu, meskipun laporan polis dibuat isteri Allahyarham. 

Manakala penyiasat dari  SPRM  sendiri mendedahkan bahawa kakitangan dalamannya terlibat dalam insiden kematian itu. “Bahkan laporan polis telah dibuat oleh balu mangsa, Maziah Manaf pada 2 Mei lalu bahawa pegawai penyiasat dari SPRM membuat pengakuan bahawa ‘orangnya’  terlibat dalam kematian tersebut. 
“Selepas hampir 2 bulan masih tiada tindakan atau tangkapan oleh polis. Keadaan ini seperti pengulangan kes yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock. Besar kemungkinan ada ‘foul play’ dalam kematian ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. 

Dalam memorandum tuntutan yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara hari ini, KEADILAN menuntut tindakan mengikut undang-undang dan prosedur jenayah dilakukan ke atas anggota SPRM yang bertanggungjawab. 
Kandungan memorandum itu menuntut siasatan segera ke atas laporan polis yang dibuat balu mangsa dan perkembangannya dimaklumkan segera kepada keluarga Ahmad Sarbani dan rakyat Malaysia. 

“Ketua Polis Negara dituntut memberi akujanji bahawa kesemua kes berprofil tinggi yang disiasat secara adil, cepat dan telus walaupun melibatkan agensi kerajaan lain,” jelas kenyataan tersebut yang dipetik. 
Seorang lagi Naib Presiden KEADILAN Tian Chua menegaskan, pihak berkuasa seperti tidak berperikemanusiaan apabila memandang ringan kes ini dengan melengah-lengahkan prosedur siasatan.

“Sedangkan dalam kes melibatkan ahli politik pembangkang, polis kelihatan ada tanggungjawab sosial. Mereka secara konsisten akan memaklumkan kepada media setiap perkembangan, tetapi tidak bagi kes ini. Walhal, kes ini lebih serius,” katanya kepada Keadilandaily ketika ditemui i perkarangan Balai Polis Bukit Aman. 
Sementara itu, Nurul Izzah Anwar mendakwa kelewatan kes ini adalah bukti bahawa pihak berkuasa melakukan penyiasatan terpilih.“Tidak ada petanda yang jelas dalam perkembangan siasatan. Persepsi masyarakat bahawa setiap aduan adalah serius. Untuk hal seperti ini perlu diberikan keutamaan,” katanya.

Izzah menuntut kerjasama pihak media menyebarluas tuntutan keluarga Sarbani seperti terkandung dalam laporannya kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menuntut jawapan dan siasatan terbuka punca kematiannya. 
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan, polis perlu menangani kes ini sebagai kes jenayah, dan bukannya politik. “Ini adalah isu kematian seorang pegawai kerajaan yang merupakan aset dan telah berkhidmat kepada negara. Apatah lagi, siasatan dilakukan terhadap Sarbani oleh SPRM merupakan usaha kerajaan untuk membasmi rasuah ke peringkat akar umbi,” katanya. 

Justeru, beliau menyeru kepada ahli Parlimen untuk membangkitkan perkara tersebut dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bakal berlangsung bulan ini. Terdahulu sebelum itu, memorandum 3 muka surat diserahkan kepada Ketua Polis Negara melalui pegawainya, ASP Rajvinder Kaur. 





NADIR BUMI DAN NYAWA RAKYAT MALAYSIA.......???

on










Setibanya kami di pejabat DAP Kuantan pagi itu, kelibat polis telah kelihatan. Lori lokap polis juga telah bersedia menunggu di situ. Jam 11 pagi, ramai orang termasuk warga emas dan kanak- kanak yang berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap projek Lynas tersebut. Keadaan menjadi sedikit tegang apabila pihak polis mula campur tangan.
Kami bukan degil dan enggan bersurai. Bukan juga untuk berlagak wira. Cuma sedikit diplomasi ditagih. Sebenarnya kami bersedia untuk bersurai jika diberi sedikit kebebasan bersuara. Sebaik sahaja kami berempat mempamerkan kain rentang yang berlogo radiasi lalu berbaring di atasnya untuk membuat  satu symbol “X” yang bermaksud bantahan, dalam masa 10 saat polis mengeluarkan arahan dengan berkata: “Angkat empat orang ini”. Kami dibawa naik ke dalam lori lokap.   Semasa tiba di balai polis Kuantan, tangan kami digari.

Kami bertanya: ”Kenapa kami digari? Kami bukannya pengganas”. Kemudiannya kami diberitahu bahawa ini adalah prosedur biasa untuk menjaga keselamatan polis sekiranya berlaku cubaan melarikan diri.
Sementara menunggu, polis meminta kami untuk menjalani ujian air kencing. Kami menolak lalu bertanya:”Kenapa nak buat urine test? Kami bukan terlibat dalam kes dadah ”, tetapi polis mendakwa kononnya ia prosedur baru.  Mujurlah salah seorang kawan kami adalah peguam menegas bahawa permintaan tersebut adalah tidak munasabah, jadi polis pun mengalah.
Seorang polis yang tidak memakai pakaian seragam datang untuk bermesra. Kami terkejut kerana dia berceramah pula dengan kami seperti mahu ”brain wash” kami.

Antara lain dia berkata: ”Saya rasa pelik, kamu masih muda tetapi kamu semua memilih jalan silap, kenapa nak buat bantahan begini? Negara kita aman… Sini bukannya Jepun. Jepun ada gempa bumi, itu bencana alam… Australia menolak projek tersebut tentu ada alasannya, dan kerajaan kita menerimanya juga mesti ada sebabnya, kenapa nak buat bantahan? Saya tak faham… kehidupan orang Cina pun agak baik di sini, kamu dapat banyak barang di sini, kamu ingat kamu  akan dilayan begitu baik di luar negara?.”
Kemudian Ketua Polis Dearah Kuantan OCPD Jasmani Yusoff pula menjemput kami duduk mendengar satu lagi ceramah yang panjang lebar. Yang dia tegaskan ialah polis menerima banyak aduan kerana aksi bantahan kami telah menghalang lalu lintas.



Selepas itu, kami diiringi ke pejabat polis yang berkenaan untuk mengambil kenyataan. Kami meninggalkan balai polis atas jamin mulut kira-kira pukul 4.30 petang dan diminta kembali ke Kuantan pada 15 Jun ini. Saya menelefon ibu dan ayah. Saya bimbang kesihatan mereka kalau-kalau mereka terkejut besar. Sebaliknya, semangat saya naik semula apabila ayat pertama dari ayah dalam telefon adalah: ”Adakah kamu jelaskan kepada polis apa yang kamu buat hari ini adalah demi nyawa dan kesihatan anak-anak mereka? ”



Mengimbas  kembali soalan-soalan polis, ada dua soalan yang saya rasa aneh dan pelik. Pertama: ”Adakah anda akan dapat elaun?” dan kedua: ”Adakah anda tolak kemajuan?”
Saya berasa sedih dan resah dengan soalan pertama. Apa yang saya buat adalah secara suka rela. Adakah seorang rakyat prihatin yang rela ditahan mendapat elaun? Ini mengingatkan saya kepada seorang makcik yang memakai T-shirt Barisan Nasional semasa kempen di satu pilihan raya kecil yang bertanya: ”Berapakah bayaran yang kamu dapat daripada pembangkang?”. Nampaknya dalam hati sesetengah orang, apabila kita berbuat sesuatu demi keadilan dan kebaikan masyarakat tanpa dibayar akan dianggap bodoh dan dungu.



Bagi soalan kedua, saya menjawab dengan penuh keyakinan: Kemajuan tidak boleh menggadai nyawa dan kesihatan.
Dalam hal ini, kita perlu mengkritik kerajaan yang sanggup menggadaikan maruah, menjejaskan kesihatan rakyat semata- mata untuk memperolehi keuntungan jangka pendek.
Bagi projek yang terbesar di dunia yang melibatkan bahaya radiasi dengan satu cadangan pengurusan sisa buangan yang besar, (kemudahan) simpanan dan pembuangan, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) Lynas diluluskan dalam masa tidak sampai satu bulan sahaja. Begitu pantas sekali. Sedangkan rakyat kita yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapat kelulusan tanah, hak milik dan sebagainya.
Kita juga perlu mengritik pelabur Australia Lynas yang cuba mengenepikan Basel Convention (persetujuan antarabangsa yang mengharamkan eksport atau import sisa bertoksid). Mereka merancang untuk mengimport bahan mentah untuk diproses secara sah lalu mengambil peluang ini untuk membuang sisa-sisa beradioaktif di luar negara.



Isu ini juga melibatkan ekonomi. Nadir bumi adalah elemen yang penting bagi produk berteknologi tinggi dan senjata moden. Oleh sebab pelombongan nadir bumi sentiasa membawa kesan buruk kepada alam sekitar, kebanyakan negera maju tidak melombongnya. Jadi, jikalau Lynas tidak memilih Malaysia sebagai tapak pelaburan, ia juga mungkin memilih negara kurang maju yang lain. Sedangkan kerajaan selalu kata Malaysia adalah negara wira dunia ketiga.
Dalam gerakan alam sekitar seperti kempen anti-nadir bumi, anti-nuklear dan anti-radiasi, isu yang paling ketara adalah “ketidakadilan alam sekitar” atau environmental injustice; sebahagian orang terpaksa menanggung risiko ancaman alam sekitar manakala sebahagian lagi menikmati pembuatan produk canggih tanpa membiayai kos externalityseperti kos pemulihan dalam pembangunan masyarakat selepas alam sekitar dimusnahkan.



Dalam isu Lynas ini, apa yang kita perlu sedari adalah kerajaan kita dan korporat Lynas telah mencapai satu persetujuan melalui pendekatan yang tidak telus dan tidak demokratik. Janganlah terus memujuk rakyat dengan mengatakan bahawa semua ini adalah ”kemajuan” sedangkan keselamatan nyawa, kesihatan dan kehidupan rakyat telah diabaikan.
Kita perlu tegas bertanya: Mengapakah kepentingan kita sebagai invidu dan rakyat Malaysia perlu dikorbankan? Dan diketepikan untuk siapa?


oleh Thing Siew Shuen



PKR MUNGKIN BERKUBUR.......???

on




Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk menghalang tindakan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) daripada membatalkanpendaftaran parti tersebut.
Permohonan itu difailkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) disini pada Selasa.

Turut difailkan ialah perintah larangan untuk menghalang ROS daripada membuat sebarang tindakan sehingga kes tersebut selesai.

Pemohon yang diwakili oleh peguam-peguam N. Surendran, Fadiah Nadwa Fikri, Latheefa Koya dan R. Sivarasa menamakan ROS selaku responden.
Berdasarkan alasan permohonan, pemohon mendakwa notis ROS bertarikh 9 Mei lalu agar PKR memberi sebab mengapa pendaftaran parti tidak boleh dibatalkan kerana didakwa memecat seorang ahli secara salah adalahtidak sah kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Pemohon juga mendakwa, tiada anggota bernama A. Rajagopal telah dipecat oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 1 April atau 27April 2009, selain tiada mesyuarat (MPT) diadakan pada tarikh tersebut.

Sebaliknya, pemohon mendakwa, ahli yang dipecat sebenarnya bernama A. Jayagopal dengan nombor keahlian K060000280 010 yang dipecat menerusi keputusan mesyuarat MPT yang diadakan pada 26 April 2009.

Pemecatan tersebut dilakukan atas alasan Jayagopal telah melanggar pekeliling Setiausaha Agung bertarikh 11 Mac 2009 apabila bertanding selaku calon bebas menentang calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Selambau.
Jayagopal memperoleh 36 undi pada PRK tersebut dan berdasarkan pekeliling parti, ahli yang mendaftarkan diri sebagai calon pada mana-mana PKR akan dipecat serta-merta tanpa merujuk kepada ahli berkenaan.

Justeru itu, pemohon mendakwa keputusan ROS adalah satu perkiraan yang tidak wajar dan satu salah guna kuasa kerana ia jelas merupakan satu keputusan yang tidak mempunyai asas yang mencukupi.
Pemohon juga mendakwa, keputusan ROS dibuat berdasarkan niat jahat dan bertujuan untuk menghalang PKR daripada mengambil bahagian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang akan datang.

Selain itu, pemohon juga mendakwa, keputusan ROS adalah satu perkiraan yang tidak wajar kerana keputusan itu adalah bersifat menindas dan merupakan pencabulan hak sesebuah parti politik.
Sementara itu, Surendran semasa ditemui berkata, adalah tidak munasabah untuk ROS membatalkan parti tersebut hanya kerana pemecatan seorang ahli sedangkan, PKR mempunyai 404,558 anggota, termasuk 26ahli parlimen.

"Ini adalah tindakan yang mempunyai motif tersembunyi dan cubaan untukmembantutkan perjalanan demokrasi pada PRU tidak lama lagi," katanya.
Beliau juga menambah, tindakan membatalkan pendaftaran parti adalah taktik yang digunakan oleh rejim seperti JUNTA tentera Myanmar yang mengharam Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang dipimpin oleh AungSan Suu Kyi.

"Amat menyedihkan perkara ini berlaku di negara kita," katanya dan menambah pihaknya akan mendapatkan tarikh awal pendengaran permohonan.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengapa ROS mengambil masa yanglama untuk menghantar notis berkenaan sedangkan pemecatan tersebutseperti yang didakwa responden berlaku pada tahun 2009.

"Adakah Barisan Nasional telah terdesak untuk memenagi PRU? Ini adalahperkara yang sangat serius," katanya.
Surendran juga mempersoalkan mengapa ROS tidak menghantar notis yang sama kepada UMNO pada tahun 1998 kerana memecat Saifuddin dan beberapa ahli lain yang dilihat berada di rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim yangsemasa itu baru dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Mengapa ROS tidak menghantar notis kepada UMNO yang mengancam untukmembatalkan pendaftaran parti itu? Bagaimanapun, bila ia melibatkanPKR, ROS terus menghantar notis," tambahnya.


KENAIKAN TARIF ELEKTRIK......KITA HARUS AJAR MEREKA.

on




Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad, sebelum disalur terus kepada pengguna.
“TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.

“Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.

Katanya, penjelasan kerajaan bahawa 4.4 juta isi rumah rakyat di negara ini tidak menerima kesan dari peningkatan itu juga tidak dapat diterima.
Ini kerana beban isi rumah akan terus meningkat berikutan kenaikan harga barang ekoran kenaikan tarif elektrik tersebut.

“Ini hanyalah dandanan kosmetik Barisan Nasional untuk menenangkan kritikan yang semakin memuncak terhadap sektor penjanaan tenaga.
“Hakikatnya, ia satu rompakan yang mengambil lebih banyak wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat korporat bagi menggantikan subsidi gas,” tegas Rafizi.
Beliau dalam masa yang sama membandingkan kos tenaga bagi penggunaan domestik di Thailand pada kadar 18.4 sen kilowatt/jam seunit berbanding 21.8 sen kilowatt/jam di Malaysia, sedangkan rakyat di Thailand tidak menerima subsidi elektrik.

Tarif baru yang diperkenal akan menjadi pampasan kepada TNB untuk menggantikan potongan subsidi gas akibat kenaikan harga gas asli dari RM 10.70 kepada RM13.70 setiap mmbtu.
“Sektor penjanaan elektrik dinegara ini dihantui oleh warisan perjanjian yang berat sebelah kerana TNB dipaksa untuk membeli elektrik pada kadar yang lebih tinggi dari kos dalamannya sendiri.
“Untuk mengimbangi harga elektrik yang tinggi, maka TNB dan IPP diberikan subsidi gas yang tinggi setiap tahun dan ditanggung Petronas.

Berikutan itu, katanya, negara bakal menyaksikan peningkatan harga barangan dan kadar inflasi kedua tertinggi dalam separuh dekad berikutan pengumuman kenaikan tarif tersebut.
Ia katanya, diakibatkan kesan berganda dari gabungan kenaikan harga petrol, dan dalam masa yang sama pendapatan boleh belanja rakyat semakin mengecil.-KeadilanDaily

Kerajaan rompak kita... Kita sepak mereka!
Kerajaan bebankan kita... Kita korbankan mereka!!
Kerajaan gandakan kesengsaraan kita.... Kita hantar mereka ke pintu 'neraka'
PRU 13 nanti, bulat semangat, perkuatkan tekad dan jom kita hajau mereka!! Sebab... tanpa kerajaan UMporNO@BN, rakyat pasti lebih sejahtera dan terbela.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List