TS Khalid :- Tokoh Korporat Atau Ahli Politik.......???

on Jan 6, 2011

Umum mengetahui bahawa MB Selangor sekarang adalah bekas seorang korporat yang pernah mengendalikan bisnis besar dan berjaya. Beliau tidak dilihat sebagai seorang ahli politik sebelum terjun ke dunia politik dan secara amat cepat memegang tampuk pemerintahan negeri paling maju di Malaysia.

Isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru bagi negeri Selangor adalah ujian paling besar yang dihadapi oleh Khalid. Ujian ini akan menjadikannya ahli politik yang berjaya atau ahli korporat yang keparat.

Kemelut yang berlaku sekarang boleh dibaca sebagai kelekaan menteri besar. Kalau anda biasa dengan penyambungan kontrak tugas anda, biasanya 6 bulan sebelum kontrak tamat, usaha untuk menyambung atau menamatkan kontrak telah dimulakan. Jawatan S/U kerajaan negeri bukan satu jawatan yang kecil dan umum mengetahui bahawa jawatan tersebut membawa implikasi yang besar, namum MB kelihatan seolah mengambil enteng mengenainya sehingga orang baru dinamakan untuk jawatan tersebut.

Kita tahu bahawa perlantikan Khusrin adalah satu usaha UMNO untuk circumvent pengurusan negeri Selangor. Sepatutnya MB juga telah lama baca keadaan ini dan sepatutnya juga telah bertindak secara pre-emptive supaya suasasa sentiasa dalam kawalan beliau.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh MB mengenai kuasa sultan Selangor dan peranan sultan Selangor juga bukan menjulang MB kepada kedudukan yang lebih kukuh, tetapi meletakkan beliau dan kerajaan negeri Selangor sekarang situasi menghalakan tanduk terhadap istana.

MB Khalid kelihatan membuat multiple error, dengan mengatakan bahawa perlembagaan negeri Selangor akan dipinda untuk mengembalikan kuasa sultan, dan segera dijawab oleh istana ... tunjukkan draf dulu...

Saya tidak pasti sekiranya PR Selangor mempunyai cukup undi untuk meminda perlembagaan negeri. Tetapi apa yang dihebohkan oleh pihak lawan ialah mereka tidak punya undi yang cukup untuk tjuan sedemikian.

Di sinilah letaknya kelicikan seorang ahli politik yang berwibawa. Kita mahu lihat Khalid boleh menterbalikkan keadaan ini daripada kemelut sekarang, di mana ahli kerajaan negeri Selangor sekarang mahu tidak mahu terpaksa menghadhiri majlis angkat sumpah Kusrin, kepada suatu keadaan yang menguntungkan beliau dan PR.

Kalau Khalid pandai bersilat politik, pindaan perlembagaan itu yang akan menjerat UMNO. Walaupun undi tidak cukup, kerajaan PR berusaha untuk mengembalikan kuasa sultan. Kalau UMNO dan BN tidak sokong, maknanya merekalah yang derhaka dengan sultan.

Untuk hari ini Khalid kena hadhir majlis sultan, kerana ada dua tiga acara yang dilangsungkan bersama sama dengan majlis angkat sumpah Khusrin.

Kau lulus yang ini, baru kau lulus SPM, Khalid

Adun PKR Sri Muda Di Tangkap Polis.....???

on

Susu Ibu Jadikan Anak Lelaki Lebih Cerdas Tetapi Bukan Untuk Anak Perempuan.....???

on

UK- Kajian mendapati bahawa kanak-kanak  lelaki yang menyusu  ibunya sekurang-kurangnya 6 bulan mempunyai otak yang cerdas dalam bidang matematik, kemahiran membaca dan menulis [3M] berbanding kanak-kanak yang minum susu formula, tetapi tidak berkaitan dengan kanak- kanak  perempuan. 

Kajian tersebut melibatkan kanak- kanak berumur 10 tahun antara kanak-kanak menyusu ibu dan susu formula.   Penyelidik dari University of Western Australia’s Telethon Institute for Child Health Research telah melakukan ujian standard ke atas 1038 anak laki-laki dan perempuan yang berumur 10 tahun.

Analisis mengambil kira kelas sosial, taraf pendidikan ibu dan jumlah masa yang dihabiskan untuk ana
k
membaca.  

Susu ibu kaya dengan asid lemak amat penting untuk perkembangan selotak tetapi para penyelidik tidak pasti   mengapa ia hanya memberi kesan menguatkan mental  untuk anak laki-laki sahaja.
Ini berkemungkinan bahawa otak anak-anak perempuan sudah menerima makanan daripada estrogen hormon seks. Justeru lemak sihat dalam susu ibu adalah khusus untuk meningkatkan otak anak lelaki supaya setara dengan mental anak perempuan. 

Susu ibu juga boleh melindungi bayi terhadap obesiti, eczema dan telinga, dada dan jangkitan perut.
Murid-murid perempuan di UK pada umumnya lebih baik pencapaiannya daripada murid-murid lelaki. Namun bagi murid-murid lelaki yang telah menyusu ibu sekurang-kurangnya 6 bulan didapati 9% lebih tinggi pencapain mereka dalam kemahiran 3M berbanding murid-murid yang minum susu formula.  Dalam beberapa kes, peningkatan ini cukup besar untuk menutup jurang pencapaian antara murid-murid perempuan dan laki-laki. 

Apa yang berlaku ke atas pelajar-pelajar di negara kita juga menunjukkan jurang  pencapaian yang amat ketara berdasarkan  jantina. Kebanyakan pelajar cemerlang di sekolah-sekolah adalah pelajar perempuan. 
Hal ini mungkin disebabkan  pada peringkat awal penyusuan  bayi,  kebanyakan ibu memberikan susu formula yang secara langsung memberikan impak terhadap perkembangan otak  kanak-kanak lelaki. Lain pula halnya dengan kanak-kanak perempuan kerana mereka sudah dibekalkan dengan makanan dari estrogen hormon seks ibunya sejak dalam kandungan dan secara langsung perkembangan otak kanak-kanak perempuan mendahului kanak-kanak lelaki. 
Kepada ibu-ibu, ayuh mari sama-sama berikan hak yang sepatutnya kepada bayi lelaki terutamanya  supaya mereka dapat bersaing dengan anak-anak perempuan.

 sumber : -   dailymail.co.uk

Rahsia pesawat berkuasatinggi China bocor kepada AS.....???

on

J-20 stealth jet fighter China's 


Majalah Aviation Week yg berpusat di Amerika telah menyiarkan gambar sebuah kapalterbang perang milik China yg menjadi ‘rahsia’ dari pengetahuan dunia setakat ini. Gambar kapalterbang yg menjadi rahsia pertahanan China itu dirakam ketika sedang menluncur naik disebuah lapanganterbang khas di Chengdu China.
teks selanjutnya, klik tajuk


Aviation Week berkata tiada kawalan ketat semasa latihan itu dan kebocoran rahsia ketika latihan kapalterbang ‘siluman’ milik China itu tidak membuat kerajaan China kecewa.

Pesawat tempur baru itu dikatakan kalis sebarang radar dan dinamakan J-20 ianya dikatakan oleh pemerhati pesawat itu sebagai mirip kepada pesawat pejuang khusus F-22 & F-35 milik Amerika Syarikat yg mampu ‘melarikan diri’ tanpa dapat dikesan.





J-20 dikatakan mirip pesawat pejuang ini F-35 Amerika

Sebuah artikel kecil yg disiarkan Global Times Tiongkok mengenai kewujudan pesawat itu baru baru ini, barulah membuat masyarakat luar tahu China turut memiliki pesawat pejuang berteknoloji tingi.




J-20 stealth jet fighter

Jurucacakap pertahanan China mengatakan rencana untuk memiliki pesawat itu pada 2011 dan bakal beroperasi pada 2017 nanti. Namun begitu Menteri Pertahanan Amerika Robert Gates berkata, dia tidak yakin dengan hasrat itu akan tercapai, paling kurang katanya hanya pada 2020 nanti.

Menurut andaian beberapa orang pakar, pesawat China itu lebih besar dan berkemampuan terbang jauh dan berupaya membawa bahan peledak ‘yang berat’, tambahnya pesawat itu agak lebih ‘besar’ dari perkiraan kami.

Siapa VIP Yang Melindungi Kelab Gay.......???

on



Pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan malah dipercayai 'dilindungi' golongan orang kenamaan (VIP).

Seperti 'tidak boleh disentuh', agensi penguat kuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang.

Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti

sumber  :- Utusan Malaysia


Nauzubillah...teringat semasa sekolah dulu ustaz menceritakan  satu kisah atau peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Nabi Luth kerana disebabkan kaumnya yang telah sesat mengamalkan budaya hubungan sejenis, maka Allah menurunkan bala ke atas negeri tersebut dengan memerintahkan malaikat Jibril mengangkat negeri Sadum ke atas tinggi sekali lalu menterbalikkan dan menghempaskannya sehingga hancur sehancur-hancurnya.  

Kemudian diturunkan hujan batu dari langit sementara dari dalam tanah pula keluar api sehingga musnah semuanya kecuali Nabi Luth serta kaumnya yang taat dan beriman kepada Allah swt. Oh Malaysiaku...

Rogol Amah : Mana SKMM? Kenapa Rais lambat menafikan? tanya Rocky Bru

on

Datuk Ahirudin Atan (Rocky) bersama TG Nik Aziz
Jangan lah jealous ya



Ada pihak yang memberikan jawapan tentang kenapa Rais Yatim mengambil masa yang panjang untuk menafikan tuduhan Merogol Amah yang dilemparkan terhadapnya oleh Rocky Bru..

Katanya pada masa Rocky Bru menyiarkan artikel mengenai isu ini, Rocky Bru hanya menulis "seorang menteri" telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007 dan bukannya ditulis Rais Yatim telah terlibat dalam kes rogol pembantu rumah pada tahun 2007.


Rasanya nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu telah mula tersebar dan menjadi bahan siaran selepas tiga hari sahaja Rocky Bru menyiarkan artikelnya itu..

Nama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim itu walaupun telah dihitamkan tapi bayangnya masih kelihatan pada dokumen terakhir yang disiarkan oleh BigDogDotCom.. kemudiannya tersebar didalam artikel ini “Nah!! Nama menteri itu jelas terpapar dalam laporan ini” pula..

Kalau dikira dari tarikh dokumen itu disiarkan oleh BigDogDotCom iaitu 28 Disember hingga ke semalam iaitu 05 Januari 2011 ianya lebih kurang satu minggu..

Satu minggu?? Lama lah tu.. kalau nak dibandingkan dengan penafian yang Anwar buat mengenai pendedahan oleh WikiLeaks bahawa beliau telah masuk perangkap liwat yang hanya dinafikan dalam masa kurang dari 24 jam rasanya..


Dakwaan amah dirogol: Mana SKMM, tanya Rocky

Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto atas bersama TG Nik Aziz) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bra Daripada Permata, Berlian Bernilai RM 7 Juta Termahal Di Dunia.....???

on


Bra bernilai USD 2 juta dollar Amerika sedang diperagakan oleh seorang model , Adriana Lima di Victoria's Secret Soho Store, New York. Bra yang diperbuat daripada butiran 3000 berlian putih, permata , dan batu nilam hasil rekaan Damiani Jewelers merupakan antara yang termahal di dunia.











Harga Getah Melambung Tinggi......???

on

Kes curi getah meningkat




KERDAU – Lebih 5,000 penduduk dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di 10 kampung dekat Kerdau terpaksa bergilir-gilir menjaga ladang untuk mengelakkan hasil getah dicuri penjenayah.

Dengan harga getah mencecah RM7 sekilogram, mereka terpaksa menubuhkan pasukan rondaan dan membina pondok bermalam di ladang getah gara-gara kegiatan mencuri getah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Abdul Hamid Jainal, 62, berkata, sepanjang bulan Disember tahun lepas, sebanyak 12 kejadian mencuri getah berlaku di kampung itu.

“Bagi mengelakkan kegiatan itu berleluasa, Rela dengan kerjasama penduduk dan pemilik ladang menjalankan rondaan serta berjaga pada waktu malam.

“Langkah yang diambil Rela, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk untuk melakukan rondaan serta berkawal berjaya membendung kejadian itu,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka akan terus melakukan rondaan secara bersepadu untuk memastikan kejadian mencuri getah tidak berulang.

Menurutnya, sebanyak 85 peratus daripada 5,000 penduduk dari 10 kampung itu bekerja sebagai penoreh getah manakala yang lain berniaga sendiri, bekerja kilang dan sebagainya.

“Penduduk di sekitar Temerloh dinasihatkan supaya sentiasa mengawal hasil ladang mereka untuk mengelakkan ia menjadi sasaran penjenayah berikutan terletak jauh dari penempatan penduduk.

“Masalah kecurian getah bukan sahaja berlaku di Kerdau dan Temerloh malah membabitkan kawasan lain memandangkan harganya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, terdapat penoreh yang mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sehari namun mereka terpaksa berdepan pelbagai ancaman termasuk kegiatan kecurian yang berleluasa sejak akhir-akhir ini. 

SH


Harga getah tertinggi dalam sejarah negara

LABIS 6 Jan. - Harga pasaran getah SMR 20 yang kini mencecah paras RM15.06 sekilogram merupakan kadar tertinggi kenaikan harga komoditi itu yang dicapai dalam sejarah negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kenaikan harga berkenaan sekali gus memberi kebaikan kepada pekebun kecil dengan mendapat keuntungan yang tinggi kepada mereka.

"Unjuran kenaikan ini merupakan unjuran yang tinggi. Getah adalah komoditi yang stabil. Kalau harga turun pun, ia tidak banyak.

"Saya lihat dari segi purata, kalau mereka (pekebun kecil) mempunyai dua hektar tanah, mereka mendapat RM5,600 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen tanam semula peringkat Johor, di sini, hari ini - Bernama

Lantikan Khusrin sebagai SUK, Umno/BN tolak perlembagaan - Mat Sabu...

on

Pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Muhammad Khusrin Munawi  selaku Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilihat satu pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan yang dilakukan kerajaan Umno/BN.
Demikian telahan AJK PAS Pusat, Mohammad Sabu (Mat Sabu) pada 4 Januari lalu ketika mengulas lantikan kontroversi Khusrin yang tidak dipersetujui kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mat Sabu berkata, kes pelantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno/ BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan politik mereka.
"Seharusnya mengikut amalan biasa, pelantikan itu mesti mendapat nasihat dari Menteri Besar atau ketua Menteri bagi membabitkan negeri, sementara Perdana Menteri bagi jawatan membabitkan kerajaan pusat.

"Tetapi dalam kes Khusrin ini, Umno/BN melanggar perlembagaan sekaligus mematikan perlembagaan dengan tidak merujuk kepada Menteri Besar Selangor," katanya.
Sambil menyifatkan ia satu rencana politik oleh Umno/BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Mat Sabu menuduh kerajaan Umno/BN sekali lagi mematikan amalan demokrasi di negara ini.

Baginya, Umno/BN sejak selepas pilihan raya umum 2008, sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun.
Justeru beliau mahu rakyat Selangor menghukum kebobrokan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan menolak parti tersebut termasuk di peringkat kerajaan pusat. 

Sementara itu, beberapa blog hari ini memaparkan apa yang diilakukan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri  Sidek Hassan dengan melantik Khusrin yang bertaraf Gred Jusa C ke jawatan Gred Jusa A amatlah meragukan.

Ramai yang menyimpulkan ianya satu tindakan yang menafikan hak-hak golongan penjawat awam dari Gred Jusa B untuk naik ke Gred Jusa A.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah berpendapat baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap Sultan Selangor mengenai isu pelantikan Dato’ Khusrin Munawi sebagai SUK. Perkembangan terbaru itu menyebabkan kesahihan perlatikan Khusrin masih terumbang-ambing.

"Majlis mengangkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar Selangor tidak akan berlangsung Khamis (5 Januari)," kata Khalid dalam satu kenyataan akhbar 3 Januari lalu.
Khalid seterusnya menegaskan sehingga isu pelantikan ini selesai, Khusrin tidak akan dibenar menyertai mesyuarat-mesyuarat penting Kerajaan Negeri.

"Khusrin tidak akan hadir sebarang perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor," tambah beliau.
Dalam pertemuan itu juga, Sultan Selangor mencadangkan kepada Khalid supaya beliau berbincang semula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik. Lanjutan itu, sepucuk surat akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara  bagi tujuan perbincangan.

Dalam perkembangan sama, Khalid berkata pihaknya akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi meminda undang-undang berkaitan perlantikan pegawai kanan negeri.

“Ia berujuan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar,” katanya.

Pelantikan Khusrin sebelum ini dibantah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor kerana namanya tidak termasuk dalam senarai pendek yang diberikan kepada istana Selangor.
Khusrin juga dilantik Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

 PAS setuju tuduhan menteri rogol amah disiasat

on


PAS menyambut baik cadangan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu isu dakwaan seorang menteri merogol pembatu rumah Indonesia, diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Sambil mengalukan penafian keterlibatan yang dibuat Rais semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mahu isu itu disiasat dengan segera kerana ianya membabitkan nama baik negara dan mampu menjejaskan hubungan serantau Malaysia-Indonesia.

Di Indonesia, NGO yang mendedahkan isu ini, Migrant Care akan membuat satu sidang media khas sebagai menjawab isu ini selepas laporan mereka didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudiannya media khasnya laman web dan blog di Malaysia.

"Kita setuju bahawa isu ini perlu disiasat. Kita minta polis menyiasat dakwaan dalam blog-blog yang telah mendedahkan perkara ini.

"Kita tidak mahu nama baik Malaysia terjejas dan juga menjatuhkan imej Rais Yatim," kata Mahfuz ketika mengulas kenyataan Rais.

Semalam, Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan membuat penafian berhubung dakwaan bahawa beliau terlibat mrogol pembantu rumah warga Indonesia.

Penafian itu dibuat selepas banyak pihak mendesak beliau tampil membersihkan nama ekoran beberapa blog melaporkan penglibatannya dalam kes itu.

Beliau mendakwa ianya tuduhan yang dicetuskan penulis liar blog dan parti politik pembangkang.

Sehubungan itu beliau pihak yang terlibat membuat tuduhan tersebut disiasat mengikut lunas undang-undang.

Rais turut memaklumkan beliau dan keluarga, sedia memberi kerjasama membantu siasatan dan menerima apa sahaja keputusan siasatan akhir nanti.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu siasatan menyeluruh dan telus dilakukan.

"Siasatan mesti menyeluruh. Kalau ada nama yang pelu untuk polis pergi ke Indonesia, polis kena pergi la," katanya lagi.

Sementara itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini adalah ciptaan permainan politik berkepentingan.

"Wanita Keadilan menganggap ini sebagai suatu tuduhan keras dan Rais Yatim patut segera memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga mendesak kerajaan mengantung tugas menteri penerangan itu buat sementara dan berkuat-kuasa serta merta bagi menjamin sebuah pentadbiran yang benar-benar bersih, sehingga keputusan siasatan selesai. 

Pilihan Raya Umum Serentak Pasti Bakal Berlaku.........???

on




Pilihan Raya Umum Serentak Pasti Bakal Berlaku Selepas Anwar Ibrahim Dihumbankan Semula Ke Penjara Sg.Buluh Sebelum Bulan Julai 2011 Nanti





Mutakhir ini, berbagai usaha dan agenda yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN dalam usaha mereka untuk menarik kembali undi rakyat kepada parti itu dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semakin hari, mereka dilihat semakin gusar dengan pengaruh pembangkang. 

Banyak tindakan memalukan dan mengarut dilihat berlaku mutakhir ini. Semuanya mengesahkan lagi kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN sudah semakin kemaruk dan"gila meroyan" untuk terus mengekalkan kuasa. Malahan, dek kerana takut tertewas dalam pilihanraya umum akan datang, maka Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengatakan bahawa "tidak ada parti lain akan menang kiranya BN tewas". 

Tambah mengejutkan ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau turut melaungkan kenyataan bahawa UMNO akan tetap pertahankan Putrajaya walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Semua ini mengesahkan kepada kita bahawa mereka sudah tahu yang suara rakyat bisa menghumbankan pakatan karat itu dalam pilihanraya umum nanti. 

Anehnya, dalam keadaan tahu dan gusar penolakan rakyat terhadap mereka itu pun PM sanggup menyiksa rakyat. Omongan kosong "rakyat didahulukan" hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Inilah yang telah berlaku kepada rakyat Malaysia.

Bukti, PM Najib kata petrol tidak akan dinaikkan lepas PRU12 dulu
Selepas Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada Pak Lah dulu, beliau rupanya telah meneruskan tradisi "mendera rakyat"dengan menaikkan berbagai harga barangan seperti minyak petrol diesel, gula, gas dan sebagainya. 

Bukan sekali, malah berkali-kali, bayangkan dalam masa tempoh Nov-Jan minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak tiga kali. Soalnya sekarang, kenapa ini berlaku jika benar UMNO BN mahu menarik kembali suara rakyat agar menyokong mereka?

Sikap Alpa Puak UMNO Bakal Jahanamkan BN

Ini membuktikan puak-puak mereka sebenarnya, sudah terlalu terdesak untuk menagih simpati rakyat sebenarnya. Lantaran itu, mereka alpa dan terlupa bahawa apa yang diucapkan dan dijanjikan itu akhirnya tidak kesampaian. Kini, rakyat jelata marah dan memberontak atas desakan ekonomi yang kian mencengkam sekarang.

 Terkini, terdapat ura-ura minyak kelapa juga pasti akan dinaikkan jika melihat kepada senario semasa. Janjilah apa saja, namun rakyat kini sudah tidak yakin dan percaya lagi dengan kenyataan "dusta" itu sebenarnya. Mereka melihat, jangka hayat UMNO BN kini sudah menghampiri penghujungnya. BN akan menjadi seperti parti LDP di Jepun tidak lama lagi. 

Semuanya itu akibat sikap"tidak sedar diri" dan "kerakusan" untuk terus mempertahankan kuasa. Penyelamat mereka sekarang ini hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sudah pasti merangka strategi baru untuk memastikan parti itu terus berkuasa. Namun, segalanya kini dilihat akan berubah terutamanya dengan kemasukan begitu ramai pengundi muda. 

Mereka kini terpaksa bergantung kepada talian hayat "Sabah dan Sarawak" semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Justeru itulah terdapat ura-uraPilihanraya Negeri Sarawak terpaksa diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Ia berasaskan kepada, jika dibuat berasingan maka PM Najib gusar Sarawak akan menjadi seperti Batu Sapi yang dirampas oleh pembangkang. 

Tambahan pula, jika dibuat berasingan ia akan melemahkan kekuatan BN itu sendiri biarpun mereka mengawal seluruh media arus perdana. Ia berikutan, ramai pemimpin dan jentera parti pembangkang sudah pasti akan berkampung di sana apabila ia dibuat berasingan. Inilah yang menakutkan Najib sebenarnya, ditambah lagi dengan reputasi Ketua Menteri Sarawak yang kian merudum akibat skandal penyelewengan.

Pilihanraya Serentak Untuk Kekalkan Kuasa BN

Maka itulah, kemungkinan besar ia PRU-13 diadakan serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak itu semakin menjadi kenyataan. Maknanya, pilihanraya umum "mahu atau tidak" pasti akan diadakan sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Julai 2011 ini. 

Justeru itu, inilah yang menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan dalam PRU-13 nanti, hatta mempengaruhi SPR untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya nanti. 

Lantaran itulah juga, kita tidak hairan apabila ramai pemimpin pembangkang yang terdiri daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Sivarasa dan Karpal Singh digantung enam bulan dari menghadiri sidang parlimen. Semua ini memungkin, ura-ura persempadanan semula itu dilakukan sebenarnya. Itu belum termasuk lagi dengan tindakan"jahat" pihak SPR yang sudah mula memindahkan nama-nama pengundi ke kawasan lain seperti apa yang berlaku di beberapa buah negeri yang diperintah oleh pembangkang (pakatan rakyat) sekarang ini. 

Maknanya, mereka pasti akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan kemenangan tercapai dalam apa jua keadaan sekali pun. Kini, terdapat juga maklumat terbaru yang mengatakan SPR akan membuat undang-undang baru yang mewajibkan pengundi berdaftar membuang undi di kawasan tempat tinggal mereka yang sah. Maknanya, mereka tidak lagi dibenarkan mengundi di kampung halaman atau tempat asal mereka seperti yang berlaku sekarang. 

Jika undang-undang baru ini dilaksanakan, maka sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada UMNO BN. Tambahan pula, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah pasti akan memainkan peranan untuk menukarkan nama-nama pengundi ke kawasan hitam dan kelabu. Semua ini bagi memastikan kubu kuat pembangkang dapat dilumpuhkan.

Pilihan Raya Berlaku Selepas Anwar Terpenjara

Tidak cukup dengan itu, kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimpula "diserang bertubi-tubi" oleh mereka. Tidak cukup dengan menggantung Ketua Umum PKR itu, kini terdapat maklumat yang mengatakan Anwar pasti akan dijatuhkan hukuman bersalah atas"konspirasi liwat II" yang sedang beliau hadapi sekarang. 
Biarpun terdapat seribu keraguan dan penipuan fakta terhadap kes tersebut, ditambah lagi dengan berbagai halangan untuk pihak yang tertuduh mendapatkan salinan dokumen dan senarai saksi kes. Semua ini memungkinkan Anwar pasti akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh selewat-lewat dalam suku pertama tahun ini atau selewat-lewatnya antara bulan Mei hingga bulan Jun nanti.
 Maka, mengikut skrip selepas Anwar dipenjara barulah PM Najib berani membubarkan parlimen dan mengadakanPilihanraya Umum Ke-13 itu sebenarnya. Pilihan itu sahaja yang ada ditangan mereka sekarang. Mereka tidak melihat kemarahan rakyat andai Anwar dipenjarakan atas kes yang meragukan itu. Malah, rakyat juga melihat Anwar sebenarnya adalah mangsa kes liwat II ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan. 
Tambah mengejutkan, sekitar penghujung tahun 2008 dulu juga mantan Perdana Menteri Malaysiaiaitu Mahathir Mohamad juga pernah membuat kenyataan terbuka bahawa Anwar tidak bersalah dan segala tuduhan yang dilemparkan oleh beliau terhadapnya adalah rekaan semata-mata. Sila rujuk video sebagai bukti kenyataan itu.

Video ekslusif, bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim dizalimi sebenarnya


Apapun yang berlaku, rakyat diminta bertenang dan bersabar atas segala kemungkinan ini. Fokus yang wajar diberikan sekarang ialah Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini. Biarpun semua yang didedahkan ini mungkin sekadar spekulasi, namun rakyat diminta berhati-hati dengan permainan media arus perdana yang terus menyerang pembangkang sekarang ini.



 Bukan sahaja Anwar yang diserang, malah kini mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan pula Kerajaan Negeri Selangor menerusi perlantikan SUK baru yang dilihat proksi Khir Toyo itu sebenarnya. Kini, jelas terbayang diruang mata kita, apakah tragedi yang berlaku di Perak akan berulang kembali di Selangor. Tambahan pula, tindakan membenarkan SUK Kushrin berada dalam pentadbiran kerajaan negeri samalah juga seperti mereka meletakkan CCTV dan kamera yang dijumpai dalam bilik MB suatu ketika dulu. 


Mungkin masa sahaja yang akan menentukannya. Namun, apa yang jelas tindakan memporak-perandakan Selangor ini dilihat ada kaitan dengan isu pembubaran DUN itu sendiri. Ini kerana terdapat ura-ura Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan bubarkan DUN biarpun parlimen dibubarkan oleh Najib tidak lama lagi. Inilah yang menakukkan UMNO yang sedaya upaya mahu merampas semula negeru "lubuk emas" itu daripada pembangkang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Teruskan perjuangan !!


caduk dari  : - http://pahangdaily.blogspot.com


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List