Pilihan Raya Umum Serentak Pasti Bakal Berlaku.........???

on Jan 6, 2011




Pilihan Raya Umum Serentak Pasti Bakal Berlaku Selepas Anwar Ibrahim Dihumbankan Semula Ke Penjara Sg.Buluh Sebelum Bulan Julai 2011 Nanti





Mutakhir ini, berbagai usaha dan agenda yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN dalam usaha mereka untuk menarik kembali undi rakyat kepada parti itu dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Semakin hari, mereka dilihat semakin gusar dengan pengaruh pembangkang. 

Banyak tindakan memalukan dan mengarut dilihat berlaku mutakhir ini. Semuanya mengesahkan lagi kepada kita bahawa puak-puak UMNO BN sudah semakin kemaruk dan"gila meroyan" untuk terus mengekalkan kuasa. Malahan, dek kerana takut tertewas dalam pilihanraya umum akan datang, maka Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengatakan bahawa "tidak ada parti lain akan menang kiranya BN tewas". 

Tambah mengejutkan ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau turut melaungkan kenyataan bahawa UMNO akan tetap pertahankan Putrajaya walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Semua ini mengesahkan kepada kita bahawa mereka sudah tahu yang suara rakyat bisa menghumbankan pakatan karat itu dalam pilihanraya umum nanti. 

Anehnya, dalam keadaan tahu dan gusar penolakan rakyat terhadap mereka itu pun PM sanggup menyiksa rakyat. Omongan kosong "rakyat didahulukan" hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga semata-mata. Inilah yang telah berlaku kepada rakyat Malaysia.

Bukti, PM Najib kata petrol tidak akan dinaikkan lepas PRU12 dulu
Selepas Najib mengambilalih tampuk pemerintahan negara daripada Pak Lah dulu, beliau rupanya telah meneruskan tradisi "mendera rakyat"dengan menaikkan berbagai harga barangan seperti minyak petrol diesel, gula, gas dan sebagainya. 

Bukan sekali, malah berkali-kali, bayangkan dalam masa tempoh Nov-Jan minyak petrol RON97 dinaikkan sebanyak tiga kali. Soalnya sekarang, kenapa ini berlaku jika benar UMNO BN mahu menarik kembali suara rakyat agar menyokong mereka?

Sikap Alpa Puak UMNO Bakal Jahanamkan BN

Ini membuktikan puak-puak mereka sebenarnya, sudah terlalu terdesak untuk menagih simpati rakyat sebenarnya. Lantaran itu, mereka alpa dan terlupa bahawa apa yang diucapkan dan dijanjikan itu akhirnya tidak kesampaian. Kini, rakyat jelata marah dan memberontak atas desakan ekonomi yang kian mencengkam sekarang.

 Terkini, terdapat ura-ura minyak kelapa juga pasti akan dinaikkan jika melihat kepada senario semasa. Janjilah apa saja, namun rakyat kini sudah tidak yakin dan percaya lagi dengan kenyataan "dusta" itu sebenarnya. Mereka melihat, jangka hayat UMNO BN kini sudah menghampiri penghujungnya. BN akan menjadi seperti parti LDP di Jepun tidak lama lagi. 

Semuanya itu akibat sikap"tidak sedar diri" dan "kerakusan" untuk terus mempertahankan kuasa. Penyelamat mereka sekarang ini hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sudah pasti merangka strategi baru untuk memastikan parti itu terus berkuasa. Namun, segalanya kini dilihat akan berubah terutamanya dengan kemasukan begitu ramai pengundi muda. 

Mereka kini terpaksa bergantung kepada talian hayat "Sabah dan Sarawak" semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Justeru itulah terdapat ura-uraPilihanraya Negeri Sarawak terpaksa diadakan serentak dengan Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Ia berasaskan kepada, jika dibuat berasingan maka PM Najib gusar Sarawak akan menjadi seperti Batu Sapi yang dirampas oleh pembangkang. 

Tambahan pula, jika dibuat berasingan ia akan melemahkan kekuatan BN itu sendiri biarpun mereka mengawal seluruh media arus perdana. Ia berikutan, ramai pemimpin dan jentera parti pembangkang sudah pasti akan berkampung di sana apabila ia dibuat berasingan. Inilah yang menakutkan Najib sebenarnya, ditambah lagi dengan reputasi Ketua Menteri Sarawak yang kian merudum akibat skandal penyelewengan.

Pilihanraya Serentak Untuk Kekalkan Kuasa BN

Maka itulah, kemungkinan besar ia PRU-13 diadakan serentak dengan Pilihanraya Negeri Sarawak itu semakin menjadi kenyataan. Maknanya, pilihanraya umum "mahu atau tidak" pasti akan diadakan sebelum tamat tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Julai 2011 ini. 

Justeru itu, inilah yang menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan dalam PRU-13 nanti, hatta mempengaruhi SPR untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya nanti. 

Lantaran itulah juga, kita tidak hairan apabila ramai pemimpin pembangkang yang terdiri daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Sivarasa dan Karpal Singh digantung enam bulan dari menghadiri sidang parlimen. Semua ini memungkin, ura-ura persempadanan semula itu dilakukan sebenarnya. Itu belum termasuk lagi dengan tindakan"jahat" pihak SPR yang sudah mula memindahkan nama-nama pengundi ke kawasan lain seperti apa yang berlaku di beberapa buah negeri yang diperintah oleh pembangkang (pakatan rakyat) sekarang ini. 

Maknanya, mereka pasti akan mencuba sedaya upaya untuk memastikan kemenangan tercapai dalam apa jua keadaan sekali pun. Kini, terdapat juga maklumat terbaru yang mengatakan SPR akan membuat undang-undang baru yang mewajibkan pengundi berdaftar membuang undi di kawasan tempat tinggal mereka yang sah. Maknanya, mereka tidak lagi dibenarkan mengundi di kampung halaman atau tempat asal mereka seperti yang berlaku sekarang. 

Jika undang-undang baru ini dilaksanakan, maka sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada UMNO BN. Tambahan pula, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah pasti akan memainkan peranan untuk menukarkan nama-nama pengundi ke kawasan hitam dan kelabu. Semua ini bagi memastikan kubu kuat pembangkang dapat dilumpuhkan.

Pilihan Raya Berlaku Selepas Anwar Terpenjara

Tidak cukup dengan itu, kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahimpula "diserang bertubi-tubi" oleh mereka. Tidak cukup dengan menggantung Ketua Umum PKR itu, kini terdapat maklumat yang mengatakan Anwar pasti akan dijatuhkan hukuman bersalah atas"konspirasi liwat II" yang sedang beliau hadapi sekarang. 
Biarpun terdapat seribu keraguan dan penipuan fakta terhadap kes tersebut, ditambah lagi dengan berbagai halangan untuk pihak yang tertuduh mendapatkan salinan dokumen dan senarai saksi kes. Semua ini memungkinkan Anwar pasti akan dihumbankan semula ke Penjara Sg.Buloh selewat-lewat dalam suku pertama tahun ini atau selewat-lewatnya antara bulan Mei hingga bulan Jun nanti.
 Maka, mengikut skrip selepas Anwar dipenjara barulah PM Najib berani membubarkan parlimen dan mengadakanPilihanraya Umum Ke-13 itu sebenarnya. Pilihan itu sahaja yang ada ditangan mereka sekarang. Mereka tidak melihat kemarahan rakyat andai Anwar dipenjarakan atas kes yang meragukan itu. Malah, rakyat juga melihat Anwar sebenarnya adalah mangsa kes liwat II ini dan bukannya Saiful Bukhari Azlan. 
Tambah mengejutkan, sekitar penghujung tahun 2008 dulu juga mantan Perdana Menteri Malaysiaiaitu Mahathir Mohamad juga pernah membuat kenyataan terbuka bahawa Anwar tidak bersalah dan segala tuduhan yang dilemparkan oleh beliau terhadapnya adalah rekaan semata-mata. Sila rujuk video sebagai bukti kenyataan itu.

Video ekslusif, bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim dizalimi sebenarnya


Apapun yang berlaku, rakyat diminta bertenang dan bersabar atas segala kemungkinan ini. Fokus yang wajar diberikan sekarang ialah Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini. Biarpun semua yang didedahkan ini mungkin sekadar spekulasi, namun rakyat diminta berhati-hati dengan permainan media arus perdana yang terus menyerang pembangkang sekarang ini.



 Bukan sahaja Anwar yang diserang, malah kini mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan pula Kerajaan Negeri Selangor menerusi perlantikan SUK baru yang dilihat proksi Khir Toyo itu sebenarnya. Kini, jelas terbayang diruang mata kita, apakah tragedi yang berlaku di Perak akan berulang kembali di Selangor. Tambahan pula, tindakan membenarkan SUK Kushrin berada dalam pentadbiran kerajaan negeri samalah juga seperti mereka meletakkan CCTV dan kamera yang dijumpai dalam bilik MB suatu ketika dulu. 


Mungkin masa sahaja yang akan menentukannya. Namun, apa yang jelas tindakan memporak-perandakan Selangor ini dilihat ada kaitan dengan isu pembubaran DUN itu sendiri. Ini kerana terdapat ura-ura Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan bubarkan DUN biarpun parlimen dibubarkan oleh Najib tidak lama lagi. Inilah yang menakukkan UMNO yang sedaya upaya mahu merampas semula negeru "lubuk emas" itu daripada pembangkang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Teruskan perjuangan !!


caduk dari  : - http://pahangdaily.blogspot.com


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List