Nombor plat 'MCA' hanya untuk ahli MCA........???

on Sep 23, 2010



Nombor plat MCA: Kong Cho Ha kemuka surat sebagai bukti

PUTRAJAYA - Kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan abjad 'MCA' yang dikatakan hanya untuk anggota parti MCA mempunyai kebenaran jika sepucuk surat yang didedahkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dijadikan bukti.

Setiausaha Agung MCA itu menunjukkan surat tersebut kepada pemberita hari ini selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat 'MCA' yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat 'MBY', hanya dikhususkan untuk anggota MCA.


"Saya ada surat ini bertarikh 17 Feb, 2010. Saya tak perlu cakap apa-apa, ada surat," katanya di sini.

Ditanya mengenai kandungan surat itu, Kong berkata:"Ia berkenaan siapa yang bercakap benar dan siapa yang tidak."

Surat tersebut yang kemudian diberi kepada pemberita didapati ditulis Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat, yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan.

Surat itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.

Ong dalam laporan akhbar hari ini menafikan desas-desus bahawa beliau telah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat tersebut, bagi dikhususkan kepada MCA.

Diminta mengulas lanjut isu tersebut, Kong yang ditemui selepas jamuan Aidilfitri kementeriannya berkata beliau akan membatalkan arahan tersebut.

"Siapapun tidak berhak menempah nombor untuk MCA. Ia adalah sebahagian nombor pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan JPJ mengikut setiap negeri," katanya.

Sementara itu mengenai Ops Sikap Ke-22 yang berakhir Jumaat lepas, Kong berkata walaupun terdapat pengurangan daripada segi jumlah kemalangan dan kematian berbanding Ops Sikap terdahulu, statistik kematian masih tinggi.

"Kami masih tidak puas hati, kami berpandangan masih banyak usaha harus diambil khususnya untuk menukar pemikiran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya sebab rakyat kita belum ada satu budaya keselamatan jalan raya," katanya.

Ops Sikap Ke-22 merekodkan sejumlah 16,817 kemalangan berbanding 17,335 tahun sebelumnya, manakala jumlah kematian yang direkodkan adalah 244 berbanding 265 pada tahun sebelumnya.


Sinar Harian

Kayveas sahkan BN bela gangster.......???

on

Gejala gengsterisme melibatkan kaum India didakwa berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin politik di kalangan kaum tersebut yang 'membela' mereka.
Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mendakwa, tindakan itu bertujuan mengekalkan pengaruh politik dan melindungi kegiatan tidak bermoral pemimpin yang bersikap talam dua muka itu.

Sehubungan itu katanya, beliau sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk memberikan maklumat tentang beberapa pemimpin politik kaum India yang didakwanya 'membela' gengster-gengster berkenaan.
"Terdapat segelintir pemimpin politik daripada kaum India di negara ini yang membela dan menggunakan gengster sebagai orang suruhan mereka.

"Pemimpin politik seharusnya menjadi contoh kepada rakyat. Tetapi, bagaimana kaum India mahu mencontohi pemimpinnya sedangkan mereka sendiri membela gengster bertujuan mencapai kepentingan diri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zaman Khan yang meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera bagi mengekang gejala gengsterisme melibatkan kaum India.

Menurut beliau, ini kerana kumpulan gengster itu mampu bertindak ganas dan kejam berdasarkan beberapa kes yang berlaku sekitar 1980-an.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia turut meminta polis memberi perhatian terhadap gejala gengsterisme di kalangan kaum India yang semakin memuncak.

Mengulas lanjut, Kayveas mencabar pemimpin politik kaum India di negara ini supaya menafikan bahawa mereka 'membela' gengster.

"Saya bukan sengaja membuat tuduhan ini. Malah saya sendiri pernah diberi amaran oleh gengster milik seorang pemimpin politik India yang telah kehilangan kuasa dalam parti politik,'' katanya.

Sehubungan itu katanya, masyarakat India tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya terlibat dalam gejala tersebut kerana pemimpin mereka sendiri menyimpan gengster.

"Bagaimana anak murid (masyarakat India) ingin bebas daripada gejala gengsterisme sedangkan guru (pemimpin politik India) membela gengster?" katanya.

 Sejarah pembunuhan yang dikaitkan dengan BN-UMNO.

1. Satu kampung muslim di Memali, Kedah dibunuh.

2. Datuk UMNO Taha Gemencheh, N9.

3. Samad Gul Kelantan.

4. Padang Terap oleh Najib Razak.

5. Mona Fendi.

6. Datuk Norjan. Wanita UMNO mati ketika berzina di Hotel Sabah.

7. Norita.

8. Timbalan Pengerusi MIC Johor mati ditembak.

9. Ketua Pemuda MIC Hulu Langat ditembak.

10. Adun Lunas dari MIC, Dr. Xavier Fernandez mati ditembak.

11. 2 penjenayah anak kepada seorang pengerusi MIC cawangan di Taiping, mati ditembak.

12. Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh ditemui mati bersama-sama Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat.

13. Altantuya.

14. Teoh Beng Hock.

15. Rangka yang ditemui di Bangunan Umno Bahagian Kuala Terengganu, 6 Februari 2005, disahkan sebagai remaja perempuan yang dicekik secara kejam sebelum disumbat dalam almari di bangunan itu.

16. Bekas Ketua Umno cawangan Felda Mengkawang, Asimah Abdul Rahman, 51, mati dibunuh dengan kejam di rumahya di Felda Mengkawang.



Aduka Taruna

NURUL IZZAH : BAKAL PRESIDEN PKR.........???

on




Ramalan  mungkin akan menjadi kenyataan kelak. Dalam artikel yang lalu(Zaid Ibrahim Sahkan Wan Azizah Presiden Boneka PKR),  ada menyentuh political game Anwar Ibrahim yang sudah mengatur perjalanan politik Nurul Izzah. Parti Anak Beranak!


Tiada yang mustahil jika membabitkan seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini.


Perlu diingat bagaimana liciknya Anwar Ibrahim sewaktu menjawat Naib Presiden UMNO mati mati mengeluarkan kenyataan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Tun Ghafar Baba. Alasan mendapat pencalonan dari majoriti perwakilan yang mahukan beliau bertanding, akhirnya Anwar mengiakan yang beliau bertanding bagi mencabar Tun Ghafar Baba.



Lihat bagaimana strategi politik Anwar Ibrahim menentang dan membunuh karier politik Tun Ghafar Baba setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Politik suka menggembar gemburkan sesuatu dan politik masuk bakul angkat sendiri telah menjadi amalan Anwar Ibrahim sejak dalam ABIM lagi.
Sudah timbul desas desus Nurul Izzah akan bertanding jawatan Naib Presiden PKR dan kita hanya menunggu untuk mendengar alasan U Turn ini. Nurul Izzah sebenarnya sudahpun mendapat 8 pencalonan untuk jawatan tersebut. Sebahagian besar pencalonan adalah dari group Zaid Ibrahim.


Sungguhpun begitu, Zaid Ibrahim masih belum boleh berfikir secara matang dan waras bahawa beliau akan dijadikan kambing hitam bagi acara permainan politik anak beranak ini. Bukan sesuatu yang aneh kerana Zaid Ibrahim bukanlah ahli politik yang bijak.


Anwar Ibrahim sudahpun mengarahkan dan telah wujud blog blog untuk menghentam peribadi Zaid Ibrahim dan skandal politik wang sewaktu beliau didalam UMNO dahulu. Zaid Ibrahim dipergunakan sengan secukupnya untuk menaikkan Nurul Izzah dengan menggandingkan anaknya bersama Zaid Ibrahim.



Karier politik Zaid Ibrahim bakal berkubur setelah tamat pemilihan parti pada November 2010. Itu yang pasti! Anwar sebenarnya hanya mahu mempertahankan legasi dan membina empayar poltik setelah gagal berbuat demikian sewaktu berada dalam UMNO.


Wujudnya cakap politik gandingan kem Anwar dan Azmin sebenarnya hanyalah untuk mengabui mata penyokong dan para perwakilan hasrat sebenar Anwar Ibrahim. Dan yang paling malang, rakyat terus menerus diperbodohkan dengan permainan politik gembar gembur Anwar Ibrahim.


Beliau sebenarnya hanya mahu menyekat karier Azmin yang sudah menjadi liabiliti dan duri dalam daging. Azmin terlalu banyak meyimpan rahsia rahsia besar Anwar Ibrahim. Sekali lagi  ditekankan, di dalam politik tiada yang mustahil. Kawan akan menjadi lawan dan lawan akan terus dibakar menjadi arang.



Anwar Ibrahim mahu mempercepatkan perkembangan karier politik anaknya supaya dapat mengimbangi Azmin Ali. Keupayaan, kuasa politik dan pengaruh Azmin Ali sudah cukup untuk menggugat Anwar Ibrahim jika tidak diwujudkan satu lagi anak emas. Siapa lagi jika tidak Nurul Izzah.


Rakyat harus melihat Pemilihan PKR 2010 dari segenap sudut sebelum mengiakan wujudnya kem Anwar Azmin dan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Zaid Ibrahim dan pertelingkahan kuasa di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.


Rakyat perlu ingat dengan permainan politik Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah pembohong! Sudah berapa kali Anwar Ibrahim berbohong

Untuk makluman, pembohongan demi pembohongan Anwar Ibrahim telah wujud sejak beliau di dalam UMNO dan paling ketara mengenai Akta Universiti.


Sudah berapa kali Anwar Ibrahim berjanji untuk meminda dan memansuhkan akta berkenaan, tetapi nsampai ke hari ini setitik noktah atau sepatah perkataan dalam akta tersebut tidak terusik.


Sumber :- mediawangsamaju.

Mangsa terbaru Suspek Utama kes Sosilawati : Ahli Perniagaan dari Taiping....

on



BANTING: The number of people believed killed at a poultry farm near here rose to seven as calls mounted for the Attorney-General to engage the assistance of top criminal lawyers to structure an iron-clad case.

Police today confirmed the latest case involves businessman Thevaraj Shanmugam, 28, from Taiping, whose missing person’s report — linked to the main suspect, a lawyer — has been upgraded to a murder inquiry.
An eighth case involving housewife T. Selvi, who was slashed to death outside her house in Taman Chempaka here in 2008 has also been linked to the lawyer.

Police said today there were strong indications that Thevaraj who had business dealings with the lawyer and his brother, also a legal mind, was killed.

Police believe all seven, including cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya and her three aides, could have been murdered at the poultry farm, owned by the lawyer, at Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

None of the bodies has been found.

Thevaraj was among three people listed as missing by police investigating the murders of Sosilawati, her lawyer, financial adviser and driver.

The others are Kedah businessman Mohd Shafiq Abdullah, 37, and Indian millionaire A. Muthuraja, 34.

As the count in the ghastly farm murders increased, a cross-section of society has urged the Attorney-General to seek the experience of top criminal lawyers in what appears to be a complex case.

“The involvement of top criminal lawyers would be of immense help to investigations and subsequent prosecutions,” said a senior lawyer.

There are provisions in the law for the government to appoint private practitioners to assist the prosecution or a coroner as in the case of the Teoh Beng Hock inquest.

The Attorney-General has returned investigation papers into the murder of Sosilawati and three others to the police and asked them to probe deeper.

Tan Sri Abdul Gani Patail has also given several specific instructions to the police on the areas to cover. He had also asked the police to investigate other cases said to be linked to the suspects.

Sosilawati, 47, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, bank officer Noorhisham Mohammad, 38, and her driver Kamaruddin Shamsuddin, 44, went missing on Aug 30 after they went to Banting to discuss a land deal.

The four were believed killed, their bodies burnt and the ashes thrown into a river near Ladang Gadong.

Eight suspects, including two lawyer brothers, have been arrested in connection with the killings.

Police had also arrested two more suspects in connection with Muthuraja's disappearance.

Police have asked family members of Thevaraj, Mohd Shafiq and Muthuraja to provide DNA samples for comparison with evidence found at the crime scene.

It is not immediately known when Thevaraj went missing but Mohd Shafiq was last seen by his wife on April 5 while Muthuraja, who had several business dealings with the two brothers, had been missing since he came to Malaysia on Jan 18.

Mohd Shafiq’s wife, Samson Nahar Mohd Dali, lodged a missing person’s report on April 13. Several days later, Samson Nahar went to Mohd Shafiq’s rented apartment in Meadow Park 2 in Jalan Kuchai Lama here and found her husband’s belongings, including his passport.

She found one of the lawyer brother’s business card among his belongings.

His car, which was stripped of almost all its parts, was found abandoned at Port Klang in early May.

She was asked by police to identify his leather-strap wristwatch that was found at the poultry farm when she went to the Banting police station on Sept 12.

Muthuraja’s wife Usharani only lodged a police report about his disappearance on Sept 8.

She did not lodge a missing person’s report with the Chennai police although she had contacted the Interpol liaison officer there about his disappearance in last February.

Jaminan Azmin Sekiranya Menang :- Zaid tak akan dilupakan....???

on

Naib Presiden PKR Azmin Ali memberi jaminan sekiranya beliau menang dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, akan masih ada tempat dalam parti untuk pesaing utamanya Datuk Zaid Ibrahim.


Menurut Azmin, ini kerana PKR merupakan sebuah parti yang sentiasa memberikan ruang kepada semua orang, termasuk anggota baru seperti bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Beliau (Zaid) juga ada kekuatannya utuk membantu parti. 

"Percayalah, sekiranya saya diterima oleh anggota (PKR) sebagai timbalan presiden, Datuk Zaid juga akan diberikan peranan penting untuk meneruskan khidmat beliau dalam PKR, untuk mengukuhkan parti, (dan) menyediakan parti untuk menyertai pilihan raya yang akan datang," katanya.

Dalam pemilihan PKR hujung tahun ini, Azmin sebagai calon popular untuk jawatan timbalan presiden dijangka bakal ditentang hebat Zaid sebagai pencabar utama. 

Setelah 78 cabang bermesyuarat setakat ini, Azmin mendahului dengan 43 pencalonan, Zaid mendapat 21 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 10 pencalonan.

Kesetiaan, kesetiaan, kesetiaan
Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Bangsar semalam, Azmin bagaimanapun berkata peranan pasti kepada Zaid bagaimanapun perlu dibincangkan secara dalaman dalam parti terlebih dahulu. 

"Kalau saya putuskan (sendiri), sahlah presiden itu boneka. Saya tidak boleh buat keputusan secara peribadi, memang tidak pernah kita buat keputusan sendiri dalam parti," katanya.


Selama ini pun, tambahnya, bukan saja Zaid, terdapat juga pemimpin lain diberikan peranan penting dalam PKR seperti bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng yang dilantik sebagai anggota biro politik selepas menyertai parti itu.

Terus menafikan mempunyai 'chai' (gandingan), dalam wawancara panjang hampir dua jam, Azmin juga mendedahkan asas manifestonya, dengan slogan "Reformasi Menuju Putrajaya" yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Tiga pendekatan yang mahu ditegaskannya, meliputi usaha untuk memperkukuhkan idealisme perjuangan, menekankan kesetiaan dan perpaduan dalam parti serta memantapkan kerjasama dan pentadbitan.

Bersandarkan penglibatan 26 tahunnya berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan antara tokoh awal gerakan reformasi 1998 yang merintis kepada penubuhan PKR, Azmin mengibaratkan tawarannya bagi bertanding jawatan itu sebagai satu "penyerahan kad laporan".

"Saya yakin anggota parti akan mampu membuat keputuan secara matang," katanya penuh diplomasi.

Malam pertama memang indah
Tetapi, jika dibandingkan dengan Zaid yang lantang menyuarakan sesuatu pandangan, Azmin - yang sudah masak dengan 'sepak terajang' dalam PKR - bagaimanapun lebih berhati-hati dalam tutur katanya.


Malah, ahli parlimen Gombak itu terdiam hampir sepuluh saat ketika ditanya secara langsung penilainnya terhadap prestasi Zaid dalam parti setakat ini.

Memaklumkan tidak mengenali rapat Zaid yang "sangat baru" dalam PKR, Amin berkata bekas menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang itu lebih dikenalinya melalui media.

"Bagaimanapun, saya sambut baik penyertaannya dalam PKR. Dan untuk rekod, DUN saya, Bukit Antarangsa antara yang pertama anjurkan majlis besar untuk alu-alukan Datuk Zaid dalam PKR," katanya.

"Tetapi sudah tentu, ini macam kahwin. Malam pertama memang indah. Bulan pertama lagi indah. 

"Tetapi lepas enam bulan, kamu mesti hadapi realiti, terumanya apabila menghadapi pemilihan parti. Ahli kena buat pilihan mereka sama ada terima calon A atau B."

Rosmah Pembazir Wang Rakyat.......???

on

Oleh: edyesdotcom

"KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengumumkan bahawa sidang kemuncak "First Ladies" bakal diadakan bermula 11 Oktober hingga 13 Oktober ini. Menurutnya, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

Beliau berkata, lebih daripada 20 wanita pertama dari seluruh dunia dijangka hadir untuk mewujudkan satu platform baru dalam meningkatkan kesedaran dunia global bagi menceburi bidang pelaburan, pembangunan, kebajikan dan pendidikan.
 
Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses Kuala Lumpur.

Oleh : edyesdotcom
Putrajaya International Convention Centre atau dalam singkatannya PICC adalah satu kemegahan yang melengkapkan Putrajaya sebagai sebuah bandaraya pengurusan pemerintahan pintar negara. Tetapi malangnya ia tidak langsung menarik perhatian 'wanita ulung' negara untuk mengadakan konvensyen yang melibatkan wanita ulung seluruh dunia.

Memilih hotel Palace of The Golden Horses, iaitu satu-satunya hotel bertaraf 6 bintang di negara ini sebagai venue untuk meraikan 20 'wanita pertama' adalah suatu pembaziran yang harus ditentang sekeras-kerasnya. Apa jua yang dibelanjakan sepanjang 3 hari sidang kemuncak itu adalah wang rakyat yang sepatutnya disalurkan dengan lebih berhemah memandangkan Malaysia berada di landasan bankrapsi menurut Idris Jala.

Berapakah jumlah wang rakyat yang bakal dihabiskan bagi memberi laluan kepada Rosmah dalam program anjuran di bawah tajaannya? Atau adakah wang yang digunakan untuk konvensyen ini dikeluarkan dari poket persendirian Perdana Menteri?

Mungkin separuh daripada perbelanjaan sepanjang 3 hari konvensyen ini dibiayai oleh syarikat swasta dengan maksud sama, sponsor. Mungkin juga program ini ditaja sepenuhnya oleh konglomerat tertentu dan tidak menggunakan wang rakyat. Saya tidak punya info tentang bajet-bajet yang diperuntukkan dalam penganjuran sidang kemuncak 'wanita pertama' ini.

Tetapi harus diingat, setiap sponsorship tetap akan digalas ganti dengan pengurangan cukai setara dengan jumlah sponsor yang dikeluarkan. Oleh demikian, wang yang sepatutnya untuk kegunaan rakyat tetap berkurangan dalam jumlah yang sama dalam konteks pengecualian cukai terhadap sponsorship konglomerat atau syarikat swasta terbabit. Ia sepertimana yang berlaku dalam penajaan pasukan F1 lotus racing team sepertimana dijelaskan di entri 'Adakah kerajaan tidak taja pasukan F1 Malaysia ?'

Berbalik kepada cerita konvensyen Rosmah, walaupun saya berpendapat bahawa konvensyen yang melibatkan 'first lady' dari segenap dunia ini tidak banyak memberi manfaat yang menyeluruh ke atas rakyat Malaysia, namun jika ia menjadi satu keperluan global yang membolehkan negara ini lebih dihormati, saya menyeru agar sebarang bentuk penjimatan wang rakyat wajar diberi perhatian. Justeru itu, saya mencadangankan Putrajaya International Convention Centre sebagai venue yang paling sesuai, yakni bersesuaian dari segi penjimatan wang ringgit dan juga secara tidak langsung meletakkan bandaraya pusat pemerintahan negara yang serba pintar di mata dunia. PICC juga milik anak syarikat kerajaan iaitu Perbadanan Putrajaya.

Walaupun saya adalah blogger yang pro-pembangkang, saya cuba untuk berfikiran rasional demi aspek-aspek kepenglibatan Malaysia dalam program-program bertaraf dunia. Adalah begitu menghairankan, mengapa tidak isteri kepada Perdana Menteri Malaysia memilih untuk lebih berjimat demi wang rakyat yang bakal digunakan untuk program sidang kemuncak 'first lady' yang akan dilangsungkan pada 11-13 Oktober nanti. Kerajaan sering melaungkan kempen beli barangan buatan Malaysia, mengapa tidak konsep yang sama digunakan iaitu memilih pusat konvensyen milik kerajaan Malaysia?

Apa yang amat saya sesalkan ialah, Malaysia mempunyai infrastruktur terbaik bertaraf dunia seperti PICC dan tidak kurang hebatnya KLICC yang terletak bersebelahan dengan menara berkembar Petronas yang sememangnya dibina untuk konvensyen antarabangsa. Tetapi mengapa memilih hotel termahal seperi Palace of The Golden Horses? Adakah ini satu cubaan untuk Rosmah menunjukkan kuasanya dalam arena pemerintahan negara? Tergamakkah kita membiarkan pembaziran terancang ini berlaku di hadapan mata sedangkan ada rakyat kita di Johor yang hanya sekeluarganya makan dedak untuk terus hidup?

Sebagai sebuah negara yang berada di ambang bankrapsi (sekiranya tidak berhemah dalam perbelanjaan negara), kerajaan sepatutnya mendahulukan program-program yang bersifat memperkasakan rakyat merentasi kaum (bukan PERKASAkan rakyat yakni proses perkauman sempit) sepertimana yang dicanang dalam slogan 1Malaysia 'rakyat didahulukan'. Ini sedikit sebanyak membuktikan betapa slogan 1Malaysia adalah retorik semata-mata.

Dengan berita seumpama ini, saya akan memperkukuhkan semangat untuk meneruskan kempen 'Selamatkan Malaysia' dari sebuah kerajaan yang meletakkan beban rakyat sebagai tilam empuk mereka !

Bottom line, janganlah sesekali persiakan kuasa rakyat yang telah diperuntukkan dalam kaedah demokrasi. Selamatkanlah negara ini melalui hak anda sebagai pengundi dan jalankanlah peranan sebagai pejuang yang merebut kemerdekaan melalui undi yang dibuang dalam perhitungan PRU-13 kelak.

Setiap seorang dari anda yang mengambil bahagian dalam misi 'Selamatkan Malaysia' adalah pejuang dalam menumbangkan sebuah kerajaan legasi penjajah. Revolusi 308 yang tercetus dari kebangkitan rakyat hanya akan bermula ketika tumbangnya kerajaan Barisan Nasional. Tidak boleh tidak, Lawan Tetap Lawan!!

Siap sedialah untuk menjadi sebahagian dari revolusi ini.

Syabas Presiden NUJ baru; kubu Umno di Utusan goyang....???

on

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Beberapa kenyataan awal Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari cukup menarik perhatian saya. Beliau baru dipilih menggantikan Norila Daud, 17 September lalu. Saya sendiri, sebagai aktivis media yang agak kerap menimbulkan isu kebebasan bersuara di negara ini,  melihat Hata telah memulakan langkah awal dengan baik walaupun mungkin bakal menempuh kontroversi berlanjutan.
Selama ini isu kebebasan media lebih dikaitkan dengan suara wartawan alternatif sehingga wacana penting itu tidak dapat dikongsi dengan khalayak yang lebih meluas. Malah untuk menggerakkan lobi memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) - yang sebenarnya turut mengongkong semua wartawan - agak sukar untuk digemblengkan seluruh potensi warga media.


Semasa saya (mewakili Kumpulan Aktivis Media Independen) bertemu dengan bekas Naib Pengerusi Suhakam, Allahyarham Tan Sri Harum Hashim hampir sepuluh tahun dahulu, bagi membincangkan isu pengharaman majalah Detik dan Wasilah, beliau bertanyakan saya berapa ramai wartawan yang mendokong perjuangan membebaskan media.
Memang soalan itu sukar dijawab.  Saya tidak dapat menjawab bagi pihak wartawan lain kecuali sejumlah kecil warga media yang saya kenal pasti bertugas dengan akhbar alternatif.
Walau bagaimanapun saya tetap yakin bahawa teman-teman yang bertugas dengan syarikat media yang dikaitkan dengan Umno-BN pun menanggung derita yang sama, termasuk editor kanan.
Mereka mungkin tidak begitu hiraukan belenggu AMCP (sebahagiannya tidak tahu menahu pun tentang akta berkenaan) tetapi pastinya sentiasa rimas dengan kongkongan elit politik yang sentiasa menganggap akhbar yang bebas adalah seteru yang mesti dipasung.
Berbeza dengan Hata, meskipun bertugas lebih 15 tahun di Utusan Melayu, yang dianggap (tanpa syak lagi) sebuah syarikat akhbar yang menjadi alat dan perkakas kepada Umno, namun kelantangan dan keberaniannya menyinggung Ketua Pengarang Kumpulan dan para editor kanannya, boleh dianggap satu kejutan.
Beliau secara terbuka mahukan wartawan bertugas secara profesional dan bebas daripada kongkongan mana-mana pemimpin politik, baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, serta melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan etika kewartawanan.
Khusus merujuk kes di Utusan Melayu yang menjadi sasaran kritikan ramai aktivis politik, Hata menyalahkan ketuanya sendiri, Dato' Aziz Ishak.
Beliau  menggesa agar pemimpin politik tidak terus menyalahkan akhbar itu, sebaliknya menunjukkan rungutan serta rasa tidak senang hati mereka kepada Aziz secara terus.
"NUJ Malaysia melihat adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar Utusan Malaysia yang di dalamnya terdapat wartawan, jurugambar dan artis grafik serta pekerja-pekerja lain yang tidak berkongsi agenda serta tidak mempunyai kuasa untuk menegur ketua pengarang dan pengarang-pengarang kanan," tambahnya dalam kenyataan sulung sebagai Presiden NUJ.
"Ketua Pengarang sebagai orang yang menentukan agenda, berita dan pelbagai pendapat untuk disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesan negatif, rungutan dan sebarang rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada akhbar Utusan Malaysia," tegas Hata.
Tanpa menunggu lama, pandangan awal  beliau telah dibidas oleh ahli Majlis Tertinggi PERKASA, Mohd Zahid Md Arip yang mendakwa beliau dilihat cenderung kepada pembangkang. Pandangan Zahid itu mungkin mewakili tanggapan songsang sebahagian besar pemimpin Umno yang lain. Seolah-olah isu kebebasan bersuara dan hak asasi manusia adalah milik mutlak pembangkang, dan sering dipandang dengan penuh prejudis.
"Perjuangan saya ialah untuk melihat akhbar-akhbar di negara ini terlepas dari kongkongan tuan-tuan politik baik daripada BN, Pakatan Rakyat  dan pemimpin-pemimpin politik lain. Akhbar dan media seharusnya dimiliki oleh rakyat kerana dengan itu barulah akhbar itu dapat berkhidmat kepada rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Utusan sebelum ia dikuasai oleh parti politik sebelum tahun 1961," sanggah Hata.
Apa pun sebagai respons awal, saya mengucapkan tahniah buat Hata. Sekurang-kurangnya impian  saya selama ini  dapat dikongsi dengan lebih ramai pengamal media. Saya lebih gembira kerana ia kini datang daripada petugas akhbar yang dikuasai mutlak oleh Umno.
Biar kita sama-sama memeriahkan pentas perjuangan ini dan gema tuntutan agar segala sekatan dan peraturan "karut-marut" ke atas media di Malaysia dilaungkan secara lebih lantang dan tersusun lagi.
II.

Perjuangan membebaskan media di Malaysia,  daripada kongkongan peraturan "karut-marut" dan akta ketinggalan zaman  yang mencabuli prinsip asas demokrasi, perlu digerakkan dengan lebih sistematik dan menyeluruh.

Ia boleh tidak tertangguh lagi, sebaliknya wajar disegerakan, terutama sekali apabila menyaksikan ruang awam untuk perdebatan isu-isu rakyat melalui akhbar makin sempit.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang diasaskan hampir 10 tahun lalu mendapat dorongan baru bagi melonjakkan kembali agenda mengungguli kebebasan bersuara apabila semua lidah rasmi Pakatan Rakyat bukan setakat diganggu Kementerian Dalam Negeri, malah sehingga kini, Suara Keadilan, masih belum diperbaharui permit
penerbitannya.

Namun begitu, KAMI bukan sekadar responsif terhadap nasib malang akhbar alternatif, malah turut prihatin dengan kongkongan berterusan yang dihadapi pengamal media lainnya, termasuk para wartawan dan editor akhbar yang dikaitkan secara langsung dengan Umno-BN.

Bagi menyusun langkah untuk menimbulkan kesedaran awam tentang isu kebebasan media ini, KAMI telah mengadakan beberapa pertemuan dan majlis perbincangan, selain melakukan kunjungan hormat ke atas tokoh-tokoh media pada Ramadan lalu.

Banyak saranan dikemukakan peserta diskusi, antaranya, dengan mengadakan dialog bersama pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat sendiri.

Rupanya konflik berterusan pengamal media dengan pemerintah tidak begitu difahami, bukan sahaja oleh masyarakat awam, malah aktivis pembangkang juga agak jahil dengan kemelut yang dihadapi sejak sekian lama itu.

Ada pula yang mengambil jalan mudah dengan daleh bahawa kita mempunyai saluran lebih berkesan, yang tidak dikongkong elit penguasa, iaitu melalui media baru.

Justeru, hujah mereka, mengapa perlu kita bersusah-payah menentang akta drakonian, seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), jika terbentang luas dunia maya, yang boleh dimanfaatkan tanpa tegahan?

Sama ada media tradisi seperti akhbar masih mempunyai pengaruh besar ataupun semakin kecil, terutama kepada kecenderungan mengundi semasa pilihan raya, ia bukan isu besar.

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan bermaklumat, sebarang kongkongan, seperti yang ditimpakan oleh AMCP tidak boleh dibenarkan. Apatah lagi, akhbar masih merupakan medium utama majoriti rakyat negara ini mendapat info terkini dengan mudah dan meluas.

Dalam pertemuan KAMI dengan Prof Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor, beliau mencadangkan agar satu program sehari dianjurkan, bagi menarik perhatian masyarakat terhadap isu kebebasan media.

Beliau turut menyebut beberapa nama, dari kalangan pensyarah media, yang dilihatnya berupaya untuk menjelaskan dengan baik masalah yang dihadapi dunia persuratkhabaran.

Semasa di Suhakam, Prof Hamdan merupakan antara pesuruhjaya yang aktif memberikan respons positif terhadap tuntutan kebebasan bersuara. KAMI sendiri pernah mengadakan perbincangan dengan Suhakam, selain merakamkan beberapa aduan kes tertentumembabitkan pengharaman majalah Detik dan Wasilah.

Suhakam turut menganjurkan bengkel khas mengenai polemik kebebasan media dan rumusan yang dicapai agak memuaskan. Namun tiada langkah susulan yang bermakna daripada kerajaan.

Memang ada pandangan yang menggesa agar KAMI lebih lantang, bukan sahaja dalam menyuarakan tuntutan tetapi juga bersedia untuk mengambil tindakan  berani bagi "mengejutkan" pemerintah.

"Kempen kesedaran mungkin bermanfaat untuk menyuntik kefahaman, tetapi lebih penting adalah penggemblengan tenaga lebih besar, terutama membabitkan seluruh petugas media, untuk memberi kata dua kepada kerajaan," kata seorang bekas wartawan  dalam satu pertemuan yang dianjurkan KAMI.

 

Naib Presiden PKR - Wajarkah YB Nurul Izzah Bertanding.......???

on

Minda Wan Fauzdin

MEMERANJATKAN apabila anak sulung kepada DS Anwar selaku Ketua Umum PKR dan DS Wan Azizah selaku Presiden PKR, YB Nurul Izzah menimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR. Tiada salahnya jika beliau bertanding bagi meraikan demokrasi di dalam parti mahu pun untuk menduga pengaruhnya di dalam parti. Namun begitu, belum tentu niat yang baik akan menghasilkan sesuatu yang baik kepada parti.

Saya tidak terkilan jika YB Nurul Izzah bertanding sebagai mewakili kaum Hawa di dalam teraju kepimpinan PKR, tetapi semua telah maklum bahawa seorang lagi calon berkaliber dan lebih berpengalaman iaitu YB Fuziah Salleh juga turut bertanding jawatan yang sama. Amat dibimbangi sekiranya berlaku perpecahan undi di kalangan kaum Hawa dan akhirnya semua terlepas. Meskipun saya yakin YB Nurul Izzah bertanding tidak akan menggunakan pengaruh ayahanda dan bondanya, tetapi di dalam politik persepsi orang ramai sukar untuk dielakkan. Sebelum ini pun pihak musuh menuduh bahawa PKR adalah sebuah parti yang dikuasai oleh `keluarga DS Anwar'. Bayangkan jika YB Nurul Izzah benar-benar bertanding dan memenangi jawatan tersebut.

Apabila difikirkan risiko yang bakal mendatang serta menjadi bahan kempen di pihak musuh, adalah lebih bijaksana jika YB Nurul Izzah tidak turut serta di dalam haraki kepimpinan atasan parti. Inilah peluang untuk kita buktikan bahawa PKR bukan parti `keluarga DS Anwar'. Tidak salah jika kesemua keluarga DS Anwar memimpin parti asalkan diberi kepercayaan oleh ahli-ahli parti, tetapi suasana sedemikian dilihat tidak bijak untuk jangkamasa panjang. Tidak dinafikan kebolehan yang dimiliki oleh YB Nurul Izzah tetapi mungkin belum tiba masanya untuk beliau diberi tanggungjawab sebesar itu.

Sehingga saat ini, sebelum YB Nurul Izzah menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR sudah tentu sebilangan besar ahli terutamanya dari kaum Hawa sudah `set' di otak mereka untuk memilih YB Fuziah Salleh sebagai wakil tunggal kaum Hawa di kerusi tersebut. Dan sekarang, mungkin sedikit berlaku dilema di kalangan mereka untuk memilih di antara dua tokoh wanita ini. Mungkinkah nanti kedua-dua calon wanita ini berjaya memenangi kerusi Naib Presiden PKR? Mungkin tidak, dan jika berlaku juga pada pendapat saya tidak begitu baik untuk parti.

Justeru itu, saya merasakan YB Nurul Izzah boleh berfikir semasak-masaknya sebelum memasuki gelanggang. Memperbanyakkan risiko, menimbulkan suasana serba salah serta menimbulkan banyak persepi bukanlah strategi yang baik untuk parti.



wfauzdin.blogspot.com

Respon Shamsul Iskandar, Ketua AMK.......???

on



Respon Balas Kenyataan Ketua Polis Selangor Mengenai Kes Pembunuhan Datuk Soosilawti

Minda Shamsul
Saya memandang serius akan dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang mendakwa saya gagal dihubungi bersabit kenyataan saya mengenai spekulasi kes pembunuhan Sosilawati Lawiya. Ini sehingga membawa kepada kemungkinan waran tangkap dikeluarkan kepada saya berikutan kegagalan saya, kononnya, untuk bekerjasama dengan pihak polis.


Suka saya menegaskan beberapa perkara untuk diambil maklum oleh pihak polis khususnya Datuk Khalid sendiri.
Pertama, saya tidak pernah membuat sebarang tuduhan, sebaliknya saya melontarkan pertanyaan apakah mungkin wujud sebarang bentuk salahguna kuasa dan penyelewengan di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Banting yang gagal bertindak untuk beberapa kes bunuh terdahulu yang melibatkan suspek, yang telah diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Kes-kes ini, hanya dibuka semula selepas kes pembunuhan Datuk Sosilawati meletus yang nyata mendapat perhatian luar biasa daripada media.

Kedua, ingin saya tegaskan, sehingga hari ini saya tidak pernah dimaklumkan menurut kaedah-kaedah dan amalan undang-undang seperti yang diperincikan di dalam Kanun Acara Jenayah di dalam hal yang bersabit dengan prosedur memberikan sebarang kenyataan untuk membantu siasatan polis. Justeru adalah sangat tidak adil dan tersasar dari lunas undang-undang jika polis mendakwa saya gagal dihubungi sedangkan tidak ada sebarang percubaan menurut kaedah undang-undang untuk menghubungi saya dilakukan.

Saya menggesa pihak polis khususnya Datuk Khalid bersikap profesional dalam hal ini. Sekiranya saya mahu dipanggil, sewajarnya prosedur yang betul dipatuhi, bukannya siasatan melalui media (investigation through media). Sebagai rakyat Malaysia, apatah lagi sebagai pengamal undang-undang saya tertakluk kepada undang-undang, bukannya hebahan media seseorang pegawai kanan polis.

Saya juga akan menghantar sesalinan respons rasmi saya ke laman sosial Facebook Datuk Khalid memandangkan “kaedah Facebook” ini merupakan kegemaran beliau !
Saya telah mengarahkan peguam saya, YB Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau untuk bertindak bagi pihak saya di dalam isu ini dan berurusan dengan pihak Polis. Beliau boleh dihubungi di talian : +60123093469 atau emel: yusmadi.yusoff@gmail.com.

Saya akan memperincikan pendirian dan kenyataan saya kepada umum bersabit kes ini pada esok, Jumaat 23 September 2010 bertempat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada jam 3.00 petang.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Pakatan Rakyat :- Jangan Bercakaran, Jangan Leka. Persiapkan Diri Dari Sekarang......???

on

Pakatan: Usah menunggu, mantapkan persiapan hadapi perang besar


TERBUKTI Umno-BN masih tidak berubah. Ia belum dapat mengambil iktibar atau gagal membaca mesej pengundi dalam pilihan raya umum Mac 2008. Formula menebus kekalahan yang dipakai jelas tidak dapat keluar daripada kepompong perkauman yang sempit dan berbahaya itu. Politik rasis yang berhasrat mahu "pecah dan perintah".


Umno masih mahu mengekalkan imej palsu sebagai wira Melayu, manakala MCA - seperti dizahirkan secara terbuka oleh presidennya, Dr Chua Soi Lek - ghairah mempromosi partinya sebagai penyelamat orang Cina dengan membuat pelbagai tuntutan dan tekanan.
Melalui "lidah rasmi Umno" yang boleh dijual di tempat awam dan tidak terhad kepada ahli parti (ya ... berbeda sekali dengan Harakah yang dikongkong dengan syarat-syarat ketat dan tidak munasabah), serta mendapat dokongan kewangan kerajaan, Utusan Malaysia tidak henti-henti meneruskan kempen berbahaya dengan memanipulasi isu-isu sensitif.

FITNAH DOA KHUTBAH 

Dari hal karut-marut macam "perlembagaan baru" sampailah kepada yang fitnah terkini, "doa buat Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) menggantikan Yang di-Pertuan Agong" dalam khutbah Jumaat.  Di samping itu, apa jua aktiviti Perkasa pimpinan Ibrahim Ali seperti sudah menjadi laporan tetap akhbar berkenaan.
Justeru, ada pimpinan Pakatan Rakyat, terutama yang pernah menjadi mangsa "permainan jijik" Umno-BN sehingga disumbat ke Pusat Tahanan Kamunting melalui Operasi Lalang 1987, seperti Mahfuz Omar dan Guan Eng, sempat memberi ingatan agar tidak terperangkap dengan taktik kotor pihak yang terdesak itu.
Pada tahun itu nampak Umno dan MCA yang bertelagah, namun akhirnya yang dikurung tanpa bicara oleh Dr Mahathir Mohamad, adalah aktivis sosial dan pemimpin pembangkang.
Bagi Umno-BN, tanpa kuasa memang cukup menyakitkan dan memeritkan. Dr Mahathir semasa menjadi Presiden Umno sering mengingatkan ahli-ahlinya bahawa tidak ada gunanya berebut-rebut berkempen menjadi pemimpin parti itu tetapi akhirnya kalah dalam pilihan raya dan hilang kuasa memerintah.
Seolah-olah tanpa kuasa, Umno tiada peranan langsung.

GILA KUASA 

Bagi saya, ini penyakit gila kuasa yang cukup membimbangkan. Seolah-olah tanpa kuasa sesebuah parti politik hilang fungsinya sedangkan banyak sumbangan boleh diberikan kepada rakyat, seperti ditunjukkan PAS misalnya, walaupun kalah berulang kali (malah ramai calonnya pernah hilang deposit) dalam pilihan raya.
DAP juga membuktikan hal sama, menjadi pelindung kedaulatan rakyat tanpa letih meskipun sentiasa didiskriminasi dan ditindas. Aktivis PAS bukan sahaja dinafikan hak untuk berpolitik secara bebas seperti dibenarkan Perlembagaan, malah ramai yang dibuang daerah, dihalang daripada mendapat pelbagai kemudahan kerajaan, dipenjarakan tanpa bicara, malah ada yang dibunuh kejam.

Tetapi memang benar pun, Umno akan lumpuh sepenuhnya jika talian hayatnya di negeri-negeri yang kalah seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang kini bersumberkan kuasa di Putrajaya, dapat dicantas segera.
Selama ini Umno-BN berdepan dengan parti-parti lain bukannya seperti "anak jantan"; ia bergantung rapat dengan kekuatan di luar parti yang dieksploitasi secara tidak sah.
Apabila dirasakan laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin cerah, maka pemimpin Umno-BN dan para strategisnya pasti tidak duduk diam merencanakan usaha memintas.

TEORI 4F KAMARUDIN JAFFAR 

Selepas pilihan raya 1999, persempadanan semula kawasan pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diperalatkan semahunya - di samping pelbagai taktik kuno 3M (media, money, machinery) yang digunakan terus-menerus, ditambah teori 4F (Fun, Fund, Fear dan Future) - kini survival elit penguasa bagaikan telur di hujung tanduk.
Kamarudin Jaffar dalam buku terbarunya, Krisis Ketuanan Melayu (Ikdas, 2010) mengemukakan teori 4F bagi sebagai usaha untuk memahami bagaimana dan mengapa rakyat Melaysia mengundi BN. 4F itu ialah Fun(Hiburan), Fund (Wang/Dana), Fear (Takut) dan Future (Masa Depan).

"Perhatilah bagaimana setiap kali musim pilihan raya datang, akan bermulalah program dan majlis-majlis hiburan, akan diumumkan projek-projek dan bantuan-bantuan kewangan, akan ditakut-takutkan rakyat dengan imej-imej buruk yang kononnya ada pada parti-parti pembangkang, dan akan diberikan gambaran masa depan yang begitu baik jika mengundi BN dan begitu buruk jika mengundi pembangkang," tulisan Kamarudin, yang juga Ahli Parlimen Tumpat dan bekas Setiausaha Agung PAS dipetik.

Fitnah dan adu-domba media hanya cebisan kecil gerakan mempertahankan Putrajaya. Apatah lagi di zaman yang menyaksikan media baru lebih mendominasikan kecenderungan politik rakyat Malaysia.
Peluang pengundi untuk menghakimi pemerintah secara bijaksana lebih terbuka luas. Umno-BN tidak lagi memonopoli maklumat dan sumber berita.
Walau bagaimanapun, aktivis Pakatan Rakyat seharusnya  bersedia untuk diasak dengan "peperangan" yang lebih real, yang mungkin menuntut "korban" lebih besar.

SABOTAJ BN 

Bekas pemimpin Umno yang dahulunya menyertai Semangat 46 dan kini KeADILan tentu berpengalaman dengan kelaziman BN (sebelumnya Perikatan) berdepan situasi genting. Usaha sabotaj kerap dipakejkan bagi memburukkan parti lawan.
Jadi, tidak mustahil kes gambar Sultan Johor yang dieksplotasi dalam sepanduk KeADILan di Batu Pahat baru-baru ini tidak terlepas daripada usaha sabotaj pihak tertentu bagi menyekat kemaraan Pakatan dan taktik jahat melaga-lagakan dengan pihak istana. 

Saya merasakan itu semua hanya permulaan, dan dijangka ia disusuli bermacam-macam lagi tindakan tidak terduga lainnya. Sepatah kata Anwar Ibrahim: "Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. ... Usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah-belahkan muafakat masyarakat ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil ..."

Langkah paling baik Pakatan bukannya sekadar bersiap mempertahankan dan membentengi diri tetapi harus bertindak balas secara proaktif dan sistematik melancarkan "serangan" berterusan mendombrak penyelewengan kerajaan BN, termasuk (malah lebih penting) menyuntik keyakinan pengundi dengan menunjukkan teladan pemerintahan yang baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Imej dan kemampuan Pakatan sebagai "kerajaan menunggu" harus ditampilkan dengan penuh wibawa. Keberkesanan parti-parti seperti PAS, DAP dan KeADILan sebagai pembangkang tidak boleh dinafikan lagi.

BERBILION WANG AWAM  HANGUS 

Banyak pendedahan terutama berkaitan skandal kewangan yang menghanguskan berbilion wang rakyat dikemukakan kepada publik dengan statistik meyakinkan. Keupayaan ahli-ahli Parlimennya membahaskan isu-isu rakyat sentiasa teruji.
Di samping itu ramai mengharapkan agar tidak timbul isu-isu (yang mungkin dianggap remeh) yang dilihat boleh memecah-belahkan kesatuan Pakatan.
Kini rakyat sedang memerhatikan dengan rapi langkah kerajaan negeri Pakatan menangani pelbagai masalah berbangkit di samping memenuhi janji-janji pilihan raya lalu dalam konteks keterbatasan kuasa yang ada.
Nada retorik politik mungkin boleh direndahkan kerana yang lebih utama bagi rakyat adalah kesungguhan dan keikhlasan pemimpin dan wakil rakyat Pakatan untuk turun padang menawarkan formula praktikal ke atas begitu banyak tekanan kehidupan semasa.

Buktikan bahawa sememangnya wakil rakyat dan kerajaan negeri Pakatan berbeda sama sekali dengan apa yang ditunjukkan BN sebelum ini. Usah terikut-ikut dengan tradisi  bobrok Umno-BN yang hanya mementingkan diri dan suku-sakat mereka sahaja.
Khazanah kekayaan negara lebih daripada mencukupi buat keperluan seluruh rakyatnya jika ia ditadbir secara baik dan telus. Kepelbagaian agama, budaya, adat resam jika diadun dengan bijaksana dan penuh keadilan merupakan satu kekuatan raksasa yang belum dimanfaatkan sepenuhnya.

Sementara pendekatan perkauman yang diamalkan Perikatan-BN sejak merdeka mempunyai begitu banyak kelemahan dan kini ia terdedah satu demi satu.
Demokrasi konsosiasional (permuafakatan) dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia mungkin satu formula terbaik, tetapi terbukti kerjasama dan rundingan elit pemerintah, seperti pandangan beberapa pengkaji politik, hanya topeng semata-mata. Mereka seolah-olah berusaha keras menjamin kepentingan rakyat, sedangkan yang menjadi prioriti adalah kepentingan diri dan kelompok.

PERBEDAAN KELAS 

Dr Nidzamuddin Sulaiman dalam tulisannya, "Kaum dan Kelas: Pendekatan Popular Melihat Politik Gabungan Malaysia" (1999), cuba memaparkan realiti dihadapi rakyat yang dikuasai elit politik yang menggunakan pendekatan perkauman:  "Perbezaan kelas tetap wujud, miskin kaya tetap berleluasa malah menjadi semakin meluas. Kelas bawahan sentiasa mengeluh tentang makanan yang tidak mencukupi, sewa rumah yang semakin tinggi dan belanja sekolah anak yang perlu dibiaya.

"Sentimen dan keperitan ini ditanggung oleh semua tanpa mengira kaum kerana penderitaan tidak mengenal kaum, kemiskinan tidak mengenal keturunan dan perut anak yang lapar tidak akan bertahan lama. Semua ini dikongsi sama oleh kelas bawahan tetapi mereka tetap tidak sedar. Mereka tidak sedar bahawa mereka berada bersama-sama di dalam satu kelas, satu kedudukan, satu perasaan dan satu sentimen."

Pengagihan sumber ekonomi dan politik yang terhad itu dibolot penguasa dan suku-sakatnya. Kadang-kadang sikap pemimpin atasan daripada pelbagai parti berbeda (komponen BN) yang membentuk kerajaan itu nampak bercanggah (seperti tertonjol dalam kes Umno dan MCA mutakhir ini) tetapi realitinya ia sekadar satu taktik untuk saling memperkukuhkan kedudukan masing-masing.
Kuasa yang ada diperalatkan untuk menimbun kekayaan secara tidak sah, khususnya melalui rasuah, walhal para penyokong di akar umbi tertekan dengan kenaikan kos sara hidup.

ALASAN TINDAS MUSUH POLITIK 

Dr Toh Kin Woon, Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG semasa mengungkapkan kekhuatirannya terhadap kenyataan dan tindakan perkauman secara berleluasa baru-baru ini (dengan merujuk kenyataan perkauman dua pengetua sekolah kebangsaan dan percubaan Utusan Melayu mengapi-apikan sentimen perkauman), mengingatkan: "... sejarah telah menunjukajar kita, dalam satu negara berbagai kaum yang politiknya belum berlandaskan demokrasi, spekulator politik sering menggunakan alasan “hubungan kaum tegang” untuk menindas musuh politik dan pihak berlain pendapat, ia merintangi perkembangan sihat demokrasi."
Kunci kata dalam menyelesaikan problem besar umat dan negara adalah "keadilan", serentak masa sama mencampakkan pendekatan perkauman dalam bakul sejarah. Islam telah menggariskan dengan jelas kepentingan keadilan sebagai prinsip hidup yang penting.

Prof Dr M Din Syamsuddin (2007) menekan: "... Islam sering disebut sebagai agama keadilan (din al-'adalah) di samping sebutan-sebutan lain seperti agama perdamaian (din al-salamah), atau agama kasih sayang (din al-rahmah). Begitu penting keadilan dalam Islam, al-Quran menyebutnya sebanyak 28 kali, salah satunya mengandungi perintah untuk menegakkan keadilan kerana keadilan lebih dekat kepada ketakwaan (al-Quran 5:8).
"Tradisi Islam juga menegaskan pentingnya keadilan dengan memasukkan seruan menegakkan keadilan pada bahagian akhir setiap khutbah Jumaat (inna Allahya'mur bi al-'adl wa al-ihsan)."

MindaRakyat



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List