MCA mudah melatah - Azizan.....???

on Sep 23, 2010




ALOR SETAR - MCA mudah melatah kerana sudah hilang taring dan sokongan masyarakat Cina menyebabkan mereka sering menimbulkan pelbagai isu negatif mengenai Kerajaan Negeri untuk mengaburi mata rakyat terhadap kelemahan mereka sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, MCA lemah dan tidak dipercayai masyarakat Cina kerana masalah dalaman mereka sendiri.
“Kini mereka tidak senang duduk dengan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah mentadbir negeri, sebab itu mereka buat macam-macam isu termasuk mendakwa ekonomi Kedah menguncup sehingga 30 peratus sedangkan fakta itu tidak benar. 


Mereka melatah sebab orang Cina sekarang pun tak lagi menyokong mereka,” katanya.
 Azizan mengulas kenyataan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew menerusi akhbar ini semalam yang mendakwa ekonomi negeri kini berada pada tahap yang agak membimbangkan termasuk penguncupan sehingga 30 peratus berdasarkan maklum balas peniaga Cina serta memerlukan pakej rangsangan ekonomi oleh Kerajaan Negeri.

Azizan berkata, kebimbangan MCA sehingga menyebabkan mereka membuat kenyataan seperti itu adalah kerana berdasarkan peratusan pemilih baru yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DAP mencatatkan peratusan paling tinggi berbanding parti lain.

“Ini menunjukkan orang Cina kini memilih DAP, dan sebahagian pula memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.

Azizan berkata MCA kini berdepan dengan masalah serius apabila hilang sokongan pengundi Cina mungkin disebabkan kerana pemimpin parti itu tidak berkaliber dan dipenuhi dengan kontroversi.

“Presiden MCA dahulu, (Tun Dr) Ling Liong Sik kena hadap ke mahkamah atas skandal penipuan. Yang baru pula, (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek ada skandal seks. Jika pemimpin bermasalah, macam mana rakyat nak pilih jadi pemimpin,” katanya.

Azizan berkata, walaupun parti itu sudah lama bertapak di negara ini, namun pengaruhnya dilihat semakin menurun berbanding DAP.

“MCA bagaikan harimau lama yang sudah hilang taring. Mereka tidak lagi segarang dahulu,” katanya.

Utaraonline

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List