Portal pembangkang S'gor didakwa fitnah ahli majlis
Copy & Posted By mahi on Sep 3, 2010
Ahli majlis perbandaran Kajang Lee Kee Hiong membuat laporan polis ke atas sebuah lamanweb yang mendakwa mewakili pembangkang Selangor yang menuduhnya terbabit dengan beberapa kegiatanrasuah. seterusnya...
KJ: Kenyataan Kit Siang gila, tak masuk akal
Copy & Posted By mahi on
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Lim Kit Siang yang mempertahankan penyanyi rap Namewee sebagai gila dan tidak masuk akal. seterusnya...
Antara Kisah Wanita "Cun" Ini - Faekah Husin.
Copy & Posted By mahi on
Sebelum & Selepas
Masuk Politik
Masuk Politik
Selepas 20 tahun menjadi peguam, Faekah Husin terpaksa melepaskan pegangan dalam firma guamannya Faekah & Chong setelah dilantik sebagai setiausaha politikMenteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Abdul Khalid Ibrahim mahu pegawainya bebas daripada sebarang konflik kepentingan.
Faekah juga berkata, beliau tidak pernah menimbulkan soal gaji dalam menjalankan tugasnya. Malah, selepas beberapa bulan bekerja, Faekah berkata beliau tidak memperdulikan bayaran gaji yang patut diterima sebagai pegawai kerajaan gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) C.
"Saya masih ada simpanan tunai dan beberapa buah rumah yang boleh dijual," katanya yang menganggap tugasnya dalam pentadbiran Selangor sebagai satu "khidmat masyarakat."
Katanya, pandangan itu juga dikongsi oleh Abdul Khalid yang mampu meraih pendapatan sehingga RM1.5 juta setahun sekiranya masih bergiat dalam sektor korporat.Singkir pegawai kerajaan
Menurutnya lagi, cabaran utama yang dihadapinya dalam menjalankan tugas seharian ialah mengubah tanggapan, bukan saja di kalangan masyarakat dan anggota parti, malah di kalangan warga pentadbiran Selangor.
Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat tidak bertindak sewenang-wenangnya dalam menyingkirkan para pegawai yang tidak menyokong aspirasi politik mereka."Tugas saya ialah menarik mereka kepada kita. Dalam pertemuan saya yang pertama dengan kakitangan di sini, saya beritahu mereka (bahawa) kalau bukan kerana sokongan mereka, kita tidak akan berjaya tubuhkan kerajaan.
Tambahnya lagi, beliau juga perlu mengubah persepsi di kalangan anggota parti bahawa pegawai kerajaan negeri akan menjalankan sabotaj ke atas dasar-dasar yang ingin dijalankan mereka.
"Tapi sekarang saya juga seorang pegawai kerajaan, Macam mana anda boleh kata saya ingin sabotaj parti?," soalnya.
Beliau mengakui terdapat beberapa individu yang mahu menimbulkan masalah, namun tuduhan tersebut tidak boleh dilemparkan kepada kesemua pegawai kerajaan negeri.Amalan berbeza
Tambahnya, dalam menjalankan usaha tersebut, kaedah penyampaian kepada rakyat perlu berbeza daripada amalan BN sebelum ini.Beliau memberi contoh, antara amalan BN ialah menggunakan isu pemberian geran tanah sebagai medium tawar-menawar dengan para pengundi menjelang pilihan raya.
"(Sebaliknya) kita akan beri dahulu. Kalau mereka undi kita, alhamdulillah. Kalau mereka tidak undi pun, mereka masih dapat tanah itu," katanya lagi.
Faekah turut mengakui wujudnya keresahan di kalangan pengusaha bumiputera yang tidak lagi mendapat projek-projek selepas Pakatan Rakyat mengambil alih.
"Apabila pentadbiran (didakwa) tidak adil, maka wujudlah perasaan tidak puas hati antara mereka. Makin lama (perasaan ini) makin tebal. Sama ada ia dimainkan oleh ahli politik yang jumud ini (atau tidak), bunga-bunganya kita sudah nampak," katanya lagi.
Tambahnya, keadaan itu boleh dilihat melalui kemunculan NGO pro-Melayu seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan melalui pandangan daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS).
Ditanya sekiranya NGO berkenaan mempunyai alasan yang wajar dalam menyuarakan rungutan mereka, Faekah berkata perkara berkenaan tidak dapat dikenalpasti memandangkan kumpulan berkenaan enggan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.Tolak jemputan
Tambahnya, isu melibatkan kontraktor kelas F juga tidak timbul kerana projek berkenaan disalurkan melalui Kementerian Kewangan.
"Kita hubungi (DPMMS), kita hantar surat untuk meminta mereka ambil bahagian dalam Pelan Pembangunan Selangor dan juga dalam sesi dialog bajet. Tapi mereka tolak jemputan itu tanpa apa-apa sebab. Kemudian di depan sultan pula dalam satu majlis berbuka (Tan Sri Rozali, pengerusi DPMMS) kata Melayu dipinggirkan (di Selangor).
"Kita panggil untuk perbincangan untuk kenalpasti apakah masalah mereka. Kalau mereka hendak bandingkan dulu dengan sekarang, dulu ada unsur-unsur favouritism. Kebanyakan daripada (syarikat tersebut) ada kaitan politik dan disokong kerajaan.
"Sekarang kita ketepikan amalan ini, tapi kita tidak ketepikan kumpulan tersebut. Ada syarikat yang 100 peratus bumiputera, apabila kita tolak permohonan mereka, mereka kata 'ini sebab kerajaan negeri hendak balas dendam.' Tetapi ada yang kita terima," katanya lagi.
Petronas yang kena saman, Kerajaan pula yang mula demam.....
Copy & Posted By mahi on
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dapat merasai ketakutan pemimpin BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronasberhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu. Ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat peguam negara.
Nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN. Nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di Mahkamah, dan atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberikan nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak. seterusnya...
Betul Ke Laporan Ini......???
Copy & Posted By mahi on
Betul Ke Ramalan Ini?
Benarkah laporan ini? Bolehkah diterima atau ada agenda di sebaliknya? Mungkin dengan membuat laporan ini, maka DS Najid dilihat tidak bijak mengambil kesempatan atas kecelaruan yang sedang dihadapi parti pembangkang pada ketika ini? Saya percaya, ada hasrat tersembunyi laporan ini disiarkan. Walauapa pun, saya yakin pilihan raya umum akan dilakukan selepas Anwar Ibrahim disumbat ke penjara atau pun beliau melarikan diri ke luar negara. Baca Laporan Malaysia Insider di bawah :
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam.
KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam.
EIU berpendapat meskipun prestasi yang lebih baik akan memperkukuhkan mandat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan pengundi menjadi semakin “mudah berubah hati” khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menjangkakan pilihan raya umum lebih awal.
Mandat semasa BN yang diperoleh pada Mac 2008 akan berakhir Mei 2013. Spekulasi menyebut Umno dan komponen BN kini bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum Parlimen tahun depan.
Laporan tersebut menambah, Najib berhadapan dengan bangkangan daripada kumpulan-kumpulan konservatif berhubung rancangannya mahu melakukan pembaharuan ke atas tindakan afirmatif.
Jelas laporan itu, Najib yang juga Pengerusi BN kelihatan mengharapkan yang beliau masih mempunyai latitud secukupnya untuk melakukan pembaharuan susulan ke atas dasar-dasar ini, sementara pengundi pula diharap akan menerima beberapa dasar yang tidak popular, antaranya cukai barangan dan perkhidmatan.
Malah ia juga menambah, perdana menteri juga sedar usaha menggalakkan keharmonian kaum adalah sangat penting bagi pelannya untuk memikat undi daripada kaum minoriti, yang mengetepikan BN dalam pilihan raya umum lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Laporan itu berkata, Najib yang turut menerajui Umno iaitu komponen dominan BN, ingin melihat ikatan pembangkang bertambah “bercelaru” sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13.
Sementara Umn-BN mempertingkatkan serangan ke atas PR, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kemungkinan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan dalam tuduhan liwat kedua yang beliau hadapi sekarang.
EIU juga meramalkan KDNK Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan 4.2 peratus tahun depan, lebih rendah daripada enam peratus disasarkan pentadbiran Najib bagi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Sumber:- azlishukri.bloghspot.com
Gempar : YB Lim Guan Eng ditangkap...
Copy & Posted By mahi on
Kenangan mengusik jiwa....
Jangan salah sangka....Anda baca dulu apa yang telah dilakukan oleh YB ini.......
Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .
"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim." seterusnya...
Jangan salah sangka....Anda baca dulu apa yang telah dilakukan oleh YB ini.......
Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .
"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim." seterusnya...
Bukti Umno sayangkan surau/masjid????? Surau an nur pulak nak dirobohkan...
Copy & Posted By mahi on
Pertahan surau An Nur
ABDUL Salim Nawawi (kiri) bersama ahli jawatankuasa surau An Nur menunjukkan surat-surat yang dihantar untuk meminta surau tersebut dipertahankan walaupun tapaknya bakal dibangunkan dengan kemudahan padang untuk kegunaan pelajar di kawasan itu di Setiawangsa, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Surau An Nur di Jalan 4A, Taman Setiawangsa di sini sudah berusia lebih 20 tahun.
Pada 10 tahun pertama kewujudannya, semua urusan fardu ain dan fardu kifayah masyarakat Islam di kawasan itu dilakukan di surau itu dari solat lima waktu, solat Jumaat sehinggalah ke pengurusan jenazah.
Hanya selepas Masjid Muaz bin Jabal yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ siap dibina kira-kira 10 tahun lalu, barulah ‘beban’ surau An Nur berkurangan. seterusnya
Musa Hassan : Perginya ditunggu dan gembirakan
Copy & Posted By mahi on
Ketua Polis Negara yang ketujuh, Musa Hassan pastinya meninggalkan PDRM pada 12 September 2010 ini.Memulakan kariernya sebagai Inspektor Pelatih pada tahun 1969.
Jangkamasa 41 tahun dalam sesuatu organisasi dikatakan ada kebaikan dan ada juga keburukannya.Bagi jawatan terakhir Musa sebagai Ketua Polis Negara yang disandangnya sejak 2006, ianya melibatkan orang ramai. Termasuklah kepimpinan negara dan komuniti atau khalayak ramai.
Jangkamasa 41 tahun dalam sesuatu organisasi dikatakan ada kebaikan dan ada juga keburukannya.Bagi jawatan terakhir Musa sebagai Ketua Polis Negara yang disandangnya sejak 2006, ianya melibatkan orang ramai. Termasuklah kepimpinan negara dan komuniti atau khalayak ramai.
Baik buruknya selain dari pemimpinnya, dinilai oleh masyarakat.
Musa terpalit dalam pelbagai isu dan skandal. Samada ianya berjaya dibuktikan atau disebaliknya adalah soal lain.
Kes usung tilam Anwar Ibrahim, kes rasuah judi haram di Johor, bersekongkol dengan Gani Patail yang seringkali kelihatan menyelamatkan dia, anaknya dituduh bersubahat dengan taukeh-taukeh judi, masalah dalaman dengan Ramli Yusuff, kes liwat Anwar dikatakan sengaja diada-adakan, menipu mahkamah bahawa ia memiiki ijazah dalam undang-undang dan pelbagai lagi.
Musa juga gagal memasyarakatkan Polis. Perhimpunan awam tidak dibenarkan. Provokasi kasar dan ganas digunakan di bawah pentadbirannya.
Malah taktik ugut digunakan. Sebagai contohnya dalam kes saman ekor. Malah cuba menarik rambut dalam tepung dengan Hishamuddin Tun Hussein . Ia mengatakan ada pihak ketiga cuba mengatur Polis sedangkan ianya adalah masalah peribadi sesama mereka.
Ismail Omar akan menggantikan Musa. Ramai yang mengatakan bahawa Ismail tidak sehaluan dengan Musa dari segi gaya pentadbiran. Ia bukan lembu yang boleh dicucuk hidung oleh orang politik sepertimana Musa kelihatan.
Namun, jika sikapnya itu boleh dikekalkan dengan jawatan yang bakal dipegangnya, maka sudah pasti gelaran hero polis dan hero demokrasi diberikan kepadanya.
Masyarakat bimbang - apabila mula memanaskan kerusi nombor satu, sifat kemanusiaan yang luhur yang ada pada Ismail akan mula pupus.
UMNO seperti biasa akan menggunakannya dan menjadikannya pesuruh sepertimana Musa yang cukup jijik itu.
Perginya Musa ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Gembira bagai simandul akan mendapat anak.
Musa terpalit dalam pelbagai isu dan skandal. Samada ianya berjaya dibuktikan atau disebaliknya adalah soal lain.
Kes usung tilam Anwar Ibrahim, kes rasuah judi haram di Johor, bersekongkol dengan Gani Patail yang seringkali kelihatan menyelamatkan dia, anaknya dituduh bersubahat dengan taukeh-taukeh judi, masalah dalaman dengan Ramli Yusuff, kes liwat Anwar dikatakan sengaja diada-adakan, menipu mahkamah bahawa ia memiiki ijazah dalam undang-undang dan pelbagai lagi.
Musa juga gagal memasyarakatkan Polis. Perhimpunan awam tidak dibenarkan. Provokasi kasar dan ganas digunakan di bawah pentadbirannya.
Malah taktik ugut digunakan. Sebagai contohnya dalam kes saman ekor. Malah cuba menarik rambut dalam tepung dengan Hishamuddin Tun Hussein . Ia mengatakan ada pihak ketiga cuba mengatur Polis sedangkan ianya adalah masalah peribadi sesama mereka.
Ismail Omar akan menggantikan Musa. Ramai yang mengatakan bahawa Ismail tidak sehaluan dengan Musa dari segi gaya pentadbiran. Ia bukan lembu yang boleh dicucuk hidung oleh orang politik sepertimana Musa kelihatan.
Namun, jika sikapnya itu boleh dikekalkan dengan jawatan yang bakal dipegangnya, maka sudah pasti gelaran hero polis dan hero demokrasi diberikan kepadanya.
Masyarakat bimbang - apabila mula memanaskan kerusi nombor satu, sifat kemanusiaan yang luhur yang ada pada Ismail akan mula pupus.
UMNO seperti biasa akan menggunakannya dan menjadikannya pesuruh sepertimana Musa yang cukup jijik itu.
Perginya Musa ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Gembira bagai simandul akan mendapat anak.
DAP Selangor agresif cari pengundi
Copy & Posted By mahi on
SHAH ALAM, 2 Sept – DAP Selangor akan menghantar pasukan sukarelawannya di seluruh negeri bagi memastikan setiap individu yang mencapai umur 21 tahun didaftarkan sebagai pengundi.
Setiausaha Negerinya, Lau Weng San berkata, langkah itu penting sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Katanya, strategi berkenaan berjaya menarik ramai pemilih baru terutamanya pengundi muda di kawasan yang tidak mempunyai cawangan DAP.
“Selain menghantar sukarelawan ke kawasan yang tidak mempunyai cawangan DAP, kita juga telah membuka kaunter pendaftaran di kawasan tumpuan seperti pasar malam dan sebagainya.
“Usaha menarik dan mendaftar pemilih baru ini sebenarnya dijalankan secara berterusan, ia dilakukan sejak sebelum pilihan raya umum yang lalu lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Weng San berkata, pada masa sama pihaknya mengakui masih ramai pengundi muda di negeri ini yang belum mendaftar sebagai pemilih baru.
Justeru katanya, pihaknya akan melipat gandakan usaha bagi menarik golongan terbabit sebagai ahli DAP.
“Kita dapati kesedaran mendaftar sebagai pemilih masih kurang di kalangan orang muda di negeri ini.
“Justeru, kita akan menggunakan peluang yang ada untuk menarik dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih baru,” katanya.
Terdahulu, berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala UMNO pula 7,230 orang.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya telah menubuhkan sebuah sekretariat khusus bagi menarik pemilih baru.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sekretariat berkenaan bekerja sepenuh masa bagi meningkatkan bilangan orang Melayu yang mendaftar sebagai ahli UMNO.
“Untuk menarik lebih ramai pemilih baru, kita telah tubuhkan sebuah sekretariat bagi mendaftarkan individu berumur 21 tahun sebagai pengundi.
“Mereka yang menganggotai sekretariat ini akan bekerja sepenuh masa bagi membantu meningkatkan bilangan orang Melayu mendaftar sebagai pengundi kita,” katanya. – SINARHARIAN
Umno yang sempit fikiran dan 25 tahun Memali
Copy & Posted By mahi on
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Memang nampak tersepit, kelam-kabut dan gelabah yang amat sangat. Hal-hal yang tidak sepatutnya menimbulkan polemik pun dieksploit seolah-olah satu krisis besar sedang berlaku. Akhirnya, yang terdedah adalah kejahilan dan kejakunan sendiri. Lebih buruk lagi, ia bagaikan senjata makan tuan buat parti yang kini dirasuk krisis keyakinan.
Iulah yang dihadapi Umno untuk cuba juga mempamerkan imej palsunya sebagai pelindung Melayu sebagai jalan terakhir mempertahankan sisa-sisa kuasa. seterusnya...
Umno cuba menjadi Taliban?
Copy & Posted By mahi on
WarkahDaily – Amatlah malang bila kita yang mengaku Islam tetapi cuba menjauhkan Islam dan kecantikan Islam itu kepada bukan Islam. Padahal Rasulullah sentiasa memperlihatkan Islam itu cantik di mata bukan Islam. Sebab Islam memang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW dengan sempurna sekali.
Islam pula tidak diturunkan untuk bangsa-bangsa tertentu sahaja termasuk Arab itu sendiri. Islam adalah universal dan menyeluruh, sesuai untuk setiap waktu, merentasi sempadan geografi, bahkan lebih jauh lagi, untuk semua jenis kulit dan bangsa. seterusnya....
Islam pula tidak diturunkan untuk bangsa-bangsa tertentu sahaja termasuk Arab itu sendiri. Islam adalah universal dan menyeluruh, sesuai untuk setiap waktu, merentasi sempadan geografi, bahkan lebih jauh lagi, untuk semua jenis kulit dan bangsa. seterusnya....
Rayuan KDN berhubung kes Raja Petra ditangguh
Copy & Posted By mahi on
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.
Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu tiga panel hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra, menyebabkan beliau tidak hadir semalam.
Hakim Arifin yang bersidang bersama Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusof dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, membenarkan permohonan pendakwaan untuk menangguhkan rayuan itu kerana mereka masih belum menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, yang juga editor laman web Malaysia Today.
Apabila ditanya oleh hakim Hashim tentang peluang untuk menyerahkan notis rayuan itu kepada Raja Petra, Tun Majid menjawab: "Alamat Raja Petra masih tidak diketahui".
Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Raja Petra memberitahu mahkamah, rayuan itu bersifat akademik kerana perintah menteri untuk menahan anak guamnya selama dua tahun telahpun tamat.
"Perkara itu bersifat akademik tetapi tiada apa yang boleh menghalang menteri untuk mengeluarkan perintah baru selepas dua tahun," katanya.
Perintah bersifat akademik
Tun Majid berkata perintah menteri itu akan bersifat akademik selepas 21 September 2010.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Tun Majid berkata pihak pendakwaan tidak tahu di mana Raja Petra berada sekarang kerana pihaknya tidak mempunyai alamat beliau.
Pada 7 November, 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada ISA selepas memutuskan penahanannya selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting di Taiping, Perak adalah tidak sah.
Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau dianggap mengancam keselamatan negara dan perintah untuk menahan beliau di bawah ISA dikeluarkan pada 22 September tahun itu.
Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.
Dalam permohonan ‘habeas corpus’, Raja Petra menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai reponden.
FMT
Paderi gay: K'jaan digesa nyatakan pendirian
Copy & Posted By mahi on
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu kerajaan menyatakan pendirian dan tindakan yang sewajarnya terhadap paderi gay (hubungan sejenis), Ou Yang Wen Feng yang cuba menyebarkan doktrin orentasi seks sejenis di negara ini. Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, DPPWP tidak melihat masalah itu di pihak Kristian sahaja, tetapi menganggapnya sebagai ancaman kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. "Perkara ini seharusnya dipandang jijik oleh masyarakat dan telah terbukti kesannya apabila ramai golongan yang mengamalkan seks songsang ini dijangkiti HIV dan Aids, yang juga ancaman kepada sistem kesihatan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Herman lagi, hubungan sejenis juga merosakan keturunan manusia. "Adalah satu perkara yang mustahil seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang lelaki untuk mengandung atau seorang wanita yang berkahwin dengan wanita memperolehi zuriat. "Kemunculan golongan gay dan lesbian dinegara ini adalah ancaman besar kepada pertumbuhan populasi dalam negara ini," tambah Herman. Oleh itu, katanya, DPPWP mahu kerajaan mengambil tindakan berdasarkan prinsip perlembagaan dan undang-undang di negara ini yang melarang hubungan sejenis dan juga perkahwinan sejenis. "Adalah menjadi prinsip keadilan di Malaysia untuk mendakwa mereka secara adil, dan kewajipan bagi kerajaan untuk menyiasat Ou Yang yang terang-terangan mengakui orentasi seksnya yang songsang itu," tambahnya. |
Malaysiakini
Mujahid cadang nasionalkan PAS
Copy & Posted By mahi on
KUALA LUMPUR, 3 Sept: PAS, yang menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, perlu mengambil langkah “menasionalkan” parti iaitu menjadikannya “parti yang berpijak dalam kerangka negara bangsa dan bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.”
seterusnya....
Salah tahanan: Uthaya dapat RM145,000
Copy & Posted By mahi on
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pemimpin Parti Hak Asasai Manusia (HRP) P Uthayakumar diberi pampasan RM145,000 sebagai gantirugi terhadap salah tahanan oleh polis pada 16 Januari 2003 di Mahkamah Majistret Sepang.
Rosilah Yop dalam penghakimannya yang bertarikh 29 Julai mengarahkan Uthayakumar dibayar RM55,000 sebagai gantirugi teruk, RM50,000 untuk tahanan salah dan RM40,000 lagi untuk gantirugi teladan yang dikira pada kadar lapan peratus sejak tahun bermulanya kes berkenaan.
Uthayakumar (left) menyaman kerajaan, Polis Diraja Malaysia dan tujuh anggota polis kerana dengan niat jahat memaksanya dibogelkan semasa dalam tahanan di balai polis Sepang.
Beliau ditahan kerana didakwa secara jenayah mengugut seorang ketua inspektor polis ketika perbicaraan inkues bagi menentukan kematian seorang tahanan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun tujuh tahun penjara.
Malaysiakini.
Rosilah Yop dalam penghakimannya yang bertarikh 29 Julai mengarahkan Uthayakumar dibayar RM55,000 sebagai gantirugi teruk, RM50,000 untuk tahanan salah dan RM40,000 lagi untuk gantirugi teladan yang dikira pada kadar lapan peratus sejak tahun bermulanya kes berkenaan.
Uthayakumar (left) menyaman kerajaan, Polis Diraja Malaysia dan tujuh anggota polis kerana dengan niat jahat memaksanya dibogelkan semasa dalam tahanan di balai polis Sepang.
Beliau ditahan kerana didakwa secara jenayah mengugut seorang ketua inspektor polis ketika perbicaraan inkues bagi menentukan kematian seorang tahanan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimun tujuh tahun penjara.
Malaysiakini.
RESEPI... RESEPI... RESEPI... Rehatkan Minda Anda.
Copy & Posted By mahi on
Resepi Rempeyek
Cara menyediakan:1. Bersihkan dan tuskan kacang tanah. bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
2. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
3. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng
2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan:1. Bersihkan dan tuskan kacang tanah. bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
2. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
3. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.
SELENDANG UNTUK NIE CHING, UNTUK ROSMAH MANA?
Copy & Posted By mahi on
Nie Ching bakal buka butik selendang?
SERDANG, 2 Sept: Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang.
"Terima kasih kepada Utusan, saya dah terima empat selendang dari pihak yang berbeza...tak lama lagi saya boleh buka butik selendang," tulis Nie Ching dalam twitternya hari ini.
SERDANG, 2 Sept: Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bakal membuka butik selendang selepas ini kerana sejak berita beliau memasuki surau tanpa memakai tudung disiarkan oleh Utusan Malaysia, hari-hari beliau menerima hadiah selendang.
"Terima kasih kepada Utusan, saya dah terima empat selendang dari pihak yang berbeza...tak lama lagi saya boleh buka butik selendang," tulis Nie Ching dalam twitternya hari ini.
Nie Ching menjadi popular sejak kebelakangan ini apabila pelbagai cerita negatif disiarkan oleh media pro Umno terhadap beliau sejak beliau memberikan ucapan ringkas di Surau Nurul Huda, Serdang.
Utusan telah melaporkan (gambar), Nie Ching telah memberikan tazkirah Ramadhan di surau itu.
Ekoran itu, dalam satu kenyataannya, Nie Ching berkata kehadirannya menghulur bantuan ke surau tersebut dan memberikan ucapan ringkas adalah ikhlas dan bukan berkepentingan politik.
"Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.
"Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan," katanya.
Namun begitu, pelbagai pihak lain mempertahankan tindakan Nie Ching masuk ke surau itu dan menyifatkan tindakan itu tidak salah dari sisi Islam.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz, bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainol Abidin dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Mohd Nor Manuty menyokong tindakan Nie Ching.
Nie Ching juga bertemu sendiri dengan Nik Aziz bagi bertanya pandangan beliau terhadap masalah yang dihadapinya itu.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” kata Nik Aziz dalam satu kenyataan kepada media./Harakahdaily
Sumber: wfauzdin
UMNO Jangan Jeles: Sumber air mineral ditemui di Kelantan pulak
Copy & Posted By mahi on
JELI: Biar pun kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, namun kekayaan hasil buminya masih mampu memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri.
Buktinya, penemuan emas seterusnya....
Dr M: Tafsiran 1Malaysia rakyat berbeza........
Copy & Posted By mahi on
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.
Beliau berkata keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.
"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas," katanya kepada pemberita padas majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat Alor Setar, malam semalam.
Dr Mahathir berkata ketika kerajaan memperkenalkan perubahan, ia perlu menjaga kepentingan Bumiputera yang masih memerlukan bantuan.
"Kalau biarkan saja habislah jadi macam di Singapura. Kalau meritokrasi dilakukan banyak kesan, sebab itu saya cakap ia ia boleh jadi rasis kerana ia mengambil hak orang Melayu dan Bumiputera lain.
"Kalau meritokrasi, sesetengah daripada penuntut universiti itu tak dapat masuklah. Peniaga-peniaga baru di bandar pun takd adalah...habislah," katanya.
Mengulas mengenai demontrasi anti-Malaysia di Indonesia, Dr Mahathir berkata ada kumpulan tertentu yang sengaja cuba memburuk-burukkan hubungan kedua-dua negara.
"Puak ini bukan mewakili Indonesia. Penduduk Indonesia ada 230 juta, kumpulan ini sikit saja," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata tugas guru agama kini bukan lagi terhad kepada mengajar ibadat tetapi tumpuan perlu lebih kepada membentuk peribadi mulia.
Katanya kes-kes seperti buang bayi oleh golongan muda Islam menyebabkan tugas dan peranan itu sudah berubah kerana kefahaman mengenai Islam dalam kalangan golongan muda sekarang kurang.
"Sekarang ini guru-guru kena semai sifat mulia supaya mereka menolak kegiatan yang bercorak jenayah, menolak dadah dan mengawal nafsu mereka, supaya tidak terjadi lagi perkara-perkara itu)," katanya.
- Bernama
Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam diri.....???
Copy & Posted By mahi on
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.
Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.
Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.
"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.
Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.
"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.
Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.
Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.
Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.
Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.
"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi.
Malaysiakini.
Perbezaan kulit: Dua diserang di ambang merdeka
Copy & Posted By mahi on
Menurut Lau, mereka kemudian bergegas ke pondok polis di kompleks membeli-belah, Pavilion, tetapi mendakwa pegawai polis yang bertugas di situ enggan menerima aduan mereka. seterusnya....
PKFZ: Ling mohon kertas kabinet dinyah-rahsia
Copy & Posted By mahi on
Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik memohon kes tuduhan menipunya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut peguamnya, KK Wong, beliau telah menulis kepada pejabat peguam negara pada 1 September lalu agar supaya memindahkan kes yang didakwa mengikut Seksyen 418, Kanun Keseksaan. Ia membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Katanya, pihak pembelaan juga telah memohon supaya kertas kabinet yang dianggap rahsia dikasifikasikan semula dan salinannya diberikan kepada mereka untuk tujuan pembelaan. Ini kerana menurut Wong dakwaan yang dikenakan ke atas bekas presiden MCA itu membabitkan minit mesyuarat jemaah menteri, maka dokumen berkenaan diperlukan oleh kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan. Wong juga memohon tarikh awal bagi sebutan kes supaya membolehkannya mendapatkan dokumen berrkenaan. Adalah dipercayai bahawa pihak pendakwaan sejak beberapa hari lalu menerima beberapa dokumen tetapi minit mesyuarat kabinet yang dikehendakinya tidak disertakan. Wong juga memohon untuk menyoal beberapa saksi sebelum perbicaraan bermula di hadapan pegawai penyiasat. Hakim, Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 30 November sebagai tarikh sebutan kes. Ling pada 29 Julai lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang. Hakim kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 November depan. Malaysiakini |
Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan....???
Copy & Posted By mahi on
KUALA LUMPUR, 3 Sept: Melihat kepada kelantangan Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia, penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.
“Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?” kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa ini berhubung pendirian Perkasa akhir minggu lalu.
Ibrahim dilihat seolah-olah “berani” dan lantang mencabar Najib.
“Bagi saya tidak mudah untuk beliau hidup sebab Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak mempunyai wawasan dan komitmen,” kata beliau sambil menambah, “apa yang pasti, walau apa jua yang beliau lakukan, saya tidak fikir Umno akan menerima beliau semula.”
Hujung minggu lalu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mempersoalkan konsep 1 Malaysia dan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep tersebut, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.
Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada aspek kesamarataan antara kaum.
Selain itu, Ibrahim juga mencadangkan supaya undang-undang bagi menghalang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau digubal.
Sunber:- malaysianinsider-
“Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?” kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa ini berhubung pendirian Perkasa akhir minggu lalu.
Ibrahim dilihat seolah-olah “berani” dan lantang mencabar Najib.
“Bagi saya tidak mudah untuk beliau hidup sebab Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak mempunyai wawasan dan komitmen,” kata beliau sambil menambah, “apa yang pasti, walau apa jua yang beliau lakukan, saya tidak fikir Umno akan menerima beliau semula.”
Hujung minggu lalu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mempersoalkan konsep 1 Malaysia dan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep tersebut, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.
Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada aspek kesamarataan antara kaum.
Selain itu, Ibrahim juga mencadangkan supaya undang-undang bagi menghalang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau digubal.
Sunber:- malaysianinsider-
Pemilihan keADILan..............
Copy & Posted By mahi on
Parti Keadilan Rakyat (keADILan) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi parti politik pertama di Malaysia untuk menjalankan pemilihan langsung untuk memilih barisan kepimpinan mereka. Pucuk pimpinan tertinggi parti itu akan dipilih secara terus pada 17 September hingga 3 Oktober 2010. Semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 20 anggota MPT akan dipilih terus oleh ahli-ahli parti. seterusnya
Hudud Bukan Hak Pas Seorang
Copy & Posted By mahi on
PARA algojo politik cuba mempertikai dan mengaitkan langsung isu hukum hudud dengan Pas. Mereka mempersoalkan kenapa kini Pas tidak lagi memperjuangkan untuk menegakkan hudud. Kalau algojo itu memahami Pas sebagai badan siasah, mereka tidak akan mempersoalkannya. Mempersoalkan perkara itu samalah mendedahkan kebodohan diri sendiri. seterusnya...
Alahai Musa Hassan
Copy & Posted By mahi on
Bila baca berita Tan Sri Musa Hassan tidak akan bertapuk lagi di kerusi Ketua Polis Negara dan akan tamat kontrak pada 12 September ini, saya teringat posting bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" yang menyebabkan saya ditangkap.
Saya memang delete logo yang polis marah sangat pada posting tu. Bab logo tu, saya tidak berubah sampai sekarang, it was a stupid mistake. Tetapi saya tetap tak nak tarik posting tu walaupun, ketika saya ditangkap, memang ada dicadangkan oleh polis supaya saya berbuat demikian. Tetapi, saya tetap tak nak tarik. The posting was not a mistake at all. seterusnya...