PKFZ: Ling mohon kertas kabinet dinyah-rahsia

on Sep 3, 2010



Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik memohon kes tuduhan menipunya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

NONEMenurut peguamnya, KK Wong, beliau telah menulis kepada pejabat peguam negara pada 1 September lalu agar supaya memindahkan kes yang didakwa mengikut Seksyen 418, Kanun Keseksaan.
Ia membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Katanya, pihak pembelaan juga telah memohon supaya kertas kabinet yang dianggap rahsia dikasifikasikan semula dan salinannya diberikan kepada mereka untuk tujuan pembelaan.
Ini kerana menurut Wong dakwaan yang dikenakan ke atas bekas presiden MCA itu membabitkan minit mesyuarat jemaah menteri, maka dokumen berkenaan diperlukan oleh kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.
NONEWong juga memohon tarikh awal bagi sebutan kes supaya membolehkannya mendapatkan dokumen berrkenaan.

Adalah dipercayai bahawa pihak pendakwaan sejak beberapa hari lalu menerima beberapa dokumen tetapi minit mesyuarat kabinet yang dikehendakinya tidak disertakan.

Wong juga memohon untuk menyoal beberapa saksi sebelum perbicaraan bermula di hadapan pegawai penyiasat.
Hakim, Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 30 November sebagai tarikh sebutan kes.

Ling pada 29 Julai lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
Hakim kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 November depan.

Malaysiakini

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List