SEBAB UTAMA TUN MARAH PAK LAH & TINGKAT 4 TERBONGKAR..?

on Dec 12, 2012





Lawan Pak Lah kerana prestasi tak baik, kata Dr M  tapi sebenarnya sebab disekat untuk  mendapat PROJEK kerajaan......

Zaman Pak Lah segala pentadbiran dan projek-projek dikawal oleh Tingkat 4 ataupun dikawal oleh KJ  banyak peluang projek kerajaan dimanopoli oleh orang-orang Pak Lah. Itu sebab Tun menentang pak lah  kerana banyak peluang dan projek disekat dan ditapis oleh Tingkat 4 sampai Tun telah keluar dari UMNO.  Kita lihat dizaman Najib anak beliau banyak mendapat projek terutama berkaitan Petronas.  

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menafikan beliau bersikap double standard dengan membantu kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi menentang perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.


"Tidak ada double standard. Jika prestasi seseorang (itu) tidak baik saya akan berkempen, melawan sesiapa sahaja," kata Mahathir ketika ditemui selepas majlis Malaysia Petroleum Club di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di ibu negara hari ini.

"Sama ada beliau adalah calon saya atau orang lain, saya akan berkempen sekiranya seseorang itu tidak tunjuk prestasi bagus," katanya lagi yang berpendapat Abdullah tidak menunjukkan prestasi baik.

Ditanya sama ada jawapan beliau itu bermaksud beliau berpuas hati dengan prestasi Najib, Mahathir berkata: "Ya, saya berpuas hati
".

Hari ini beliau  mengangkat  Rosmah berhak menonjol semahunya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.



Mantan perdana menteri itu ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding dengan isteri perdana menteri sebelum ini.

"Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada perdana menteri. Anda boleh menonjol semahunya," katanya selepas satu majlis di Malaysian Petroleum Club di ibu negara hari ini.

Dr Mahathir juga berkata Rosmah mempunyai hak untuk menepis dakwaan terhadapnya melalui buku biografi yang dijangka akan diterbitkan bulan depan.

Dalam majlis pra-pelancarannya semalam, buku setebal 164 halaman itu dipromosi sebagai penerbitan yang "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.


Photobucket

Najib Tidak Berani Masuk Pejabat Hari Ini...?

on






Bermula dengan cuma 500 orang yang berkumpul di perkarangan letak kereta berhadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya, kini sudah dianggarkan lebih 2,500 peserta tuntutan berarak mara diiringi pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan kepada mereka.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah penganjur himpunan, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua.Tidak ketinggalan, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengerusi KEADILAN Johor, Chua Jui Meng.

Hadir sama, phli parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha; ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud, ahli parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.

Difahamkan, rundingan baru selesai dijalankan antara 10 pemimpin yang dibenarkan masuk ke dalam bangunan JPN.

“Kami juga akan berkhemah depan JPN dan tidak berganjak selagi Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan aku janji bagi menyelesaikan masalah ini,” kata Surendran kepada Keadilan Daily.

Bercakap dalam kenyataan sebelum ini, Surendran dan dua lagi Naib Presiden – Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar berkata, masalah tersebut melibatkan semua rakyat dan menjadi kelaziman di kalangan rakyat berketurunan India.

Menurut mereka, sebahagian besar rakyat tanpa warganegara tersebut lahir daripada ibu bapa rakyat Malaysia dan menjalani keseluruhan kehidupan di negara ini.

“Berdasarkan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, mereka merupakan warga yang sah secara perundangan dan berperlembagaan,” tambah kenyataan itu.

Kata mereka, kerajaan BN enggan mengeluarkan kad pengenalan biru kepada golongan tersebut dan secara terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Surendran berkata, tindakan menafikan hak rakyat yang sememangnya layak mendapat taraf kerakyatan adalah bertentangan dan memungkiri hak asasi.

Katanya, ia adalah perkara yang serius kerana mengundang pelbagai masalah kepada kaum itu. “Kita menggesa kerajaan agar hentikan diskriminasi terhadap mereka dan selesaikan segera perkara ini.

“Sebagai penduduk yang dilahirkan dalam negara dan menetap di sini berpuluh-puluh tahun, sepatutnya mereka secara automatik diberi kewarganegaraan.

“Penafian ini bukan sahaja memberi masalah kepada mereka, tapi juga untuk anak-anak apabila tidak dapat bersekolah kerana bukan warganegara. Mereka juga tidak memperoleh perkhidmatan dan faedah seperti masyarakat lain kerana masalah ini,” katanya.

Paling mencuri tumpuan adalah kad besar dengan nama Najib a/l Razak jelas diangkat tinggi bagi menunjukkan kesabaran mereka sudah sampai ke tahap maksimum.

Ada di antara mereka bukan setakat bangsa India tetapi turut disertai kaum Melayu yang dinafikan hak yang sama. Najib dikhabarkan tidak masuk ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu setelah dimaklumkan dan atas nasihat kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi tadi.
 

~keadilandaily




Photobucket

Siapa "A dog Of Imperialism"... BJ Habibie Atau Zainuddin Maidin...?

on






Jakarta: Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia.

Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi. "Koran (akhbar) Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperialism," ungkapnya.

Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN. "Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia," kata Teguh.

Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. "Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?," tanya Pramono. Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini)

Koran (Akhbar) Malaysia Sebut Habibie Pengkhianat dan Anjing Imperialisme

Jakarta, Indonesianway.com - Artikel Tajuk Rencana atau Editorial di sebuah akhbar milik Malaysia, ‘Utusan Malaysia’ yang terbit pada Isnin (10/12/2012) menyebut mantan presiden Indonesia, BJ Habibie sebagai ‘pengkhianat bangsa’ dan ‘the dog of imperialism’ atau terjemahannya, anjing imperialisme.

Artikel yang ditulis bekas Menteri Penerangan Malaysia Zainudin Maidin itu mengupas soal persamaan Habbibie dengan tokoh oposisi Anwar Ibrahim. Di salah satu bahagian tulisan itu dikatakan, Habibie merupakan sosok egois dan memualkan.

Akhbar ini merupakan salah satu media yang dikawal langsung oleh pemerintah Malaysia.

Zainuddin menuding Habibie sebagai “‘Presiden Indonesia ketiga yang mencatatkan sejarah sebagai Presiden Indonesia paling tersingkat, tersingkir karena mengkhianati negaranya”.

Selain itu, katanya, Habibie telah ‘menggunting dalam lipatan’ pemerintah Soeharto.

Apa yang dilakukan Habibie, menurut Zainudin, sama dengan yang dilakukan Anwar terhadap pemerintahan Mahathir Mohammad.

Ia mengatakan, Habibie menjadi pengkhianat bangsa dengan menuruti kehendak Barat untuk melepas Timor Timur. Sementara Anwar dituduh pengkhianat karena keinginannya menyerahkan persoalan ekonomi kepada IMF.

“Habibie sempat menjadi Presiden dan mengkhianati bangsa dan negaranya setelah menjadi Presiden, tetapi Anwar mahu menyerahkan negara ini kepada IMF dan New Imperialis sebelum sempat menjadi Perdana Menteri. Allah telah menyelamatkan rakyat Malaysia,” tulisnya.

Ia pun menyebut, ”Pada hakikatnya mereka berdua tidak lebih daripada “The Dog Of Imperialism.”

Untuk diketahui, memang Habibie dan Anwar memiliki kedekatan. Anwar — yang hendak mengikuti Pilihanraya Umum Malaysia 2013 — mengundang Habibie berbicara ke Universitas Selangor pada Kamis, (6/12/2012) lalu. Sementara pada Rabu, (28/11/2012), Anwar datang ke Jakarta untuk menghadiri ‘Celebrating The Habibie Center’s 13th Anniversary and Democracy Take-Off? The BJ Habibie Period.
 (RD)
Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan p[un berjalan.

Kerana terlalu ghairah untuk menghentam Anwar, Utusan yang menyiarkan tulisan Zainuddin Maidin telah menyemarakkan lagi kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia yang sebelum ini disebabkan angkara dakwaan kes tiga orang polis merogol seorang amah Indonesia.

Laporan terkini mendapati Utusan sudah memadamkan tulisan berkenaan dari pautan akhbar onlinenya, tetapi yang bercetak akan tetap ada sebagai saksi dan buktinya.

Memang kedua-dua (zainuddin dan Utusan) yang merupakan lidah UMNO itu akan terus terhukum lantaran fitnah dan kebatilan yang mereka bawa...

...apabila kebenaran telah datang, yang batil pasti lenyap.....

Utusan dan UMNO BN tetap binasa!





Photobucket

Deepak Sahkan SD 2 - ARAHAN DARI ROSMAH DAN NAJIB !!!

on




KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.

"Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini (pembunuh Altantuya) dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.



"Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu.

"Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya," cerita Deepak dalam sidang media khas dengan Harakah.

Deepak dalam sidang media kali ini menceritakan dengan jelas bagaimana beliau boleh terlibat dengan SD 2 yang dibuat oleh PI Bala ini.


Berikut adalah cerita penuh Deepak kepada Harakahdaily. 


"Kalau boleh kita bincang secara terperinci bagaimana SD ini bermula. 

Saya mendapat panggilan pada hari SD itu dibuat pada jam 6-7 malam. Saya dipanggil oleh Datin Rosmah Mansor melalui telefon.
 

Dia suruh saya cari jalan menyelesaikan masalah dia. Saya pernah jumpa dengan Bala satu dua kali sebelumm itu tetapi tidak kenal rapat dia.
 

Saya call kawan saya untuk cuba berjumpa dengan dia tetapi dia keberatan dan tidak mahu berjumpa.
 

Saya telefon Datin Seri dan berkata, ini susah dan tak nampak jalan penyelesaian benda ini. Sebelum inipun saya banyak bantu Datin mana-mana perkara yang dia perlukan. Saya cubalah kalau ada kawan.
 

Saya kata kepada Datin, hal ini bukan senang untuk diselesaikan. Dia pun minta saya "datang rumah sekarang dan jumpa suami saya. Biar Datuk Seri buat keputuan bagaimana".
 

Saya pergi ke rumah mereka. Datin dan Datuk tinggal di Sri Satria. Kadang-kadang dia orang duduk di Sri Duta dan kadang-kadang Sri Satria. Malam itu mereka duduk di Sri Satria.
 

Saya masuk rumah lebih kurang lapan lebih malam dan saya bercakap dengan Datuk Seri mengenai keadaan ini dan orang ini tidak mahu jumpa dan kata dia sudah buat SD yang benar dan dia tidak mahu berjumpa pun dengan saya. Saya tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan benda inilah.
 

Pertama dia telefon satu lawyer. Lepas itu dia telefon adik dia, lawyer juga. Lepas bincang, dia minta saya agar mencari jalan untuk jumpa dia (Bala) dan cari jalan supaya dia setuju, untuk batalkan SD dia.
 

Saya telefon Bala, kita bincang atas telefon. Dia kata, dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri kalau nak dia menarik balik dia punya SD.


Dia pun jenis orang yang keras. Dia cakap dia tak tipu, apa yang dia letak dalam SD pertama semuanya benar.
 

Saya pun susahlah macamana dia nak jumpa Datuk Seri dan Datin Seri. Saya beritahu Datuk Seri, kita berada dalam suasana yang susah. Masa itu Datin Seri pun ada dalam bilik belakang, tingkat pertama. Dia nak jumpa Datuk Seri atau Datin Seri. No way lah, nak keluar masuk pun susah, ada bodyguard semua.

  
Datuk Seri propose (cadangkan) Datuk Nazim yang jumpa Bala. Saya bagi dia tahu, dia (Bala) cakap ok, boleh jumpa, tetapi dia nak bincang dengan saya sesuatu dulu.
 

Saya pergi ke Rawang di satu restoran Cina, duduk dengan dia dekat sana. Saya, dia, sepupu saya yang kenal dia dan seorang pegawai polis bekas D9 yang nama dia Suresh.
 

Bincang-bincang, dia kata kalau buat SD 2 dia takut, bagaimana dia nak protect dia dan famili. Saya kata, yang terbaik awak tinggalkan Malaysialah. Kita boleh uruskan kalau dia mahu. Kalau awak nak kekal di Malaysia, tak ada isulah sebab kerajaan bersama kamu.
 

Lepas itu kita bincang hal duitlah. Dia minta satu jumlah yang sangat besar dan saya tidak fikir saya boleh urus untuk dapatkannya. Saya hanya peniaga karpet bukan ada perniagaan bilion untuk keluarkan jumlah itukan. Saya kata, lebih baik awak cakap dengan Datuk Nazimlah.
 

Saya minta Datuk Nazim datang ke Rawang tetapi dia tidak mahu. Dia mahu kita pergi ke The Curve, dekat Mutiara Damansara. 


Jadi kami pergi The Curve, ketika itu hari dah malam dah dekat jam 12 ke 1 pagi. Datuk Nazim bawa isteri dia sekali, isteri dia ketika itu sedang mengandung. Susahlah, isteri tak mahu tinggalkan suaminya.
 

Bala tak mahu bercakap dengan saya, dia mahu runding terus dengan mereka. Dia fikir kalau runding dengan saya, saya ada kuasa ke nak lindung dia, nak penuhkan permintaannya dari segi kewangan yang dia minta. Saya tak ada.
 

Dia bincang dengan Datuk Nazim, dia kata dia nak sejumlah wang, mahu dia dilindungi dan mahu meninggalkan negara ini. So dia (Nazim) promise (janji) dengan dialah tetapi kamu kena tukar SD itu. 

Nazim kemudian telefon dan bincang dengan  abang dia, siapa yang akan siapkan SD.
 

Datuk Seri Najib pilih seorang peguam (nama disembunyikan sehingga pengesahan) dan anaknya untuk siapkan dokumen. Selepas itu kita pergi ke KL Hilton, saya ambil bilik untuk Bala sementara peguam siapkan SD. Mereka terus berkomunikasi antara adik dan dia serta peguam semua, apa yang nak dimasukkan ke dalam SD dan sebagainya.
 

Selepas itu, peguam datang ke KL Hilton ke bilik dan duduk. Siapkan laptop dia dan bincang semua. Siapkan versi terakhir dan Bala tandatangan malam itu.
 

Kemudian mereka nak buat sidang media. Bila nak buat PC, saya tak kenal siapa-siapa masa tu, saya low profile. Jadi saya hubungi Ketua Setiausaha Datuk Najib, you kena uruskan sebab saya tidak tahu siapa yang hendak di bawa, mainstrem ke, internet ke, saya tidak kenal siapa-siapa.
 

Last minute, peguam tidak mahu bersama Bala dan tidak mahu nama dia ada di situ. Saya kena hubungi kawan saya, yang juga peguam, tetapi dia tidak terlibat dengan hal itu. Saya kata, awak hanya datang dan duduk dengan Bala. Bala pun masa itu sangat tertekan.
 

Peguam saya pergi bersama dengan Bala, mereka pergi ke Prince Hotel kira jam 9 - 10 pagi. Pergi Prince Hotel dan umumkan SD yang telah disiapkan malam itu. Peguam saya bernama Arulapalam tetapi dia tidak terlibat dalam membuat SD itu, dia seorang peguam yang senior. Itu yang berlaku. Objektifnya mahu pusing (riverse) SD Bala.
 

Banyak orang fikir, dia mahu menukar SD yang Bala bagi, tetapi sebenarnya ia lebih dari itu. Sebab utama SD itu, seorang yang terlibat dalam kes itu, kes Altantuya, telah  bersetuju untuk memberitahu cerita sebenar. Opposition side mahu mempastikan cerita sebenarlah.
 

Tetapi satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka. Mereka sudah bersedia, salah seorang ahli kumpulan ini akan keluar dan berikan SD dan menceritakan siapa yang arahkan dia melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang mengarah orang itu. Ini sangat high level.
 

Jadi objektif untuk tukar SD bukan kerana takut sangat dengan SD si Bala ni. Objektif utama besar dari itu. Mereka kena hentikan langkah seterusnya. Malam itu jugak kena siap, kena U-turn, kena tutup. Itulah yang masalah utamanya.
 

Banyak orang melihat SD 1, SD 2. Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau SD 2 atau 3. Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar, seorang yang terlibat secara langsung, direct involve, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu yang sangat serius.
 

Selepas kes Bala, saya telah dipanggil oleh SPRM dan siasat tetapi SPRM lebih berminat untuk tutup hal itu. Mereka tahu kebenaran seluruhnya tetapi mereka mahu tutup. Jadi tidak ada tindakanlah. Sebab itu kes tutup.
 

Saya minta, SPRM buka balik penyiasatan kes ini, dedahkan kebenaran, jelaskan apa sebenarnya berlaku. Mengapa perkara ini dibiarkan saja dengan cara ini dan asas kenapa kes ini ditutup. 

Saya yakin dalam SPRM mesti ada orang yang baik. 


Tidak mungkin semua orang nak dengar cakap sepasang suami isteri, kita ada 28 juta manusia kat Malaysia, kenapa tidak nak dengan pandangan sepasang suami isteri sahaja. Bertindak untuk kebenaran tak salah. 

Jadi saya minta SPRM dan polis siasat perkara sebenar-benarnya. IGP sekarang atau IGP sebelum ini, sesiapapun, biarlah kebenaran keluar.


Sekurang-kurangnya kita menghormati pihak penguatkuasa kita menjalankan tugas bukan mengikut arahan sepasang suami isteri sahaja. Negara ini lebih dari itu. Itu saja."




Photobucket

Suami doa kahwin lagi, isteri doa tak mahu bermadu...

on





SEORANG mutawif menceritakan kisah sepasang suami isteri yang sama-sama ke Makkah bagi menunaikan umrah. Di depan Kaabah, si suami antara lain berdoa berjayalah usahanya untuk menambah satu lagi 'cawangan' (beristeri barulah) sedangkan si isteri pula berdoa biarlah dia dan suaminya hidup rukun damai, janganlah hendaknya hadir orang ketiga yang boleh mengeruhkan rumah tangga mereka berdua. Ringkasnya dia tak rela dimadukan, dia tak rela berkongsi suami 

Dalam situasi begini, kedua-duanya bebas untuk berdoa mengikut kehendak masing-masing. Tentunya hajat mereka berlawanan antara satu sama lain. Tiada siapa boleh menghalang mereka daripada berdoa sedemikian. Si suami dengan doanya manakala si isteri dengan doanya pula. Soal siapa benar dan doa siapa dikabulkan itu bukan urusan manusia, semuanya diserahkan kepada Yang Maha Kuasa. Terpulanglah kepada Allah SWT untuk menentukan siapa yang dipilih-Nya. 


Demikian juga dalam kisah korban dua orang anak Nabi Adam a.s. - Qabil dan Habil. Kedua-duanya bebas membuat korban. Yang menjadi pemutus kepada korban mereka adalah SWT. Allah SWT Yang Mahu Mengetahui siapa antara kedua-duanya yang ikhlas, yang berada di jalan benar dan lurus. Hak Allah-lah yang menjadi pemutus kepada korban mereka. 


Muktakhir ini, negara dihebohkan dengan 'doa PAS' pada penutup Muktamar ke-58-nya di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan. Kemudian PM Najib Razak sendiri membaca 'doa Umno' pada penutup Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. 

Mungkin ada persamaan situasi antara 'doa PAS' dan 'doa Umno' ini dengan doa pasangan suami isteri di depan Kaabah. Jika suami isteri itu bebas untuk berdoa mengikut kehendak masing-masing, pada pandangan hamba yang daif ini tentulah PAS dan Umno bebas untuk mengadu hal masing-masing kepada Allah SWT. Soal kabulnya doa bukannya urusan manusia - serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Kuasa. 


* Namun, mengapa agaknya sesetengah pihak (agaknya orang dan pemimpin Umno) yang gerun dengan doa orang PAS itu? Bukan makin heboh lagi golongan ini yang memperkatakan akan doa itu. Sama seperti doa pasangan suami isteri tadi, apa nak ditakutkan dengan doa 'lawan' masing-masing. 


Jika kita yakin kita di jalan yang benar pastilah Allah SWT akan berpihak kepada kita, bukankah bagi setiap doa itu sudah dijanjikan untuk dimakbulkan di dunia ini, jika tidak 'disimpan' untuk kita nikmati di akhirat nanti dan lebih mulia lagi di dunia pun kita dapat di akhirat pun kita dapat sejajar dengan doa ulung ini: "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar" yang bermaksud "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka." (QS. Al Baqarah 201) 


Sewajarnya sebagai orang jitu imannya, kita tidak gusar dengan perbuatan termasuk doa orang lain kerana berpegang teguh kepada akidah, tiada apa yang boleh merosakkan kita sekali pun bergabung seluruh makhluk jika hal itu tidak dizinkan Allah SWT. Jadi jika kita berada di landasan (jalan) yang betul dan lurus, apa yang hendak ditakutkan? 


Biasanya yang takut itu adalah orang bersalah, dia sentiasa bimbang orang akan tahu tembelangnya. Orang tidak pun membicarakan kesalahan atau perbuatan jahatnya, tetapi dia terasa pula. Macam orang sudah berak di tengah jalan, mana dia mahu mengaku. Tetapi apabila ada orang buka bicara 'kisah tahi', dia dengan mudah akan terasa. Orang cerita kisah tahi ayam pun, dia terasa! 


Jika dengan melakukan perbuatan jahat kecil-kecilan seperti berak di tengah jalan pun pelakunya sudah resah gelisah, bayangkan jika seseorang atau kumpulan terbabit dalam kes bunuh, rogol, zina, rasuah, rompak wang rakyat, menipu dalam proses mendapat kuasa dan sebagainya.


Tentunya mereka bimbang apabila orang membicarakan hal ini sekalipun tidak menyebut nama mereka. Apabila orang memperkatakan bab hudud, hati mereka akan berdegup pantas dan kuat...dup...dap...dup...habislah aku nanti aku kena rejam dengan batu (bagi pesalah zina) dan potong tangan (bagi pencuri). Mereka pun cipta pelbagai alasan dan dongeng seperti 'makan sup tanganlah', 'takkan ada saksi benarlah' dan 'hudud PAS-lah'. 


Jika kita rajin mengikuti tazkirah termasuk kelas pengajian di masjid, kerap benar kita mendengar ustaz memberitahu antara doa yang mustajab (cepat dimakbulkan) adalah doa orang teraniaya atau dizalimi. Pelaku zalim ini tidak payahlah menunggu di akhirat, di dunia lagi mereka sudah dinampakkan dan menerima kesengsaraan kehidupan.


Kata ustaz, kezaliman itu bukan saja bermaksud menzalimi manusia (terhadap orang Islam dan bukan Islam) tetapi juga kepada binatang malah seluruh makhluk-Nya. Jika kita menzalimi seekor binatang, binatang itu akan mendoakan kebinasaan kita, itulah sebabnya kehidupan kita tak pernah aman, selalu berkeluh kesah dan sengsara sekalipun harta bertimbun, kuasa besar dan berjawatan tinggi melangit. 


Jika kita amat-amati, memang benar sesetengah orang Umno terutama pemimpinnya hidup dengan harta bertimbun, kuasa besar dan berjawatan tinggi, tetapi mengapa ya, mereka selalu berkeluh kesah dan akhir-akhir ini percakapan mereka termasuk di Perhimpunan Agung mereka semakin banyak merapu. 


Ada seorang pembahas berkata, banyak sungguh jasa Umno kepada seseorang - daripada bayi sampailah ke dia mati - semuanya dibiayai oleh Umno; seorang nenek di kampung saya yang kebosanan disogok laporan Perhimpunan Agung Umno di TV saban hari, dengan mudah dapat menjawab dakwaan dangkal itu - katanya, biaya itu bukan pakai duit Umnolah, itu duit CUKAI dibayar rakyat. Umno (BN) hanya kuli bagi mengurus duit rakyatlah!


Oleh Lanh

Photobucket

Mahathir Pun Terdesak...?

on




Rupanya, bukan setakat Perdana Menteri, Najib Altantuya yang terpaksa bekerja keras memastikan Barisan Nasional (BN) memperolehi majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum ke-13, tetapi bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad juga nampaknya terdesak mempertahankan kuasa yang berbaki kurang 128 hari lagi di Putrajaya.
 

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkata Mahathir yang sudah bersara akhir 2003 selepas 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga terpaksa bekerja keras kerana bimbang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

 

Katanya, semalam, Mahathir berada di Sik, Kedah untuk mengingatkan ahli Umno bagi menghilangkan rasa tidak puas hati terhadap calon yang dipilih kepimpinan tertinggi Umno dan BN jika mahu lihat BN kekal berkuasa selepas PRU-13.

 

Mahathir meminta ahli Umno mengenepikan perbezaan dan memberi sokongan penuh kepada calon BN yang terpilih kerana keutamaan sepatutnya untuk memastikan kejayaan supaya BN dapat menang besar dan membentuk kerajaan yang kuat.

 

“Perkara itu amat luar biasa tetapi kebiasaan Mahathirisme yang mana Mahathir perlu memberi amaran mengenai penyakit “Melayu mudah lupa” sebagai punca tidak puas hati di dalam Umno sehingga tidak menyokong calon yang terpilih, sedangkan Mahathir sendiri adalah gambaran terbaik penyakit “Melayu mudah lupa” apabila giat berkempen menentang Abdullah sebagai Perdana Menteri pada pilihanraya umum tahun 2008,” katanya.

 

Kit Siang yang juga Penasihat DAP Kebangsaan berkata, jelas pada Mahathir, yang BN berada di hujung tanduk menjelang pilihanraya umum ke-13 bukan soal jawatan Perdana Menteri Najib tetapi legasi Mahathir, dan tiada keraguan lagi yang mana satu akan mendapat keutamaan sekiranya berlaku pertembungan antara jawatan Perdana Menteri Najib Altantuya dan legasi Mahathir.

 

“Itu sebabnya mengapa rakyat Malaysia mendapati kenyataan Najib dalam wawancara bersamaThe Malay Mail Jumaat lalu bahawa beliau memerlukan mandat daripada pengundi untuk mereformasikan Umno adalah mengejutkan.

 

“Pertama, hal itu terkena pada diri sendiri dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-66 sepuluh hari lalu, mengakui kegagalan Umno dan BN pada pilihanraya umum lalu adalah “isyarat jelas rakyat Malaysia kepada Umno dan rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat,” katanya.

 

Apabila Najib Altantuya mengatakan beliau memerlukan mandat pengundi pada pilihanraya umum ke-13 untuk mereformasikan Umno, sebenarnya Najib mengakui dia gagal mereformasikan Umno meskipun “isyarat jelas” daripada rakyat pada pilihanraya umum lalu bahawa Umno mesti berubah – sebab yang mencukupi mengapa Umno dan BN mesti diganti dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13.

 

“Jika Umno dan BN mendapat majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum ke-13, jumlah kerusi Parlimen Pakatan Rakyat akan berkurang sekurang-kurangnya lapan kerusi, iaitu 74 daripada 82 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum ke-12, memberi BN majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi.

 

“Bagaimanapun, sekiranya Pakatan Rakyat boleh memenangi majoriti yang banyak melalui empat juta pengundi atas pagar dalam daftar pemilih yang terdapat lebih 13 juta pengundi – terdiri daripada tiga juta pengundi baru dan satu juta pengundi atas pagar daripada pilihanraya umum ke-12 – Pakatan Rakyat mampu mengalahkan Umno dan BN dan mendapat majoriti lebih 20 kerusi parlimen,” ujarnya.

 

Kit Siang berkata, dalam senario terbaik itu, kemungkinan pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di dalam Parlimen adalah 45 untuk KEADILAN manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 40 kerusi – memberikan Pakatan Rakyat majoriti kecil 28 kerusi.

 

Bagaimanapun, parti Pakatan Rakyat mesti berkerja keras untuk memenangi pengundi atas pagar, memandangkan perkembangan beberapa bulan ini memberi sebab untuk pengundi atas pagar mula berasa ragu-ragu sama ada parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada KEADILAN, PAS dan DAP betul-betul komited terhadap Kerangka Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

 

Keraguan yang diekploitasi habis-habisan oleh media rejim Zionis Umno dan cybertrooper, perlu diatasi segera atau Pakatan Rakyat akan kehilangan peluang keemasan untuk memenangi Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13 dengan mudah.




Photobucket

Hanya Dengan Menangis Dapat Anugerah Datuk

on




Jasanya cukup besar kepada negeri Melaka...Iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Jasa yang amat besar itu, maka dianugerahkan darjah bergelar Datuk oleh Negeri Melaka.

Pergh!!!!... baru admin tau...menangis bila dengar ucapan Presiden UMNO dianggap amat berjasa sekali kepada pejuangan bangsa Melayu.






Photobucket

Gelombang belum berakhir ....Tahrir Square sekali lagi?

on





Memang pelik apabila kita mengkaji sejarah revolusi rakyat kerana satu perkara yang pasti ialah peristiwa post-revolusi diwarnai dengan ketidakpastian dan ketidakstabilan. Walaupun revolusi rakyat itu sendiri disokong oleh semua pihak secara pastinya tetapi ia tidak bermakna semua pihak bersetuju cara mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh regim diktator sebelumnya.

Oleh itu, sebelum sesuatu kebangkitan itu benar-benar berjumpa penghujungnya secara nisbi, gelombang demi gelombang akan melanda sesebuah kebangkitan rakyat. Seperti halnya di Mesir dan lain-lain negara Arab yang melalui revolusi rakyat,rantau ini dijangka akan terus bergolak mencari identiti barunya sehingga tujuan utama revolusi itu tercapai. Urusan post-revolusi


Di Mesir gelombang selepas revolusi belum reda, ini adalah kerana kekosongan yang ditinggalkan selepas Mubarak masih bergelora dengan berbagai perkembangan baru. Malang bagi Mursi kerana ia menjadi Presiden pertama Mesir era selepas Mubarak. Saya berkata “malang” kerana sesiapa sahaja yang memegang jawatan tertinggi itu akan mengalami nasib yang sama seperti Mursi.


 Mursi terpaksa berhadapan dengan saki baki regim lama, isu perundangan yang belum selesai dan penentangan pembangkang yang mahukan habuannya dalam revolusi ini. Dari segi lain pula ialah memulihkan ekonomi dan memantapkan institusi sosial-budaya yang akan membentuk celupan masadepan Mesir. Dua dimensi ini akan membuat sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin masa itu tertekan antara menyempurnakan kehendak revolusi dan memulihkan negara.

Keunikan revolusi Mesir

Uniknya revolusi di Mesir ialah kerana di sebalik mendatarnya seluruh segmen kebangkitan rakyat, secara menegaknya pula, menyaksikan hubungan yang agak longgar dari sudut siapakah pemimpinnya? siapakah yang menguasainya? dan siapakah yang menyusunnya? Apa yang dianggap sebagai satu protes biasa tiba-tiba menjadi luar biasa dari bilik kawalan yang longgar dan tidak tersusun. Kecanggihan teknologi jaringan media tidak memerlukan seorang pemimpin menguasainya kerana setiap seorang itu boleh jadi pemimpin melalui jaringannya. Walaupun demikian suasana longgar ini tidak menjadi masalah pada saat kebangkitan, bagaimana pula post-kebangkitan? 


Apakah suasana yang sama terpakai setelah Mubarak tumbang? Di sinilah persoalan pengisian setelah revolusi memerlukan struktur organisasi yang tersusun dan teras ideologi yang mantap bagi mengisi kekosongan yang ada. Tidak syak lagi pergerakan Ikhwan yang paling berstruktur dan pemikiran ideologinya yang paling berpengaruh berjaya mengisi kekosongan ini melalui Parti Keadilan dan Kebebasan yang dibentuk setelah tumbangnya regim Mubarak. Pada waktu yang sama, faktor kemunculan Ikhwan mengisi ruang revolusi  ini menyumbang juga kepada keraguan pemulihan yang cuba dibawa atas alasan apakah Ikhwan mewakili sepenuhnya hasrat kebangkitan rakyat tempoh hari ataukah ia berada di situ untuk memenuhi kehendak ideologi organisasinya semata-mata?

Antara konsesi dan ketegasan


Menuntut Kebebasan adalah merupakan lambang dan mercutanda utama revolusi rakyat di Mesir malah di kebanyakan kebangkitan dunia. Apa yang lebih mencabar ialah menginstitusikan kebebasan melalui pemulihan yang diperlukan. Walaupun cabaran pertama Mursi dalam menuntut imuniti dekri Presiden disambut dengan penentangan keras, Mursi bersedia membuat konsesi bagi mengendurkan keadaan. Tetapi dalam isu menyediakan draf perlembagaan baru untuk diluluskan oleh Parlimen, Presiden Mesir itu nampaknya berkeras untuk meneruskannya juga hasratnya walaupun isu ini terus menjadi alasan baru bagi pembangkang untuk memenuhi Medan Tahrir sekali lagi. 


Perlu difahamkan bahawa isu mengemukakan draf perlembagaan Mesir menjadi gelombang baru yang mewarnai post Mubarak melalui perdebatan politik dari sudut isi perlembagaan itu sendiri dan isu bagaimana perlembagaan itu dibentuk dan dikemukakan. Isu Dekri Presiden seolah-olah tenggelam dengan perdebatan hangat yang baru samada Mursi telah melakukan sesuatu mengikut aspirasi rakyat ataukah aspirasi kelompoknya semata-mata dengan mengemukakan draf perlembagaan baru.

Isi dan isu draf perlembagaan baru


Perlembagaan baru menjadi perbincangan dari sudut isi kandongan yang dikatakan mempunyai beberapa perkara yang membimbangkan bagi sesetengah kelompok seperti kedudukan syariah, hak asasi, hak wanita dan hak pekerja. Isu-isu ini masih berada dalam daerah sensitif pengkritiknya yang dilihat dari berbagai perspektif. Satu lagi yang menjadi pertikaian ialah cara bagaimana draf perlembagaan itu dibuat di mana bagi sesetengah pihak ia dibuat dalam suasana yang penuh dengan kontraversi walaupun draf perlembagaan itu amat diperlukan. Mereka mengatakan adalah lebih baik ia dibuat dalam keadaan politik yang lebih stabil. Apapun, isu draf perlembagaan yang dijangka akan diluluskan hujung bulan Disember di Parlimen nanti terpaksa dibuat referendum kepada rakyat untuk dijadikan dokumen penting keabsahan usaha pendemokrasian selanjutnya.


Institusi kehakiman


Semasa artikel ini ditulis, Al Jazeera melaporkan bahawa Kelab Para Hakim telah pun mengisytiharkan tamatnya pemboikotan ke atas Presiden Mursi tempoh hari dalam isu dekri Presiden. Para hakim malah bersetuju untuk membantu dan membimbing proses draf perlembagaan baru yang dicadangkan oleh Mursi. Dalam satu tindakan yang agak mengejutkan orang ramai, Kelab Para Hakim menegaskan bahawa Presiden Mursi telah pun membuat konsesi dalam permohonan kekebalan dekri Presiden dan adalah menjadi tanggungjawab mereka menurut pengerusinya supaya draf perlembagaan baru diberi keutamaan buat masa ini untuk kepentingan revolusi rakyat.


Mursi melepasi halangan


Buat masa ini pengistyharaan para hakim memberikan kemenangan awal Mursi untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau tetap komited untuk menjayakan agenda revolusi. Sokongan para hakim sangat diperlukan oleh Presiden saat ini dan nampaknya dia telah memiliknya. Presiden hanya perlu meyakinkan pembangkang seperti El Baradaie dan penentangnya yang lain untuk membuktikan keikhlasan beliau dan partinya untuk melangkah setapak lagi bagi mengisi kemenangan rakyat. 


Jalan masadepan yang tidak menentu adalah cabaran utama Presiden Mursi yang tertekan supaya beliau meletakkan jawatan, namun persistensi Mursi menjayakan agenda draf perlembagaan baru Mesir menunjukkan beliau tidak mudah tunduk kepada tekanan-tekanan ini. Apa yang menarik seterusnya ialah persoalan yang bermain dalam pemikiran para analisis iaitu apa yang akan berlaku lagi kepada politik Mesir post-Mubarak selepas halangan awal ini berjaya dilalui oleh Mursi? Tidak ada siapa yang mengetahuinya buat masa ini.

Oleh Mujahid Yusof Rawa
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List