UMNO tumPAS kerana.......

on Jul 17, 2011



Kemana saja pergi, sama ada dihotel, kedai kopi, kopitiam, soalan yang selalu ditanya sekarang ini adalah berhubung bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan dan betulkan Rosmah Mansor isteri PM Najib beli cincin berharga 72 juta ringit.

Soalan yang payah untuk dijawab, kerana hanya Allah swt dan PM Najib saja yang tahu. Pilihanraya UMUM tetap akan diadakan setelah genap 5 tahun edah pilihanraya, yang pastinya paling lewat bulan April 2013.

Manakala cincin berlian yang dihebahkan oleh blog, portel berita, facebook dan twitter yang dikaitkan dengan nama Rosmah Mansor boleh jadi ada kebarangkalian cincin itu dibawa masuk ke malaysia kerana ada kertas kastam yang tentunya tidak boleh dipadamkan.

Soal milik siapakah cincin tersebut sudah tidak menjadi isu lagi kerana diatas kertas kastam itu tertulis nama Rosmah Mansor dan lapuran yang dibuat kepada SPRM bukan kerja suka-suka kerana lapuran itu ada risikonya sekiranya palsu.

Apabila Tun Mahathir serahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN menang besar pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 kerana Tun Abdullah dilihat bersih dan berimej ugama tapi setelah Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri ianya dikaitkan dengan isu menantunya Khairy Jamaludin (KJ).

Yang membuat BN kalah lima negeri kepada Pakatan Rakyat (PR). BN hilang negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Gelombang kekalahan tersebut kerana rakyat benci kepada KJ yang dikatakan mengambil kesempatan dari jawatan Perdana Menteri bapa mertuanya.

Sepatutnya apabila Tun Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato' Najib maka pilihanraya UMUM ke 13 nanti BN akan beroleh menang besar dan kekuatan BN akan kembali kuat kepada asal. tapi nampaknya BN akan lebih lagi susah untuk menang, bahkan sudah nampak culanya BN akan tumbang dalam PRU 13.

Bukan rakyat benci pada PM Najib sangat, tapi orang sekeliling PM Najib yang membuat rakyat muak kepada BN dan UMNO, tambahan pula dengan isu isteri PM Najib yang boros berbelanja apabila keluar negara. Isu beg tangan yang harganya puluhan ribu ringgit, shopping berbakul-bakul dan terkini isu cincin berharga jutaan ringgut. Semuanya merosakkan PM Najib.

BN jatuh dizaman Tun Abdullah dikatakan kerana menantunya Khairy Jamaluddin (KJ), apakah BN akan tumbang dizaman PM Najib kelak kerana isteri barunya bernama Rosmah Mansor. Siapakah dikalangan pemimpin UMNO yang akan suka dan gembira sekiranya PM Najib jatuh dalam arena politik hari ini. Saya tahu orangnya.





EWAH BERSEMANGAT MAKCIK.......

on

SPR dan bullshit-nya







Begitu Benci Nya Saya Pada Kerajaan......A.SAMAD SAID

on

NONETindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.

"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja. 

"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.

Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".

NONEMenghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".

"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendakmakan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.

Berbeza dengan demonstrasi pertamanya pada Mac 2007 bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), A Samad kali ini menempuh pelbagai rintangan.

Selipar, bukan sepatu Nike
Beliau bukan sahaja hilang capal, tetapi hilang garam, tuala kecil dan air mineral yang dibawanya bagi menangi gas pemedih mata dan meriam air daripada pihak polis.

NONE"Saya seharusnya diapit dua orang peguam, (tetapi) dua orang peguam pun hilang (setelah gas ditembak)," katanya yang mengakui sudah menjangkakan pendekatan keras itu akan diambil pihak berkuasa.

Pada Sabtu itu, dengan baju basah akibat air hujan dan meriam air, A Samad terus berjalan kira-kira 10 kilometer menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Saya berkaki ayam separuh jalan, berbatu-batu. Ada anak muda hendak beri saya sepati Nike. Ini saya fikir sepatu yang cantik sangat, saya tak mahu. 

"Kemudian orang beri saya sepatu yang besar, saya gunakan sebab hendak berjalan agak susah. Sampai di Hotel Midah, Kampung Attap, ada orang membelikan saya selipar. Jadi lepas itu dia pula berkaki ayam," kata A Samad.

Pengarang novel Salina itu juga menyuarakan rasa terharunya pada semangat perpaduan dan hormat menghormati semua bangsa pada hari itu demi mencapai matlamat bersama ke arah pilihan raya yang bebas dan adil.

"Ada anak India hendak bagi sepatu dia, anak Cina hendak beri sepatu dia. Saya merasa amat bangga. 

"Tidak pernah saya melihat satu kelompok orang muda yang berbilang bangsa itu bersatu oleh satu cita-cita. Itu sangat membanggakan," kata A Samad Said lagi.







sumber  :- http://pencacai-semalaysia.blogspot.com

APA KATA MARINA MAHATHIR

on

Kegagalan menangani dengan baik perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Datin Paduka Marina Mahathir.

Marina, anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad itu berkata, berbeza dengan kerajaan, "dunia" tidak mempunyai tanggapan yang buruk terhadap rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka berjuang menegakkan hak mereka - menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.


"Ada juga orang yang mendakwa bahawa dunia kini memberikan tanggapan yang buruk kepada Malaysia kerana media asing (dan juga media tempatan) melaporkan hanya mengenai tindakan menembak gas pemedih mata dan meriam air," kata Marina dalam blognya pada 10 Julai lalu. "Saya rasa orang keliru di antara kerajaan dengan rakyat.

"Ya, memang dunia mempunyai tanggapan yang buruk terhadap kerajaan Malaysia kerana gagal menangani dengan baik keseluruhan isu ini. Mereka mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak mereka."

Marina, seorang aktivis sosial merupakan salah seorang daripada ribuan orang yang berada di kota raya Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, berhadapan dengan polis pencegah rusuhan, mempertahankan penyokong-penyokong Bersih dengan mengatakan bahawa mereka berhimpun secara aman dan tidak mencederakan sesiapa atau melakukan sebarang keganasan.

"Apa jua yang difikirkan mengenai isu yang diperjuangkan oleh Bersih, kita semua seharusnya berbangga dengan rakyat Malaysia yang tidak bersikap seperti orang liar, merosakkan harta benda dan mencederakan satu sama lain seperti yang diramalkan.

"Memang terdapat mereka yang cedera dan seorang mati tetapi ia bukanlah disebabkan oleh peserta yang menyertai perhimpunan tersebut. Restoren-restoren dan kedai-kedai di sekitar kawasan terbabit mendapat sambutan hangat kerana orang ramai haus dan lapar," tambah beliau.

Marina berkata, perhimpunan Bersih yang berlangsung Sabtu lepas membuktikan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, usia dan agama boleh berhimpun bersama atas satu tujuan.

Lebih seribu orang ditangkap pada hari tersebut, dan kekecohan berlaku pada waktu tengah hari apabila polis pencegah rusuhan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perhimpunan.
 




LAUTAN MANUSIA DI MASJID RUSILA

on

Bukti UMNO Bakal Tersungkur Di Terengganu










Ceramah pasca Bersih pada 15 Julai 2011 di perkarangan Masjid Rusila, Kuala Terengganu. Dikhabarkan puluhan ribu kawan dan lawan membanjiri perkarangan Masjid dan di sepanjang jalan. Kalau anda meletakkan kenderaan anda sejauh i kilometer dan berjalan kaki ke perkarangan Masjid atau berhampiran.....itu sudah dikira dekat kerana masih ramai lagi yang terpaksa berjalan kaki lebih jauh kerana lautan manusia. 

 

Mereka dahagakan maklumat kerana mass media kawalan mereka sentiasa meutarbelit fakta.....sentiasa meng'gelap'kan berita sebenar.


Deruan ombak serta rintik-rintik hujan turut menyejukkan suasana yang memang 'hangat'. Mereka tidak berganjak malah mendengar dengan penuh semangat. Para peniaga turut mendapat rahmat dengan kehadiran rakyat berbagai peringkat....rezeki dapat berlipat-lipat.


Kutipan dibuat mencecah angka 40 ribu ringgit Malaysia memberi isyarat bahawa rakyat Terengganu sudah bersedia ber'korban' apa saja.....dari titisan keringat terakhir sehingga emas ditangan untuk menyelamatkan Terengganu daripada semakin hari semakin boros......sudah sampai masanya 'PAS Ganti Umno di Terengganu'.






Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List