Puluhan Ribu Rakyat Sertai BLACK505 Nyata Bantahan terhadap Penipuan PRU13 di Stadium Kelana Jaya

on May 8, 2013








Photo

Photo
Sumber gambar di sini.

Sumber gambar di sini.
Sumber gambar di sini.






Perhimpunan malam ini halal:




Photo: TERKINI : Tak Perlu Permit Selagi Perhimpunan Aman - KPN

Link : http://www.malaysiakini.com/news/229557




Photobucket

Pakatan Rakyat boleh menang dgn majoriti yang lebih besar jika tidak berbalah sesama sendiri

on






Gabungan DAP dan PKR boleh mendapat majoriti 3786 undi ...


Survival kita dalam PR kerana hubungan rapat dan erat antara ketiga-tiga parti, jadi jangan dirosakkan. 

Kita sepatutnya memenangi lebih banyak kerusi sekiranya kita tidak mementingkan diri sendiri.

Di Dun N10, PKR bertelagah dengan DAP ~ BN menang dengan majoriti 509. Sepatutnya Pakatan Rakyat boleh menang dgn majoriti yang besar jika PKR dan DAP tidak berbalah sesama sendiri.


DiKota Damansara, calon bebas dari PAS menderhaka kepada keputusan parti.Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali mengumumkan isu pertindihan kerusi Dun itu antara Pas dan PKR selesai dan diserahkan kepada PKR.

Ridzuan Ismail diminta tarik diri dan jentera Pas perlu memberikan tumpuan untuk kemenangan PR kelak.Tetapi mangkuk ini degil dan keras kepala dan mahu bertanding juga.

Akibatnya, Malaun dari PAS terpaksa berpuas hati dengan jumlah 7,312 undi yang diterimanya dan Pakatan Rakyat rebah  kecundang kepada BN dengan majoriti 1,587!  Dr Mohd Nasir mendapat 14,860. 

Kalau Malaon dari PAS itu akur kepada arahan parti, sudah tentu, Pakatan Rakyat menang di tempat tersebut.

Pakatan Rakyat sepatutnya memenanginya....
 
Mereka yang bertanggung jawab diatas kekalahan seperti diatas tadi perlu dihukum bagi memelihara keutuhan dan survival perjuangan rakyat. Kepentingan diri sendiri tidak ada tempat dalam Pakatan Rakyat.


Photobucket

Zainuddin Maidin Melamar Dap Untuk BN...?

on


Tan Sri Zainuddin Maidin

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menyarankan DAP supaya menyertai Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kerajaan Malaysia diwakili kaum Cina.

Katanya langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.   

"Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan BN menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melangkah ke arah national reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia," katanya dalam blognya Zamkata.   

Katanya orang Cina yang kini berada dalam euphoria kemenangan belum dapat kesakitannya (tidak diwakili dalam kerajaan), tetapi dalam jangka masa yang tidak panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan (menolak BN enbloc).

BN memenangi 133 kerusi, pakatan rakyat 89 dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu. Najib mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan  Agong Isnin lalu dengan ketiadaan wakil kaum Cina dalam kabinetnya yang bakal dibentuk.

Ini kerana pucuk pimpinan MCA, yang memenangi tujuh daripada 37 kerusi ditandingi parti komponen BN itu, memutuskan tidak mahu menganggotai jemaah menteri baharu Najib.

Sebuah lagi parti dominan kaum Cina dalam BN, Gerakan juga ditolak pengundi Cina dengan hanya memenangi satu kerusi Dewan Rakyat.

Zainuddin berkata: "Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan dominan Melayu BN telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang Cina."

Justeru DAP sedang menghadapi tekanan amat berat daripada masyarakat Cina yang kecewa untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh penasihatnya, Lim Kit Siang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

"Maka itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya.

"Dan kerana itu mereka mahu kembali ke jalan raya untuk menutup kegagalan mereka dan mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan menuding jari ke pihak lain," katanya.

Katanya jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan masyarakat Cina kepadanya ialah dengan menawarkan penyertaan DAP dalam kerajaan, kerana ia parti yang mewakili orang Cina Malaysia sekarang yang terbukti dengan keupayaannya mendapat 38 kerusi berbanding MCA hanya 7 kerusi.

Zainuddin berkata untuk menyelamatkan maruahnya, DAP tentunya memerlukan sokongan daripada masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada kerajaan.

"Dan tentunya sikap mereka yang pragmatik, materialistik dan realisitik memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina," tambahnya.  

Bagaimanapun, katanya, halangan terbesar ialah PKR yang pastinya sama sekali tidak dapat menyertai jemaah menteri baharu kerana kepimpinannya menghadapi rayuan kes tuduhan meliwat yang belum selesai.

Katanya DAP harus menimbang untung rugi berada di luar kerajaan berbanding jika DAP berada dalam kerajaan untuk jangka masa lima tahun akan datang.

Antara faktor yang DAP dan BN perlu ambil kira ialah jurang politik yang wujud jika kedua-dua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baharu.

Jika Pas sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam politik, ujarnya.

"Kedua-dua pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan cita rasa generasi baharu Malaysia," katanya.

Katanya jika DAP dapat bekerjasama dengan Pas yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk bekerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras.- Bernama



Photobucket

PEMERHATI :- PRU-13 TIDAK BEBAS SEPENUHNYA DAN TIDAK ADIL...!

on






Laporan awal oleh dua NGO yang dipilih selaku pemerhati pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang baru lalu menyatakan bahawa pilihan raya itu berjalan secara "separa"  bersih  tetapi tidak adil.  

Walau bagaimanapun, mereka tidak mempersalahkan sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan  Raya (SPR) tetapi merujuk kepada laporan media pro-Barisan Nasional dan "kerajaan sementara" yang menyalahguna kemudahan awam.

Sebagai seorang pengamat tidak rasmi PRU-13, saya setuju dengan apa yang disebut oleh kedua-dua NGO itu, iaitu CPPS/Asli dan Ideas (Institute for Democracy and Economic Affairs).

Saya pernah menulis dalam blog ini mengenai betapa berat sebelahnya media arus perdana yang dimiliki atau  dikawal oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan media rasmi milik kerajaan terutama televisyen dan agensi berita. Saya menyatakan bahawa media elektronik Singapura, Channel News Asia (CNA) jauh lebih adil dan profesional dalam laporan PRU-13.

Kegagalan BN untuk memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bahkan lebih buruk daripada pencapaian PRU-12 ketika dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi turut berpunca daripada sikap dan peranan media arus perdana yang terlampau berat sebelah sehingga orang naik jemu dan meluat dengan apa yang dihidangkan setiap hari. Mereka memilih media alternatif dan media luar negara.

BN juga melakukan kesilapan besar apabila menyangka dengan menabur bantuan dan  sumbangan kepada rakyat melalui slogan 1Malaysia akan membuahkan hasil lumayan, iaitu sokongan rakyat. Kepimpinan BN lupa bahawa zaman menabur wang dan menghulur gula-gula kepada rakyat sudah berakhir. Rakyat terima apa yang diberi tetapi apabila ke pusat mengundi, mereka tahu nak pangkah siapa dan parti mana.

Selain itu, BN dan UMNO khususnya, begitu cepat dan lantang mempersalahkan pihak lain atas kekalahan atau kekecewaan tetapi enggan melihat kelemahan dan kesilapan sendiri. Perangai sedemikian mesti dihentikan dan mereka kena terima hakikat sebenar.

Sebagai contoh, UMNO mempersalahkan "tsunami Cina" dan hasutan DAP sedangkan kemenangan hampir semua calon Pakatan Rakyat bukan atas sokongan pengundi Cina semata-mata tetapi pengundi Melayu dan India. Pengundi Cina cuma 30 peratus sahaja dan Pakatan Rakyat memperolehi sokongan 51 peratus pengundi jika dilihat dari sudut undi popular.

Apabila memperkatakan undi popular, kita dapati bahawa BN kalah kepada  PR. Tetapi, dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, undi popular bukan penentu. Yang menentukan kemenangan ialah jumlah kerusi sama ada di Dewan Rakyat bagi peringkat Kerajaan Persekutuan dan Dewan-Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

Pada PRU-13, BN memperolehi 5,237,699 undi popular manakalan PR 5,623,984.

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh tiga buah parti dalam gabungan PR adalah: 2,254,328 untuk PKR; 1,736,267 untuk DAP dan 1,633,389 untuk PAS. Jika dilihat jumlah undi popular untuk PR, kita dapati bahawa PKR memperolehi undi terbanyak dan undi untuk DAP dan PAS  dibezakan sebanyak 102,878 undi yang memihak kepada DAP. Ini menunjukkan bahawa tidak berlaku "tsunami Cina" tetapi "tsunami perbandaran" seperti yang dinyatakan oleh banyak pihak yang berkecuali. 

BN dan UMNO, khususnya, mesti melihat ke dalam dan benar-benar cari kelemahan dan kesilapan yang dilakukan, termasuk memilih Zulkifli Nordin sebagai calon dan secara tidak langsung menyokong Ibrahim Ali selain beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pencapaian buruk mereka berbanding dengan PRU-12.

Sementara itu, kedudukan Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak selaku presiden UMNO dan pengerusi BN agak rapuh kerana beliau gagal memperbaiki pencapaian parti pada PRU-13 berbanding dengan PRU-12. Pencapaian kali ini adalah yang paling buruk selepas 1969.      


 


Photobucket

Seorang Ketua Bahagian MCA, Mahu Chua Soi Lek Berundur Dari Presiden

on




Kemerosotan teruk dalam pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu menjadikan MCA Pulau Pinang berkocak dari dalam.

Seorang ketua bahagian MCA David Yim yang tidak terpilih sebagai calon walaupun aktif di Bayan Baru hari ini mengadakan sidang media bagi menuntut presiden partinya Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan.

Sebelum itu, beberapa ketua bahagian lagi, Tan Chong Seng (Kuala Selangor), Lee Wei Keat (Subang) and Liew Yuen Keong (Serdang) berkata, tindakan Chua menyerahkan tiga kerusi Parlimen dan dua kerusi negeri kepada Umno tanpa alasan yang baik telah menjejaskan moral parti.

Chua juga dituduh mengamalkan kronisme dengan memilih calon yang setia padanya.

Ketika-tiga ketua bahagian itu juga menyalahkan Chua kerana didakwa menggunakan strategi kempen yang salah dan membuat kenyataan yang tidak sesuai sehingga menyebabkan MCA tidak dipilih masyarakat Cina.

Gesaan itu dibuat menjelang pemilihan parti dan mesyuarat agung tahunannya yang akan berlangsung pada tahun ini.~ fmk



Photobucket

4 Menteri Dan 4 Timbalan Menteri Kalah Dalam PRU 13

on



Raja Nong Chik bersama isteri membuang undi di SMK Bukit Bandaraya Bangsar. Gambar kanan, Saifuddin membuang undi di Sekolah Kebangsaan Lebak.
 
Calon tewas pertama kali bertanding, penyandang gagal pertahan kerusi

Kuala Lumpur: Empat anggota Jemaah Menteri dan empat timbalan menteri tewasdalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selepas keputusan rasmi diumumkan setakat jam 12 tengah malam tadi.

Mereka ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Turut tewas, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Chee Heung yang juga Naib Presiden MCA tewas di kerusi Parlimen Alor Setar dengan majoriti 1,873 undi dalam pertandingan empat penjuru kepada calon PKR, Gooi Hsiao Leung yang memenangi kerusi itu dengan 27,364 undi. Dua calon lain iaitu Abdul Fiso Mohd Isa dari BERJASA dan Jawahar Raja Abdul Wahid dari BERSAMA masing-masing memperoleh 3,530 undi dan 257 undi.

Tewas di Lumut

Manakala Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA, tewas di Parlimen Lumut kepada calon PKR, Mohamad Imran Abd Hamid dengan majoriti 8,168 undi, manakala Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) gagal mempertahankan kerusi Penampang.

Raja Nong Chik yang pertama kali bertanding tewas dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1,847 undi, apabila penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar memperoleh 31,008 undi, manakala Rusli Baba dari BEBAS hilang wang pertaruhan apabila hanya memperoleh 167 undi.

Gagal pertahan kerusi

Sementara itu, Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh apabila tewas kepada Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dengan majoriti 1,070 undi.

Lian Hoe yang juga Ketua Wanita GERAKAN terpaksa akur dengan kemenangan lawannya, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming di kerusi Taiping. Beliau yang pertama kali bertanding di kerusi itu tewas dengan majoriti 11,745 undi adalah penyandang kerusi Parlimen Gerik.

Kalah majoriti 11,298 undi

Pada Pilihan Raya Umum 2008, calon BN dari Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Taiping yang disandangnya selama satu penggal selepas dikalahkan Kor Ming dengan majoriti 11,298 undi.

Puad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat apabila tewas kepada calon PKR, Datuk Idris Jusi dengan majoriti 1,732 undi.

Liew mengalami nasib sama apabila tewas kepada calon DAP, Wong Tien Fatt di kerusi Parlimen Sandakan.

Beliau yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) dan penyandang kerusi itu tewas dengan majoriti 1,088. 



Photobucket

Datuk Johari Bin Abdul Ghani: “Umno tidak perlu sokongan orang Cina dan India......”

on





Parti Perkauman Umno yang melaungkan 1Malaysia pernah menyatakan mereka tidak memerlukan undi dari orang Cina dan orang India dalam pilihanraya 2013 dan akan datang.

Kata Ketua UMNO Bhagian Titiitwangsa, Datuk Johari Bin Abdul Ghani: “Umno tidak perlu sokongan orang Cina dan India......”

Dan kini apabila kaum Cina dan Inda benar-benar tidak menyokong BN, mengapa pemimpin-pemimpin UMNO merapu dan meroyan? engapa akhbar-akhbar seperti Utusan dan Kosmo tiba-tiba jadi berang tak tentu pasal? Bukankah orang-orang kamu juga dahulu yang angkuh dan sombong menyatakan kamu-kamu tidak lafi memerlukan sokongan kaum bukan-Melayu?

Bukan kamu juga yang selama ini memainkan isu perkauman sempit dengan menyokong sepenuhnya perjuangan PERKASA yang dengan sebabnya kaum bukan-Melayu menjadi begitu skeptikal dengan kaum Melayu dan kini kamu terjerit-jerit dan terpekik terlolong macam orang kena sawan memaki hamun mereka lantaran tidak lagi bersama kamu? Sedangkan kamu telah memaki hamun mereka sejak sebelum pilihanraya bermula lagi?

Malah di sepanjang kempen PRU13, UMNO menimbulkan sentiment anti-Cina terutama DAP dengan begitu hebat di selruh negara. Maka itu tidakkah sewajarnya kaum Cina menolak kamu yang tidak pernah tahu hidup di dalam keadaan harmoni?

Kamu dapat apa yang kamu inginkan!



Photobucket

DAP ATAU UMNO LEBIH PERKAUMAN?

on




Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno.

Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini: 1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? (malah UMNO pernah berbunuhan sesama sendiri rebut jawatan.. Kes Mokhtar Hashim & Dato Taha adalah buktinya - GB)

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja.Ini angkara siapa?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI? 9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC.PAS menentang dasar berjuang atas nama perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­ BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat ....

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya.

Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.


 http://biaqpila.blogspot.com/



Photobucket

BUKAN YANG KALAH AJE TAK PUAS HATI, TAPI YANG MENANG PUN MEROYAN TAHAP ORANG GILA SAWAN BEB... KAH KAH KAH !

on





Kebiasaan nya dipihak yang KALAH selalu akan MENUNJUKAN serta MELUAHKAN perasaan TIDAK PUAS HATI dan KECEWA terhadap KEKALAHAN tersebut... lebih-lebih lagi bila KEKALAHAN tersebut disebabkan oleh FAKTOR PENIPUAN serta KEBODOHAN DI PIHAK SENDIRI... umpama nya bila ADA BUKTI yang menunjukan PENGADIL sesuatu PERTANDINGAN BERAT SEBELAH atau TAK ADIL dan LEBIH TERUK lagi PENGADIL pulak TOLONG MENIPU bagi pihak LAWAN... manakala KEBODOHAN pulak bila MEMBERI LAWAN MENANG PERCUMA dengan BERTANDING SESAMA SENDIRI... seperti yang dalam Pakatan Rakyat (PR) jadi WAJAR lah kalau pihak yang KALAH di PERTANDINGAN tersebut TAK PUAS HATI serta MENUNJUKAN SIKAP TIDAK PUAS HATI dia orang... kah kah kah !.

Tapi yang PELIK BIN AJAIB nya bila ada pihak yang MENANG serta MENGAKU MENANG tapi MEROYAN seperti yang ORANG KALAH... sehinggakan sampai ke peringkat MENYALAHKAN ORANG lain seolah-olah ianya satu KESALAHAN... wal hal TIADA KESALAHAN yang dilakukan oleh pihak tersebut atau ianya MENEPATI serta MENGIKUTI LUNAS-LUNAS UNDANG-UNDANG yang TERMAKTUD DIDALAM PERLEMBAGAAN... nak kata pihak ini TAK TAHU yang dia orang MENANG tak mungkin kerana dia orang sendiri pun sudah mengatakan yang dia orang MENANG... bukti nya ULUL AMRI UMNO Datuk Seri Haji Najib pun sudah MENGANGKAT SUMPAH sebagai Perdana Menteri (PM) tak sampai 24 jam selepas Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU13) diumumkan... kah kah kah !.

Kalau dari SIKAP yag ditunjukan oleh dia orang seolah-olah ianya bukan jenis GILA BIASA tapi sudah sampai boleh dikatakan GILA TAHAP TERTINGGI... ialah kalau dah ianya DITIMBULKAN seperti ISU PERKAUMAN dari Pemimpin Umno sampaikan ke Penchacai Upahan dan ada sampai sanggup BERMANDI DARAH... salah ke kalau gua kata dia orang ni GILA TAHAP TERTINGGI beb... sedangkan HAK MEMILIH adalah HAK yang DIBENARKAN oleh UNDANG-UNDANG... bukan semesti ORANG CINA kena MEMILIH atau MEMANGKAH BN sahaja... dan Pemimipin BN terutama nya ISI PERUT UMNO tidak boleh MEMAKSA SESUKA HATI MAK BAPAK ISI PERUT UMNO untuk MEMILIH BN... kerana Negara Malaysia BUKAN nya HARTA KEPUNYAAN MAK BAPAK ISI PERUT UMNO tapi HARTA  KEPUNYAAN RAKYAT Malaysia keseluruhan nya... kah kah kah !.

Untuk itu sebelum ISI PERUT UMNO nak mengatakan yang pihak PR tidak dapat menerima KEKALAHAN baik aje lu orang CERMIN DULU MUKA lu orang yang TAK MALU.... sedangkan lu orang yang MENANG pun masih TAK PUAS HATI seperti ORANG GILA TAHAP TERTINGGI... yang mana ALASAN PERKAUMAN cuba DIBANGKITKAN walaupun MENANG... jadi TAK SALAH kalau di pihak PR TAK PUAS HATI dengan KEKALAHAN yang dikatakan ADA BUKTI bahawa Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR).... atau lu orang ISI PERUT UMNO tak YAKIN dengan KEMENANGAN yang DIKECAPI kerana KEMENANGAN tersebut telah DIBANTU oleh PENIPUAN SPR beb... gua sekadar BERTANYA aje beb sebab gua rasa dalam DUNIA NI hanya lu orang aje TAK PUAS HATI TAHAP GILA BABI apabila MENANG... kah kah kah !.


hemmmmm..... jenis manusia macam ini beb selalunya kalau makan bukan setakat kenyang tapi sampai termuntah-muntah... dan kalau kumpul kekayaan biar boleh bawak masuk sampai lubang kubur... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

edit dari http://inderasipejuang.blogspot.com

Photobucket

KELANTAN AKAN IKUT TERENGGANU DAN KEDAH ?

on









Naluri saya gemar untuk menyorot mengenai kekalahan PAS Kedah sehingga kerajaannya negeri 'rebah bertungging'. Saya geram dan berminat untuk mengulas fasal apa kerajaan PAS Kedah jatuh. Ada sesuatu yang hendak saya lepaskan mengenai PAS Kedah. Saya sudah lama menyimpan dendam ini dan akan meluah hari ini selepas PAS kalah teruk. Saya tidak mahu menjadi jahat mengkritik dalam masa Azizan atau PAS di ambang berperang.
Tetapi memandangkan gelora politik di negeri saya Kelantan lebih panas apa berlaku di Kedah saya tangguhkan dulu. Rasanya ramai yang ternanti-nanti apakah komen dan ulasan saya mengenai Kelantan, bukan pencapaian PAS dalam pilihan raya tetapi pembentukan kerajaan Kelantan yang baru.

Di Kedah sudah sah Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Anak Mahathir, Mukhriz, 52 sudah pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru. Seluruh orang PAS Kedah perlu merasa malu dan Azizan Razak terutamanya kena tanggung kemaluan itu. Tahniah kepada Mukriz. Akhirnya permainan kali ini dimenangi anda dan bapa anda, Mahathir. Kemenangan disebabkan kerana pihak PAS degil dan keras kepala.

PAS Kedah hari ini senyap sendu. Negeri itu bagi PAS seperti dimakan geruda. Berakhirlah sebuah kerajaan yang diagung-agungkan. Ternyata PAS Kedah tidak pandai menjaga negeri. Apa dialami Terengganu tahun 1999 sama dengan dialami PAS Kedah. Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk tahun 1999 akhirnya meniarap makan tanah tahun 2004.

Kembali kepada Kelantan. Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah,51 yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya.

Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri.

Usaha Mohd Amar berjaya. Pesepsi buruk ke atas Husam yang ditabur diserata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco?

Hari ini Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. Ketiadaan Husam dalam barisan kabienat Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang?

Otak dan kepala orang politik tidak mungkin mudah lupa akan perkara-perkara sepeting ini. Fikiran orang politik senantiasa tajam dan cekap. Jadi untuk mengatakan lupa ia adalah mustahil. Ertinya keciciran nama Husam dalam senarai kabinet Kelantan bukan atas sifat kealpaan manusia tetapi disengajakan.

Siapakah yang bertanggungjawab mengugurkan nama Husam? Inilah yang orang ramai ingin tahu. Apakah Nik Aziz atau siapa? Saya mendapat tahu mulanya nama Husam disenaraikan sebagai TMB Kelantan. Ahmad Yaacob mahukan dia menjadi timbalannya. Mungkin Ahmad sedar akan kebolehan Husam. Walaupun Ahmad ada terasa dengan tindak tanduk Husam dalam beberapa hal, tetapi sebagai orang jujur, beliau tidak melupai akan hakikat kebolehan dan kemampuan Husam. Husam sangat diperlukan untuk membantunya terutama dalam menjana pembangunan ekonomi negeri sesuai dengan beberapa plan tindakan yang sudah diambil.

Malangnya ketika sampai ke pihak Istana nama Husam didapati tidak ada? Jadi tidak timbul nama Husam dipotong atau pun di delete oleh pihak istana? Katanya seawal pihak Istana menerima senarai barisan kabinet kerajaan Kelantan nama Husam sudah tidak ada. Ruang yang sepatutnya terletak nama Husam dibubuh dengan nama Mohd Amar. Jadi bila nama Husam sudah tidak ada, maka tidak adalah apa-apa ogehan terhadap Husam. Di sini macam berlaku kolobrasi penipuan Sultan?

Salah seorang pegawal di istana yang terlihat senarai nama itu telah menghubungi seseorang dan dia terkejut kenapa nama Husam tidak ada? Jadi ini mengesahkan bahawa nama Husam dibuang awal-awal lagi oleh pihak lain bukan oleh Sultan. Ertinya permintaan Ahmad Yaacon yang mahukan Husam ditolak sebelum senarai nama itu sampai ke Istana. Tidak tepat kalau ada pihak mengatakan sultan tidak mahukan Husam.

Majlis angkat sumpah jawatan MB dan TMB sudah agak pelik sedikit bila mana ia tidak dihadiri sama oleh Tokguru Nik Aziz. Ia sudah berlaku secara ganjil. Nik Aziz yang lurus dan tidak tahu bertindak sendiri katanya telah dinasihati agar tidak hadir? Beliau malahan dihantar untuk berihat di hospital. Apakah penghantaran Nik Aziz untuk menerima rawatan di hospital itu bagi memberi alasan kepada Sultan kenapa Tokguru tidak hadir? Ah sejahat dan seburuk itu politik PAS ini?

Dan dalam masa sama juga tidak mahu memberi tahu yang senarai kabinet itu tanpa nama Husam? Mati-matian Tokguru ingat majlis angkat sumpah itu akan dihadiri sama Husam. Begitukah. Tokguru yang jujur tidak hadir dan mungkin tidak dirujuk langsung mengernai senarai itu. Tokguru segera menjadi 'tongkorang' buruk dicampak ke tepi selepas nyiur didapati. Ini satu kesilapan dan satu tektik kotor yang cukup jelek kalau ia berlaku. Sebagai bekas MB Tokguru harus berada sama dalam majlis berkenaan. Walaupun ia bukan satu kemestiaan tetapi untuk merai majlis angkat sumpah beliau kena hadir sama. Kalau ini satu perancangan mereka yang memberi idea ini seorang yang jahat. Dan Tokguru jelas terkecong dalam kes ini.

Keciciran nama Husam menjadi tanda tanya dan terkilan besar kepada rakyat Kelantan yang sudah melihat kejayaan Husam sebagai Exco selama ini. Bagi mereka Husam patut diberikan kesempatan, kalaupun tidak sebagai TMB tetapi cukup sebagai Exco bagi meneruskan beberapa projek yang telah dirangkanya. Apa yang berlaku sudah ada 'kadas kenting' dalam politik PAS Kelantan mengenai perkara ini. Kalau sebelum ini perihal 'kadas genting' ini hanya diketahui dikalangan orang dalaman sahaja tetapi dengan apa yang tersembur kini menyebabkan semua orang tahu.

Saya tidak mahu menggunakan alasan Sultan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Memang sultan boleh berbuat apa sahaja dengan kuasa sama ada ligal atau lisan ke atas sesuatu yang berlaku di dalam negerinya. Walaupun baginda tidak wajar campur tangan tetapi itu masih haknya yang diterima sebagai halal atas nama batang tubuhnya sebagai sultan. Berani saya mengatakan kalau Sultan memainkan peranan dalam hal ini menafikan keperluan Husam kepada kerajaan PAS Kelantan ia sesuatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Tetapi apakah benar sultan bersikap demikian? Saya rasa ia bukan atas ulah sultan tetapi pihak lain yang bijak mencuri keadaan dengan menggunakan nama baik Sultan. Sultan juga terkecong dalam kes ini?

Sebelum ini sudah terdengar cerita-cerita yang Sultan tidak mahukan Husam, tanpa memberi sebab-sebab dan dalil kuat kepada rakyat. Yang didengar ialah bisik-bisik kononya begitu dan begini. Situasi ini menyebabkan timbul tanda tanya sejauh mana akan kebenaran Sultan murka kepada Husam. Kalau benar Husam ada membuat kesalahan Sultan harus perjelaskan menerusi makenisme tertentu biar rakyat tahu. Dan apakah semua kesalahan itu tidak boleh dimaafi atau diperbetulkan? Rasanya ajaran Islam tidak menyarankan begitu. Sifat pengampun dan pemaaf adalah sifat terpuji.

Rakyat khasnya penyokong PAS terkilan dengan apa yang berlaku. Perkara ini perlu disedari oleh semua orang. Kalau Husam ada melakukan kesalahan seperti ditafsirkan oleh Sultan itu tetapi ia tidak melibatkan rakyat atau penyokong PAS. Maksudnya penyokong PAS tidak tahu kesalahan dan kesilapan itu. Apabila penyokong PAS tidak tahu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan ini bakal memberi penyakit kepada PAS.

Apa yang berlaku kini memberi senario yang tidak baik dan ia bakal menyusahkan kerajaan dan kepimpinan Ahmad Yaacob juga. Semua pihak kena tahu seorang menteri besar bukan saja setakat memerlukan mandat 2/3 di DUN tetapi sokongan berterusan dari semua peringkat. Penyokong atau kepercayaan rakyat yang diletak ke Husam bukan kecil. Tidak salah kalau saya katanya orang kedua selepas Nik Aziz mempunyai pengaruh terbesar di kalangan rakyat khasnya kalangan orang muda di Kelantan ialah Husam. Dan kini apabila Tokguru tidak lagi berada dalam 'hegomeni' kuasa, maka Husamlah menjadi ikon kepimpinan di Kelantan.

Sokongan untuk sesebuah kerajaan bukan saja dari kalangan ahli dan penyokong parti sahaja. Tetapi ia memerlukan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat. Husam memiliki itu semua. Beliau dilihat dan dipandang bukan saja oleh golongan remaja di dalam PAS tetapi di kalangan pegawai-pegawai kerajaan juga. Orang kampung yang dapat mengecapi nikmati menerusi projeknya juga suka. Atau setidak-tidaknya rakyat Kelantan boleh menjadi halwa telinga dengan berbagai-bagai projek pembangunan yang dirancangnya. Setidak-tidaknya dalam keadaan Kelantan tidak mempunyai wang tetapi dia boleh berkhayal untuk mewujudkan projek, sementara orang lain usah nak melaksanakan, hendak berkhayal pun tidak mampu.

Penampilan, cara dia berfikir di respact oleh banyak pihak. Semua itu adalah modal utama untuk pengukuhan kerajaan Kelantan.

Saya tidak mahu memperkecilkan kebolehan Mohd Amar sebagai timbalan menteri besar. Tetapi hakikat apa yang saya sebutkan disaksikan oleh dunia. Justeru pembarisan kabinet Kelantan tidak perlu dibuat atas rasa sentimen peribadi atau kepuakan atau kumpulan, tetapi harus meletakkan kepentingan bersama dan satu keputusan rasional. Kesalahan Husam letak dibelakang bina keyakinan dan harapan baru bersamanya, itu sepatutnya... bukan terus membunuh kerjaya politiknya secara kejam.

Saya ingin kata orang yang berusaha menyingkirkan Husam atau mempengaruhi Sultan (tetapi saya tidak percaya sultan tergamak) agar Husam tidak disenaraikan, jangan bergembira sangat dan seronok dengan apa yang terjadi. Sebuah kerajaan bukan berusia setahun, tetapi lima tahun dan tahun-tahun mendatang. Dalam tempoh itu kerajaaan Kelantan memerlukan gabungan tenaga semua para pemimpinnya. Sekiranya gabungan ini gagal diwujudkan saya membayangkan kerajaan Kelantan yang ada hari ini akan goncang.

Kegoncangan ini bukan saja dari segi perpaduan parti, tetapi juga kegoncangan dari segi kewangan dan lain-lainya. Justeru tanggungjawab Ahmad Yaacob kini besar untuk mencari seorang Husam baru bagi menggati Husam lama itu. Kegagalan Ahmad mendapat pengganti atau seorang yang setaraf dengan Husam dari segi memiliki intelektual politik dan ekonomi menyebabkan Kelantan bermasalah. Kegagalan mendapat pengganti Husam akan dipertanggungjawab kepada beliau. Saya yakin kalau diadakan usaha, apa disebut sebagai perselisihan Husam dengan sultan seperti mana dijaja itu dapat dilendekkan, kerana tidak ada masalah tidak dapat diselesaikan.

Saya pernah menyebut keadaan Nik Aziz dengan Tuanku Ismail Petra semasa menjadi sultan dulu lebih dahsyat lagi sehingga Tuanku enggan bersalam dengan Nik Aziz di Balai Islam, dan Nik Aziz pernah mengangap sultan sebagai bukan manusia, tetapi akhirnya mereka berdua dapat berdamai dan duduk sekali membangun dan memakmurkan negeri. Apa disebut kononnya sultan ada masalah dengan Husam belum sampai ke tahap 'pergaduhan' ayahandanya dengan Nik Aziz satu ketika dulu.

Kepada Husam, biarlah dan redha atas apa yang berlaku. Perkuatkan iman dan kejapkan semangat. Banyak berzikir dan berdoa. Anggaplah apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya yakin kebenaran itu akan tetap menang dan ia menjelma selalunya lambat selepas terburainya kepalsuan. Rakyat yang akan bersama kamu. Terbaik, kalau Husam sudah tidak disenaraikan sebagai Exco kerana kononnya Sultan tidak mahu, ambil dan tempatlah Husam di mana-mana institusi pembangunan ekonomi di Kelantan. Jangan sia-sia kepakaran dan kebolehan yang beliau ada. PAS akan rugi besar kalau abaikan Husam kerana PAS telah melantih dan membentuk Husam menjadi Husam lebih 20 tahun tiba-tiba disia-siakan saja.

Ahmad Yaacob boleh memikirkan tempat yang sesuai untuk Husam. Saya percaya Ahmad sedang memikirkan masalah ini dengan serius. Beliau diharap tidak mudah terminum racun dari orang membenci Husam kerana amarah. Untuk ini ia terletak ke atas kebijaksanaan Ahmad Yaacob sendiri. Ujian pertama bagi Ahmad Yaacob sebagai MB ialah menghadapi isu mengenai Husam ini barulah selepas itu rakyat dan serangan-serrangan Umno. Kegagalan menyelesaikan isu Husam dengan baik akan menunjukkan kegagalan beliau juga.

Mohd Amar yang sudah mengangkat sumpah menjadi TMB dan ia tidak bileh diundurkan lagi. Hhajat lama yang terpendam sudah diraih. Setelah menjadi TMB seharusnya persepsi, cara berfikir dan melihat sesuatu masalah kena berubah. Dalam melayan kawan-kawan anda yang berdendam dengan Husam jangan berlebih-lebih sangat, sebab mereka adalah tukang halak dan sorak, tetapi yang akan memikulnya anda bersama Ahmad Yaacob. Ingat teman ketawa ramai, teman menangis hanya sedikit atau tidak ada langsung. Yang mengukuhkan kedudukan anda bukan 'desperado' tetapi ahli dan penyokong parti.

Isu Husam ini adalah isu pertama PAS Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz? ~MSO



Photobucket

Sultan Kelantan Enggan Terima Husam?!!!

on





Sultan Kelantan dikatakan menolak nama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa untuk mengisi kerusi Exco negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata Sultan Muhammad V di saat-saat akhir menolak nama Husam walaupun pemimpin PAS itu antara yang paling banyak berjasa kepada Kelantan sebelum ini.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai Exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan adalah antara Exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan Sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk Sultan, itu yang termaktub dalam perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya. ~Antarapos


DAN BACA KAT SINI

Photobucket

SIFAT PENDENDAM...? Saya Tidak Akan Lupakan Mereka Yang Mengkhianati Saya - Mohd Ali

on




MELAKA: Datuk Mohd Ali Rustam yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melahirkan rasa kekecewaan berhubung kekalahannya berkata beliau tidak akan melupakan siapa yang 'menikamnya dari belakang'.

"Saya sangat kecewa apabila mereka yang saya bantu dengan memberikan peluang perniagaan serta menjaga kebajikan mereka mensabotaj saya," kata bekas Ketua Menteri Melaka ini.

Mohd Ali berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat terima apabila rakan yang telah lama bersahat dengannya memungkiri janji mereka.

Selama 12 tahun menjadi Ketua Menteri, Mohd Ali berkata beliau telah membantu pengundi terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk program masing-masing.

"Berdasarkan keputusan pilihan raya, saya mendapati ada kawasan yang pernah saya bantu sebelum ini mengkhianati saya. Saya sangat sedih," katanya.

Inilah dikatakan muka manis saja didepan kita tapi dibelakang pangkah Pembangkang...Inilah menimpa Ali Rustam...Tiada kenang jasa langsung.Terutama sekali undi Kaum Cina...1 M pun begitu sedih senario mereka ini.




Photobucket

Dr Mahathir sudah mula bercakap dan jarumnya sudah mula mencucuk

on





Semalam Dr Mahathir bercakap kepada media dan menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap prestasi Najib yang beliau anggap lebih buruk dari yang di capai oleh Abdullah Badawi. BN mendapat tujuh kerusi kurang dari apa yang dicapai oleh Abdullah Badawi yang merangkul hanya 140 kerusi dalam PRU yang lalu. Katanya Najib hanya mendapat 133 kerusi sahaja.

Komen seperti ini sudah dijangka akan datang dari Dr Mahathir, tetapi tidak pula disangka komen seperti ini datang terlalu awal, hanya dua hari selepas keputusan PRU kali ini diadakan. Beberapa bulan dahulu Dr Mahathir telah menyatakan yang jika Najib memperolehi kurang dari apa yang BN perolehi dalam PRU yang lepas Najib sepatutnya meletakkan jawatan. Mungkin kenyataan beliau semalam sekadar untuk mengingatkan Najib apa yang sepatutnya dia lakukan setelah mendapat keputusan yang lemah ini.

Saya menjangka apa yang akan berlaku di dalam UMNO sedikit masa lagi ialah berulangnya apa yang telah berlaku keatas Abdullah Badawi. Tentulah Mahathir mahukan Najib meletakkan jawatan dan bersara untuk memberikan laluan kepada Muhyiddin. Ini sememangnya agenda Dr Mahathir dari awal. Mahathir mahu memainkan peranan menaik dan menurunkan pimpinan dan itu merupakan ‘forte’ beliau dalam politik ini.

Tetapi saya selalu memberikan pandangan, jika Najib itu lemah Muhyiddin akan lebih lemah lagi dari Najib. Mereka datang dari acuan yang sama. Saya ‘conclusive’ dengan pandangan saya, tidak akan ada seorang pun pemimpin dari barisan MKT UMNO hari ini layak untuk menggantikan kepimpinan jika Najib meletakkan jawatan. Mereka semua mempunyai mentaliti dan budaya yang sama. Segala-galanya sama dan ini terhasil dari pimpinan Dr Mahathir yang tidak pernah membaja benih kepimpinan dalam UMNO itu.

Pandangan Dr Mahathir yang mengatakan Najib itu telah gagal, lebih gagal dari Abdullah Badawi itu betul dan Mahathir mesti tahu yang sesiapa yang mengambil alih dari Najib itu akan lebih gagal lagi. Dengan acuan yang terbina oleh Dr Mahathir ini pimpinan UMNO akan bertambah lemah setelah pimpinan lemah diambil alih oleh kepimpinan yang lebih lemah lagi. Tidak mustahil jika Muhyiddin mengambil alih UMNO akan mendapat kekalahan yang lebih besar lagi.

Untuk memberikan sedikit kredit kepada Najib, seramai 88 orang calon UMNO telah menang dalam PRU kali ini berbanding dengan hanya 79 kerusi yang dimenangi oleh parti yang reput ini dalam PRU 12 yang lalu, lebih sebelas kerusi.

Adalah satu kesilapan yang akan dilakukan oleh Najib ialah memindahkan kuasa kepada Muhyiddin. Betul, Najib mungkin terpaksa berkorban untuk UMNO dengan bersara. Tetapi jika Najib mahu di kenang oleh rakyat sebagai pemimpin dan negarawan setelah bersara, beliau patut wariskan kepimpinan UMNO itu kepada pemimpin yang bukan dari acuan yang sama.

Beliau sendiri akan menjadi bahan cemuhan ramai jika beliau mewariskan kepimpinan UMNO kepada pimpinan yang sudah pasti membawa UMNO itu rebah buat selama-lamanya.

Mewariskan kepimpinan UMNO dan negara kepada pimpinan yang lebih bertanggungjawab dan berkemahiran akan membuatkan beliau dikenang sebagai seorang pemimpin yang dihormati buat selama-lamanya.

Akhirnya, meninggalkan kepimpinan negara kepada orang yang bertanggungjawab itu adalah satu tindakan transformasi sebenar bagi Najib.



Photobucket

KELUAR, KELUAR, KELUAR.....!

on




Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi ituoleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

 “Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti undi. “Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

“ Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, “Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

“Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya.” “Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.


sambung baca kat sini

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List