Penganut kristian bakar Alquran.....

on Apr 3, 2011

Sibuk dengan isu video lucah yang dipercayai dsai [tuduhan individu pro umno], sibuk juga dengan isu bible berbahasa melayu yang aku anggap remeh temeh, sibuk juga dengan isu poco-poco yang aku kira agak lawak dan sibuk juga dengan isu kenaikan harga minyak dan barang-barang di malaysia sehingga agak lewat dapat info isu pembakaran Alquran secara terbuka oleh penganut kristian.

Isu neh bila dibahaskan sudah tentu penganut kristian di malaysia akan terasa seperti dibenci oleh penganut islam di sini. Tetapi kena faham, kita orang islam malaysia tidak benci kristian. Yang kita benci sekarang neh ialah sekumpulan kristian tongong yang takde kerja dan biadap. Dan kumpulan kristian ini bukanlah kumpulan kristian di malaysia. Kristian malaysia saya hormati.

Lihat bawah


Ini ialah tindakan susulan selepas dia dihalang dari membakar Alquran tahun lepas. Kali neh dia buat secara senyap2. Tak dikecohkan seperti tahun lepas. Cuma 50 orang je sokong tindakan bodoh dia. Ingatkan ramai yang benci islam kat amerika rupanya cuma 50 orang je kristian ektremis yang tiada akal dan otak. Kesian.

Tapi lebih kesian orang islam yang terbunuh di afghanistan. Heyoooo.. kenapa sampai melibatkan nyawa pula. Aku tak faham isu neh. Kalau nak demo ataupun protes sekalipun, buatlah secara aman. Aku faham dorang nak protes ke PBB atas tindakan biadap paderi terry jones. Tapi tolonglah hargai sedikit nyawa yang ada. Masih banyak yang perlu umat islam [kita] kena buat. Masih ada banyak rancangan umat islam [kita] perlu fikirkan untuk kembalikan semula zaman kegemilangan islam dan tarbiah anak cucu cicit kita.

Polis dan tentera [pro amerika + israel] di afghanistan tue memang takan bagi muka dan can kepada rakyat islam kat sana. Aim mereka memang mendera orang islam. So, jangan buat tindakan yang boleh menyebabkan korang terbunuh. Takpelah, sabar itu berbaloi. Buat protes aman sudah. Tapi mungkin juga media spekulasikan protes tersebut sebagai protes ganas. Silap2 protes tersebut memang aman dan mereka saja2 nak bunuh orang islam kat sana. Boleh jadi juga. Media-media antarabangsa pro zionist neh memang bertujuan memberikan imej dan persepsi buruk masyarakat antarabangsa terhadap penganut islam.

Sebab tue ble baca, kita kena fikirkan kesimpulan sendiri. Jangan percaya bulat-bulat.
 

nota :- Jangan ada orang islam yang balas perbuatan biadap paderi neh. Paderi neh silap2 peluk islam lepas neh. Hahahahahah..



 

Jumpa hantu lagi....???

on




KULIM: Misteri alam ghaib sememangnya wujud tapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Kewujudan syaitan dan iblis adalah kenyataan di mana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT. 

Sinar Harian sebelum ini pernah memaparkan imej pocong yang dirakamkan di sekitar kawasan Kulim Hi Tech dan penemuan itu diakui pekerja industri di kawasan terbabit. 

Sekali lagi lensa Sinar Harian merakamkan imej seakan seorang wanita mendukung anak di jendela sebuah bangunan lama sekitar Jalan Sungai Lembu. 

Imej wanita itu dirakamkan kira-kira jam 6 petang. Ketika penggambaran dibuat, Sinar Harian turut ditemani seorang pengamal perubatan tradisional. 

Sepanjang penggambaran, sememang perasaan seram itu ada terutama apabila mendekati bangunan lama itu. Dari tinjauan mendapati, kawasan itu langsung tidak didatangi binatang liar seperti anjing walaupun ia adalah kawasan tinggalan. 

Pencari kayu, Abdul Razak Mohamad, 57, berkata, sepanjang dia menjalankan aktiviti di sekitar, pelbagai imej dan lembaga pernah ditemui terutama menjelang waktu senja. 

Selain itu, Jalan Sungai Lembu cukup sinonim dengan gangguan pontianak dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran. Ada di antara mereka yang tidak berani menggunakan jalan itu tengah malam. 

Penduduk di sekitar kawasan berkata, pernah berlaku di mana sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki ditumpang lembaga seorang wanita di belakangnya. 

“Saya datang ke kawasan ini lebih 20 tahun lalu dan banyak yang temui. Pernah juga menemui lembaga berjalan dalam keadaan tunduk melalui dicelah-celah pokok getah di belakang saya. Selain itu, saya pernah mendengar suara perempuan menangis dan keadaan teresak-esak. 

“Bangunan ini adalah binaan zaman kolonial. Dalam jangka masa begitu panjang, bangunan ini semakin tua dan kini terus ditinggalkan. Di bahagian lurah bukit ini terdapat jirat lama yang turut ditinggalkan. 

"Setelah berlakunya hakisan, kebanyakan jirat yang ada ini runtuh. Tidak mustahil sekiranya ada di antara jirat yang ada di sini, berlubang dan saya pernah melihatnya sendiri,” katanya.

SPRM gagal siasat skandal rasuah Taib

on





Ketua Menteri Sarawak kerap menjadi sasaran pendedahan di Internet mengenai timbunan kekayaan dan pemilikan tanah yang luas.






Kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jatuh ke tahap paling rendah apabila dua pegawainya tersasul dalam satu sidang media mengenai kegagalan suruhanjaya itu menyiasat bagaimana Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud menimbun harta kekayaannya.
Sejak akhir-akhir ini, Taib kerap menjadi sasaran pendedahan di Internet mengenai timbunan kekayaan dan pemilikan tanah yang luas di mana banyak laporan telah dibuat kepada SPRM.
Dalam satu sidang media bagi membentangkan laporan tahunan dari jawatankuasa aduan SPRM pada 31 Mac lalu, kedua-dua Ketua Pesuruhjaya Abu Kassim Mohammed dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan Mohd Nor Abdullah berdepan dengan soalan bertalu-talu dari para wartawan mengenai sikap membisu SPRM berhubung dakwaan yang telah sekian lama dibuat terhadap Taib.
Ketika mana Abu Kassim cuba mengelak, reaksi Mohd Nor jelas menunjukkan sikap tidak senang beliau.  Kedua-dua mereka memberi mesej bahawa “Taib tidak boleh disentuh, jangan kamu cuba mendesak kami lagi”.
Kepada soalan daripada para pemberita seperti, sama ada aduan daripada orang ramai telah diterima, sama ada fail telah dibuka, berapa banyak kes, sama ada pendakwaan akan dilakukan, Abu Kassim hanya memberi jawapan-jawapan yang tidak relevan.
Beliau berkata, “kita perlu menyiasat semua kes rasuah, kita tidak boleh menolak perlunya penyiasatan, berdiam diri tidak bermakna tidak ada tindakan, dan sebagainya.”
Apabila datang lagi soalan daripada para wartawan, beliau mengulanginya seperti burung kakak tua: “Apabila ada aduan, kami akan siasat”.
Mohd Nor, yang duduk bersebelahan Kassim, menyampuk dengan memberi amaran kepada para pemberita supaya tidak bertanya lagi.
Nampak jelas, berdasarkan latar belakangnya sebagai hakim mahkamah rayuan, beliau memberitahu para pemberita supaya tidak melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), yang menyebut berita hanya boleh diterbitkan jika terdapat alasan yang munasabah ianya boleh dipercayai.
Beliau berkata, “jika kamu soal saya sama ada siasatan akan dilakukan terhadap Ketua Menteri itu, kamu mungkin telah melanggar Akta tersebut, kerana kamu membuat andaian bahawa Taib terlibat dengan rasuah.
“Kamu tidak boleh ‘memancing’ bukti”
“Kamu tidak menyoal saya begitu.  Kamu tidak boleh cuba “memancing” bukti.  Adakah kamu telah membuat penyiasatan? Selidik kebenaran dahulu, kemudian tanya?,” soal Mohd Nor.
Tatkala Abu Kassim kelihatan resah untuk menyentuh apa-apa berkenaan Taib, tindakannya itu hanya mengesahkan berita yang sudah pun menjadi pengetahuan umum. SPRM menjadi mandul untuk menyiasat kes yang melibatkan tokoh-tokoh besar dalam Barisan Nasional.
Tindakan Mohd Nor yang garang dan berupa ugutan yang bodoh itu terhadap wakil media telah menimbulkan kemarahan orang ramai, yang sebelum ini tidak begitu ambil peduli.
Mohd Nor bercakap seolah-olah kita tidak tahu mengenai timbunan bukti-bukti mengenai kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Taib yang dibongkar dan disebarkan melalui Internet.
Bukti-bukti tentang salah laku beliau boleh dikumpulkan berjilid-jilid dan begitu terperinci sehingga kita boleh menerbitkan sebuah buku yang tebalnya 2 inci, yang secara rasmi diserahkan kepada SPRM. Laporan yang dibuat hampir setahun lalu hanya membawa kepada sikap membisu dari SPRM.
Laporan-laporan tentang dakwaan terhadap Taib, kebanyakannya diperolehi dari laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) yang menceritakan secara terperinci tentang harta kekayaan keluarga Taib yang bernilai berbilion ringgit dalam bentuk hartanah di luar negara, syarikat-syarikat Malaysia dan pemilikan tanah yang sangat luas di Sarawak.
Sarawak Report membutirkan secara terperinci, yang sungguh menakjubkan, tentang aset keluarga Taib, lengkap dengan bukti pemilikan yang diceduk dari pejabat pendaftar tanah dan pendaftar syarikat.
Mungkin kerana laporan yang terlalu detail ini, di mana bukti-bukti tidak dapat disangkal lagi, membuat pegawai-pegawai SPRM gundah gulana dan kelihatan bodoh di depan orang ramai.
Mengenai contoh begitu banyak laporan yang boleh didapati dari Sarawak Report, laman sesawang itu baru-barunya memuatkan pengkalan data dari Jabatan Ukur dan Tanah Sarawak yang mendedahkan bahawa beribu-ribu ekar tanah yang diambil sejak beberapa tahun kebelakang ini.
Kebanyakan tanah-tanah itu disalurkan kepada kroni dan keluarga yang rapat dengan Taib dengan bayaran premium yang sangat rendah.
Lebih 1.5 juta hektar tanah NCR dirampas
Banyak dari tanah-tanah ini, yang berjumlah lebih 1.5 juta hektar, yang berupa tanah adat (NCR), dirampas secara rahsia daripada penduduk pribumi, hingga menyebabkan mereka terpaksa membuat lebih 200 tuntutan dan aduan.
Beberapa kes telah didengar di mahkamah yang keputusannya memihak kepada para pemilik tanah itu, dan ini membuktikan terdapat kerja rampasan tanah oleh Taib.
Sebagai bukti keluarga Taib menikmati faedah dari rampasan tanah haram ini, nama kira-kira 50 buah syarikat yang terdapat dalam buku daftar Tanah sebagai penerima asal tanah dari negeri itu yang disenaraikan, setiap satu daripadanya ada kaitan dengan keluarga Taib.
Satu lagi berita buruk buat Taib ialah pendedahan terhadap “senarai hitam” 49 syarikat di seluruh dunia, yang setiap syarikat itu ada kaitannya dengan keluarga Taib.
Senarai ini, yang didedahkan oleh Dana Bruno Manser, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Switzerland, yang berjuang untuk memelihara kepentingan penduduk pribumi Sarawak, menunjukkan 13 dari syarikat ini berpengkalan di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, bakinya di UK dan di tempat-tempat lain di dunia ini.
Yang indahnya dari episod rasuah Taib ini ialah Taib sendiri tidak menafikan tentang kewujudan aset kekayaan luar biasa keluarganya.
Dalam satu wawancara bersempena kempen siber yang dilancarkan baru-baru ini oleh beliau sendiri bagi menangkis serangan berupa tuduhan terhadap kekayaannya, beliau menyifatkan kekayaan keluarganya akibat dari sifat keusahawanan dan kebijaksaan anaknya Jamilah.
Taib menerangkan bahawa apabila beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan pusat tiga dekad lalu, beliau memberi sedikit wang kepada Jamilah untuk membolehkan beliau menjalankan perniagaan di Kanada.  Berdasarkan kepintarannya dalam bidang perniagaan, perniagaan itu berkembang menjadi empayar perniagaan bertaraf antarabangsa.
Ketika kita masih terkial-kial dalam imajinasi kita bagi menerima hakikat kebenaran cerita Taib bagaimana kekayaan boleh dibina sebegitu pantas, jawapannya terdapat dalam satu lagi wawancara.
Untuk mensahihkan ceritanya tentang kekayaan yang dimiliki, Taib menjelaskan bahawa beliau tidak ada pilihan melainkan dengan menjalankan perniagaan di luar negeri 30 tahun yang lalu, ketika mana anak-anaknya sedang belajar, sudah pun menjalankan perniagaan.
Konflik kepentingan
Beliau berkata, “saya tidak mahu konflik kepentingan ini menghantui saya pada setiap masa.  Jika saya menjalankan perniagaan dalam negeri, orang akan berkata, saya menggunakan pengaruh saya untuk mengkayakan diri sendiri, maka kami mengusahakannya di luar negara.”
Apa jenis penipuan ini!  Siapa di Sarawak yang tidak kenal bahawa sebuah konglomerat yang terbesar, menjadi syarikat induk empayar peniagaan keluarga Taib, mendapat kontrak-kontrak yang lumayan, hingga menyebabkan komuniti perniagaan dari negeri itu menjadi marah.
Apa jenis penipuan yang secara terang-terangan begini? Bagaimana dapat kita menilai kredibiliti cerita kekayaan berbilion ringgit Taib ini?
Dalam menghadapi bukti tentang aktiviti rasuah yang begitu luas ini, Mohd Nor terpaksa membuat ugutan kepada mereka yang bertanya, seolah-olah Taib menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas.
Kisah Taib Mahmud ini hanya merupakan salah satu cerita skandal rasuah mega melibatkan pemimpin elit Barisan Nasional yang kerap kali dilindungi oleh institusi penguatkuasa seperti SPRM, polis, Ketua Peguam Negara atau bidang kehakiman.
Sandiwara SPRM yang terbaru ini hanya mengesahkan tidak ada yang berubah sungguhpun Perdana Menteri Najib Tun Razak sering mencanangkan tentang reformasi melalui slogan-slogannya.


UTUSAN MALAYSIA TOLONG SIARKAN BERITA INI.....

on




KUALA LUMPUR: Umno cawangan Linear City 2 hari ini dibubar berikutan timbalan ketuanya, Mahadi Mohd Nor bersama hampir 20 penyokong beliau meninggalkan parti itu dan menyertai KEADILAN.

Pembubaran cawangan itu diganti dengan penubuhan Ranting baru KEADILAN yang ke-16 dalam Parlimen Lembah Pantai.

Borang penyertaan diserahkan kepada Ketua Cabang KEADILAN Lembah Pantai yang juga Ahli Parlimen, Nurul Izzah Anwar.

Bercakap kepada KeadilanDaily, Mahadi berkata, beliau menyertai KEADILAN kerana yakin dengan komitmen parti itu bersama Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, komitmen itu jelas apabila Selangor yang diterajui pimpinan KEADILAN, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya merakyatkan ekonomi Selangor melalui pelbagai dasar kebajikan.

“Di peringkat persekutuan, KEADILAN bersama Pakatan Rakyat menawarkan dasar kebajikan yang jelas melalui agenda Buku Jingga.

“Antara yang menarik perhatian ialah tekad untuk menurunkan harga minyak dan menghapus tol secara berperingkat-peringkat,” katanya pada 3 April lalu.

Mahadi juga mengakui Umno walaupun giat mencerca Buku Jingga dengan pelbagai tohmahan tetapi sebenarnya cuba meniru dasar itu secara diam-diam.

Pada masa ini, katanya, Umno hanya mampu meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang melalui gimik politik.

Mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka, Nurul Izzah menegaskan, KEADILAN sedia menerima individu yang komited bagi menjayakan perubahan besar di negara ini.

Turut hadir majlis itu ialah puluhan pimpinan KEADILAN Cabang Lembah Pantai dan masyarakat setempat.


MP Badrul, Peguam Dituduh Hina Speaker DUN Selangor...

on




ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah serta peguam beliau, Mohd Hafarizam Harun akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan menghina Dewan Negeri Selangor.

Dalam pembentangan usul menghadapkan Badrul ke jawatankuasa tersebut, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata surat tersebut yang ditujukan kepada Speaker DUN, Datuk Teng Chan Kim mengandungi unsur-unsur yang tidak senonoh, biadab serta bertujuan mengugut.

"Mereka secara berasingan atau bersama melakukan kesalahan menghina Dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac 2011 kepada Tuan Speaker Dewan ini yang berbahasa amat tidak senonoh, biadab dan mengugut," tegas Khalid.
Beliau semasa membentangkan usul itu berkata, surat mengenai isu kes mahkamah tentang status kerusi DUN Pelabuhan Klang oleh Badrul dan Hafarizam itu dihantar kepada Teng Selasa lalu semasa sesi DUN masih bersidang.

"Tuan Speaker dinamakan di dalam surat berkenaan bukan dalam kapasiti peribadi tetapi dalam kapasiti sebagai Speaker Dewan. Notis yang begitu tidak senonoh, kurang ajar dan bersifat mengugut dengan niat membawa keaiban, menghina, mengejek Dewan atau mengurangkan kuasa dewan jelas merupakan satu tindakan menghina Dewan, terutamanya apabila notis tersebut dihantar semasa persidangan Dewan kali ini," kata beliau lagi.

Khalid yang menemui wartawan selepas menangguhkan DUN semalam memberitahu, Teng telah melucutkan jawatan Badrul sebagai ADUN Pelabuhan Klang selepas berpuashati bahawa Badrul sememangnya tidak hadir ke sidang DUN lebih daripada tempoh yang sepatutnya.

Badrul pula telah membawa isu tersebut ke makhamah serta meminta kos yuran guaman sebanyak RM40 ribu daripada Chan Kim dan menghantar notis mengatakan sekiranya tidak dibayar, badrul akan mengambil tindakan memfailkan bankrupsi terhadap Chan Kim.

"Kalau tidak dibayar, dia menjalankan usaha bankrupsi. Dari segi etika perundangan, bankrupsi ini langkah paling akhir dalam menuntut bayaran, selalunya notis dihantar dengan mengatakan 'kalau tidak membayar, akan diambil tindakan selanjutnya'. Tetapi surat itu dikeluarkan semasa persidangan dewan dan persidangan dewan, dia tidak menghantar surat kepada Teng sebagai Teng sendiri sebaliknya beliau ketika itu berperanan sebagai speaker," jelas beliau.

Tambah beliau, tindakan Badrul jelas menampakkan keegoan beliau yang tidak menghormati dewan serta kerajaan negeri Selangor.

Khalid menambah, jawatankuasa itu nanti akan dipengerusikan oleh Adun Kota Alam Shah, M Manoharan menggantikan Teng.


Najib ditipu bekas ahli Keadilan

on




PULAU PINANG: M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu.

“Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti,” kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran.

“Kita tidak pernah menerima makluman atau permohonan keluar parti sebanyak yang didakwa Segaran,” kata Sim kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam.

Segaran ketika ini mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dan tewas di tangan Sim pada persaingaan pemilihan parti tahun lalu.

Mengulas lanjut, Sim menganggap Segaran sebagai ahli politik penipu kerana pernah membuat kenyataan kepada media untuk kekal bersama KEADILAN walaupun tewas pada proses pemilihan parti.
Beliau berkata, ia tidak membawa kesan kerana ahli parti terutama kaum India di Bayan Baru mengetahui sejarah Segaran yang memang gemar melompat parti demi kepentingan karier politiknya.

Malah, katanya, Cabang Bayan Baru menjadi lebih kukuh dan boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi bertolak ansur dengan ahli parti yang mendatangkan masalah.
“Kita berasa lega kita sudah bebas dari berada dekat dengan sampah sebegini,” katanya.


NOTA :-  Kita dah lama jangka... Keadilan usah terlalu ghairah dan bangga dengan kemasukan beramai-ramai menyertai Keadilan terumanya selepas menang pada PRU 13. Apa ertinya jika ramai bak buih di tepian pantai...




Sukarelawan doktor perubatan bersama team bloggers turun ke Sarawak....

on




Misi bloggers PAS/Pakatan Rakyat ke Sarawak 5 April ini juga, InsyaAllah akan diiringi oleh sekumpulan sukarelawan doktor-doktor perubatan yang akan berkhidmat secara sukarela di setiap tempat yang telah diaturkan bersama blogger. Alhamdulillah, group doktor2 ini dengan tambang sendiri akan terbang bersama kami. Nampaknya bukan sekadar kurma, kopi, kerepek yang misi ini akan bawa ke Sarawak, dengan doktor-doktor pun kami angkut. Itulah sebahagian komitmen dan misinya.

Malah aku dok berkira-kira nak bawak sama tukang-tukang rumah jika boleh, tak semua rumah panjang di Sarawak, type mamut peduli. Banyak juga rumah-rumah panjang disana yang perlu perhatian. Kita tak mampu pikul beras bergoni-goni macam santa klaus BN, tapi kalau nak tolong paku dan baiki rumah mereka, itu sudah cukup baik, bahawa hadir pembangkang seperti PAS, DAP dan PKR di Sarawak bukan berniat 'menjajah' tetapi menghalau kerajaan BN..InsyaAllah.., kalau ada yg nak ikut sekali..dipersilakan.

Sebentar tadi, beberapa YB Pakatan Rakyat yang tak kaya dan biasa-biasa saja ada menghubungi wak, mungkin nak hulur sikit kot ke Tabung Dana. Alhamdulillah jika ada hasrat itu untuk membantu bloggers., kami alu-alukan, dan jika itu jadi kenyataan, terharu juga kami, kerana dihargai oleh pimpinan khususnya. Harap ada la YB yang bersungguh menghulurkannya. Bukan sekadar janji..!




ORANG KAMPUNG DI SERAWAK AKAN BUAT PERUBAHAN

on

Penduduk 6 kampung mahu tunjuk ‘kemarahan’ kepada Taib Mahmud




Kebencian rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud semakin 
meluap-luap


SERIAN: Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud  pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka.

Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak.
“Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini. Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit,” katanya kepada KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini.

Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat.

Anwar sentiasa disambut, dilayan selaku pahlawan Bumi Kenyayang.

Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami  kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh.

“Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi,” kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu.

Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan.

“Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya negeri kali ini. Sama ada kami menang atau pun kalah dalam kes itu, keputusan kami muktamad. Kami mahu menghukum Taib dan BN,” tegas Daud.




BUAYA BUJANG SENANG BANYAK KAT SERAWAK...???

on

Sarawak ada balak, minyak, gas, tanah dan ada banyak 'buaya'


banyak 'buayaSetiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayta pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pemerintahan berterusan BN sejak Sarawak mencapai kemerdekaannya pada 1963 telah membantutkan demokrasi dan menafikan rakyat daripada menikmati kemewahan daripada negeri itu yang kaya dengan sumber alam semulajadi.

“Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya',” kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam semalam.

Gurauan Lim mengenai buaya itu menyaksikan lebih 500 hadirin gelak besar yang dikaitkanya dengan reptilia yang membaham manusia yang terdapat di sungai-sungai di Sarawak dengan pemimpin kerajaan yang korup.

“Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu,” kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya.

Lim kemudian menjadikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai sasarannya dan mempersoalkan keikhlasan janjinya untuk bersara selepas pilihan raya.

Hadirin sekali lagi menjerit “Tidak!” apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006.

Ketiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian.

“Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?” soal Lim.

Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa.

“Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan,” katanya.-malaysiakini


Ku Li : Mahathir Masih Diulit Mimpi Ngeri 1987......

on

KUALA LUMPUR 3 APRIL : Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menyaman Tun Mahathir Mohamad bersabit tuduhan beliau mengamalkan politik wang kerana faham mantan Perdana Menteri itu masih “kurang seronok” setelah hampir kalah pada pemilihan Umno tahun 1987.

“Saya dah buat penafian. Tapi ia bukan cara yang terbaik. Cara terbaik ialah failkan saman supaya dapat hapuskan apa yang tertulis di memoirnya tetapi saya tak merancang berbuat demikian buat masa ini," kata beliau dalam wawancara eksklusif terbitan TV Selangor semalam.

“Saya rasa ada perkara yang dia tak boleh lupa (bersabit pemilihan 1987). Yalah, lepas jadi Presiden dan Perdana Menteri enam tahun, dia cuma menang 43 undi sahaja. Malu.Barangkali kerana itu, dia rasa tak seronok,” tambah beliau.

Dalam buku berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, Mahathir mendakwa Tengku Razaleigh tidak menjadi Perdana Menteri kerana kurang bersabar.

Pemilihan Umno pada tahun 1987 menyaksikan Tengku Razaleigh dan beberapa tokoh lain termasuk Tun Musa Hitam mencabar Mahathir dan barisannya untuk kepimpinan Umno.

Dalam memoirnya Mahathir mendakwa puak “Team B” yang diketuai oleh Tengku Razaleigh mengamalkan politik wang untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu.

Dalam wawancara dengan TVSelangor, Tengku Razaleigh sekali lagi menolak tuduhan Mahathir itu sebagai fitnah semata-mata.

"Selepas saya dan rakan-rakan tawar khidmat untuk bertanding, dan dia (Mahathir) menang dengan sebanyak itu 43 undi sahaja. Langsung dia buat tuduhan saya guna duit. Demi Allah saya tak pernah guna duit bagi mana-mana perlawanan sama ada dalam pemilihan parti atau di luar pemilihan parti,” tegas beliau.

Razaleigh berkata, hakikatnya ialah beliau menerima pelbagai tekanan dan kekangan daripada pucuk pimpinan Umno ketika itu dalam membawa mesej untuk pembaharuan kepada perwakilan.

"Saya bukan nak lawan sesiapa, saya menawar khidmat sekiranya orang ramai perlukan khidmat saya. Pada perlawanan kali pertama, saya dengan Tun Musa (Hitam) (dilayan) agak tidak adil. Saya tak dibenar bertemu orang ramai dan hadir di majlis tertentu walhal lawan saya diizin. Sebab itu bila saya tidak menang kali pertama, kawan dan penasihat suruh lawan sekali lagi,” kata beliau.

Razaleigh berkata, memoir Tun Mahathir jelas berat sebelah dan hanya dari sudut pandangan yang terhad.

"Saya rasa memoir itu berat sebelah kerana hanya dengar cerita dia sahaja. Kerana dia yang tulis buku jadi ikut sedap dialah, dia tulis apa yang nak ditulis,” kata beliau.

Ku Li : Henti Anak Tiri Negeri Pembangkang....

on

KUALA LUMPUR  3 APRIL : Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menggesa  Putrajaya  menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri pembangkang dan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri  dinafikan .

"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, "kata  Tengku Razaleigh kepada TVSelangor.

"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," tambah beliau.

Tokoh veteran Umno itu menegaskan Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walaupun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.

"Tak kira siapa kerajaan pun, Samada di Kelantan, Kedah, Pahang,  Selangor dan Johor sama sahaja. Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik,  tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat,  bukan kerajaan yang berkuasa," tegas beliau. "Tak ada keadilan dari segi itu," tambahnya.

Tengku Razaleigh berkata konsep Federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.

"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat Persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) Persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan,"kata beliau.

Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah dibawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.

Pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan juga didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Kerjasama antara Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga suram kerana arahan-arahan tertentu daripada Menteri berkenaan  dikatakan didorong atas pertimbangan politik.

Contohnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dilaporkan pernah melarang kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di empat negeri pembangkang.

Manakala Radio Televisyen Malaysia cawangan Selangor diarah berpindah keluar daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor oleh Putrajaya, sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh  berkata tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan menganak-tirikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.   

"Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut. Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapapun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," kata beliau.

Mengimbau isu royalti minyak Kelantan, Tengku Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu dibawah penguasaan Pas.  

"Kalau negeri nak terima 5 percent, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri.  Sabah dan Sarawak terus dapat (royalty).  Kalau ikut (prosedur itu),  Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya Kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," kata beliau.

Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.

Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.   

Kerajaan Kelantan  mengambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu — di sempadan Thailand-Kelantan.

Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan kepimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak melaksanakan Akta Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut.

"Sebenarnya Perdana Menteri dalah Menteri bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum. Tapi pelaksanaan akta ini tidak  betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab," kata Tengku Razaleigh.

"Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan Kerajaan persekutuan dan negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati Perdana Menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang," kata beliau.



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List