Daphne Iking (Dahlia) Covergirl Majalah Gorgeous

on Apr 3, 2011




Daphne Iking yang lebih mesra dengan nama barunya, Dahlia membuat kemunculan sebagai covergirl untuk majalah Gorgeous. Edisi terbaru ini memaparkan kisah Daphne Iking setelah memeluk Islam & berkahwin dengan suaminya, Joe. Tidak ketinggalan juga, kisah bekas suaminya turut dimuatkan dalam temubual ini, mungkin berkaitan dengan prosiding mahkamah yang penuh kontroversi beberapa bulan yang lalu.
Kami ada terbaca beberapa komen yang mengkritik hebat penampilan Daphne Iking untuk majalah ini. Ada yang berkata, Daphne Iking bercakap mengenai Islam, tapi pemakaian tidak menunjukkan ciri-ciri tersebut. Kami bukan tidak bersetuju dengan pengkritik tersebut, ada benarnya, cuma sebagai orang yang matang,  ada perkara yang perlu diambil kira sebelum sesuatu kritikan dibuat.
Kami tak salahkan Daphne 100% kerana dia baru sahaja memeluk Islam & sudah semestinya setiap orang memerlukan masa untuk berubah. Jangan’lah dikritik sangat saudara baru ini dengan macam-macam tomahan, sepatutnya kita berikan nasihat & panduan secara lembut. Baru’lah lebih berkesan!
Ramai lagi selebriti yang sejak dilahirkan beragama Islam sampai tua bangka pun masih seksi-menyeksi. Kononnya urban style. Itu tidak pula nak ditegur, kan?
Jadi, pandai-pandai’lah fikir sebelum mengkritik seseorang. Berikan masa, nasihat secara lembut. Itu lebih baik.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List