SNAP Sudah Tidak Bersama Pakatan Rakyat. Kenapa??

on Apr 3, 2011








 



Sudah sah. Sudah sah.

Memuktamadkan keputusan dengan perkembangan terkini parti SNAP itu sendiri.

MCLM yang dipimpin Raja Petra Kamaruddin, sudah memberitahu Anwar Ibrahim langsung dari London dan diteruskan di Sydney, Australia bahawa SNAP sudah menerima "wang panas" RM3 juta, dua minggu lalu.

Dan Anwar yang menerima berita tersebut menyelidik serta mencari kesahihan laporan yang diterima, dan mengesahkan perkara tersebut benar.

Kemuncaknya malam tadi apabila Presiden SNAP sendiri, Edwin Dundang Bugak mengumumkan dalam satu sidang media khas di Kuching, SNAP akan bertanding 27 kerusi DUN Sarawak.

Persoalannya, dari mana datangnya wang RM3 juta sedangkan SNAP sudah DUA TAHUN tidak aktif??

Untuk menjelaskan sedikit lagi maklumat ini, ianya ada kaitan dengan pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekarang, Leo Moggie anak Irok dan Najib Altantuya!

Nah, anda sendiri boleh tahu jawapannya!

JALAN PULANG

Anwar : Ada Parti Mahu Pecah Belah Undi Pembangkang
 
Anwar Ibrahim sedang berceramah di Rumah Ujan, 
Melugu, Sri Aman, Sarawak, semalam
 
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bayangan kemungkinan PKR akan bertarung pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini tanpa bantuan parti Snap, lapor Malaysiakini. 

Dalam lawatannya ke sebuah rumah panjang di Sri Aman - kira-kira 200km dari tenggara Kuching, semalam, Anwar menggesa pengundi masyarakat Iban supaya menolak parti tertentu yang didakwanya ditaja oleh BN bagi memecahkan undi pembangkang.

Meskipun tidak menamakan parti berkenaan, namun adalah jelas beliau merujuk kepada Snap.

"Dua tahun lalu, ada sebuah parti yang hampir mati tetapi tiba-tiba mahu bertanding di sini. 

Dari mana datang wang itu?

"Siapa beri mereka wang?

Parti itu mahu memecah-belahkan undi pembangkang,” kata Anwar kepada kira-kira 50 penduduk Iban di Rumah Ayok, Pakit B, yang terletak dalam kerusi dewan undangan negeri Bukit Begunan.

"DAP, PAS dan PKR datang ke sini bagi melawan BN,” katanya sambil tidak menyebut parti Snap yang juga adalah komponen Pakatan Rakyat.

Terdahulu, ketika ceramahnya di Mulugu, yang juga terletak di DUN Bukit Begunan, Anwar mendakwa “parti yang hampir mati” itu ditaja oleh BN.

"Ia ditaja oleh BN bagi memecahkan Iban, Melayu, Cina, Bidayuh, Melanau dan lain-lain. 

Mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan rakyat berlainan bangsa,” kata Anwar kepada kira-kira 20 penyokong PKR yang berbangsa Iban di Rumah Ujan.

Juga tidak mengejutkan bagi Anwar melancarkan kempennya dengan menyerang Snap, khususnya di kawasan masyarakat Iban kerana Snap - yang melahirkan ketua menteri Sarawak yang pertama - masih dihormati di kalangan pemimpin Iban yang berusia.

Undi PKR dikatakan pasti terjejas jika ia terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Snap dan BN.

Bukit Begunan adalah antara kerusi majoriti pengundi Iban yang diintai oleh kedua-dua PKR dan Snap pada pilihan raya negeri 16 April ini.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List