Najib ditipu bekas ahli Keadilan

on Apr 3, 2011




PULAU PINANG: M Ngnana Segaran membohongi Datuk Seri Najib Razak dengan memberi angka palsu bilangan ahli yang keluar parti bagi melonjakkan karier politiknya di mata Perdana Menteri itu.

“Jika dia (Segaran) boleh tanpa segan silu berbohong kepada parti (untuk kekal dalam KEADILAN), dia juga mungkin boleh berbohong (kepada Najib) tentang jumlah ahli yang keluar parti,” kata Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Menafikan cabang itu kehilangan 3,226 ahli akibat pembelotan, Timbalan Biro Penerangan KEADILAN itu, berkata pihaknya tidak pernah menerima notis atau permohonan keluar parti seperti didakwa Segaran.

“Kita tidak pernah menerima makluman atau permohonan keluar parti sebanyak yang didakwa Segaran,” kata Sim kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Segaran yang bertemu Najib ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke sini, dengan mendakwa turut membawa keluar 3,226 ahli KEADILAN, semalam.

Segaran ketika ini mengetuai badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dan tewas di tangan Sim pada persaingaan pemilihan parti tahun lalu.

Mengulas lanjut, Sim menganggap Segaran sebagai ahli politik penipu kerana pernah membuat kenyataan kepada media untuk kekal bersama KEADILAN walaupun tewas pada proses pemilihan parti.
Beliau berkata, ia tidak membawa kesan kerana ahli parti terutama kaum India di Bayan Baru mengetahui sejarah Segaran yang memang gemar melompat parti demi kepentingan karier politiknya.

Malah, katanya, Cabang Bayan Baru menjadi lebih kukuh dan boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi bertolak ansur dengan ahli parti yang mendatangkan masalah.
“Kita berasa lega kita sudah bebas dari berada dekat dengan sampah sebegini,” katanya.


NOTA :-  Kita dah lama jangka... Keadilan usah terlalu ghairah dan bangga dengan kemasukan beramai-ramai menyertai Keadilan terumanya selepas menang pada PRU 13. Apa ertinya jika ramai bak buih di tepian pantai...




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List