Anak Lelaki Gaddafi Di Laporkan Terbunuh....???

on Mar 22, 2011

Seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis meninggal dunia di sebuah hospital di Tripoli, lapor laman web pembangkang dan media Arab hari ini.

Khamis Gaddafi dilaporkan cedera kelmarin apabila seorang juruterbang tentera udara Libya dengan sengaja menyebabkan jetnya terhempas ke pekarangan Bab al-Aziziyah, di mana Gaddafi dan sesetengah ahli keluarganya tinggal.

Beliau yang mengetuai sebuah briged tentera Libya cedera akibat kebakaran dalam serangan itu, lapor laman web Arabian News.

Sementara itu, sebuah peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Barat semalam memusnahkan sebuah bangunan pentadbiran di pekarangan tersebut, kata wartawan AFP.

Bangunan itu, terletak hanya 50 meter dari khemah di mana Gaddafi sering menerima tetamunya, ranap sama sekali dalam bedilan itu, kata jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim kepada wartawan yang dibawa ke lokasi kejadian dengan bas.

“Serangan yang tidak berperikemanusiaan itu boleh menyebabkan kematian beratus-ratus orang awam yang berkumpul di kediaman Gaddafi kira-kira 400 meter dari bangunan yang dibedil,’’ kata Ibrahim.

Beliau mengutuk ‘percanggahan dalam retorik Barat’ dengan berkata, negara Barat mendakwa mahu melindungi penduduk awam tetapi mereka melancarkan serangan bom ke atas sebuah kediaman dengan menyedari orang awam berada di dalamnya.

Berpuluh-puluh penyokong Gaddafi berkejar ke kompleks Bab al-Aziziah di selatan Tripoli itu selepas tersebar khabar angin sebuah pesawat tentera bersekutu telah ditembak jatuh, tetapi mereka tidak menemui bangkai sebarang pesawat.

Kepulan asap menjulang dari pekarangan kediaman itu sementara meriam antipesawat melepaskan tembakan ke udara.

Tripoli digegarkan oleh beberapa letupan kuat lewat semalam, termasuk satu yang kedengaran dari kawasan sekitar kediaman Gaddafi.  


AGENSI

Apa kaitan akhbar The Star dengan video...???

on




Ia bermula dengan jemputan melalui telefon dari seorang wartawan akhbar The Star yang bersungguh benar meminta seorang wartawan kanan Harakah menyertai satu sidang media khas di Carcosa Seri Negara.
 
Sejak itu, wartawan kanan Harakah itu tidak boleh lena tidur.
 
"Bayangkan jam 4 pagi masih ada lagi penganjur ni call saya...tanya dah bagi tau Presiden PAS ke belum," cerita wartawan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily.
 
Menurutnya, wartawan wanita akhbar yang dimilki oleh MCA berkenaan beriya-iya benar meminta beliau hadir.
 
Yang menarik juga, seorang wartawan kanan The Star yang lain juga amat berminat dengan cerita ini.
 
Beberapa panggilan dibuat untuk mengetahui apa komen wartawan Harakah itu selepas menonton video itu.
 
Dia juga sangat berminat untuk mengetahui  apakah benar Datuk Seri Anwar menghubungi wartawan Harakah berkenaan.
 
Setelah dinyatakan Harakahdaily telah bercakap dengan wartawan Harakah itu, wartawan The Star itu sekali lagi menghubungi dan bertanya apa yang dinyatakan oleh wartawan Harakah kepada Anwar.
 
Anwar dalam sidang medianya semalam menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya.
 
"Muka macam muka saya tetapi perut itu bukan saya," kata Anwar dalam sidang medianya yang berjalan dengan penuh ceria di pejabatnya itu.
 
Turut serta adalah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan lain-lain pimpinan PKR.

"Memang, muka lelaki itu macam Anwar tetapi perut dia bukan Anwar.
 
Sepanjang saya wawancara Anwar perut dia maintain je," beritahu Wartawan Kanan Harakah berkenaan kepada Harakahdaily selepas 'terperangkap' menonton video berkenaan.
 
Fakta ini turut diakui oleh wartawan kanan akhbar The Star berkenaan apabila berkata bosnya juga berkata perkara yang sama.

Tangan Najib Dalam Video Fitnah, Kata Anwar

on

Tangan Najib Dalam Video Fitnah, Kata Anwar


KUALA LUMPUR 22 MAC: Penganjuran majlis "pra-tonton" video seks fitnah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur untuk ahli media semalam tidak mungkin diadakan tanpa penglibatan Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein, kata Datuk Seri Anwar ibrahim.

"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri termasuk pihak atasan Polis Diraja Malaysia," jelas Anwar selepas membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersabit video itu.

Video 21 minit itu ditunjukkan oleh seorang yang hanya di kenali "Datuk T" bagi menyakinkan orang ramai bahawa Datuk Seri Anwar melakukan hubungan sumbang dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar semalam menegaskan beliau berada di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya ketika kejadian itu didakwa berlaku sebelum bertindak membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan penuh dijalankan.

Beberapa wartawan yang menyaksikan video itu semalam mengesahkan orang di dalam rakaman itu mempunyai perut buncit yang bukan menjadi sebahagian daripada iras Anwar.

Anwar berkata pra-tonton video lucah itu di Hotel Carcosa Seri Negara dengan sendirinya adalah satu jenayah, namun polis tidak mengambil tindakan kerana penganjurnya dilindungi oleh Najib dan Hishamuddin.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul dan boleh sebar kenyataan video lucah," kata Anwar secara sinis mengenai realiti politik negara.

"Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil," tambah beliau kepada kira-kira 80 penyokong yang mengiringi beliau membuat laporan polis itu. Turut sama isterinya beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izaah.

Ketua Pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan Malaysia untuk tidak mengulangi kekejaman pada 1998 di mana beliau di pukul dalam lokap setelah membuat laporan polis mengenai sebuah buku yang menfitnah beliau.

"Saya beri ingatan kepada Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah dan mengugat kerja saya dalam politik.

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," ujar Anwar disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Kes Port Dickson merujuk kepada dakwaan salah laku seks membabitkan Perdana Menteri Najib Razak.

Dalam salinan laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar memberitahu individu-individu tertentu termasuk Datuk T melakukan kesalahan fitnah jenayah, intimidasi jenayah, dan melakukan konspirasi jenayah terhadapnya dengan penayangan video lucah itu.

Datuk T semalam mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan Wan Azizah selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu. Anwar adalah Ketua Umum parti itu.

Antara yang turut hadir di IPD Dang Wangi bersama Anwar tadi adalah Naib Presiden PKR Tian Chua dan N.Surendran, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Jawantakuasa PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

- TVS





Video fitnah konspirasi Najib, polis- Anwar


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan terbaru rakaman video seks fitnah yang dikaitkan dengannya, merupakan konspirasi peringkat tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Anwar, video palsu itu tidak mungkin didedahkan tanpa penglibatan Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Rais dan pihak atasan polis.
“Pihak atasan polis, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tahu tentang perkara ini (tayangan) dan membiarkan ia berlaku,” kata Anwar ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi tengahari tadi.
Anwar yang kebiasaanya ceria, hari ini kelihatan serius sewaktu memberikan beberapa sebab, mengapa beliau mengatakan video tersebut merupakan konspirasi jahat pihak atasan bagi menjatuhkan karier politiknya dan menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.
“Pertama ia anjuran cara terbuka kepada wartawan, editor kanan dan mereka ditayangkan secara terbuka video lucah. Bolehkah di negara ini, di Carcosa Sri  Negara dan beberapa tempat lain tayangan video lucah diadakan, yang merupakan jenayah berat,” kata Anwar.
Jangan guna laporan polis untuk tangkap saya- Anwar
Anwar seterusnya mengingatkan polis agar tidak menggunakan laporan yang dibuatnya sebagai alasan untuk menangkapnya seperti yang berlaku sewaktu kes Fitnah pada 1998 dahulu.
“Pada tahun 1998, kita buat laporan polis, kita yang didera.
“Saya ingatkan Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk tutup kesalahan mereka dan gugat kerjaya saya dalam politik,” kata Anwar dengan tegas.
Anwar juga sempat menempelak Najib dan Hishammuddin yang cuba ‘cuci tangan’ dari awal-awal lagi menafikan penglibatan mereka walau pun siasatan polis belum dilakukan.
“Najib dan Hishamuddin semalam menafikan mereka terlibat. Kenapa apologetik?,” tanya Anwar.
Anwar juga tidak menolak video fitnah terbaru ini direka cipta kerana pihak tertentu yang menjadi dalang di sebalik kes Fitnah II menjangkakan mereka akan kalah dalam kes itu.

Kes video terbaru: Komentar paling menarik.....!!!

on

Aku pun heran dengan para pemimpin, penasihat APCO, segala pencacai dan 'anjing-anjing' Umno BN. Dalam keadaan rakyat tak berapa nak percaya dengan tuduhan liwat 1.0 yang dah lama tamat dan juga dengan sketsa liwat 2.0 yang masih berjalan dengan skrip yang tak kurang lawak berbanding liwat 1.0, rakyat nak dipaksa lagi untuk percaya dengan skandal baru Anwar Ibrahim, 'Skandal Spa'.

Belum pun habis sessi pendedahan skandal spa, ada lagi satu skandal yang tunggu giliran nak didedahkan macam yang dilaporkan dalam blog Milosuam, Anwar ada video skandal dengan bapok siam pulak.

Mungkin sebab dah takdak cara lain nak bagi rakyat tak undi Pakatan Rakyat, moral Anwar sebagai pimpinan utama Pakatan Rakyat perlu terus dicalarkan dan skandal baru dibentangkan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan percaya yang Anwar memang kaki seks, sebab tu lah ada banyak aktiviti tak bermoral Anwar yang tak berjaya di tutup.

Depa harap sangat kalaupun orang kat Sarawak yang nak mengundi tak lama lagi akan percaya walaupun orang Semenanjung mungkin tak berapa nak percaya. Kalau BN tak menang besar di Sarawak, kemungkinan besar Putrajaya pun depa tak dapat pertahankan dalam PRU13 nanti. Jadinya, selagi boleh, apa saja depa akan buat.
Aku taktau la berapa ramai rakyat yang akan percaya dengan skandal terbaru ni. Mungkin akan bertambah dan tak mustahil pulak kemungkinan besar akan bertambah ramai yang dari percaya liwat 1.0 berubah jadi tak percaya.

 Komen mengenai skandal 'Seri Carcosa' yang paling menarik bagi aku setakat ni ialah yang TukarTiub tulis.
NAJIB KENA SABOTAJ?

Sekali pandang orang ramai akan tertanya tanya – video porno siapa pulak kali ini? Ini satu macam punya ‘hot’ punya cerita. Dulu pelakon lelaki utama dan pelakon pembantu wanita datang MCA. Kali ini pelakon pembantu wanita dikatakan datang dari Shandong Selatan China. Pelakon lelaki utama pada awalnya di rahsiakan.

Tetapi Zul Nordin dengan tak sabar–sabar dikaca Tv telah ‘mengsah dan mengsahehkan’ bahawa pelakon utama video ini adalah Anwar Ibrahim. Macam mana Zul Nordin tahu hal ini – walah hu alalam bissawab.

Apa yang menarik ialah menantu Abdulah Badawi dengan cepat telah menafikan bahawa ini video ini kerja tangan United Malays National Organistion. 

Kerana itu saya mengajak pembaca untuk bertenang sejenak. Mari kita semua bertafakur. Jangan gopoh gapah. Jangan tolah menolak. Jangan tuduh menuduh. Apakah masuk akal bahawa video ini dilakonkan oleh Anwar Ibrahim? 

Biar saya bawa kembali para pembaca ke tahun 1998 dahulu – zaman bertempur di jalan raya. Pada minggu ke dua sesudah Anwar dibuang dari kerajaan telah timbul cerita tentang kewujudan satu video yang di kenali dengan nama ‘choo choo train’. Nama video ini memberi makna - membuat hubungan sex dengan beberapa orang sekali harung.

Heboh seluruh Malaysia. Mat Skodeng dan Minah Skodeng tercari cari. Saya sendiri pun mencari dari satu sumber sampai ke satu sumber. Paling akhir saya diberitahu ada seorang anak muda keluarga diraja Pahang yang memiliki video ini. Anak muda ini murid tua Malay College. Presto ! Dengan sekelip mata saya memerangkap jaringan untuk menemui anak muda ini.

Cisss! Bohong punya cerita. Tetiba saya diberitahu anak muda ini baru berlepas ke London. Cerita video choo choo train ini samalah seperti cerita adanya naga di Tasek Chini. Semua karut. Semua ini pembohongan yang dirancang. Semua ada perancangan rapi. Semua bertujuan untuk memburukkan Anwar.

Jadi kali ini kesah pita video terbaru ini juga di rancang. Tetapi ada sadikit perbezaan. Sekali pandangan pita ini dibuat untuk memburukan Anwar Ibrahim. Jangan silap baca. Bukan untuk memburukkan Anwar. Pada hemat saya pita ini adalah satu langkah untuk mensabotaj Najib Razak.

Harus diakui bahawa pertarungan hebat untuk merebut ghanimah – harta perang – sedang berlangsung dalam kelompok United Malays National Organisation. TigaM - Mahathir, Mukriz, Muhyiddin sedang bertempur dengan 3N – Najib, Nazir dan Nosmah. 

Duit Petronas, dana terkumpul KWSP, tanah lapangan terbang TUDM Sungai Besi, tanah bekas tapak RRI di Sungai Buluh, tanah di Jalan Peel – semua ini sedang menjadi harta rebutan. Nilai ini berbilion bilion. Siapa berkuasa dialah yang kaya.

Jangan lupa dalam masa yang sama Mahthir Muhamad masih ‘berbulu’ kerana projek ‘jambantan bengkok’ ke Singapura tidak dipedulikan oleh Najib. Mahathir juga sedang merasa jelak dan karang yakin dengan Najib yang dilihat telah jatuh ke bawah ketiak Singapura. Ini bukan rahsia malah diketahui umum – hanya perang terbuka belum pecah. 

Jangan kita lupa bagaimana si Saifol telah berjumpa Najib dan Rosmah dua hari lebih awal sebelum Saifol diliwat. Ini menjadikan berita lawak kepada orang ramai. Bagimana dia tahu lebih awal yang dia akan diliwat? Seluruh Malaysia ketawa terbahak-bahak bila fakta ini diberitahu ke mahkamah. 

Kalau kes jubur Saifol tidak diyakini umum mana mungkin pita rakaman video ini akan di yakini? Justeru, amat jelas pita video ini dibuat untuk memperlihatkan Najib sebagai jantan bodoh tidak pandai merancang.

Apa tujuannya?

Tujuan membuat pita video ini untuk membuktikan bahawa Najib ini bodoh. Kerana bodoh, Najib menjadi biawak hidup kepada United Malays National Organisation. Sama bodoh dan sama senyap seperti Abdullah Badawi. Cuma Najib tidak tidor semasa mensyuarat. Kerana bodoh maka Najib perlu digantikan dengan Muhyiddin. Ini game Mahathir. Mahathir merancang untuk menaikkan anaknya. 

Kalau tidak yakin dengan apa yang saya tulis ini. Cuba fikirkan dan lihat betapa rosaknya imej antarabangsa Najib bila berita pita video ini menjadi berita dunia.

Pita video ini telah mensabotaj segala kerja baik Jamaluddin Jarjis di Amerika. Rosak juga kerja Apco yang cuba membina imej Najib. Obama dan Hillary Clinton pasti menganggap kes pita ini sebagai tak masuk akal. Mereka menjadi lebih yakin untuk melihat bahawa memang ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. 

Paling memalukan Najib ialah apabila berhadapan dengan Endorgan dari Turkey. Tak berapa lama dahulu Najib telah cuba memperbaiki hubungan dengan kawan baik Anwar Ibrahim ini. Berita pita video ini pasti akan memperlihatkan kebodohan Najib dihadapan Endorgan.

Datuk T – si Pembuat pita rakaman ini mungkin hanya saorang Tambi – budak suruhan - yang tidak sedar bahawa apa yang dilakukan ini telah mensabotaj imej Najib. Najib sedang dilihat bodoh kerana membuat sesuatu yang tidak masuk akal. 


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List