Taib Mahmud Terbabit Tanah NCR RM90 Juta........???

on Dec 17, 2010




 Laman sesawangSarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta. Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching.

Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.Sadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

“Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang.

“Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor laman sesawang itu, Rabu lalu. Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya. 
NONE


Menurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu. Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri). Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

“Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.”

Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka. Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu. (AK)

Strategi Pakatan menjelang PRU-13

on

Ayuh Pakatan Rakyat... Siapkan strategi menjelang PRU-13




Dengan pendedahan WikiLeaks baru-baru ini, nampaknya bukan sahaja faktor dalaman, malah faktor luaran yang terkena masanya juga akan menjadi elemen penting dalam menukar momentum BN dan PR menjelang PRU-13.

Namun segalanya belum terlambat bagi PR kerana angin perubahan dan momentum politik kedua-dua belah masih boleh berubah secara ketara dalam masa 3 bulan ini bergantung kepada isu-isu semasa.

Untuk menang dalam satu-satu peperangan, adalah mustahak bagi seseorang itu untuk mengetahui musuh dia secara mendalam terlebih dahulu. Selepas itu, barulah seseorang itu menilai apakah senjata yang berada di tangan, dan bagaimanakah ia seharusnya digunakan untuk menyerang kelemahan pihak lawan.

Bab menyerang ini pula ada pelbagai cara, contohnya seseorang boleh menyerang secara depan untuk mengalih pandangan supaya pasukan penghendap boleh menembusi tembok lawan melalui pintu yang lain.

Ataupun seseorang boleh menghilangkan arah tuju serangan lawan dengan melakukan beberapa tindakan yang tidak disangka dan mengelirukan sambil menunggu peluang untuk melakukan serangan padu maut.

Segala strategi bergantung kepada kebijaksanaan penasihat-penasihat masing-masing.

Apakah serangan utama BN pada PR?

Rasuah dan berkroni?

Tidak, kerana ini akan terpalit pada diri sendiri kerana di dalam kamus rakyat jelata, perkataan BN adalah sama sinonimnya dengan perkataan korupsi dan kronisme, jadi isu ini tak akan dapat pergi jauh.

Penyelewengan?

Tidak, kerana ramai lagi Khir Toyo di dalam BN yang tidak didakwa, dan BN sendiri pun sedar, dalam pandangan rakyat jelata, mahkamah dan hakim ini ‘makan gaji kerajaan’ juga.

Kerajaan PR lebih teruk?

Lagilah tidak, siapa yang tak tahu kerajaan negeri kawalan mereka jauh lebih teruk. Tanyalah orang negeri Pahang, negeri Perdana Menteri, sehinggakan pemandu teksi pun kata tak dapat cari makan ditambah pula dengan harga barangan terus meningkat.

Isu PR mengkhianati Melayu?

Inilah satu-satu laungan BN untuk menakutkan orang Melayu daripada PAS, terutamanya. Namun isu kenaikan harga minyak dan barangan keperluan adalah senjata yang dihadiahkan BN kepada PR untuk mematahkan serangan ini.

Di sini, PR juga harus mengeluarkan satu manifesto – bagaimana orang miskin yang berpendapatan RM 2,000 di bawah akan dibantu sekiranya PR berkuasa di negeri-negeri PR, BN dan juga Putrajaya juga.

Isu mengkhianati Melayu juga meliputi isu Timbalan Perdana Menteri yang diolah Umno. Sebenarnya isu ini senang dijawab, PR akan wujudkan lebih daripada satu jawatan timbalan perdana menteri, akan tetapi salah satu jawatan itu akan diwajibkan kepada seorang pemimpin MUSLIM.

Isu kerjasama DAP-PAS?

Di sini, BN dan MCA balik-balik hanya akan menggunakan skrip lama isu negara Islam. Padahal mantan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kata Presiden MCA sekarang menyokong Ketuanan Melayu secara senyap-senyap lagilah menampakkan hipokrisi MCA dengan Umno.

PAS kerjasama dengan pemimpin DAP yang sanggup pergi penjara demi menjaga maruah seorang perempuan Melayu dan sekurang-kurang sanggup belajar membaca ayat Quran untuk mendekati pengundi Melayu walaupun mereka tidak dapat lagi menerima Islam sepenuhnya.

Umno pula sanggup bekerjasama dengan pemimpin MCA yang telah terang-terang mengaku berzina di dalam video dan sering kali menghina Islam. Jadi tak susah untuk PR membalas isu ini.

Isu Anwar dan PKR

Memandangkan banyak isu yang tidak boleh diserang BN, jadi apakah cara yang tengah difikirkan BN untuk melumpuhkan PR?
Tidak lain tidak bukan – pisau BN akan terus menghala ke Datuk Seri Anwar Ibrahim and PKR.

Mengapa?

1. BN yakin Anwar ialah ‘elephant glue’ untuk PKR, PAS dan DAP untuk bersama. BN juga yakin bahawa PAS dan DAP akan bercerai talak satu sekiranya Anwar hilang kredibilitinya.

2. BN yakin kerana mereka tidak nampak sesiapa pun di dalam PR dan juga DAP, PAS dan PKR yang boleh menggantikan Anwar buat masa ini.

Disebabkan keyakinan di atas, BN telah merumuskan bahawa mereka hanya memerlukan ‘satu projek’ saja untuk menumbangkan PR, iaitu asalkan mereka dapat menjatuhkan Anwar, PR akan lumpuh dengan sendirinya tanpa perlu mereka melakukan sesuatu.

Oleh itu, segala jentera yang boleh dicapai BN - media, polis, mahkamah dan pendakwaraya telah dikerah untuk memastikan ‘projek’ itu berjaya kerana tiada cara lain untuk menumbangkan sebuah pembangkang yang utuh kerana ketiga-tiga parti komponen yang membela antara satu lain dan tidak dapat dibuktikan oleh institusi di bawah pengajian mereka iaitu SPRM dari segi rasuah, penyelewengan dan juga kronisme.

Bayangkan betapa ‘frustnya’ BN dalam menghalang kemaraan PR.

Jadi bagaimana PR harus mematikan serangan BN ini atau sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan pada Anwar supaya PKR boleh bernafas dan memokuskan kembali kepada tugas-tugas reformasi?

Bertambah perit sekarang ialah, PR tidak boleh menafikan bahawa pemilihan PKR yang bising juga telah meluaskan ruang BN untuk menyerang Anwar dan PKR.

BN sedang menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menenggelamkan semua isu nasional seperti kenaikan harga minyak dengan melemaskan rakyat dengan berita negatif Anwar dan juga PKR. Dan secara jujur dinyatakan di sini, serangan bersepadu BN telah menyebabkan PR dan persepsi rakyat terhadap PR sedikit sebanyak bergoyah.

Namun seperti yang dinyatakan, segalanya masih belum terlambat. Berikut adalah cadangan-cadangan drastik untuk dipertimbangkan ketiga-tiga pihak.

1. Namakan pengganti Anwar secepat mungkin. Dalam erti kata lain, who’s second in command after Anwar in PR and PKR?

2. DAP dan PAS duduk berbincang dan selesaikan masalah negara Islam… sebolehnya –

a. Jika PAS dan PR mendapat persetujuan daripada rakyat, 2/3 majoriti di Parlimen dan persetujuan Yang Di Pertuan Agong untuk melaksanakan konsep negara Islam satu hari nanti, DAP akan tidak akan menolak cadangan PAS untuk melaksanakan dasar Islam yang dihasratkannya.

b. Jika tidak, PAS terpaksa pendamkan hasrat sehingga ia mendapat sokongan majoriti rakyat dan 2/3 majoriti di Parlimen yang yakin dengan konsep negara Islam yang dibawanya.

c. Sehingga hari itu terjadi, DAP tidak boleh membidas PAS atas soal perjuangan Islam, dan PAS juga tidak boleh membidas DAP atas perjuangan sekularnya dan kekal kukuh bersama Pakatan Rakyat sampai bila-bila masa.

Persetujuan ini harus didedah kepada umum.

3. Untuk PKR, puteri reformasi, Nurul Izzah Anwar harus dilantik sebagai Timbalan Ketua Pembangkang bagi pihak PKR di Parlimen untuk membahagikan tugas ayahnya di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar harus dilindungi dengan cara berundur daripada menjadi ‘kepala pencetus isu nasional’ kepada perancang strategi PKR dan memperkukuhkan jentera pilihanraya untuk PR dalam masa 3 bulan ini.

BN hanya boleh menyerang pada pemimpin-pemimpin yang mencetuskan isu-isu di Parlimen, dan serangan-serangan pada Anwar akan diminimakan untuk tertumpu pada kesnya di mahkamah.

Dengan ini, PKR boleh bergerak dalam dua arah – satu menjawab tuduhan kes Anwar dan satu lagi menyerang BN yang diketuai Nurul yang jauh lebih baik berbanding daripada keadaan sekarang di mana semua tertumpu untuk menjawab serangan pada Anwar.

Isu PR sama seperti BN

Isu 2 kali 5 ini juga telah mengubah persepsi rakyat terhadap PR. Selain cadangan lepas untuk menonjolkan kelebihan PR berbanding BN menggunakan media baru PR, ada satu lagi cara untuk menunjukkan perbezaan ketara PR dengan BN iaitu dengan memecahkan statistik pengundi mengikut umur, dan bukannya kaum seperti yang suka diberikan SPR.

Di sini, PR mungkin kena melantik unit atau jabatan pilihanraya parti masing-masing untuk mengeluarkan statistik seperti di bawah:

Pecahan pengundi kawasan A versi BN dan SPR:

Melayu: 54.3%

Cina: 26.7%

India: 10 %

Lain-lain: 9%

Kepada

Pecahan pengundi kawasan A versi PR:

Umur:

55 ke atas: 15%

41-54: 20%

31-40: 30%

21-30: 35%

Semua parti komponen BN dipecah mengikut kaum, disebabkan itu SPR mengeluarkan data mengikut pecahan kaum.

Tapi di PR, kita menjunjung dasar masyarakat majmuk dan berbilang kaum di dalam satu parti – setiap kaum boleh memasuki mana-mana parti dalam PR, jadi PR harus menunjukkan perbezaan yang ketara ini dengan lebih drastik dari segi melihat statistik pengundi dari segi umur atau kategori lain yang lebih bersifat majmuk.

Cara ini juga akan dapat menonjolkan kelainan PR dari semua segi politiknya termasuk pentadbirannya kelak di mana soal kaum telah diabaikan secara tersendirinya.

Isu Third Force dan Zaid Ibrahim

Anggaplah Third Force sebagai kawan PR, dan PAS harus juga berkawan dengan Akim atau Kita, sekiranya betul Datuk Zaid Ibrahim akan mengetuainya. PKR tidak perlu berasa kecil hati dan harus berbesar hati dalam situasi ini kerana dalam dunia politik, lebih baik mempunyai seorang kawan lebih daripada seorang musuh.

Third Force yang diketuai Raja Petra dapat diserapkan sebagai satu komponen penyokong untuk PR dan penyengat pada BN sekiranya PR mencaturkan langkahnya dengan bijak.

Ya, PR mungkin terpaksa memberikan beberapa kerusi yang ditandinginya untuk Third Force, seperti PAS memberikan laluan untuk Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding di Pasir Mas, namun kelebihan daripada tindakan ini jauh melebihi keburukannya, kerana persepsi di mata rakyat akan berubah kerana PR akan dilihat ‘sanggup berubah’ demi mempertahankan rakyat daripada kerakusan BN.

Ingatlah, orang yang berjaya akan dapat melihat peluang di sebalik apa-apa kepincangan, sebaliknya orang yang akan gagal sentiasa nampak masalah di sebalik apa-apa yang berlaku.

Selamat berkonvesyen di Pulau Pinang. Selamat Maju Jaya.

Bekas Suami Daphne Iking Terkejut Isobel Bukan Anak Kandungnya

on



KUALA LUMPUR: Bekas suami kepada pengacara, Daphe Iking memberitahu, bahawa beliau terkejut semasa mengetahui bahawa anak perempuan mereka, Isobel Daniella bukanlah anak kandungnya.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, menambah, beliau telah membawa Isobel, 2, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan darah di sebuah klinik di Petaling Jaya, dekat sini selepas mengesyaki perkara tersebut.

"Sampel spesimen tersebut kemudian dihantar ke Australia untuk diuji dan daripada laporan perubatan tersebut menerangkan bahawa saya bukan bapa kepada Isobel," katanya.

Katanya lagi, darah beliau dan Daphne adalah jenis O tetapi Isobel mempunyai darah kumpulan A.

Terdahulu, Ryan yang memberi keterangan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat, memaklumkan perasaan syak timbul selepas terbaca e-mel antara Daphne dengan Darren Choy Khin Ming di komputer bekas isterinya.

Katanya lagi, dalam e-mel itu Daphne menulis bahawa seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Kamajit telah memberitahu bahawa wajah Isobel mirip dengan wajah Darren, seorang ahli perniagaan.

Pada prosiding sama, Ryan turut mengemukakan kiriman e-mel dan salinan perbualan antara Daphne dan Darren yang didakwa berlaku di ruang siber.

Antara e-mel tersebut bertarikh antara 13 September 2006 dan 3 Jun 2008 dan mengandungi ayat-ayat seperti ‘I love you’ dan ‘you are my baby’.

Ryan juga memberitahu, beliau mengetahui Daphne dan Darren ada membuat rancangan untuk bercuti di Indonesia untuk melakukan hubungan intim.

Turut dikemukakan di mahkamah ialah invois percutian di sebuah hotel di Bali, Indonesia yang didakwa antara Daphne dan Darren.

Ryan sedang memberi keterangan terhadap Darren, 45, yang dinamakan sebagai defendan dalam saman peribadinya kerana didakwa memikat Daphne yang semasa itu masih berstatus isterinya.

Ryan berkahwin dengan Daphne pada 27 Januari 2007 di Bali.

Darren didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat supaya Daphne atau nama sebenarnya Daphne Eleanor Iking, 31, melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di B-13-2, The Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, di sini, antara Julai 2007 dan September 2008.

Darren dipercayai merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jka sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Ryan diwakili peguam-peguam Wong Kian Kheong dan Chris Lim manakala peguam-peguam Akbardin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh mewakili Darren.

Perbicaraan yang didengar di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bersambung Isnin ini. -mstar

KESAN FACEBOOK......???

on

SUAMI DAN ISTERI mengadakan hubungan terlarang dengan suami dan isteri orang di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Hubungan mereka sampai ke tahap mengadakan hubungan seks.

Pasangan berkenaan memuat turun beberapa gambar seksinya untuk tatapan suami maupun isteri tersebut.

Dan pasangan mereka juga dapat mengesan hubungan mereka iaitu samaada suami atau isteri melalui telefon bimbit.

Sehingga kini pasangan pasangan tersebut masih dihantui kandungan emel, sms, mms serta gambar-gambar lelaki dan perempuan itu. Macam mana  hendak lupakan semua itu dan mengembalikan kasih sayang suami dan isteri demi rumahtangga mereka.

Jawapan

FACEBOOK adalah salah satu khidmat jaringan sosial dan laman web yang menduduki tempat pertama selepas dilancarkan pada Februari 2004.

Sekarang ini ia sudah mempunyai lebih 500 juta pengguna seluruh dunia yang begitu aktif bertukar-tukar maklumat. Setiap pengguna Facebook akan membentuk profil peribadi sendiri dan pengguna lain sebagai kawan dan seterusnya akan bertukar mesej (http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook).

Walaupun laman web ini sangat berguna dalam konteks perhubungan sosial, ia juga mengundang perkara negatif dan penyalahgunaan seperti pembaziran waktu kerja, menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan perempuan, mendedahkan rahsia peribadi dan rumah tangga kepada umum dan berlaku penipuan.

Ada juga rumah tangga yang hancur akibat hubungan berkenaan. Begitulah antara cabaran dalam dunia siber sekarang.

Hanya keimanan dapat menangkis pengaruh negatif daripada menyerap masuk dalam dada umat Islam.

Hal yang sama berlaku kepada anda suami isteri apabila suami terbabit dalam hubungan dengan isteri orang.

Perbuatannya adalah salah di sisi agama dan undang-undang. Ia tentu sekali mengganggu ketenteraman jiwa seorang isteri dan keharmonian rumah tangga yang dibina.

Jika ia berterusan maka rumah tangga akan terus berantakan dan musnah.

Oleh itu, anda sepatutnya bertindak bijak dengan berbincang dengan suami dan sekiranya perlu, bawa perkara berkenaan ke pengetahuan keluarga masing-masing.

Suami perlu bertaubat kepada Allah kerana melanggar larangan Allah s.w.t sehingga terbabit dalam dosa zina. Sekiranya dia masih berdegil, ambillah 'tindakan' yang lain walaupun ia sangat pahit.

Allah berfirman: "(Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik..." (Surah al-Nur ayat 26)

Oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

Aksi Cium Mulut Julie Woon Dengan Teman Lesbian

on

Agak sunyi dunia hiburan kita hari ini tanpa gossip gossip panas yang sering menghiasi waktu terluang anda semua ketika bekerja di pejabat.
Untuk mengisi kekosongan ini, mari kita tonton aksi berani Julie Woon berkucupan dengan rakan wanita beliau.
Mungkin gambar ini hanya suka-suka, mungkin benar Julie Woon seorang yang minatkan kaum sejenis.
Gambar ini merupakan sekeping gambar lama. Hampir dua tahun lama’nya (atau lebih), tapi jika sudah popular, segala perkara akan timbul semula.
Untuk gadis secantik & sepanas Julie Woon, menjadi lesbian adalah perkara yang di’galakkan. AHHAHAHA!
Gambar aksi berani Julie Woon selepas ini & menurut kajian Dr.Obefiend, ada keraguan sama ada Julie Woon pernah menjalani pembedahan plastik untuk wajah beliau. Enjoice!
juliehoi 79 (Gambar) Sisi Lesbian Julie Woon, Pernah Lakukan Pembedahan Plastik?
4 4 (Gambar) Sisi Lesbian Julie Woon, Pernah Lakukan Pembedahan Plastik?

Kalau dua wanita berpegangan tangan, itu nampak normal. Tetapi, kalau 2 wanita berkucupan mulut, boleh’kah kami kategorikan sebagai lesbian? Gambar sedikit lama milik Julie Woon, pengacara rancangan Quickie di TV8 ini beraksi panas dengan mengucup bibir ala french kiss teman wanitanya, mungkin berorientasikan lesbian.
Kami akui, sudah berjumpa beberapa kali dengan wanita anggun ini, karakternya amat peramah dan mudah didekati. Sedikit pun tiada terlintas di benak fikiran kami, Julie Woon adalah lesbian. Namun, gambar yang tersebar menceritakan kisah sebaliknya.
Lain cerita, seorang rakan blogger membuat analisis wajah Julie Woon, agak banyak bezanya. Timbul pula spekulasi, adakah Julie Woon membuat pembedahan plastik? Ikuti analisis penuh diBlogserius.
Sedikit masa dahulu, Julie Woon dikenali sebagai Julie Hoi pernah beraksi seksi transparent untuk majalah kereta. Kredit penuh buat rakan media, Rotikaya. Kau terlampau awesome!
Pinjam Dari :-   http://www.ohbulan.com

Jangan Berpihak Kepada Sesiapa - Speaker Kedah

on

Nasihat Ikhlas Dari Speaker DUN Kedah Kepada Pandikar Amin Mulia





Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah(DUN), Datuk Dr Abdul Isa Ismail percaya tanggungjawab yang dipikul oleh seorang Speaker adalah berat.

Namun, sikap utama yang harus ada pada pemegang amanah itu ialah kesabaran yang tinggi dan tidak berpihak kepada sesiapa.

"Kalau sikap kita sebagai Speaker dipertikai, sikap kita dipandang serong, maka sukarlah untuk kita untuk mengendalikan persidangan-persidangan dalam suasana yang baik," ujar Isa, mengulas persidangan Dewan Rakyat yang berantakan semalam.

Dewan menjadi kecoh apabila Speaker Dewan Rakyat enggan menarik diri dari mempengerusikan Dewan kerana dikatakan tidak adil apabila Speaker juga terlibat dalam Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang menghukum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa keperluan membela diri dalam isu Apco.


Akibat itu Speaker meluluskan usul menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut Isa, Dewan Rakyat dan DUN merupakan tempat amalan demokrasi disuburkan.

Justeru penting untuk nakhodanya bersikap sabar dalam mengemudi bahtera agar selamat tiba ke destinasi yang dituju.

"Speaker haruslah lebih bersikap sabar. Itu yang pertama. Dan yang kedua, dia perlu dilihat tidak memihak kepada mana-mana," jelas Isa.

Menurut Isa lagi, amalan demokrasi di Parlimen kelihatan dipinggirkan apabila usul untuk menggantung tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat itu dibawa tanpa sebarang notis.

Ia sekaligus katanya, mencalarkan imej institusi yang sewajarnya mengaplikasikan prinsip keadilan asasi apabila mereka yang diusul untuk digantung, berhak membela diri.

"Setiap usul mesti ada tempoh kecuali usul tergempar itu hanya perlu diberitahu kepada Speaker sebelum mula dewan.

"Saya nampak dalam banyak hal, kadang-kadang kita dapat melihat Speaker tidak menunjukkan kesabaran yang tinggi.

"Sebaik-baiknya benda (usul) itu eloklah dibahaskan. Apa salahnya. Lebih-lebih lagi kalau usul yang dibawa itu usul-usul yang menyentuh perkara hak asasi dan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan kebebasan dan hal-hal yang menyentuh tentang prinsip demokrasi. Jadi saya rasa eloklah dibahaskan," jelas Isa lagi.

Semalam menyaksikan sejarah baru dalam pentadbiran negara dicatatkan apabila empat ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Paling tragis, keempat-empat mereka tidak diberikan hak dan ruang untuk membela diri dan Speaker yang mengendalikan persidangan menyalahgunakan kuasa apabila meluluskan usul penggantungan tanpa dibahaskan.

SURAT PERJANJIAN UMNO DENGAN ISRAEL TERSIAR... APA MACAM SEKARANG.........???

on

FUH!!! SURAT PERJANJIAN UMNO DENGAN ISRAEL TERSIAR... MINTAK TOLONG SEBARKAN!!



ANWAR di halau dan digantung dari PARLIMEN oleh SPEAKER UMNO kerana APCO... hebat betul APCO nih... pasai dia orang Melayu halau orang Melayu.. Inilah ketuanan APCO YAHUDI bukan ketuanan MELAYU.. kahkahkah Haktui! korang halau dan gantung ANWAR n GANG lagi bagus sebab dulu lagi ANWAR dah habaq.. kalau kene gantung dia nak round satu MESIA.. Kite kasik gegar MESIA... Nasib koranglah NAJIB n UMKO gang nya... masa nak halau taknak pikioq... kahkahkahkah

Ini adalah gambar surat perjanjian antara BN UMKO dengan GOMEN ISRAEL (Umno iktiraf) AOCO WORLDWIDE... korang teliti lah satu persatu... kahkahkah

1.Perjanjian antara  Kerajaan Israel dengan GCI International
Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List