Petua : Kulit Buah Tembikai Atasi Masalah Rambut Gugur

on Dec 27, 2010

Rambut  gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapinya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita.
Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.

Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan  memang digemari semua orang ternyata berkhasiat  dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.

Caranya mudah. Setelah anda memakan isinya, jangan dibuang kulitnya. Bahagian isi kulit tembikai yang berwarna putih  amat mujarab digunakan untuk mengubati rambut gugur.
Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu  supaya keluar cairan.  Kemudian gosokkan  pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali. Selamat mencuba!

Padan muka aku.....Padan muka kita semua.......???

on

Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.


Belum pun mendapat kerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.



Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.



Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasiswa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.



Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.



Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.



Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.



Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sarjana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelajaran keperingkat sarjana tidak juga dapat perhatian.



Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.



Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM500 juta ditawarkan dengan harga RM1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.



Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disini semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.



Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi.



Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.



Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.



Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.



Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggungjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.



Padan muka kita semua...!!!!

"Ketuanan Melayu" umpama fahaman Yahudi – Dr Asri

on



Konsep "Ketuanan Melayu" yang membawa maksud orang-orang Melayu lebih mulia dari bangsa-bangsa lain di negara ini seumpama fahaman yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dari segi sejarah tidak ada Ketuanan Melayu.  Malahan pada zaman kerajaan Melayu Melaka , Melayu di hina oleh orang Melayu sendiri.

Istilah ini perlu ditukar seperti Islam Hadhari, istilah itu ‘telah memakan tuan (kerajaan) sendiri," kata beliau pada forum Polemik Ketuanan Melayu anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di sini kelmarin. 
 Beliau berkata, istilah itu lebih banyak menimbulkan kekeliruan. Boleh tolong kaum tetapi jangan sampai meruncingkan hubungan dengan kaum lain.

"Saya bimbang istilah Melayu menjadi lebih keliru. Tafsiran agama berdasarkan kaum menjadikan semua pihak keliru,” tambah beliau.

Tegas beliau, “Apa yang hendak dipertahankan di sebalik ketuanan orang Melayu? Jika ia bermaksud keistimewaan gunakan saja perkataan keistimewaan."

‘Ketuanan bermaksud pemilikan’ 

Menurut seorang lagi ahli panel, Setiausaha Majlis Perundingan Melayu Bumiputera (MPM) Dr Hasan Mad, Ketuanan Melayu bukan bermaksud "Malay Supremacy".

Hasan menjelaskan bahawa istilah itu pertama kali digunakan oleh perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman untuk menggambarkan pemilikan orang Melayu terhadap negara ini.

Justeru itu, Hasan mengesyorkan semua pihak agar tidak membuat terjemahan secara literal dan menggunakan contoh istilah ‘land lord’ yang diterjemah sebagai ‘tuan tanah’ dan bukannya ‘tun tanah’.

Walau bagaimanapun, beliau tidak melihat sebarang masalah dengan penggunaan istilah kesultanan Melayu hingga istilah tersebut perlu ditukar.

“Tukar istilah tidak menyelesaikan masalah.”  

Beliau menyatakan bahawa polemik sekarang tidak lebih dari gegaran politik yang dibuat oleh tiga kumpulan iaitu ‘ahli politik, cendikiawan dan kumpulan bukan Melayu yang menangguk di air keruh’.

Sementara itu, Izaruddin Abd Rahman yang turut menjadi ahli panel forum mendefinasikan konsep Ketuanan Melayu sebagai legitimasi anak watan yang memperkukuhkan fakta bahawa orang Melayu adalah orang asal di Tanah Melayu.

"Bagaimanapun isu ini digunakan oleh ahli politik untuk mendapatkan populariti," kata naib presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Sabky Yusof pula mengucapkan "tahniah" kepada Umno kerana berjaya mewujudkan polemik ini untuk mengekang sokongan dengan menonjolkan diri sebagai juara masyarakat Melayu.

“Mereka mencipta konsep ketuanan Melayu dan menimbulkan kegusaran bahawa kuasa orang Melayu akan hilang tanpa Umno.” katanya.

BN “Which YB Seat Will Fall.....???”

on

PAY THE PRICE FOR ARROGANCE......!!!





When I was asked this question at Christmas time in Bau I was dumbstrucked but still managed a smile. Am I going to be truthful and make them happy just for the sake of the yuletide season? No way, so I replied DAP/YB from Sentosa and Pending.
Cheh..It’s like a tsunami hitting Bau town maybe they will be ousted said a former headmaster. I have hit the ‘core” of their conversation and it has irked them.
These two YBs Chong Chieng Jen and Violet Yong are unshakeable come what may in the eyes of the many “elders” of the bidayuh hinterland in this village/kampung which was present at the open house.” { The elders are so called here as they will have the final say in matters of the whole family.If one goes against their wishes they will be cast aside and away from the family. }
How well they know the politics is that they have their sons and daughters who are working and living in the urban areas. Others they would not dare to speculate as they see SUPP has hardly reformed and will find it still difficult to recover the ” losts ” seats.
If the party president George Chan does something drastic and put in a team of ‘very new and dynamic faces” and drop some of the existing YBs the voters might just be swayed. Other than that SUPP will still have a mountain to climb.
Just then a young engineer in the 30′s butted in.You see,”BN YBs from the coalition are just not doing enough some of them I dont want to mention names and are thinking or “sleeping on their jobs”that they will be voted back in with the amount of money,machinery at their disposal.

Have the Rural YBs check their EYES recently?

Can’t they tell that mosts of the young ones are in towns and they will tell the elders who to vote and why? The politics of yesteryears are things of the pasts. When the election is called before July 2011 many information will be shared and it seems the BN regime will be in for a major hurdle. No Seat is safe and now the people are starting to count which BN/YB will fall.
We do not want to be the prophets of doom for the BN YBs but seriously and honestly have you yorselves YBs done enough to be elected again to the State legislative Council or Parliament? The DAP YBs and 1 PKR YB are not exactly faultless. They don’t have the development funds to see them through but somehow or rather they still manage to strike the ‘ nerve point” of the people of their constituency.
The word on the ground is obviously now,”Who will FALL.?” Even YB PeterNansian N2 Tasik Biru is under threat and he knows it. There is a significant drop in visitors to his ‘open house” from nearby constituents and he knows that he has to double his efforts to maintain his stranglehold.
He even used the scouts motto,” Be Prepared” to stay ahead of the opposition which has been very busy moving about in his area. He has been diligent,been working hard and above all he will not let his guard down.
The elders said others we worry as there are too many unfavourable stories,gossips and rumours but we can’t see Nansian been caught with his pants down.
The differance always lies with the responsible YBs themselves. One though should not even cry a little tear for those who thinks that they are in the position because they deserve it.

“The people put you there the people will remove you”

There are many issues at the moment which needs to be addressed by the ruling coalition before they are ready to face the people for a new mandate. If the State and Parliament elections are held simultaneously we will not know how the people will vote. It could mean like the old days,‘State we give to BN ,Parliament to Opposition.”
What if ,Pakatan makes significant inroads in Peninsular Malaysia? Isn’t this dangerous ground for the present BN coalition. The Pakatan will use whatever means to get to PutraJaya and BN will need to be on their toes. The Propaganda machines available at each others disposal will play a very huge part in the next general elections.
The village elders said,”Everywhere its just a touch of the button” and the YBs must know where to find them and how to turn them into votes.Their final message was,”

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.....Ada Unsur Sabotaj Ke....???

on

Terkejut dan terkedu dengan pengumunan Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataannya bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Khusrin Munawi akan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Perlantikan ini difahamkan belum mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor dan saya berpendapat perkara ini tidak boleh diumumkan langsung sebelum mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan Setiausaha Kerajaan perlu diwujudkan dan perlantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan hendaklah berbangsa Melayu dan menganut Agama Islam, dan hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal pentadbiran negeri.

Oleh itu adalah jelas bahawa perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malahan ianya boleh dilantik daripada "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor.

Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan bahawa perlantikan Mohd Khusrin Munawi (gambar kiri) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru telah mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor juga merupakan satu kenyataan yang mengelirukan kerana tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa perlantikan Setiausaha Negeri perlu mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor.

Malahan Setiausaha Kerajaan bersama-sama dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri perlu mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Tindakan Ketua Setiausaha Negara membuat pengumuman ini tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri merupakan satu tindakan sabotaj terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Adalah amat malang bahawa ianya juga telah dilihat sebagai satu tindakan balas dendam terhadap keputusan Kerajaan Selangor melarang penggunaan logo "1Malaysia" di atas papan tanda iklan luaran dan papan tanda perniagaan.

Diharapkan perlantikan jawatan ini dapat dilakukan dengan cara yang telus dan beramanah tanpa sebarang bentuk unsur sabotaj di mana hanya mereka yang betul-betul komited, berupaya dan independen sahaja yang dilantik ke jawatan ini.

Memandangkan Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan pegawai utama yang akan bekerja bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka perlantikan ini harus mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor.


Pengaruh SAMM Dan Chegu Bard Mampu Tenggelamkan AMK.......???

on


Soldariti Anak Muda Malaysia (SAMM), baru-baru ini berjaya menganjurkan Konvoi Perdana Anak Muda Malaysia Rembau ke Permatang Pauh yang disifatkan konvoi yang membabitkan kumpulan anak muda yang terbesar pernah diadakan di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh.
Konvoi ini yang bermula pada malam Khamis lalu ini turut melibatkan pelbagai program-program selama tiga hari iaitu program kemasyarakatan, sukan, forum,  keusahawanan, kesenian, pertunjukkan permotoran dan lain-lain.
Kejayaan SAMM yang pengasasnya Chegu Bard menganjurkan program tersebut boleh dianggap sebagai titik permulaan bagi pertubuhan tersebut merintis program-program lain yang lebih besar dan berkesan bagi memenangi hati anak-anak muda negara ini.
Selain itu program ini yang juga disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai signifikan  cabaran kepada AMK agar lebih proaktif mengadakan program yang mampu memenangi hati golongan muda ini turut mendapat pujian daripada Ketua Umum PKR, Dato Sri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Melalui program-programnya, SAMM walaupun dengan sumber kewangan yang terhad ini juga seolah-olah sedikit demi sedikit akan mengambil alih dan mengisi kekosongan yang sepatutnya diisi oleh AMK yang dipimpin oleh Shamsul Iskandar Md Akin.
Bagi Chegu Bard yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat pusat PKR, kini mempunyai jadual lebih padat berbanding sebelumnya apabila kerap diundang untuk memberikan ceramah dan menghadiri program lain yang dianjurkan oleh cabang-cabang parti itu sendiri mahupun oleh parti-parti lain dalam PR.
Kepadatan jadualnya terjadi apabila didorong oleh minat yang semakin bertambah daripada pihak penganjur program untuk mengundang beliau baik program yang dianjurkan oleh cabang PKR sendiri mahupun parti lain dalam PR.
Secara umumnya pada masa ini, ketika menghadiri jemputan mana-mana program, imej Chegu Bard lebih dilihat sebagai personaliti yang mewakili anak-anak muda akar umbi dalam AMK dan tentunya SAMM sendiri berbanding Shamsul yang berada dalam ‘kelasnya tersendiri’.
Shamsul yang kejayaannya mempertahankan jawatan ketua AMK dengan tidak mendapat pengiktirafan dari sesetengah pihak dalam AMK sendiri seharusnya memandang ‘kepantasan’ SAMM ini sebagai satu cabaran untuk beliau lebih proaktif memenangi hati masyarakat muda di peringkat akar umbi.
Menjadikan ayat ‘pemilihan baru sahaja selesai’ sebagai alasan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang tercalar dengan aduan-aduan  yang masih tiada jawapan ketika sepanjang pemilihan berlangsung.
Apatah lagi, AMK Pusat yang mampu memperolehi sumber kewangan yang lebih besar seharusnya lebih pantas berbanding SAMM untuk mengatur program anak-anak muda sekaligus mampu mengikis label kura-kura yang dibawa beliau sewaktu pemilhan berlangsung sebelum ini.
Malangnya Ketua AMK itu lebih menampilkan lagak seorang Naib Presiden, jawatan yang mahu ditandingi pada awalnya berbanding lenggok yang sepatutnya ada pada anak-anak muda.
Lebih-lebih lagi apabila Shamsul dilihat lebih gemar mendampingi dan ‘mengekori’ samada  Anwar Ibrahim mahupun Azmin Ali di lokasi-lokasi ceramah sehinggakan dilabelkan sebagai ‘escort’ kepada kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu.
Malahan kehadiran Shamsul di tapak-tapak ceramah yang membariskan pemidato hebat seperti Anwar Ibrahim akhirnya menenggelamkan beliau sendiri apabila rata-rata audien hanya memfokuskan kepada penceramah utama yang jauh lebih hebat pidato mereka.
Keadaan ini boleh disamakan dengan pasukan bola sepak Malaysia yang tentunya tidaklah nampak begitu teruk apabila menentang pasukan negara-negara Asia Tenggara lain berbanding akan dilihat sangat kerdil apabila berhadapan pasukan seperti Brazil atau Sepanyol.
Sebagai Ketua AMK, seharusnya beliau sedar bahawa kejayaan untuk menarik minat anak-anak muda ke arah kesedaran politik dan hak mereka sebagai rakyat tidaklah memadai dengan sekadar pendekatan berceramah semata-mata.
Kelompok anak-anak muda ini seharusnya diberikan tumpuan khusus dengan mendekati mereka melalui program yang mampu menarik minat mereka sekaligus mewujudkan perasaan tidak terasing kelompok ini dengan barisan pemimpin mereka.
sumber  :-  http://ureka.asia

CheguBard tolak jawatan Timbalan Setiausaha Agung PKR......???

on

Bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengambil keputusan menolak jawatan pelantikannya sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR yang baru.

Badrul atau dikenali sebagai CheguBard mengumumkan keputusannya itu berikutan tindakan PKR yang masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang respon terhadap aduan mengenai pemilihan pimpinan PKR sejak Oktober lalu.

Beliau berkata malah sehingga kini pihaknya masih menunggu jawapan daripada Setiausaha Agung Saifuddin Nasution yang memberi jaminan untuk menyelesaikan aduan yang dikemukakannya dan pemimpin lain.

"Penolakan ini adalah atas prinsip yang pengiktirafan Pemilihan Keadilan 2010 akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan dan dimaklumkan kepada saya.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan – aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan PKR 2010.

Jaminan hasil siasatan

"Saya akur dengan nasihat Setiausaha Agung agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam dua minggu.

"Janji ini diungkap semasa Kongres PKR berlangsung bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan.

CheguBard yang juga bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagaimanapun menafikan penolakannya itu tiada kaitan dengan status kewangan atau jawatan.

Namun beliau memberi jaminan akan terus bersama PKR walaupun tidak mempunyai jawatan dalam parti.

"Kita tidak mahu menuruti budaya pemilihan yang kotor, penipu serta korup seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti lain.

"Apabila individu itu diisytiharkan menang semua yang bersuara akhirnya diam disogok dengan berbagai habuan, tidak berbunyi lagi kerana anak mudanya mamai disumbat mulut mereka.

"Semua ini kononya untuk menjaga kestabilan parti dan menyapu semua kekotoran dan penipuan ke bawah karpet.

Parti reformasi

"Ini tidak harus berlaku dalam parti reformasi, kewujudan anak muda kumpulan pendesak harus dilihat dari aspek positif kelangsungan nafas semangat reformasi," katanya.

Ditanya tempoh masa untuk memberi jawapan terhadap pelantikan tersebut agak lama, CheguBard berkata keputusannya itu dibuat setelah mengambil pandangan daripada teman seperjuangan dan keluarga.

"Seperti yang dijanjikan, saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dan mengambil pandangan dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 18 Disember lepas telah membuat pengumuman dengan menamakan saya selaku Timbalan Setiausaha Agung PKR.

"Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat," katanya.

PKR pada 18 Disember lalu mengumumkan barisan majlis pimpinan tertinggi baru yang dilantik dan CheguBard diberi jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung, manakala Setiausaha Agong masih disandang Saifuddin Nasution.

RIBUT DALAM CAWAN PKR......

on

Gobala Dan Badrul Akan Tinggalkan PKR......???


Ribut dalam cawan PKR nampaknya belum berakhir. Bila ia akan berakhir sukar untuk diramalkan. Apakah ia akan berakhir apabila riwayat parti itu akan berakhir? Berakhirnya riwayat PKR maka berakhirlah segala ribut dalam cawan. Begitukah?

Kalau terjadi demikian alangkan malangnya nasib PKR?

Walaupun berbagai usaha untuk menstabilkan PKR tetapi tidak menjadi. Parti 'tiga kepala' ini benar-benar memusingkan kepala Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim. Sehebat-hebat Anwar nampaknya bukan mudah untuk beliau mententeramkan keadaan. Sebenarnya bukan saja Anwar tetapi kalau orang lain juga memiliki parti sepertinya payah untuk diatasi.

Kemampuan PKR bertahan dan muncul sebagai politik ketiga terbesar negara ini selama 10 tahun ini pun dikira satu kejayaan besar kepada Anwar dan pendokongnya. Belum tentu kalau orang lain memimpin parti berkapala tiga seperti PKR mampu mempertahankanya selama itu.

Seorang demi seorang ahli parti itu meninggalkan PKR. Kebanyakan meninggal bukan kerana perjuangan PKR atau perjuangan Anwar tetapi kerana mereka kecewa apabila mereka gagal mendapat apa yang diidamkan. Contohnya bila gagal untuk jadi pemimpin, mereka akan meninggalkan PKR sambil berjalan meninggalkan PKR mereka membuang najis di tengah jalan macam orang mabuk arak.

Kononnya mereka tinggal PKR kerana tidak percaya kepada perjuangannya itu adalah alasan semata-mata. Apa yang berlaku mereka tidak konsisten dan percaya kepada diri sendiri.

Sehari dua ini saya tengok ada dua orang kuat PKR akan meninggalkan parti itu. Mereka ialah Gobalakrishan dan Badrul Hisham. Kedua mereka baru kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Adalah dijangka mereka akan membuat pengumuman keluar PKR pada 19 Januari ini. Adakah ini benar-benar berlaku.....Tunggulah.

Piala AFF Suzuki : Bukti Penyokong Indonesia Terlebih Dahulu Memancarkan Laser

on




Kami akui Timnas Indonesia adalah pasukan paling hebat di dalam dunia. Sebab itu kami minta maaf kerana berlaku insiden pancaran laser ketika final pertama malam tadi.

Tetapi cuba tonton video di bawah ini yang dirakamkan ketika pertemuan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan 1 Disember lalu.





Apa yang melayang-layang di muka penjaga gol Sharbinee Allawee itu? Adakah bukan pancaran laser?


Adakah anda ingin katakan penyokong Malaysia yang datang ke Jakarta untuk bermain laser terhadap penjaga gol mereka sendiri?

Jadi jika semua ini diambil kira maknanya bukan peserta Malaysia yang memulakan semua ini. Indonesia yang perlu membayar harga mahal terhadap kebijaksanaan penyokong mereka sendiri.

Tetapi yang peliknya walaupun kalah 5-1 ketika itu. Pasukan Malaysia tak pernah mengugut untuk menghentikan perlawanan. Malah mereka menganggap itu perkara biasa dan pertahanan Malaysia dimandikan dengan motivasi yang pasti mereka kenang seumur hidup. Hal itu menyebabkan mereka yang baru kenal erti bola sepak mampu layak ke final Piala AFF Suzuki.

Tetapi apa jadi pada sang Garuda yang hebat perkasa,mampu terbang tinggi dan mengganyang harimau Malaya? Mereka tewas dengan hanya suluhan laser?

Amat menyedihkan Presiden Indonesia turut memberi komen atas insiden itu.

Jika kerana itu boleh difikirkan Timnas Indonesia bukanlah sehebat mana. Mereka hanya memberi alasan kerana gugup beraksi di tempat lawan. Jurulatih mereka tahu apa silapnya baca sendiri di sini.

Benarlah orang kata Bangsa beralasan takkan pernah maju dan kita hanya gagal kerana perkara kecil umpama suluhan laser. Indonesia perlu cermin muka mereka sendiri.

Jika Malaysia kalah di Indonesia nanti. Saya sudah cukup puas hati dengan kemenangan malam tadi.

Al-maklumlah berlawan dengan Timnas Indonesia - pasukan yang paling hebat di dunia, tapi sayang 'sekali lagi' ditekankan kalah hanya dengan suluhan laser.

Meminjam kata-kata penyokong-penyokong fanatik Indonesia. Nordin Undur! Nordin Undur!
Saya tak tahu apa maknanya. Mungkin mereka juga sedar Nordin Haldi punca Timnas Indonesia longlai.

Tahniah Malaysia!

Jentera DHPP siap sedia turun ke Tenang

on

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sudah mengatur perancangan untuk mendekati pengundi khususnya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang.

Ketuanya, Balendran Balasubramaniam berkata, pihaknya bersama lajnah perpaduan nasional PAS juga sedang merangka isu-isu yang akan diketengahkan sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Menurut beliau yang juga ketua DHPP Pahang, jentera pemuda DHPP peringkat negeri Pahang telah pun dikumpulkan dan diberikan taklimat khas mengenai PRK Tenang.
"Dua hari lepas saya kumpulkan pemuda-pemuda DHPP di Pahang untuk kita bergerak ke Tenang.

"Saya bersama lajnah perpaduan nasional pemuda pemuda sudah bagi penerangan kepada mereka bagaimana kita nak pergi jumpa pengundi," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Balendran memberitahu, antara isu yang akan dijelaskan kepada pengundi termasuk isu saman ekor yang ingin diswastakan kerajaan dan juga isu-isu setempat di Dun berkenaan seperti isu peneroka Felda.

"Kita akan mulakan dengan isu saman ekor yang nak diswastakan sekarang ini dan juga isu-isu setempat. Isu-isu begini mereka akan lebih mudah faham dan kita akan jelaskan kenapa mereka perlu memilih Pakatan Rakyat," katanya.

DHPP juga ujarnya akan membantu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) memberikan penerangan kepada pengundi-pengudi di Felda dalam Dun berkenaan.
"Untuk golongan Felda, memang kita peka isu mereka dan Mazlan Aliman pun dah bawa isu Felda jadi kita akan bantu beri penerangan dan isu berkaitan Felda akan kita tekankan.

"Saya yakin bila DHPP dapat masuk ke kawasan Felda dan dapat berkempen di sana, mesti boleh bagi kefahaman kepada mereka kenapa bukan Islam boleh sokong PAS, kenapa mereka tidak? Anak muda Felda pun sudah cenderung kepada Pakatan," katanya lagi.

Edar risalah

Sementara itu, Balendran berkata, edaran risalah juga amat penting sebagai bahan kempen kerana ia lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh pengundi berbanding ceramah.

"Kami juga akan menyediakan risalah untuk diedarkan kerana sebelum ini dari pemerhatian kita, kalau kita bentangkan isu-isu dalam ceramah, keberkesanannya kurang kerana  kadang-kadang orang yang sama datang dengar ceramah.

"kadang-kadang orang balik kerja penat, tak sempat pergi dengar ceramah malamnya jadi boleh tengok bahan edaran yang diedar ke rumah mereka," katanya.
Bagaimanapun katanya, ceramah tetap perlu diteruskan sebagai aktiviti wajib khususnya kepada penyokong-penyokong PAS dan Pakatan yang sudah sebati dengan program sedemikian.

Sehubungan itu, DHPP akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Penyokong PAS Pusat dalam masa terdekat bagi membincangkan rangka risalah untuk dijadikan bahan edaran.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kerusi dun berkenaan yang terletak di Parlimen Labis, Johor pada 22 Januari depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 30 Januari.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List