Riwayat Ronnie Liu Bakal Berkubur .......???

on Dec 10, 2010




Alamak .... apalah nasib aku nie ..... dahlah jatuh terjelupuk .... kini ditimpa tangga plak ....Susah aku kalau macam nie .... sia-sia sahaja aku berjuang bagai nak gila ...."

Mungkin itulah luahan Ronnie Liu, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja tewas dalam pemilihan DAP Selangor bulan lepas, malah hari ini sekali lagi dipinggirkan apabila tidak tersenarai sebagai lima yang dilantik menganggotai jawatankuasa parti negeri itu.

Sebaliknya, kepimpinan baru yang diteraju Teresa Kok itu melantik Azman Masri, peguam dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V.Ganabatirau, Lee Kee Hiong, anggota Majlis Bandar Raya Shah Alam Ang Leng Kiat, dan Lwi Kian Keong.

Senarai itu diumumkan Setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian yang dimuktamadkan selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut malam tadi.

"Barisan kepimpinan baru DAP Selangor kini terdiri daripada 20 anggota," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pada 28 Nov lepas, Liu tewas dalam perebutan 15 kerusi yang dipertandingkan namun dijangka akan dilantik ke dalam barisan jawatankuasa DAP Selangor.

Bagaimanapun dengan keputusan mesyuarat malam tadi, masa depan kerjaya politik bekas setiausaha politik Lim Kit Siang itu kini terumbang-ambing, sekalipun masih menganggotai jawatankuasa kerja pusat.

Minggu lepas, Liu diberikan surat tunjuk sebab selepas membuat kenyataan kepada sebuah portal berita mendakwa berlaku politik wang semasa pemilihan parti.

Adakah ini tanda-tanda RIWAYAT POLITIK RONNIE LIU akan terkubur tidak lama lagi .... Apakah punca Ronnie Liu disingkirkan, benarkan POLITIK WANG wujud dalam DAP ..... Selepas PKR, DAP plak bermain POLITIK WANG ......

Cairan Aneh Keluar Dari Jalan raya

on

Kejadian yang aneh ini telah berlaku di negeri china, cairan  berwarna merah keluar dari permukaan  jalanraya. Perkara seumpama ini belum pernah berlaku dimana-mana di Dunia ini. Beberapa saintis telah berkejar ke sana untuk mengenalpasi jenis cairan tersebut









Mampukah blogger Pakatan jadi media alternatif....???

on

Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan.

Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan.

"Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak. - Hrkh
Itu komen dari ketua Penerangan PAS Perak. Aku tertunggu jugak komen dari Ketua Penerangan Pas Pusat, Ust Idris Ahmad.

Kalau tengok realiti di Perak, aku yakin ramai yang taktau selama ni ada Sekretariat Blogger Pas Perak. Kalau tau pun mungkin ramai yang dah lupa, sampai la baru-baru ni Wak Al-Banjari tiba-tiba mengumumkan letak jawatan sebagai presiden.

Kalau tak silap aku, sekretariat ni diletakkan terus di bawah Ketua Penerangan Pas Perak. Dan kalau tak silap aku setakat yang aku tau takdak pun apa-apa program yang melibatkan sekretariat ni kecuali satu kot, jemputan untuk menyertai road tour Pas Perak pi ke kawasan-kawasan.

Aku taktau setakat mana komitment Pas Perak terutama sekali melalui Lajnah Penerangan dengan Sekretariat ni. Wak Al-Banjari pun tak nyatakan sebab-sebab dia letak jawatan dan Ketua Penerangan Pas Perak pun tak ada komen lagi pasai perletakan jawatan tu rasanya.

Di peringkat pusat ada jugak Kelab Bloggers Pas yang ditubuhkan masa Konvensyen Bloggers Pas 2009 dulu. Kelab ni siap ada web khas bawah domain pas.org.my. Malangnya web tu cuma ada 4 entry saja, yang terakhir bertarikh 4 Februari 2010.

Aku tak pi masa konvensyan tu, jadinya aku taktau apa isi konvensyen tu. Jugak aku taktau apa status kelab tu sekarang, hidup lagi ka dak. Malah sapa presiden kelab tu pun aku taktau. Memang patut pun kalau aku taktau pasai aku memang langsung tak terlibat dengan kelab tu.

Apa aku nak timbulkan adalah, pda aku, Pas dilihat tak bersungguh-sungguh nakkan bantuan dari para bloggers. Timbul persoalan dalam hati aku, "Apakah Pas sebenarnya iklas nakkan bantuan dari para bloggers. Ataupun, Pas cuma cuba sekali-sekala sekadar nak ambil hati bloggers supaya tak dihentam."

Semalam, AlBanjari tulis satu artikel "Jika blogger pro PR pusing 360 darjah ?". 
Baru-baru ini, wak albanjari telah menemui Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkaitan status dan atur duduk perkara, apakah pemimpin PR sekarang masih perlukan khidmat mereka-mereka ini untuk melanyak BN ? Jika masih perlukan blogger PR..hargailah blogger dengan baik. Blogger bukan minta wang, balak atau pasir.. Tak jatuh airmuka pemimpin PR pun jika sekali sekala bawa blogger-blogger duduk minum-minum kopi di warung  atau dimana saja..bertanya khabar dan berita.

Tidak mustahil, jika berlaku fenomena tiba-tiba blogger Pro Pakatan Rakyat beralih 'kiblat' dan pusing 360 darjah dengan hentam PR balik, andai hal ini berlaku di kemuncak PRU13..boleh mampuih !! ketika itu nak disalahkan siapa pula ?

Apapun, sebagai seorang ahli Pas yang ada blog, aku telah, sedang dan akan terus cuba setakat upaya yang aku ada nak tolong PAS. Cumanya aku dengan cara aku dan ijtihad aku.Untuk Blogger Pakatan jadi media alternatif, sebenarnya memang dah jadi pun, cumanya setakat mana kesannya, tu yang jadi persoalannya. Kalau tengok rangking yang peraktoday buat yang keluar dalam Utusan tu, walaupun mungkin ada yang mempersoalkannya, tapi memang macam tulah realitinya, secara umumnya memang kalah kalau nak banding dengan Blogger Barisan. 

Nak buat macamana nak bagi  memang? Aku mana tau, cuba try tanya MatSamanKati, dia ni biasanya ada idea.

Slogan Baru Pakatan Rakyat

on

Kg Jalan Pokok Asam penangPakatan Rakyat akan memperkenalkan slogan terbarunya, 'Ubah Sekarang!' yang akan dilancarkan pada konvensyennya di Seberang Perai, Pulau Pinang, minggu hadapan.

Penyelaras pentadbiran konvensyen, Mujahid Yusof Rawa berkata slogan itu membawa lima mesej penting kepada rakyat.

Ia termasuk matlamat Pakatan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang bebas darirasuah, telus dan mempunyai integriti.

"Kita mahu mendemokrasi dan membebaskan rakyat Malaysia dan membina persaudaraan di kalangan kumpulan berbeza bangsa kerana masyarakat kita sekarang ini tidak bersatu kerana ketegangan kaum dan agama,” kata Mujahid (atas, berbaju merah) kepada wartawan malam semalam.

"Namun, ini tidak bermakna kebebasan mutlak, kebebasan bermakna solidariti bukan anarki.”

Mujahid, yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata apabila Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan, usaha mereka adalah bagi menambahkan pendapatan rakyat kepada RM4,000 sebulan dan masyrakat Melayu pastinya mendapat manfaat.

Gabungan yang ditubuhkan selepas pilihan raya 2008 itu juga menjanjikan keadilan dan sama rata dalam undang-undang serta gaji minimum untuk pekerja.

"Kenapa slogan 'Ubah Sekarang?' Jika kita tidak ubah seklarang, kita hadapi risiko belia kita akan menganggur, gejala rasuah terus berleluasa dan retaknya perpaduan kaum di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama yang akan menjejaskan keseluruhan sistem,” katanya.

Konvensyen yang dijadualkan pada 19 Disember ini dijadual akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat.

NOSTALGIA ANWAR IBRAHIM.

on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZs-YVmySBaTtL-xJeW0Nv3luGEZR1-C1IGvvuuxklTTcsF8gsl3XSJSqs-Mddd4sUPewfdGJ2xYhP2ncwKPELfyz-MLgeGqDSo1bF6QQ2C_3B99BcFyaOjlSZdQJMPbKNaRN_n_k_dXZL/s400/anwar-ibrahim.jpg



FAKTA SKIM KONTRAKTOR WIBAWA.

Semasa anwar menjadi menteri kewangan, dia telah menganugerahkan kontrak tanpa tender terbuka kepada kroni utama beliau. setiap seorang dianugerahkan paling minima kontrak bernilai RM1 billion.

Antara kroni utama anwar yang dapat anugerah ini adalah dato kamarudin jafar, setiausaha agung pas. syarikat beliau yang bernama lankhorst telah mendapat kontrak RM1 billion.

KRONI ANWAR YANG LAIN 

Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion

Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip.

Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.

Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Selain Kamaruddinnama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

Dalam satu senarai berasingan, nama bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, juga dicatatkan sebagai menerima kelulusan prinsip projek Pembangunan Semula Kampung Haji Abdullah Hukum di Kuala Lumpur. Selain beliau, nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar. Mereka ialah Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad.

Tindakan menyenaraikan nama individu dan syarikat bumiputera yang mendapat saham dan projek itu adalah langkah kali kedua selepas Dr. Mahathir mengejutkan ahli-ahli UMNO dengan senarai yang sama pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangkis dakwaan Anwar yang menuduh kerajaan mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah.

Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental. Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon)masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.

Bekas Ketua Pemuda UMNO,Datuk Ahmad Zahid Hamidi, memiliki sebanyak 6,751,493 saham dalam syarikat Tekala Corporation (TCB). Menerusi syarikat Pantai Dalam Sdn. Bhd., beliau juga telah mendapat kelulusan prinsip untuk projek pembangunan semula Kampung Haji Abdullah Hukum.
Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun .

Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek.

Projek-projek itu ialah :

Projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen MalaysiaBerhad (TV3); Perkhidmatan Telekomunikasi Satelite Network; Projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan Projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar.

Hadiah BN Untuk Umat Islam, Surau Al Falah Dirobohkan! Sadis!

on



Apa reaksi anda kalau rumah anda tiba2 jentolak datang belasah sampai hancur?? Apa perasaan anda pula apabila rumah Allah dirobohkan sesuka hati.? Mungkin kalau yahudi yang lakukan, kita umat Islam akan terus melaknat bangsa celaka tu, tapi masalahnya lain yang berlaku di Malaysia, sebuah surau di Pantai Dalam hari ini dibelasah oleh "tangan2 akan bakal dilaknat". Apa sudah jadi dengan pemimpin Melayu Islam negara ni! "Kalau cakap soal Melayu, Kami akan tetap mempertahankan agama, bangsa dan negara!"

Jangan cakap macam munafik lah, kalau rumah ibadah agama sendiri pun dirobohkan sesuka hati. Kejadian roboh surau dan masjid bukan kali pertama tetapi sudah masuk banyak siri perobohan dah. Dimana suara mufti2 dan jabatan agama? Semua diam membisu macam tunggul. Secara jujurnya saya terasa amat marah dan terkilan melihat penentagan Islam di Malaysia semakin teruk dan mencabar. Musuh paling berbahaya adalah musuh dari kalangan kita sendiri.


Maklumat lanjut tentang perobohan Surau Al Falah, Pantai Dalam.




Kain rentang tanda bantahan.




Yahudi Membelasah Masjid2 Di Palestin!

UMNO merobohkan Surau Kampung Berembang, Ampang.
 
UMNO merobohkan Masjid Bujal, Kemaman.


"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan." Berkata seorang sahabat: "Adakah kerana jumlah kita yang sedikit?" Rasulullah menjawab: "Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat bertanya: "Apakah dia al-wahan?" Rasulullah bersabda: "Cintakan dunia dan takutkan mati!" (riwayat Abu Dawud)

Adun bebas mesra BN didakwa tak bayar nafkah zahir isteri.

on

SHAH ALAM: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Ramizah Mazlan, 39, mendakwa terpaksa menjelaskan semua bil termasuk membeli barangan keperluan sendiri sepanjang menetap bersama suaminya, Badrul Hisham Abdullah.

Ramizah berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie Mahyuddin Md Zahari dalam perbicaraan kes permohonan cerai secara fasakh terhadap Badrul, 50 (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, semalam.

Wanita itu memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Ia itu dibuat atas alasan defendan cuai dalam menyediakan nafkah zahir selama tiga bulan berturut-turut, menyakiti dan membuatkan plaintif menderita dan berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji.

MAHYUDDIN: Selepas nikah. Ada tidak defendan menghalang kamu berkerja?

RAMIZAH: Tiada. Halang berhenti lagi ada.

MAHYUDDIN: Kamu bekerja sehingga 2006. Jam berapa kamu keluar berkerja?

RAMIZAH: Saya keluar sebelum subuh kerana saya bekerja di Sungai Way. Balik jam 6 petang. Kalau ada kerja sehingga jam 9 malam. Saya bekerja sebagai pembantu stor. Gaji pokok terakhir adalah RM1,500. Kalau kerja lebih masa lebih RM2,000.

MAHYUDDIN: Pada masa itu defendan bekerja sebagai apa?

RAMIZAH: Dia bekerja dengan bahagian katering Mas (Penerbangan Malaysia).

MAHYUDDIN: Berapa duit yang dia (Badrul) berikan untuk membeli barang dapur.

RAMIZAH: Tiada, semua duit saya. Jika ada pun, ia tahun terdahulu (awal perkahwinan).

Perbicaraan bersambung pada 21 Februari depan.

Sumber: HM

Syarikat Sosilawati diperintah patuhi perjanjian.

on

NONE
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, syarikat milik jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, menjual tanah dan bangunan bernilai RM3 juta kepada sepasang suami isteri sepertimana yang dijanjikan.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar hari ini dengan dihadiri peguam syarikat Mohd Hadi Ar Rais Muhamad dan peguam Karena Tang Shiau Hui, yang mewakili Low Choong Yen, 59, dan isterinya, Lim Bee Geok, 52.

Keputusan itu adalah hasil daripada permohonan pasangan suami isteri itu untuk mendapatkan penghakiman terus dan Zabariah turut menetapkan kos sebanyak RM15,000 terhadap syarikat itu.

Karena memberitahu pemberita bahawa dalam penghakimannya, Zabariah memerintahkan syarikat kosmetik itu menandatangani perjanjian jual beli dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Katanya, syarikat itu juga perlu menjual hartanah terbabit kerana terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Pada 5 Ogos lalu, Low dan Lim memfailkan saman terhadap syarikat terbabit kerana melanggar perjanjian pembelian harta berkenaan di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Saman itu dikemukakan 25 hari sebelum Sosilawati, 47 dan tiga yang lain - pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, - dibunuh di Tanjung Sepat, Banting.

Dalam saman itu, suami isteri itu mendakwa, menurut sepucuk surat tawaran ditandatangani Nouvelle Beauty Centre bertarikh 2 April, syarikat itu telah bersetuju menjual kepada mereka sebidang tanah seluas 144.9 meter persegi bersama bangunan pejabat empat tingkat di atasnya dengan nilai RM3 juta.

Mereka telah membayar deposit RM60,000 bila menandatangani surat tawaran dan baki deposit RM240,000 dibayar bila perjanjian jual-beli ditandatangani.

Low dan Lim mendakwa selepas perjanjian jual-beli ditandatangani, Nouvelle Beauty Centre, menurut sepucuk surat bertarikh 30 April, 2010, memberitahu mereka bahawa syarikat itu tidak berhasrat meneruskan jualan.

Low dan Lim memohon perisytiharan bahawa terdapat perjanjian jual-beli yang sah di antara mereka dan syarikat itu dan injunksi bagi menyekat syarikat itu daripada menjual harta itu kepada mana-mana pihak lain.

- Bernama

Anwar Akan Digantung Enam Bulan........???

on

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan digantung selama enam bulan daripada menghadiri Parlimen berhubung isu syarikat perunding imej kerajaan Umno-Barisan Nasional, Apco Worldwide yang dibangkitkannya awal tahun ini, lapor The Malaysian Insider.

Nazri yang bertanggungjawab menjaga urusan Parlimen turut menegaskan surat Apco kepada Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan pada 19 Ogos lalu sudah cukup untuk mengenakan tindakan tersebut tanpa perlu Anwar hadir memberikan penjelasan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, tindakan penggantungan itu akan dikenakan terhadap Anwar selepas jawatankuasa itu mengemukakan laporannya pada hari terakhir sesi persidangan, yang mana telah dilanjutkan sehari iaitu pada 16 Disember, Khamis depan.

Nazri dalam kenyataan turut menegaskan tindakan itu bagi menunjukkan kepada pihak pembangkang bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berkenaan isu tersebut.

"Kami ingin menunjukkan kepada mereka bahawa kita tidak takut untuk menunjukkan kekuatan ketika perlu. Pasti yang diputuskan oleh jawatankuasa itu merupakan keputusan yang terbaik dan sudah tentunya adil, " katanya.

Tambah Nazri, menurut pendapat peribadinya, Anwar seharusnya dihukum dengan sekurang-kurangnya penggantungan selama enam bulan bagi mengajar Ahli Permatang Pauh itu bahawa mana-mana wakil rakyat yang dipilih tidak patut melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

"Jika anda gagal untuk membuktikan tuduhan anda, anda perlu membayar harga untuk itu, "katanya.

Pada 17 Mac lalu, Anwar mendakwa syarikat perunding imej, Apco Worldwide yang memperkenalkan konsep 1 Malaysia di bawah pentadbiran Najib mempunyai persamaan dengan 1 Israel, ketika kempen bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Syarikat perunding itu turut menerima bayaran lumayan sebanyak RM77 juta setahun daripada kerajaan Umno-Barisan Nasional bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, desas-desus turut tersebar bahawa Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh dan Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa yang menganggotai jawatankuasa itu turut akan dihukum kerana mendedahkan maklumat tentang keputusan tersebut sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Minggu lalu, kedua-dua ahli parlimen itu mengadakan sidang media kerana tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk tidak memberikan peluang kepada Anwar dipanggil memberikan keterangannya.

Ketika ditanya mengenai khabar angin itu, Nazri berkata beliau tidak pula diberitahu tentang hal tersebut.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List