ANWAR.....KAN AKU DAH KATA JANGAN TEMBERANG.......

on Jun 20, 2011

Ambiga: Anwar, anda tak berhak batalkan Himpunan Bersih 2.0

Penyokong-penyokong Bersih bersorak sewaktu Ambiga (kiri) membuat ucapannya semalam di Kuala Lumpur. — Foto Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.
Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

on



Malu Sangat Dengan Helikopter TUDM Kita!


Agusta 109E


Super Lynx


Black Hawk


Zamrud Terbesar di Dunia

on



Zamrud berwarna hijau terbesar di dunia dipamerkan di ibu kota Kolombia, Bogota, Sabtu (18/6). Permata bernama zamrud Fura 15 ribu karat dengan berat 2.27 kilogram itu dipamerkan dalam satu pameran perdagangan internasional untuk batu perhiasan  dan barang kemas.

Keadaan rupa zamrud dipamerkan  itu masih dalam bentuk aslinya. Namun, keindahannya tetap terpancar. Batu yang dipercaya memiliki nilai yang tidak terhitung itu telah  ditemukan 12 tahun yang lalu di  Muzo di Boyaca, 75 kilometer utara ibu kota Bogota.

Para ahli perhiasan mengatakan, satu karat zamrud ditaksir US$ 100 ribu lebih. Justeru, berapa harga zamrud terbesar yang dipamerkan ini? Zamrud Fura iu tidak ternilai harganya.




KIMMA......KAN BAIK KO DUDUK DIAM-DIAM........

on

Tarik balik gelaran datuk: Kimma







 Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menarik balik gelaran datuk kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga. 

Presiden Kimma, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, gelaran itu perlu ditarik balik memandangkan Ambiga masih berdegil meneruskan perhimpunan sedangkan tindakan itu adalah ancaman kepada negara. 

“Niat Ambiga meneruskan perhimpunan Bersih menunjukkan dia tidak me-ngendahkan amaran pihak berkuasa. 

“Situasi ini menunjukkan beliau berani bermain api dan kenyataannya sanggup berdepan sebarang tindakan amat mengejutkan,” katanya kepada Sinar Harian.




BETUL KER NI.......

on




Anwar: Saya akan minta Bersih batal himpunan jika Najib jamin pilihan raya adil




Kau Jangan Temberang Ajer......Aku Dah Penat Ni....


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meminta Himpunan Bersih 2.0 bulan depan dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil. 


Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata beliau bersedia meminta Pengerusi Bersih Datuk Ambiga  Sreenevasan “esok juga” jika Najib sanggup memberi jaminan itu.

Bersih 2.0, perhimpunan kedua selepas kempen penghujung tahun 2007, akan diadakan 9 Julai ini di ibu negara.

Anwar (gambar), yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pihaknya menyokong usaha Ambiga kerana beliau mahu memperjuangkan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Sambil menegaskan bahawa beliau yakin boleh mencapai kemenangan jika pilihan raya yang adil dilangsungkan, Anwar berkata, “cuba adakan pilihan raya yang bebas, saya yakin kita boleh lakukan.”

“Tanya saya, saya yakin saya boleh,” katanya lagi.

“Itu sebab bila Ambiga mahu memperjuangkan pilihan raya yang dilihat adil, kita bantu,” katanya lagi.

Dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2011 yang berlangsung di sini hari ini, Anwar juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan satu perbuatan jenayah dengan bersubahat bersama Umno-BN.

Ini termasuklah tindakan membenarkan pendaftaran pemilih hantu dan daftar pemilih yang tidak bersih serta penerimaan rakyat asing sebagai pemilih.

“Bagi saya SPR telah melakukan jenayah melanggar Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau yang turut merujuk kepada dakwaan timbalan presiden PKR Azmin Ali bahawa masih wujud pengundi hantu dalam daftar induk pemilih 2010 yang diwartakan bulan lalu.

Azmin mendakwa masih ada 11 pemilih termasuk lima pemilih kalangan Cina yang didaftarkan menggunakan alamat rumah ibunya di Kampung Kelang Gate dalam bahagian Parlimen Gombak.

Dalam ucapannya, Anwar juga berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat dapat mengubah landskap politik negara jika dapat memperoleh tambahan lima peratus undi.

“Kita telah datang sehingga ke peringkat ini dari tahun 1999, 12, 13 tahun adalah tempoh yang singkat. Sekarang, kita perlukan lima peratus untuk mengubah landskap Malaysia.

“Ini peluang terbaik kita, bukan sahaja bagi Pakatan Rakyat (PR) tetapi juga bagi rakyat untuk mengubah kerajaan. Ini apa yang kita kata masa terbaik,” kata beliau.

Anwar menambah Pakatan Rakyat tidak mahu menang dengan hanya kelebihan 51 peratus undi, sebaliknya mahu sekurang-kurangnya 55 peratus undi popular.

Ini kerana tegas beliau, jika menang dengan 51 peratus sudah pasti akan ada penipuan di sana sini untuk menafikan kemenangan Pakatan Rakyat.

BENAR KAH INI....???

on

PRU 13, Khairy sabotaj Najib?



Apa Agak-Agak Nya Yang Dibincangkan
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipersalahkan ramai pihak dalam parti pemerintah itu akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.

Khairy dipersalahkan kerana didakwa mempengaruhi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi perdana menteri membuat keputusan-keputusan yang menyumbang kepada kekalahan.

Kemunculan pemuda yang juga menantu Abdullah itu dilihat dengan kurang senang oleh banyak pihak dalam Umno, dikaitkan dengan pelbagai tanggapan termasuk mempunyai hubungan sangat baik dengan pihak negara asing.

Kini, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang kritikal untuk kelangsungan pemerintahan Umno dan BN, Khairy sekali lagi dilihat melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan pemerintah.

Terbaharu, Khairy menerusi Twitter mengkritik Dialog Antarabangsa Langkawi yang muncul hasil inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai program yang tidak perlu dilaksanakan lagi.

Khairy mengkritik keras kehadiran Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, salah seorang diktator yang mahu dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa ekoran tindakannya terhadap warga berketurunan Eropah di negaranya.

Mahathir sebelum ini pernah dikritik kerana apa yang dilihat sebagai hubungan baiknya dengan Mugabe, yang berdasarkan persepakatan dalam beberapa isu dunia ketiga. Kedua-dua pemimpin disamakan sesetengah pihak ekoran sikap keras mereka, termasuk terhadap dominasi Barat.

Dialog Antarabangsa Langkawi ialah satu program penting Mahathir untuk membina dan mengekalkan imej positifnya dalam dunia ketiga, dan pemberhentian program itu akan menghapuskan satu legasi bekas perdana menteri itu.

Tindakan Khairy meningkatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang berdepan pelbagai serangan daripada pembangkang Pakatan Rakyat.

Kritikan keras Khairy itu juga akan meneruskan malah meningkatkan perpecahan dalam Pemuda Umno, keseluruhan parti dan komponen BN.

Pandangan Khairy tentang diktator terbabit - yang dipersetujui masyarakat antarabangsa terutama Barat - mungkin boleh diterima beberapa pihak dalam komponen pemerintah.


Isu subsidi bahan bakar petrol dan diesel, kenaikan tarif bekalan elektrik dan kenaikan harga barang keperluan lain terus menjadi isu yang menghambat pentadbiran Najib.





NGERI....

on

Mak Aiii takut den.......


A Frenchman has been killed in a horrific shark attack while surfing near the tropical island ofReunion in the Indian Ocean.


31-year-old Eddy Auber was surfing less than 200 metres from the west shore of Ti Boucan when he was reportedly attacked by at least two sharks.
Eye witnesses reportedly told police that they heard the young man scream and saw him wave his arms before he disappeared under the water. Rescue attempts were foiled as 'several shark fins' reportedly encircled the victim.
Three surfers managed to eventually swim over to Auber and drag his body back to the beach, where emergency services had arrived in the meantime.  Paramedics at the scene were unable to revive the Frenchman who died from severe bite injuries, according to police.
“His right arm had been bitten off and one of his legs was completely ripped apart,” said the local Gendarmerie commander in an official statement.
This is the second reported shark attack on the island since the beginning of the year. A tourist lost his leg in February after being attacked by a shark off the Saint-Gilles beach.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List