ANWAR.....KAN AKU DAH KATA JANGAN TEMBERANG.......

on Jun 20, 2011

Ambiga: Anwar, anda tak berhak batalkan Himpunan Bersih 2.0

Penyokong-penyokong Bersih bersorak sewaktu Ambiga (kiri) membuat ucapannya semalam di Kuala Lumpur. — Foto Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan Himpunan Bersih 2.0 akan diteruskan sambil menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kuasa meminta membatalkan perhimpunan itu walaupun Putrajaya dapat memberi jaminan pilihan raya umum yang bersih dan adil.
Kata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pihaknya menghormati hasrat Anwar, namun keputusan membatalkan Himpunan Bersih 2.0 bukan di bawah kuasa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.



Ini kerana jelas beliau, Bersih bukan didokong oleh parti-parti politik tetapi badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.
“Kami hormat (keputusan Anwar) tapi rakyat bukan hak kamu. Ini keputusan kami (mengadakan Himpunan Bersih 2.0) dan keputusan ini dibuat setelah usaha kami mahu mengadakan sesi dialog bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bebas.
“Malah, kami juga yang akan mengetuai perhimpunan ini dan bukan parti politik,” katanya pada majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di sini malam tadi.
Tambah beliau, keputusan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 dicapai sebulat suara dalam jawatankuasa pemandu Bersih yang turut dianggotai oleh Andrew Khoo, K. Arumugam, Dr Farouk Musa, Harris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay dan Arul Prakkash.
Semalam, Anwar berkata, beliau akan meminta Himpunan Bersih 2.0 dibatalkan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat memberi jaminan pilihan raya yang adil dan bersih.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau bersedia meminta Ambiga membatalkannya “esok juga” jika Najib memberi jaminan itu.
Bersih 2.0, perhimpunan kedua selepas kempen yang serupa diadakan penghujung tahun 2007, akan diadakan 9 Julai ini di ibu negara.
Ambiga juga menegaskan Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kepentingan individu.
Beliau juga dalam ucapan perasmian itu sekali lagi mengulangi tidak akan memberi sebarang komen berhubung serangan peribadi yang dilakukan Perkasa.
“Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang saya, Himpunan Bersih 2.0 ini bukan mengenai saya tetapi tentang rakyat.
“Apa sahaja serangan (peribadi) yang dilakukan, Himpunan Bersih 2.0 ini akan tetap diteruskan... perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu (rakyat),” katanya.
T-shirt Bersih 2.0 dipamerkan sewaktu majlis pelancaran semalam di Kuala Lumpur. — Foto Jack Ooi
Perkasa ketika pelancaran perhimpunan anti-Bersih petang semalam bertindak membakar gambar Ambiga dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar rumah pada 9 Julai ini.
Selain mengecam penganjuran Himpunan Bersih 2.0, turut diedarkan risalah yang berbentuk serangan peribadi terhadap Ambiga dengan perkataan “Awas!!! Ambiga, wanita Hindu yang merbahaya.
Selain Perkasa dan Bersih, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari tersebut.
Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji pihaknya akan mengerahkan 100,000 ahlinya menyertai perhimpunan bulan depan.
“Hanya kuasa rakyat yang boleh menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dan PAS akan menggerakkan 100,000 ahli untuk sama-sama menyertai Himpunan Bersih 2.0,” katanya.
Bersih yang terdiri daripada gabungan 62 NGO yang menuntut keadilan dan pilihan raya adil dan bersih.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut diberi peluang memberikan ucapan malam tadi berkata, beliau melihat Ambiga sebagai “hebat” apabila berjaya menggerakkan Himpunan Bersih 2.0.
“Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Himpunan Bersih 2.0 adalah rancangan PAS, ada yang kata Datuk Seri Anwar Ibrahim mendalangi perhimpunan ini.
“Saya nak tekankan di sini bahawa semua  itu dusta. Perhimpunan ini dirancang kerana kehebatan batang tubuh Datuk Ambiga dan beliau hebat apabila menendang keluar parti-parti politik daripada berada dalam Bersih,” katanya.



.

1 comments:

Anonymous said...

Adakah anda sebagai rakyat Malaysia yakinkah Najib dan Pendek Kata akan memberikan satu pilihanraya yang adil dan telus? Pada ku tidak, sebab Najib cenderung menipu dan menikus dalam semua hal.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List