LAGI SATU BERKOKOK.........

on Aug 29, 2010

Exco didesak letak jawatan 



SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Besar, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memecat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali kerana didakwa gagal menangani isu wakil rakyat bukan Islam mencemari kesucian masjid dan surau di negeri itu. 

Ketua Penerangannya, Safarizul Mustafa, turut mendesak Pengerusi, Imam dan Ahli Jawatankuasa Surau di Surau Al-Huda dan Masjid At-Taqwa, Selayang Baru, Kajang yang menjemput dan membenarkan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Parti Pakatan Rakyat (PKR) Selayang, William Leong Jee Keen memberi ucapan di surau dan masjid tersebut dipecat. 

“Amaran keras harus diberi kepada semua nazir, imam dan ahli jawatankuasa masjid dan surau di Selangor supaya mematuhi larangan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik dan larangan penyampaian ceramah oleh penceramah yang tidak bertauliah seperti yang diluluskan Mesyuarat Mais. 

“Kini sudah terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan masjid dan surau sebagai medan politik, menghina, mencaci dan memfitnah pemimpin dan sesama umat Islam,” katanya ketika menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediamannya. 

Katanya, dua wakil rakyat DAP itu didakwa menjadikan masjid dan surau sebagai gelanggang politik pasti menggugat dan memecah-belah keharmonian, perpaduan, kemajuan dan kemakmuran umat Islam. 

“Pemuda UMNO Selangor menjunjung penuh kebijaksanaan dan kearifan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah larangan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik dan larangan penyampaian ceramah oleh penceramah yang tidak bertauliah,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pemuda Serdang, Engku Salleh Engku Jamal, mengecam tindakan parti komponen Pas yang selama ini kononnya memperjuangkan Islam tetapi tidak bertindak apabila ada individu bukan Islam mencemarkan kesucian masjid. 

Menurutnya, mereka tidak mempedulikan sensitiviti Islam dan lebih mengutamakan orang bukan Islam. 

“Apa salahnya, jika mereka mendirikan khemah di luar kawasan masjid dalam melaksanakan aktiviti bersama individu bukan Islam. 

“Sebagai Islam, kita harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan kerana ada hukum tertentu yang wajib dipatuhi,” katanya.


Sumber:- SinarHarian

HINDRAF OH HINDRAF.........???

on

Polis Halang Penyokong Hindraf Berarak Ke Istana Kinta Serah Memorandum



IPOH: Polis hari ini menghalang lebih 20 penyokong Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dan Human Rights Party (HRP) daripada berarak beramai-ramai ke Istana Kinta untuk menghantar memorandum mengenai kebebasan beragama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ibrahim Abu Bakar berkata tindakan itu diambil selepas kumpulan terbabit enggan mematuhi syarat hanya sebuah kereta dengan empat penyokong termasuk pemandu, dibenarkan memasuki istana.
"Syarat ini diletakkan oleh wakil istana dan polis bersetuju, tetapi kumpulan ini cuba berarak beramai-ramai... mengakibatkan polis bertindak menghalang mereka.
"Penyokong kumpulan ini akhirnya enggan menghantar memorandum dan mereka diminta bersurai kira-kira 12 tengah hari," katanya.
Beliau berkata kumpulan yang diketuai P.Uthayakumar itu mendakwa memorandum berkenaan ada pada rakan mereka yang masih belum tiba, dan mereka menunggu hingga hampir jam 12 tengah hari.
Ibrahim berkata kira-kira 50 anggota polis ditempatkan di sekitar Hotel Impian, di depan Istana Kinta dan di Jalan Raja Dr Nazrin Shah bagi mengawasi perhimpunan kumpulan berkenaan yang bermula seawal 9 pagi.
Wakil Hindraf dan HRP kemudian membuat laporan di IPD Ipoh berhubung tindakan polis menghalang mereka menghantar memorandum itu beramai-ramai.
Sementara itu, polis menahan seorang lelaki kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis ketika diperiksa dalam perhimpunan tersebut.
Ibrahim berkata lelaki itu melakukan perbuatan tersebut terhadap Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh DSP Rodzi Rejab dalam insiden pada 11.40 pagi.
Sebelum itu, lelaki berkenaan bersama tiga lagi rakannya berjaya meloloskan diri daripada sekatan polis dalam usaha mereka untuk menyertai penyokong Hindraf yang berkumpul berhampiran Hotel Impiana, kira-kira 300 meter dari Istana Kinta. - BERNAMA

ASYIK BUANG BAYI JE......APA NAK JADI......???

on

Bayi Ditemui Dalam Beg Kertas Disangkut Pada Tiang Papan Tanda



SHAH ALAM: Seorang bayi lelaki yang masih hidup dengan badannya dibaluti kain batik ditemui dalam sebuah beg kertas di kawasan Pangsapuri Brunsfield di Seksyen 13, di sini, Ahad.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata beg kertas yang memuatkan bayi itu disangkut pada tiang papan tanda di simpang lampu isyarat kawasan kediaman itu.
Bayi yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu ditemui oleh orang awam pada pukul 5.30 petang, katanya ketika dihubungi.
"Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi itu dilahirkan dalam tempoh kurang dari 24 jam dan berdasarkan warna kulit, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau Indonesia," katanya. Noor Azam berkata bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)Klang untuk rawatan.
Sehubungan itu, beliau meminta pengamal perubatan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian 03-55102222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.-BERNAMA

Tawar cabutan bertuah arak

on

PELABUHAN KLANG - Melampau dan memalukan umat Islam.
PENGUNJUNG sebuah pusat hiburan di Kota Pendamar, Pelabuhan Klang menjalani ujian air kencing kelmarin.

Itulah gambaran sebuah pusat hiburan dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki Melayu di Kota Pendamar di sini yang memberikan kupon kepada pelanggan bagi setiap minuman keras dibeli untuk melayakkan mereka mendapat cabutan bertuah berupa arak dan wang tunai.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak menghormati bulan Ramadan, lebih-lebih lagi rata-rata pelanggannya juga adalah orang Melayu.
Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas pusat hiburan itu diserbu oleh polis, pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.
Sumber:- Kosmo

ISU BUKAN ISLAM MASUK MASJID

on

keadilan5

Kenyataan Media
Dr Muhd Nur Manuty 
Pengerusi 
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama 
Parti KeADILan Rakyat
PETALING JAYA: Bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka.
Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini.
Peristiwa Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos 2009 yang lalu, telahpun hampir dilupakan. Kini tindakan Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke Surau Al-Huda, Kajang dan William Leong (Bendahari PKR, Ahli Parlimen PKR Selayang) masuk ke dalam Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pula dijadikan isu besar.
Untuk menjelaskan pendirian kami mengenai isu ini, kami ingin membawa perhatian semua pihak kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hukum hakam Islam). Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini.
Empat pandangan mazhab
Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid. Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan Masjidil Haram dan kawasan tanah haram Makkah.
Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.
Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah SAW juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan Nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)."
Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.
Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan
Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.
Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.
Sewajarnya, para wakil rakyat Pakataan Rakyat demikian perlulah diberikan pujian kerana kesungguhannya dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.
Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.
Kekecohan yang digembar-gemburkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu.
Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan. Kita sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini.
Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita. Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut di dalam batu.
Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.
Inilah keyakinan kita kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

Hamilton kuasai Grand Prix Belgium

on

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium 29 Ogos - Pemandu McLaren, Lewis Hamilton memenangi perlumbaan Grand Prix Belgium hari ini, sekali gus merampas kedudukan keseluruhan pemandu daripada Mark Webber dari Red Bull.

Webber menduduki tempat kedua pada perlumbaan yang dicemari dengan beberapa kemalangan akibat hujan yang membasahi litar.

Robert Kubica dari Poland yang memandu Renault di tempat ketiga,

Hamilton kini memungut 182 mata berbanding Webber 179 mata dengan berbaki enam perlumbaan lagi untuk musim ini. - Reuters

Suami Kasanova.........???

on

MELAKA: Usianya sudah 40-an tetapi ia tidak membataskan nafsu pelik seorang lelaki kasanova apabila galak memburu wanita yang kebanyakannya berstatus janda hingga meminggirkan keluarganya.
Lebih memalukan, lelaki dikenali sebagai Din itu tergamak hidup dan melakukan maksiat hasil titik peluh isteri dan anaknya hingga membiarkan keluarganya menderita sejak beberapa bulan lalu. 

Dia dikatakan pakar menjerat wanita dengan hanya menggunakan kata-kata manis, penampilan baik dan gaya berpakaian kemas, sekali gus menutup kekurangannya. 

Ketika mendedahkan perkara itu, isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsiah, 50-an, berkata dia kini tidak mengharapkan apa-apa daripada suami, sebaliknya mahu menuntut hak dan nafkah di mahkamah syariah. 

Katanya, sifat kemaruk wanita lain menyebabkan suaminya lalai dalam menunaikan tanggungjawabnya dan hanya tahu melaram ketika keluar rumah hampir setiap hari sambil berlagak seperti orang muda. 

“Selain pandai memujuk saya dengan kata-kata lemah lembut, suami yang tidak bekerja hampir setiap hari akan bersiap dengan kemas untuk keluar dan pulang apabila larut malam. Dia selamba meminta wang daripada saya dan anak untuk perbelanjaannya tanpa rasa malu. 


“Kami ada perang mulut tetapi dia tidak pernah pukul saya, sebaliknya memberi tekanan dengan cara lain apabila menjalin hubungan dengan ramai wanita, tidak kira anak dara atau janda mahupun pelajar sekolah, dan menghabiskan wang simpanan saya menyebabkan saya hampir jadi gila,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Alai, dekat sini.

Shamsiah berkata, tujuannya mendedah penderitaan hidupnya disebabkan sudah putus harapan untuk mengesan suaminya yang dipercayai mengikut seorang ustazah bergelar janda beranak empat di utara tanah air. 



“Nasib saya tidak ubah seperti membela seekor biawak hidup kerana dengan berbekalkan wang gaji saya sebagai pengasuh pada siang hari dan bekerja di kedai makan pada waktu malam, sudah cukup menjadi modal hariannya.

“Saya pernah menegur tingkah lakunya kerana wang gaji saya peroleh sering tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga dan juga persekolahan anak, namun dia tidak ambil peduli,” katanya.

Menjelaskan nasibnya, Shamsiah berkata, suaminya bijak berlakon dengan sifat lemah lembut memujuknya hingga dirinya ‘diperbodohkan’ sepanjang perkahwinan mereka sejak 18 tahun lalu.

Katanya, tembelang si suami terbongkar perlahan-lahan selepas anak bongsunya berusia setahun.

“Pada masa itu baru saya tahu selama ini dia (suami) pandai bermain kata-kata penuh dengan pujuk rayu. Kesudahannya habis duit pampasan kerja kilang dulu dan sebahagian duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lesap kira-kira RM30,000 dikeluarkan suami.

“Malah rumah yang saya beli di Lubok Redan, Masjid Tanah berharga RM45,000 turut digadainya dan satu sen pun wang tidak diberi,” katanya.

Menurutnya, dia yang juga janda sebelum ini berkenalan dengan suaminya ketika bekerja di sebuah kilang di Ayer Keroh.

“Suami bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pada awal perkenalan saya tertarik dengan sikapnya yang baik dan pandai memujuk hingga saya bersetuju menikahinya.

“Mula-mula saya tidak tahu suami sudah beristeri namun selepas berkahwin pada 28 September 1992, baru saya tahu saya isteri kedua.

“Saya pernah meminta dia mempertemukan dengan isteri pertama yang juga janda beranak dua, namun suami enggan dan memberi pelbagai alasan, sedangkan tujuan saya baik,” katanya.

Menurutnya, di awal perkahwinan kehidupannya baik sebelum tiba-tiba suami menjalin hubungan dengan seorang gadis warga Indonesia yang dijadikan anak angkat pada 1997 di kilang sama dan tidak pulang ke rumah selama dua bulan.

Katanya, apabila pengurusan kilang mengetahui masalah itu, dia dibawa bertentang mata dengan gadis Indonesia itu yang diberi amaran supaya tidak lagi menjalin hubungan dengan suami orang atau dihantar balik ke negara asal.

“Apabila perkara itu terbongkar, suami pula bertindak licik apabila melarikan diri bersama gadis itu dan tinggal di sebuah rumah di Taboh Naning, Alor Gajah.

“Saya juga dapat tahu dia berkenalan dengan seorang janda dari Felda Jelai 3 dan pernah bawa balik ke rumah. Saya pasrah dan dua kali mengadukan nasib ke Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sebelum suami kembali.

“Selepas itu kehidupan kami makin terhimpit apabila terpaksa mengikut suami berpindah-randah tidak kurang dari lima tempat.

“Selepas berkahwin, kami tinggal di Bukit Baru sebelum berpindah ke Kuala Linggi, Bukit Beruang, Bukit Katil dan Lubok Redan,” katanya.

Shamsiah yang juga ibu kepada dua anak berusia 17 dan 15 tahun berkata, dia akhirnya berpindah balik ke kampung halaman di Parit Buntar, Perak pada Mei 2002 dan tinggal bersama ibunya.

Menurutnya, dia tidak mengetahui tipu muslihat suaminya mengajak balik ke kampung apabila berjanji mengubah sikap buruknya.

“Lain yang jadi, apabila sikap buruk suami makin menjadi-jadi kerana terus menjalin hubungan dengan ramai wanita.

“Bermula detik itu, kehidupan saya semakin terhimpit dengan perangainya dan difahamkan isteri pertama suami akhirnya turut meminta dilepaskan kerana tidak tahan menanggung derita ditinggalkan seperti nasib saya sekarang.

“Rupa-rupanya tekaan saya betul bahawa dia menjalin hubungan dengan seorang ustazah janda beranak empat. Malah, keluarga ustazah itu ada berjumpa saya serta menyatakan tidak setuju anak mereka berkahwin dengan suami,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu suami sekali lagi mengajak mereka berpindah semula ke Melaka dan menetap di Alai biarpun dia membantah kerana memikirkan persekolahan anak.

“Saya tidak akan maafkan perbuatan suami kerana habis wang ringgit saya hangus begitu saja kerana duit KWSP sebanyak RM8,800 dikeluarkan untuk belanja berpindah, bayar sewa dan sebagainya.

“Hidup saya sekeluarga kini semakin teruk. Makan pun ibaratnya kais pagi makan pagi, sewa rumah tertangguh dua bulan,” katanya.

Shamsiah berkata, suaminya pernah memberitahu dia memikat wanita bekerjaya semata-mata mahu mengikis harta mereka manakala pelajar sekolah pula diberikan wang bagi tambah nilai telefon bimbit.

Katanya, perasaan sayangnya pada suami kini bertukar benci dan kesal, namun dia kasihan melihat anak perempuannya yang menanggung rindu untuk menemui bapanya.

“Saya kasihan melihat anak perempuan yang menghidap sakit pinggang. Ini kerana dia paling rapat dengan suami, jadi bila kami ditinggalkan, dia paling tertekan.

“Dulu saya kerap menangis sampai mengalami tekanan perasaan teruk kerana mengenangkan perbuatan suami.

“Namun sekarang tidak lagi kerana saya mahu lepaskan diri selepas mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami menyatakan dia meminta maaf kerana banyak melakukan kesilapan dan meminta saya membuat tuntutan di mahkamah,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kandang berhubung SMS berkenaan.



Sumber:- myMetro



Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji......???

on

Apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau sedia meletak jawatan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi, senario politik di Sarawak diselubungi desas-desus bahawa beliau sedang membuat persiapan untuk berundur diri.

Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik merasakan bahawa kenyataan Taib itu hanya satu peringatan yang merupakan muslihat sekadar "untuk menguji".

Sejak akhir-akhir ini, Taib, 74, Ketua Menteri paling lama berkhidmat di Sarawak (29 tahun sejak 26 Mac, 1981), menjadi sasaran khabar angin berhubung dakwaan kekayaannya yang melimpah ruah.

"Beliau tidak akan meletak jawatan. Beliau hanya ingin tahu siapa yang bersungut. Kenyataan beliau merupakan satu muslihat untuk mengetahui siapa yang menentangnya," kata seorang penganalisis politik di University of Monash, James Chin.

Chin percaya kenyataan mutakhir Taib itu mungkin ada kaitan dengan khabar angin bahawa SUPP, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, mahu beliau berundur memandangkan beliau dilihat tidak lagi diyakini oleh kalangan beberapa kelompok dalam komuniti setempat.

Terdapat desas-desus bahawa SUPP berkemungkinan telah melobi kepimpinan pusat supaya campurtangan untuk berbincang dengan Taib, menyerupai langkah yang dilakukan pada 1980-an ketika parti itu mahu bapa saudara Taib, Tan Sri (kini Tun) Abdul Rahman Yaakub, meletak jawatan sebagai Ketua Menteri atau jika tidak, parti itu akan keluar daripada BN.

Rahman kemudian menentang dengan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di Sarawak tetapi gagal membuahkan hasil dan akhirnya meletak jawatan namun meletakkan syarat agar anak saudaranya, Taib, dilantik sebagai penggantinya.

Chin berkata kenyataan Taib bukanlah perkara baru dan satu-satunya reaksi segera daripada kenyataan sedemikian adalah pelbagai parti, persatuan, dan badan bukan kerajaan mungkin akan membuat gesaan supaya beliau terus memegang jawatan.

Besar kemungkinan partinya sendiri, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) akan meluluskan resolusi menyokongnya dan Taib akan terus menerajui BN Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang, katanya.

Seorang lagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, percaya bahawa Taib ingin menguji setakat mana kepimpinan pusat akan menyokong beliau ekoran khabar angin yang mahu beliau berundur.

"Beliau mungkin tidak serius dalam hasratnya untuk berundur seperti mana beliau mahu terus memegang jawatan. Apa yang beliau lakukan sekarang ialah untuk melihat sama ada kepimpinan pusat mahu menyokong beliau atau tidak. Jika kepimpinan pusat tidak mahu menyokongnya, maka beliau (Taib) akan melihat pilihan lain yang ada untuknya. Kemungkinan besar beliau akan melihat situasi yang menguntungkan semua sebagai strategi jalan keluar," katanya.

Bagaimanapun, Dr Sivamurugan berkata siatuasi itu agak sukar untuk ditangani oleh kepimpinan pusat memandangkan ia memerlukan pelan peralihan yang lancar, jika tidak akan mengakibatkan pertelingkahan dalaman yang mungkin melemahkan PBB, tunjang kepimpinan BN negeri.

Dr Sivamurugan berkata sesiapa sahaja yang menggantikan Taib perlu dilihat sebagai berwibawa dan berupaya menyeimbangkan keperluan pelbagai kumpulan etnik di Sarawak, yang mempunyai lebih daripada 40 kumpulan sub-etnik, setiap satunya dengan bahasa, budaya dan gaya hidup tersendiri.

Tidak hairanlah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata pada Jumaat lepas beliau akan mengadakan perbincangan 'hati ke hati' dengan Taib berhubung masa depan kepimpinan negeri.

Ini dapat difahami memandangkan PBB merupakan tonggak kekuatan BN di Sarawak dan adalah adil untuk berbincang terlebih dahulu sebelum apa jua keputusan dibuat.

Di peringkat negeri, sudah pun ada gesaan supaya beliau kekal sebagai Ketua Menteri, dengan yang pertama, seperti yang dijangka, dibuat oleh oleh sayap Pemuda PBB, disusuli oleh dua parti komponen BN, Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Hanya SUPP masih belum menyatakan pendirian secara terbuka berhubung kenyataan mutakhir Taib itu.

Presiden SPDP Datuk Seri William Mawan Ikom berkata Sarawak masih memerlukan Taib kerana "beliau adalah pemimpin, beliau seorang yang pintar dan mana boleh siapa pun bercakap tentang pengunduran beliau?"

"Adakalanya beliau agak letih, beliau seharusnya berehat sedikit, tetapi beliau adalah pemimpin (bagi negeri ini). Apa yang kami hadapi (dan) apa yang negeri ini ceburi, kami benar-benar memerlukan beliau kerana beliau adalah penggerak utama dan beliau meletakkan kita semua di peta dunia. Tidak, beliau tidak akan meletak jawatan dan saya sendiri akan memastikan beliau terus memimpin," kata Mawan, seperti yang dipetik dalam laporan akhbar tempatan.

Presiden PRS Datuk Seri Dr James Jemut Masing juga berkata parti itu akan menyokong Taib selagi beliau mahu memimpin negeri ini.

"Dalam permukiman BN di Mulu baru-baru ini, setiap daripada kami (parti komponen BN negeri) menyatakan pendirian berhubung KM (Taib) untuk mengetuai BN dalam pilihan raya umum akan datang. Dan PRS tidak mengubah pendiriannya, selagi KM mahu memimpin, kami akan berdiri teguh di belakangnya," kata Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak.

Bagaimanapun, seorang penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata menjadi kelaziman bagi pemimpin lain di negeri ini untuk mengisytiharkan secara terbuka bahawa mereka memerlukan beliau memandangkan "semua orang tahu Taib sangat berkuasa dalam politik dan tiada siapa pun yang berani meminta beliau berundur kerana masa depan politik mereka
bergantung kepada beliau."

Dr Jeniri berpendapat perbincangan "hati ke hati" Najib dengan Taib perlu digunakan sebagai wadah untuk memberitahu Ketua Menteri mengenai situasi politik di peringkat akar umbi dan Taib juga mendengar "suara hati" dari Sarawak.

Beliau berkata kenyataan Taib mengenai keinginannya untuk berundur pada kali ini adalah ikhlas memandangkan beliau sedar tentang perubahan dalam landskap politik.

"Tanggungjawab ini terletak di bahu beliau, bukan Perdana Menteri atau partinya," katanya.

- Bernama

TERKINI !!! WANITA INIKAH PENGGANTI LEGASI TAIB MAHMUD.....???

on

Di sebalik spekulasi mengenai "keengganan" Taib Mahmud berundur, rupa-rupanya sifir politik dalam negeri Sarawak pantas berubah!

Dalam kalangan pemikir dan penganalisis politik berkira-kira di manakah Sulaiman anaknya sendiri bertanding, ada satu nama muncul dan tidak disangka-sangka!

Walaupun Taib masih mahu Najib Altantuya memberinya "sepenggal" lagi, tetapi Najib berkeras agar muka baru mesti diketengahkan! Taib mesti berundur!!! Dan Najib tak mahu Sulaiman juga!!!

Dan hasil yang disenarai pendek, hanyalah nama Sulaiman dan seorang lagi ADUN popular dari Tanjung Manis. Bukan tak ada hubungan, rupanya sepupu Taib sendiri!

Norah Abdul Rahman sebenarnya yang akan mencatat sejarah sebagai Ketua Menteri Wanita pertama di Sarawak, bahkan di Malaysia!

Mengapa bukan Sulaiman? Kerana anaknya dirasakan masih perlu belajar "sepak terajang" politik Sarawak sebelum mengambil alih tugas dari Norah.

Maknanya, perlantikan Norah hanyalah untuk mempersiapkan Sulaiman untuk meneruskan "legasi Taib Mahmud" yang kedua dalam tempoh hampir setengah abad!

Pakatan Rakyat mesti pastikan Norah tewas di kubunya dan segala perancangan Taib Mahmud akan mati begitu saja!/Jalan Pulang


Taib’s quit talk 'sandiwara': The next Sarawak CM a woman?

Despite offering to relinquish his position, controversial Sarawak Chief Minister Taib Mahmud is actually digging in and has begun drumming up support from his coalition mates to counter pressure from a federal government worried about his escalating corruption scandals.

There is also red-hot speculation that he has made up his mind to pick as his successor Tanjong Manis MP Norah Abdul Rahman, his cousin and the daughter of Taib’s predecessor Tun Abdul Rahman Yakub. If so, Norah would be both Sarawak's and Malaysia’s first woman Chief Minister.

CEO wanita saman syarikat telekomunikasi RM20 juta

on

KOTA BAHARU, 29 Ogos. — Seorang Ketua Pegawai Eksekutif wanita di sebuah kolej swasta di Kuala Terengganu hari ini menyaman sebuah syarikat telekomunikasi sebanyak RM20 juta kerana didakwa mendedahkan kandungan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan rakaman perbualan telefon beliau dengan individu lain.

Noor Haslina Abdullah, 39, memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 2 petang melalui Tetuan Rafizi Zubairi & Co terhadap syarikat itu yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, yang juga mempunyai cawangannya di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Noor Haslina yang beralamat di Kolej Islam Sains dan Teknologi, Lot 1798-1800, Mukim Telong, Kandis, Bachok menuntut RM10 juta bagi pendedahan SMS dan RM10 juta lagi bagi pendedahan perbualannya iaitu merangkumi ganti rugi teladan iaitu masing-masing sebanyak RM8 juta dan ganti rugi bagi kecederaan perasaan, trauma dan tekanan mental sebanyak RM2 juta.

Selain itu, plaintif turut menuntut ganti rugi am, faedah ke atas jumlah penghakiman pada kadar 8 peratus setahun dari tarikh 30 Mei 2010 sehingga penyelesaian selesai, kos dan apa-apa relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Dalam pernyataannya, plaintif berkata pada 11 Mac lalu sewaktu tiba di pejabatnya, beliau menerima satu sampul surat kiriman di mana kandungannya mengandungi sembilan helai muka surat bersaiz A4 dokumen milik syarikat telekomunikasi itu serta pemacu pena ”Kingston Data Traveller 4GB” berwarna biru.

Nor Haslina berkata beliau membuat laporan polis terhadap defendan pada 14 Mac lepas, yang mana akibat daripada pendedahan itu, plaintif mendakwa mengalami trauma, ketakutan, malu, kehilangan reputasi dan dipandang serong oleh masyarakat dan keluarga. — Bernama

DR. ASRI: SAYA BUKAN PERTAHAN YB TEO

on


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

"Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang itu memberi ucapan di sebuah surau di Kajang Sentral telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut.

Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu.

MP INDERA MAHKOTA :- Cakap Baik-Baik Sikit Wokeh...........???

on



Allo MP, hang jangan le memandai-mandai buat spekulasi. Biarkan Najib uruskan pekara ini. Kalau tak ada bonus faham faham aje le. Lihat lah pada 2007...?????

SHAH ALAM 29 Ogos - Pemberian sumbangan khas RM500 kepada kakitangan dan pesara kerajaan sempena perayaan Adilfitri mungkin menyebabkan bonus pada hujung tahun ini terpaksa dibatalkan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata ada kemungkinan besar bonus kepada kakitangan awam pada hujung tahun akan dibatalkan kerana kerajaan menganggap ia telah diberi awal pada Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
"Pemberian bonus bukanlah satu agenda utama Najib, kerajaan hanya akan beri bonus pada hujung tahun sahaja tetapi bagi menutup perasaan malu bila negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan bonus kepada kakitangannya beliau juga terpaksa berbuat demikian. Disebabkan perubahan rancangan saya pasti pemberian bonus pada hujung tahun ini akan dibatalkan kerana ia telah diberikan pada musim perayaan kali ini," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat berada dalam keadaan terdesak dan tertekan apabila negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri kepada kakitangan awam negeri masing-masing.
Najib terpaksa mengumumkan pemberian khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menutup malu setelah Pulau Pinang lebih awal berbuat demikian dengan sumbangan khas RM400 kepada kakitangan awam negeri.
Ini pula diikuti oleh Selangor yang mengumumkan sumbangan kepada kakitangan awam begeri sebanyak RM500 dan Kedah yang memperuntukkan RM3 juta untuk tujuan yang sama.
Keputusan Najib membabitkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM934.6 juta kepada 1.24 juta penjawat awam dan 590,000 pesara kerajaan.
 Mengulas perkara ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata Perdana Menteri merasakan begitu tergugat apabila melihat Pakatan Rakyat kehadapan dalam mengutamakan kebajikan rakyat.
"Najib sebenarnya tergugat apabila melihat Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang mengumumkan pemberian bonus hari raya sehingga beliau terpaksa mengambil tindakan membuat pengumunan yahg sama walaupun berada dalam keadaan tertekan dengan kedudukan kewangan dan ekonomi sekarang.
"Saya tidak menolak pemberian bonus tersebut dan ia adalah satu langkah terbaik untuk kakitangan awam mahupun yang telah berpencen mendapat peruntukkan tambahan bagi menghadapi hari raya nanti. Bagaimanapun apa yang perlu Najib juga lihat adalah nasib pekerja yang bukan kakitangan kerajaan yang tidak mendapat apa-apa bonus hari raya.
"Satu perkara yang kita perlu ingat setiap kali pemberian bonus dilakukan ialah isu kenaikan harga barang keperluan. Apatah lagi bila tibanya hari raya nanti, barangan keperluan perayaan sudah pasti meningkat. Bagi kelompok kakitangan kerajaan yang mendapat bonus sudah pasti tidak menimbulkan beban tetapi bagaimana pula  mereka yang bukan kakitangan kerajaan," tegas Azan.
Kata Azan, pekerja sektor swasta yang merupakan golongan majoriti kini terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barangan menjelang musim perayaan tanpa sebarang sokongan kewangan daripada pihak kerajaan.
Pemberian sumbagan khas RM500 juga dilihat sebagai tindakan Najib untuk mengambil hati kakitangan kerajaan yang sudah hilang keyakinan terhadap pentadbirannya yang diselubungi pelbagai masalah dan kepincangan.
"Najib cuba mengambil hati kakitangan awam yang kebanyakannya sudah hilang keyakinan terhadap beliau dari isu kerugian Sime Darby, isu saman terhadap Felda sehingga kepada skandal kapal selam Scorpene. Rakyat tahu kepincangan besar berlaku sejak Najib mengambil alih kuasa dan pemberian bonus ini sebagai umpan beliau untuk menutup mulut rakyat.
"Rakyat berterima kasih dengan pemberian bonus tersebut tetapi nilai RM500 bukanlah satu jumlah yang dapat dibeli oleh Najib bagi mengambil hati rakyat untuk menunjukkan beliau pemimpin yang memahami kehendak rakyat. Jelas rakyat tahu mana yang terbaik untuk mereka membuat pilihan," kata beliau lagi


Sumber:- SuaraKeadilan

Nie Ching dan Elizabeth Wong kena cerita pada Karpal Singh bagaimana ‘lembutnya’ PAS

on



Disebelah kiri ialah gambar Ahli Parlimen DAP Serdang,Selangor Teo Nie Ching di satu acara mengenai Palestin baru-baru ini.Beliau memang manis orangnya apalagi kalau berbaju kurung dan kelumbung begitu.

Ditengah ialah gambar kontroversi Nie Ching,berbaju kebaya sahaja sedang berucap di ruang solat surau Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lalu.

Lihat betul-betul pula siapa gambar di sebelah kanan ? Tidak lain tidak bukan primadona PKR,Elizabeth Wong,Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Berbaju kurung,berkelumbung sopan santun beliau diatas pentas PAS sedang berceramah di Kelantan.
Sayang sikit cuma timing nya menjadi bualan ramai.Elizabeth berdiri disitu tidak lama selepas riuh satu negara tentang gambar-gambar meletopnya sedang tidor diambil oleh lelaki Islam ahli PKR yang bersekedudukan dengannya. 

No Problem .Untung nasib Elizabeth beliau dapat ‘mengsucikan‘ diri... antaranya dengan penampilan macam gadis kampong diatas pentas PAS.

Beliau kembali bertugas sebagai Exco macam biasa…sekalipun sebelum itu sudah nekad nak lepaskan jawatan.

Juga untung bagi dirinya lelaki Islam yang ambil gambarnya hilang entah kemana sampai ke hari ini dan isu beliau bersekedudukan sudah pudar dalam ingatan orang.

Kini Nie Ching kena berterima kasih kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana segera ‘ mengsucikan’ apa yang berlaku.

Dicelah hangatnya isu beliau tampil tanpa menutup aurat di ruang solat surau berkenaan,Sabtu Menteri Besar Kelantan berkata tindakan Ahli Parlimen DAP itu tidak menyalahi hukum Islam.

Beliau berkata kehadirannya di surau itu sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.
"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya kepada wartawan di Kota Bharu Sabtu ketika diminta mengulas isu Nie Ching.

Nik Abdul Aziz menilai mereka yang protes kehadiran Ahli Parlimen itu di surau berkenaan mengambarkan kejahilan umat Islam sekarang.

Katanya pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.
"Cuma apa yang dilihat itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.

Sayang sikit pada ketika PAS sedia menutup mata pada hal yang dilihat boleh menyinggung dilakukan oleh orang-orang rakan politiknya ,Sabtu Pengerusi DAP Karpal Singh tampil sekali mengingatkan sekali lagi soal hudud bukan dalam ruang dasar yang dipersetujui oleh PKR-PAS-DAP.

Katanya soal nak melaksana hukum hudud dan tubuh negara Islam tidak berbangkit samasekali.

Beliau membuat kenyataan itu untuk mengulas kenyataan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad bahawa beliau yakin rakan parti dalam pakatan rakyat tidak akan menghalang perlaksanaan hudud jika itu menjadi kehendak rakyat.

Bagi Karpal Singh soal hudud TITIK ia tidak dapat diubah sekalipun dengan dua pertiga majoriti di Parlimen.

Pengerusi DAP itu tidak nampak langsung bagaimana bertolak ansurnya PAS dalam nak menjaga imej rakan parti dari tercalar.

Mungkin Elizabeth dan Nie Ching boleh bantu Nik Aziz ‘bagi penerangan’ pada Karpal Singh dan begitu juga Lim Kit Siang bahawa PAS parti yang cukup toleren dan amat terbuka sekali .

Mereka juga kena bagitau bagaimana lemah gemalainya PAS dengan orang bukan Islam tetapi dengan orang UMNO yang Islam,Nik Aziz selalu kata mereka ‘kurang Islam’ dari orang PAS.

Elizabeth dan Nie Ching juga kena cerita bagaimana dalam kelembutan mereka pada bukan Islam,PAS boleh ‘tarik muka’ pada sesama Islam dengan sembahyang dua imam dan kafir mengkafir.

Siapa tahu Karpal Singh dan Lim Kit Siang akan sedar...wah ini cukup menguntungkan dari segi politik DAP... dan boleh terpengaruh untuk menyokong PAS melaksanakan undang-undang hudud dan tubuh negara Islam.- 29/8/2010

sumber:- Agendadaily

APA HAL DENGAN OMAR OSMAN............???

on

Rupa rupa nya hang nak jadi timbalan bos PERKASA wilayah ye...... Oiiiiit cuepacs pun ko dah semput.....


Cuepacs says no to Perkasa.

Cuepacs has distanced itself from Perkasa. Its president Omar Osman said he had declined an invitation last month to become the Federal Territory Perkasa deputy chairman after they decided it went against the organisation’s principle.
“I was supposed to be appointed in September but I turned down the offer as it goes against our Constitution.
“We had an internal discussion and we agreed that I should not take up the post.
“We realise that Perkasa’s race-based cause goes against what we stand for, which is to fight for the well-being and unity of all workers, including retirees regardless of race or religion,” he said recently.
The union previously came under fire especially by veteran unionists for endorsing the Malay Consultative Council during its launch in February.
Cuepacs was among 76 non-governmental organisations that joined the council, whose spokesman is Perkasa founder Datuk Ibrahim Ali.
Their presence at the council’s launch drew the ire of many who felt that Cuepacs was betraying its purpose to represent all civil servants, regardless of race or religion.
Omar said they went to the launch as invited observers and claimed that they were not aware that the union should not join the council.

Sabah PKR leader clams down to accept party decision.

on


Parti Keadilan Rakyat vice-president Datuk Dr Jeffrey Kitingan pulled back his punches after cautioning his boss Datuk Seri Anwar Ibrahim a day earlier not to come to Sabah.
Dr Jeffrey, who was angry over disciplinary action taken against 12 of his key men here, turned up late at Anwar’s press conference yesterday and said that he respected the party’s action.
“I have given my views about the disciplinary action. I now understand that the party has to follow the process of its constitution and I will let the supreme council decide on whether or not to uphold the decision by the disciplinary board,” said Dr Jeffrey.
The 12 members have been suspended for one year for their part in registering Parti Cinta Sabah recently.
Dr Jeffrey did not attend Anwar’s meeting with Sabah PKR leaders but later turned up to accompany him for a ceramah and to break fast.
Anwar said Dr Jeffrey had spoken to him over the phone on several occasions prior to his arrival and after making the statement telling him (Anwar) not to come to Sabah.
However, Anwar said the trip was already scheduled and it would be difficult to set another date as his schedule was tight due to the fasting month.
“I want to make it clear that Dr Jeffrey is a key leader in the party and there is absolutely no change in our stand regarding him,” he said.
Anwar explained that the disciplinary action was taken as there was evidence that the 12 were named in the application to set up a new party.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List