PERKASA NAK GANTI SUMBANGAN TEO NEI CHING...???

on Aug 29, 2010

Kenapa sekarang baru nak hulur derma. Sebelum tu kenapa tak hulur.......Aku meluat lah dengan PERKASA ni. Nampak sangat desparado nya.Nak tunjuk perkasa tak kena pada tempat nya. Pemuda UMNO mana pergi? Tak nak ganti ke sumbangan Teo. Kesian Khairy tertinggal bas...............



RMAN Azha Abu Hanifah (tengah) bersama beberapa NGO menunjukkan surat bantahan terhadap tindakan Teo Ching di Surau Al-Huda, Kajang, semalam.

KAJANG 28 Ogos - Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu menggantikan wang bernilai RM1,000 sumbangan Teo Nei Ching kepada kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral supaya wang itu dipulangkan semula kepada Ahli Parlimen Serdang.

Ketuanya, Arman Azha Abu Hanifah menjelaskan, wang RM1,000 yang dihulurkan oleh Perkasa sendiri itu sebenarnya lebih wajar diterima kerana ia mewakili orang Islam sendiri.

''Pihak kami akan mencari ahli jawatankuasa surau berkenaan secepat mungkin supaya dengan penerimaan sumbangan ini maka mereka dapat memulangkan semula duit wakil DAP itu,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di hadapan Surau Al-Huda di Jalan Taman Kajang Sentral (TKS) 4 di sini hari ini.

Sumbangan RM1,000 tidak dapat diberikan kepada surau berkenaan hari ini kerana ketiadaan ahli jawatankuasa surau tersebut manakala surau itu turut dikunci.

Ahad lalu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memasuki ruang solat surau berkenaan dalam satu majlis penyampaian sumbangan kepada ahli-ahli Pas.

Perbuatan itu telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang murka dan dukacita dengan perkara itu.

Arman Azha berkata, Wira Perkasa turut kesal dengan tindakan Nei Ching kerana menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor.

Katanya, tindakan Nei Ching yang menyampaikan 'tazkirah' di Surau Al-Huda jelas menunjukkan bahawa beliau telah melanggar titah Sultan Selangor supaya mana-mana surau dan masjid tidak boleh dijadikan pentas politik.

'Wira Perkasa berpendapat, Nei Ching sengaja menggunakan masjid sebagai landasan untuk berpolitik sedangkan orang bukan Islam ditegah untuk memasuki rumah ibadat ini tambahan pula di ruang solat,'' katanya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List