Mengapa pihak PDRM dan SPRM tidak mengambil tindakan walaupun dicabar oleh Deepak.

on Dec 15, 2012






Sejak berlangsungnya Persidangan Agong UMNO  ke 66 di PWTC Kuala Lumpur. Isu Pembunuhan model Monggolia Altantuya Saribanu masih lagi dibicara oleh seorang peniaga karpet iaitu Deepak Jaikishan, banyak cerita yang disebarkan yang mengaitkan nama Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hatta nama adik Najib iaitu Mohd Nassim pun dikaitkan.

Apakah kerana kebebasan bersuara, maka Deepak telah mengambil kesempatan untuk menghina PM Najib dan isteri tersayang Rosmah Mansor. Cerita P. Balasurbamaniam mengubah Akuan Bersumpah diolah dengan baik sehingga seakan-akan boleh mengubah retak keputusan Mahkamah yang menjatuh hukuman kepada Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.

Bukan soal Deepak diupah atau diminta berpihak kepada Pembangkang yang harus dibincangkan, apa yang patut berlaku, apakah pihak berwajib Polis Malaysia dan SPRM hanya berdiam diri apabila satu satu perkara yang boleh mencemarkan nama negara dibiarkan begitu saja.

Boleh dikatakan tiap-tiap hari Deepak memanggil sidang vedio bagi mendedahkan keterlibatan beliau dalam urusan menyediakan SD kedua yang dilakukan oleh P.Balasurbamaniam yang jelas menimbulkan seribu persoalan dan tandatanya.

 Kebebasan dan kekebalan yang didapati oleh Deepak tentunya ada sebab mengapa pihak PDRM dan SPRM tidak mengambil tindakan walaupun dicabar oleh Deepak. Persoalannya sekarang apakah cerita yang dikatakan oleh Deepak itu betul? sehingga pihak berkuasa dan Najib tidak mengambil tindakan untuk mendakwa Deepak.

Perlu diingat dalam semua apa yang diluahkan oleh Deepak itu adalah menjurus untok mengaitkan kepada kes Altantuya yang dibunoh secara kejam dan melibatkan dua orang anggota polis dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Walaupun Azilah dan Sairul belum mati tapi mahkamah telah memutuskan rayuan mereka berduia itu akan didengar pada 11 hb. June 2013.

http://www.malaysiakini.com/news/216686



Tentunya Pilihanraya Umum yang ke 13 akan diadakan sebelum june 2013. Apakah nasib Azilah dan Sairul akan berubah dengan berubahnya sokongan rakyat kepada kerajaan BN pada PRU13 nanti. Atau mahkmamah akan memutuskan hukuman kekal seperti apa yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.



yang ku dengar dan ku lihat


Photobucket

Najib Kerap Pergi Ke Sabah...?

on





Perdana Menteri, Najib Altantuya dijadualkan melawat Sabah dua kali bulan ini, dalam apa yang dianggap sebagai usaha semakin terdesak untuk mengekalkan cengkaman kerajaan campuran itu yang kelihatan seperti negeri pertempuran utama menentukan hidup atau mati karier politiknya.

Najib dijangka tiba di Sandakan esok (15 Disember) untuk merasmikan kongres tahunan rakan kongsi Barisan Nasional (BN) Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP), pada hari berikutnya.

Pada 28 Disember pula, Najib Altantuya dijangka melawat parlimen luar bandar di Pensiangan di mana satu lagi komponen BN kecil, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mengadakan mesyuarat agung tahunannya sendiri.

Najib Altantuya yang juga presiden Umno dan pengerusi BN, dijangka bertemu dengan masyarakat Kristian di Sandakan semasa lawatan hujung minggu beliau, dalam usaha untuk memantapkan kedudukan BN di kalangan masyarakat yang terpinggir menjelang sambutan Krismas pada 25 Disember.

Beliau juga dijangka akan diraikan pada perhimpunan yang sama apabila dia melawat Pensiangan pada 28 Disember mana PBRS presiden, Joseph Kurup, juga dikatakan akan menghadapi satu tugas yang sukar untuk mengekalkan kerusi itu untuk BN.

Pada tahun 2008, Kurup memenangi kerusi Pensiangan tanpa bertanding apabila pencabar beliau dari KEADILAN, Danny Andipai, gagal dalam keputusan kontroversi telah dinafikan peluang untuk memfailkan kertas pencalonannya.

Kurup dan isteri beliau Melinda hampir tidak boleh melarikan diri dari orang ramai yang marah di pusat penamaan calon di mana beliau telah sedia untuk ditumbuk pengundi yang marah dengan keputusan berat sebelah pengurus pilihanraya parlimen itu.

Beberapa penganalisis menyedari lawatan Perdana Menteri kali ini seolah-olah tiada publisiti mengenainya begitu jauh sama ada oleh media tempatan atau-organ kerajaan rasmi, Jabatan Penerangan, dan ramai ahli politik dalam parti pemerintah berkata mereka menyedari Najib Altantuya akan terbang ke negeri ini.

Sekiranya sah, ia merupakan perjalanan ketujuh Najib Altantuya ke Sabah tahun ini.

Kali terakhir perdana menteri melawat negeri ini adalah pada bulan Oktober semasa lawatan ke Penampang dan Ranau.

Tidak pernah seorang perdana menteri dalam sejarah melawat Sabah banyak kali selain Najib Altantuya dalam satu tahun, hatta perdana menteri paling lama berkhidmat selama 22 tahun, Mahathir Mohamad.

Begitulah penguasaan campuran pimpinan Umno dan BN pada satu masa bahawa Mahathir telah pun diketepikan perkaitan bilangan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dalam pengiraan beliau untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Semua ini berubah apabila undi Melayu di Semenanjung akhirnya dibahagikan separuh antara BN dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 2008.~jalanpulang




Photobucket

Janin Dalam Perut Altantuya Siapa Punya...?

on



DS Nizar menjelaskan Musa Hasan pun beritahu ada campurtangan orang atas dalam PDRM.Jadi bagi DS Nizar jelas 60 orang anggota polis yang serbu dan tangkap YB Sivakumar atas perintah DS Najib semasa sidang DUN Perak 2009.

 Nizar juga menerangkan isu Altntuya rupanya masih terus hidup. Bagaimana Deepak begitu berani mendakwa Rosmah ,Najib dan Hishamuddin  terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Bagi DS Nizar tetamu perlu dilayani bukannya dibunuh dengan meletupkan dengan bom C4.      

DS Nizar menerangkan kepada jemaah Masjid Kg Cheh,Bukit Gantang,jika ingin meembunuh tak payah guna bom C4.Cukup upah orang,campak dalam laut.

Tetapi kerana ingin menghilangkan bukti supaya tidak ada serpihan untuk dijadikan DNA,Altantuya dibunuh kejam.Menurut DS Nizar  kerana ingin menutup sesuatu seperti janin dalam perut Altantuya.

Altantuya dibunuh secara kejam."Siapa punya janin dalam perut altantuya???tanya DS Nizar. Kenapa Najib diam dengan pendedahan Deepak.
             Foto DS Nizar sedang menyampaikan tazkirah subuh tadi di Masjid Kg Cheh.


http://sisibukit.blogspot.com

Photobucket

Siapa Lebih Power, Rosmah Atau Mahathir....?

on






Mula-mula kita baca berita berikut…
KUALA LANGAT – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menamakan dan melancarkan kapal latihan baharu ‘Gagah Samudera’ milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di limbungan milik syarikat pembinaan kapal tempatan, NGV Tech Sdn Bhd di Kampung Sijangkang di sini.
Turut hadir menyaksikan upacara itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi Eksekutif NGV Tech Datuk Zulkifli Shariff. 
KD Gagah Samudera adalah satu daripada dua buah kapal latihan yang panjangnya 75.9 meter. 
Ia direka bentuk dengan kerjasama NGV Tech dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering dari Korea Selatan. – Bernama

Siapa yang dah mampu perlekeh siapa? Nampaknya Rosmah, bini PM mampu memperlekeh bekas PM, Mahathir Mohamad. Rosmah boleh menonjol semahunya seperti kata Mahathir sebelum ini dan kini Rosmah buktikannya.

Pentingnya bini PM berbanding bekas PM. Bini PM diberi penghormatan hebat untuk menamakan dan melancarkan Gagah Samudera’ milik  TLDM.

Bekas PM hanya mampu mencebik melihat… [Gambar perasmian tersebut] Rosmah memang power.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List