Sejak berlangsungnya Persidangan Agong UMNO ke 66 di PWTC Kuala Lumpur. Isu Pembunuhan model Monggolia Altantuya Saribanu masih lagi dibicara oleh seorang peniaga karpet iaitu Deepak Jaikishan, banyak cerita yang disebarkan yang mengaitkan nama Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hatta nama adik Najib iaitu Mohd Nassim pun dikaitkan.
Apakah kerana kebebasan bersuara, maka Deepak telah mengambil kesempatan untuk menghina PM Najib dan isteri tersayang Rosmah Mansor. Cerita P. Balasurbamaniam mengubah Akuan Bersumpah diolah dengan baik sehingga seakan-akan boleh mengubah retak keputusan Mahkamah yang menjatuh hukuman kepada Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.
Bukan soal Deepak diupah atau diminta berpihak kepada Pembangkang yang harus dibincangkan, apa yang patut berlaku, apakah pihak berwajib Polis Malaysia dan SPRM hanya berdiam diri apabila satu satu perkara yang boleh mencemarkan nama negara dibiarkan begitu saja.
Boleh dikatakan tiap-tiap hari Deepak memanggil sidang vedio bagi mendedahkan keterlibatan beliau dalam urusan menyediakan SD kedua yang dilakukan oleh P.Balasurbamaniam yang jelas menimbulkan seribu persoalan dan tandatanya.
Kebebasan dan kekebalan yang didapati oleh Deepak tentunya ada sebab mengapa pihak PDRM dan SPRM tidak mengambil tindakan walaupun dicabar oleh Deepak. Persoalannya sekarang apakah cerita yang dikatakan oleh Deepak itu betul? sehingga pihak berkuasa dan Najib tidak mengambil tindakan untuk mendakwa Deepak.
Perlu diingat dalam semua apa yang diluahkan oleh Deepak itu adalah menjurus untok mengaitkan kepada kes Altantuya yang dibunoh secara kejam dan melibatkan dua orang anggota polis dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Walaupun Azilah dan Sairul belum mati tapi mahkamah telah memutuskan rayuan mereka berduia itu akan didengar pada 11 hb. June 2013.
http://www.malaysiakini.com/news/216686
http://www.malaysiakini.com/news/216686
Tentunya Pilihanraya Umum yang ke 13 akan diadakan sebelum june 2013. Apakah nasib Azilah dan Sairul akan berubah dengan berubahnya sokongan rakyat kepada kerajaan BN pada PRU13 nanti. Atau mahkmamah akan memutuskan hukuman kekal seperti apa yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.
yang ku dengar dan ku lihat
0 comments:
Post a Comment