Berapakah Nilai Senyuman Che Det...?

on Nov 25, 2012




Top driver and VIP passengers: Dr Mahathir is committed to helping Najib and Umno win the general election. They are seen here with their spouses in a golf buggy during the last Hari Raya open house at Seri Perdana.


Hari ini Joceline Tan menulis dalam ruangannya dalam akhbar The Star bertajuk Dr M drums up support for Umno

Antara isi kandungannya dalam usaha beliau mempertahankan Umno, air matanya hampir mengalir. Ini dinukilkan oleh Datuk Faizal Abdullah, menantu Onn Ismail.

The hall was just as packed when it came to Selangor Umno’s turn.

“He said this is going to be the mother of all battles. He appealed to us to come together as one. We are at the crossroads – either we make it or we are finished. He was pleading with us, I thought he came close to tears at one stage,” said the Kapar Umno deputy chief Datuk Faizal Abdullah.

Petang ini saya telah mendapat jawapan kenapa kemungkinan air mata buaya Che Det hampir mengalir lagi...?

Wikipedia melaporkan...Nilai Harta Bekas Pemimpin Negara

Entah betul entah tidak, wallahu'alam. Manalah aku tau. Tapi bila wikileak melaporkan umpatan Lee Kuan Yew mengenai Anwar dan Sodomy 2, Che Det dan ahli Umnolah yang paling percaya. Tak kan yang ini depa tak percaya kot?

Ada kawan aku kata, dulu masa jadi PM Che Det pakai proxy. La ni, Che Det bagi direct kat anak dia. Betul tak betul mana aku tau. Kau orang selidiklah sendiri. Ada yang kata jugak, tu yang dia melenting bila wartawan tanya pasal kontrak Sapura-Kencana tu...Hehe!!




Photobucket

Kalau Betul 120 Kerusi Kenapa Najib Masih Belum Yakin...?

on




Pada saya tak kiralah analisa atau kenyataan yang dibuat oleh Profesor ini adalah betul atau bodek. Kenyataan Bung juga mungkin ada realitinya atau saja nak menyedapkan hati

Walau apa pun pokoknya parti-parti dalam PR mesti berhati-hati dan mesti bekerja kuat serta berdisiplin Janganlah ada lagi kenyataan-kenyataan bodoh dari mana-mana anggota parti dari PR yang boleh membuat pengundi menyampah
Kepada yang bermulut sial tu, tolong-tolonglah diam!

Cuma pada saya sekiranya benar dan yakin yang 120 berada secara putih dan jelas di pihak BN, kenapa Najib masih ragu-ragu atau tidak yakin untuk bubarkan parlimen?

Hanya 24 kerusi yang kelabu tu, bukankah hanya perkara mudah bagi BN memutihkannya?
Berapa ringgit sangatlah yang perlu dicurahkan untuk memutihkan 24 kerusi itu?
Penggunaan 'Ringgit', kan kita semua tahu adalah permainan BN yang amat berkesan pada PRU-PRU yang terdahulu?


BBCBN: Jangkaan kerusi 120 'cukup baik'
JAMILAH HAMZAH
25 November 2012
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata jangkaan minimum 120 kerusi Parlimen yang boleh dikuasai Barisan Nasional (BN), sebagaimana dibayangkan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, "cukup baik" buat perikatan itu.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan pembangkang yang bekerja keras menghentam dan menabur fitnah ke atas BN, namun rakyat tetap terus yakin untuk mengekalkan kerajaan semasa di peringkat pusat.

Beliau berkata, usaha berterusan daripada BN dapat menangkis serangan pembangkang dan memberi keyakinan yang berkekalan di kalangan rakyat untuk setia kepada parti.

"Pada saya, BN masih menjadi pilihan rakyat, walaupun menghadapi cabaran terhebat dari pembangkang.

"Namun dengan usaha-usaha berterusan BN, ia telah membantu BN untuk diyakini rakyat jelata.

"(Sebanyak) 120 kerusi cukup baik untuk BN," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

Laporan Sinar Harian Online semalam memetik Shamsul berkata, BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu”.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara ini mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mempertahankan parti perikatan itu dengan menyatakan rakyat akan terus mengundi untuk mengekalkan kerajaan BN pada PRU13.

Katanya, wanita Umno yakin rakyat memiliki kewarasan dalam membuat keputusan pemilihan kerajaan kerana soal pemilihan pemerintah satu perkara serius.

"Wanita Umno yakin BN akan jadi kerajaan selepas PRU13," katanya sambil menambah, "keputusan untuk memilih kerajaan tidak boleh dipermain-mainkan."

Beliau menambah, dengan usaha yang dilakukan oleh Umno sudah semestinya mengharapkan BN mendapat dua per tiga kerusi Parlimen pada PRU13.

"Untuk Wanita (Umno) apa yang kita buat, kita berharap akan dapat dapat dua per tiga kerusi, itu yang kita harapkan," katanya.



sumber

Photobucket

Fitnah: Mahkamah arah pemilik dan penulis blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com bayar ganti rugi kepada Datuk Husam Musa

on





Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya.

Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk “Husam: A moral for PAS delegates” diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif.

Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya.

Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian.

Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com.

Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, “Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik.

“Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti.”

Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS.




Bekas ADUN Banggi Sertai KEADILAN!

on






Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Banggi, Datu Abdul Salam Datu Harun mengistiyarkan penyertaanya ke dalam Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) pagi tadi di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri perkarangan pejabat parti itu di Kudat. 

Datu Salam yang juga merupakan bekas ADUN Benggkoka menyatakan pendiriannya di hadapan lebih 6,000 hadirin seraya menyatakan 'negeri Sabah sudah merdeka tetapi rakyatnya belum merdeka!' Lawan Tetap Lawan.

Turut berada semasa pengumuman tersebut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, pengerusi majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli majlis pimpinan negeri Ansari Abdullah dan pimpinan Pakatan Rakyat.




Photobucket

Wahai Prof.Shamsul Amri Baca Analisis Ini Pulak Ya

on






RAKAMAN GAMBAR YANG MEMBUATKAN NAJIB MASIH TAK JUMPA TARIKH PILIHANRAYA!!!!...PAS GANTI UMNO... PAS UNTUK SEMUA!!!!!!




Rakaman gambar para penjalan kaki bantah Lynas Kuantan-Kuala Lumpur yang singgah di Markas PAS, Taman Melewar membuktikan betapa kata-kata fitnah dan ugutan parti- parti komponen Barisan Nasional terutamanya UMNO dan MCA langsung tidak termakan oleh kaum Tionghua.

Makin difitnah dan diterjah makin berduyun-duyun kaum Tionghua berhijrah menyokong PAS/PR.

Admin mendapat maklumat sekitar 75-80% pengundi berdaftar kaum Tionghua akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.

Rata-rata dikalangan rakyat kaum Tionghua kini berbicara bukan berapa banyak kerusi MCA/GERAKAN bakal menang pada PRU 13 nanti tetapi berapa ramai ahli mereka yang masih tinggal menyokong.

Admin pernah meramalkan dari pengamatan dan analisis yang dijalankan, jika PRU diadakan sekarang maupun dalam tempoh 2 bulan dari sekarang, PR mampu meraih 128 Kerusi Parlimen...Menang majoriti mudah untuk menawan Putrajaya.

Mau tidak mau..perubahan pasti berlaku dalam landskap politik negara kita. Itu adalah realiti dan bukan ilusi maupun mimpi.


PAS GANTI UMNO... PAS FOR ALL.....TAKBIR!!!!... ALLAHUAKHBAR!!!!



sumber

Photobucket

Ceritakan Yang Benar Walaupun Pahit Wahai Professor

on






Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.

Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.

3) “Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi. 

4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?

5) “Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu. Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?

Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!

JALAN PULANG 



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List