Menteri Ini Buta Sejarah Ker...?

on Oct 23, 2012




Fakta sejarah membuktikan Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pernah berkata Malaysia adalah negara sekular sekaligus menepis kenyataan Menteri ‘de facto’ Undang-Undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini di Parlimen yang mengatakan negara tidak mempunyai asal-usul sekular.

Nazri memberitahu di Parlimen bahawa Malaysia tidak pernah diisytihar sebagai negara sekular dengan alasan negara dibentuk daripada Kesultanan Melayu dan kerajaan Islam.

Ekoran kenyataan tersebut, tercetus perdebatan tentang status Perlembagaan walaupun Mahkamah Agung mengakui Malaysia sebuah negara sekular sama seperti yang turut diakui perdana menteri pertama, Tunku.

Tunku Abdul Rahman dalam beberapa ucapannya menegaskan Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan Islam.

Kali pertama Tunku direkodkan memberitahu Parlimen ialah pada 1 mei 1958:“Saya ingin memberitahu secara jelas bahawa negara ini bukan negara Islam kerana ia secara umumnya difahami bahawa Islam hanya diperuntukkan menjadi agama rasmi negara.”

Akhbar The Star turut melaporkan Tunku mengulangi pendirian sama semasa perhimpunan ulangtahun ke-80 dengan tajuk berita, “Jangan isytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam - Tunku” dimana dia berkata “negara ini memiliki penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi.”

Dalam temubual, Tunku berkata: “...Tidak akan ada negara Islam di sini ... Sifat parti politik kita, kerajaan campuran kami, demokrasi kita, dan kehidupan kita yang berbilang kaum adalah asas-asas yang mencukupi dan boleh digunakan untuk membina sebuah negara Malaysia yang makmur dan aman. Mengapa kita perlu mencontohi Iran dan negara Islam lain?”

Dalam akhbar yang sama, PM ketiga Malaysia, Tun Hussein Onn juga dilaporkan menyokong pemimpin terdahulu negara dengan menolak Malaysia bertukar menjadi sebuah negara Islam.

“Negara ini masih boleh berfungsi sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi,” kata Hussein.

Penulis Hussin Mutalib dari Universiti Kebangsaan Singapura juga menemubual Tunku untuk bukunya berjuduk "Islam di Malaysia: Daripada kebangkitan kepada Negara Islam".

Sebuah negara Islam ditakrifkan sebagai negara yang asas utama kerajaannya adalah undang-undang Islam, undang-undang Syariah. Perkara 3 Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan ia digunakan untuk menyokong dakwaan bahawa Malaysia adalah negara Islam dan bukannya sekular.

Walaubagaimanapun, dalam merangka Perlembagaan Malaysia, Suruhanjaya Reid telah menyentuh tentang Islam sebagai agama rasmi di dalam laporan pada Februari 1957: “pemeliharaan prinsip ini tidak akan mengenakan sebarang ketidakupayaan pada warga bukan Islam yang menganut dan mengamalkan agama mereka serta tidak bermaksud bahawa negara bukannya tidak sekular. “

Dalam laporan yang sama, Peguam Raja-Raja (Majlis Raja-Raja) menentang kemasukan peruntukan sedemikian: “Ia adalah pandangan Baginda bahawa ia tidak wajar untuk memasukkan beberapa pengisytiharan sepertimana yang telah dicadangkan bahawa kepercayaan umat Islam atau keimanan Islam menjadi agama rasmi dalam Persekutuan.”

Hakim, Abdul Hamid yang merupakan salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Reid dari Pakistan antara yang mencadangkan kemasukkan peruntukan tersebut.

“Peruntukan seperti yang dicadangkan di atas adalah berbahaya. Tidak kurang daripada lima belas negara di dunia mempunyai peruntukan seperti ini yang termaktub dalam Perlembagaan mereka,” kata Hamid dalam laporan itu.

“Perisytiharan (Ini) didapati tidak menyusahkan sesiapa, tiada bahaya akan berlaku jika pengisytiharan sedemikian dimasukkan dalam Perlembagaan Malaya.”

Mahkamah Agung (sekarang Mahkamah Persekutuan) pada 1988 dalam kes Che Omar bin Che Soh v P.P. turut menggunakan alasan sama bagi menyokong Malaysia sebuah negara sekular.

Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dalam penghakimannya merumuskan: “... Kita perlu mengetepikan pandangan peribadi kita kerana undang-undang negara ini masih sama pada hari ini, undang-undang sekular, di mana moral tidak diterima oleh undang-undang untuk memperoleh status perundangan.”


malaysianinsider



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List