Siapa Ibrahim Ali dia bukan Tuhan - Datuk Harun Taib

on Aug 30, 2010



Perkasa larang bukan Muslim bercanggah suruhan Islam

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Cadangan Perkasa yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan perintah Islam, kata dua komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

“Apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau?

“Dalam Islam sendiri tidak melarang. Adakah Perkasa mahu mencabar perintah agama?” kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib kepada The Malaysian Insider.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu, pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, kata Harun, tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

“Bagi saya orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang. Yang penting mesti berpakaian sopan.

“Ibrahim hanya pandai cakap sahaja... beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkan,” katanya.

Beliau turut membidas Ibrahim kerana mengatakan Nik Aziz kurang bertakwa kerana mempertahankan Teo yang menyampaikan sumbangan dan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

“Saya rasa beliau (Ibrahim) sendiri tidak tahu apa makna takwa, kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap.

“Lagipun siapa beliau untuk menilai seseorang itu bertakwa atau tidak, beliau bukan Tuhan nak tentukannya,” katanya.

Harun menjelaskan takwa bermaksud seorang umat Islam itu mengikut perintah agama dan meninggalkan larangannya tetapi yang boleh menilainya hanya Allah.

“Sebagai orang Islam kita perlu ikut perintah Allah dan segala larangan perlu ditinggalkan.

“Kalau Allah suruh kita solat kita kena buat dan kalau Allah larang kita minum arak jangan buat.

“Malah hanya Allah sahaja yang menentukan seseorang itu bertakwa atau tidak, bukan orang lain termasuk Ibrahim,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty juga berpendapat cadangan sedemikian bertentangan dengan suruhan Rasulullah yang membenarkan bukan Islam memasuki masjid dan surau.

“Tidak salah bagi bukan Islam untuk memasuki masjid, Nabi Muhammad pun membenarkan perkara ini. Yang penting, mereka yang memasuki masjid atau surat berpakaian sopan dengan menutup sedikit aurat mereka... tiada masalah, mengapa perlu menghalang,” kata beliau ketika dihubungi.

Sambil menolak cadangan sedemikian, kata beliau, sikap terbuka di kalangan rakyat berbilang kaum boleh menyelesaikan masalah sedemikian.

“Kalau kita bersikap terbuka, kita boleh menyelesaikan masalah ini... bukan Islam boleh datang ke masjid, malah program boleh diadakan di bawah khemah di luar dewan solat dan sebagainya.

“Mengapa isu ini hendak digembar-gemburkan sehingga mencetuskan konflik antara kaum negara ini?” kata beliau.

TMI

MP Selayang batal program di Masjid At-Taqwa esok

on

Elok elok nak dapat bantuan dah terbatal..Bila PR nak bagi bantuan semua tak boleh. Satu cadangan aku kalau YB William nak beri bantuan pada yang memerlukan buat aje le kat Balai Raya ke Dewan orang ramai ke.Tak ada sapa nak persoalkan. Bantuan pada yang memerlukan bukan hanya boleh disampai kat masjid atau surau sahaja........


Program pemberian sumbangan ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen kepada golongan yang memerlukan di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru pagi esok telah dibatalkan.

Perkara itu dinyatakan oleh pembantu peribadi ahli parlimen tersebut, Chan Foo Chuen dalam nota liputan kepada media.

"Harap maaf kerana program pemberian sumbangan di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru dibatalkan. Sekian terima kasih," demikian menurut nota liputan dari Chan.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam nota liputan tersebut sebab majlis itu dibatalkan.
Ketika dihubung Malaysiakini, Chan berkata beliau tidak tahu mengapa majlis itu dibatalkan dan meminta supaya bertanya sendiri kepada William.
Malaysiakini kemudiannya berusaha untuk menghubungi William tetapi tidak berjawab. SMS yang dihantar kepada beliau juga belum dijawab.
Pembatalan tersebut dibuat beberapa jam selepas Chan menghantar nota liputan yang menyebut William akan menghadiri majlis tersebut di masjid berkenaan.

Menurut jadual awalnya, majlis sumbangan itu akan berlangsung pada jam 10 pagi di masjid berkenaan.

Sebelum ini, William menjadi sasaran Mingguan Malaysia kerana menghadiri majlis sumbangan kepada masjid yang sama.

Akhbar milik Umno itu melaporkan bahawa ahli parlimen Selayang itu diberi kebebasan berada di saf paling hadapan dalam masjid berkenaan.

Di bawah tajuk "Kesucian masjid terus dinodai", akhbar itu memetik sebuah laman blog, yang menyebut, pihak yang bersekongkol membenarkan William memasuki ruang solat masjid tersebut adalah orang Melayu yang beragama Islam.

William menjadi sasaran selepas akhbar berkenaan menyiarkan di muka depannya mengenai kunjungan kontroversi ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke sebuah surau di Kajang minggu lalu.

Akhbar itu menyebut, tindakan itu terbongkar "cuma sehari selepas umat Islam di negara ini dikejutkan dengan tindakan Teo 'bertaskirah' di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat".

Perbuatan wakil rakyat PKR itu, lapor akhbar itu lagi, bukan sahaja memperkecilkan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang orang bukan Islam memasuki ruang solat tetapi turut menghina kesucian agama Islam.

Malaysiakini

Brig-Gen Yasin acquitted, so MACC caught lying again.......???

on


This morning, the Kota Kinabalu Sesssions Judge Caroline Majanil acquitted Dato’ Mohamad Yasin Yahya (Rtd Brig-Gen), of all charges of perjury in the trial of Dato’ Ramli Yusuff, former Director Of Commercial Crimes PDRM. Dato’ Yasin was acquitted without his defence being called. DPP Ahmad Bache prosecuted while defence counsel acting for Dato’ Yasin was a prominent Sabah lawyer, Sugumar.
In 2007, Dato’ Ramli Yusuff was charged in Sabah for using a police cessna for his own personal use. That trumped up charge was brought about in order to discredit Dato’ Ramli as a corrupt senior  police officer who had used police transport facilities for conducting an aerial survey of his private land and for bringing 2 civilians on board the aircraft.
The manner in which the case was brought against Dato’ Ramli showed unmistakably of a conspiracy between IGP Musa Hassan, AG Gani Patail and the MACC. The Sabah case was based on fabrications by MACC Supt Sok One a/l Esen who said that a Sabah Penghulu had named Dato’ Ramli in a confidential MACC report. When the Penghulu was called to court, he denied ever mentioning Dato’ Ramli’s names. Instead, the Penghulu said that he was visited by Musa Hassan’s aide named ASP Chew Kam Soon to make various allegations against Dato’ Ramli, all of which were untrue.
The charge in the Sabah case was amended several times throughout the trial including dropping any mention of the two civilians on board the aircraft, as Brig-Gen Yasin was an authorised military personnel. Also, it was revealed in Dato Ramli’s trial that he was in full uniform escorted by several policemen for an official crime prevention aerial survey of the coastal line of Sabah covering a police post known as Dent Haven. As such, Dato’ Ramli was acquitted by Judge Supang Lian in a very lengthy trial over 57 days which involved 75 witnesses (longer than a murder trial).

MalaysiaToday


BETUL KER CERITA INI.........???

on

MEREKA AKAN PAKSA NAJIB BERUNDUR..........???


Sejak cerita MP Serdang dalam masjid tu meletup, rupanya ada yang lebih meletup..selain cerita tu, ada yang mengatakan ianya saja dibesar-besarkan hanya untuk memburukan imej Najib serta Rosmah dengan menggunakan blog PR..dan lihat apa yang berlaku..gambar-gambar Rosmah didedahkan...


Siapa yang berperanan untuk menjatuhkan imej Najib dalam isu ini..dah tentu orang UMNO..orang yang tidak sehaluan dengan Najib...cerita MP Serdang hanya sebagai "pembuka bicara" saja..dan lepas ni mungkin akan ada berita,cerita lebih mengaibkan untuk memaksa Najib berundur..bagaimana mereka memaksa Pak Lah turun...tu adalah keje UMNO.

Resipi Puding Cendol

on

"Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 (20 gm)
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah


Cara menyediakan:
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi, tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan dan hidangkan.

AKHIR NYA BERSUARA JUGA DATO' INI.........???

on

Jaga adab di masjid dan surau, kata Hasan Ali.

Dato' apa macam kes si Teo ni...... Baru sekarang ke nak ada peraturan dato'. Rasa nya peraturan dah lama ada cuma tak praktik aje kan......Apa pun lu fikir le sendiri cakap dato' ni........... Aku dah lama kenal dah.....
hassan

SHAH ALAM: Exco agama , Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam,Selangor, Datuk Hasan Ali  berkata beliau akan cuba menasihatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik supaya memberitahu rancangan kehadiran mereka kepada pihak berwajib supaya tatacara penggunaan surau dan masjid dipatuhi.
Katanya,  dengan cara ini diharapkan kejadian yang berlaku di Serdang tidak berulang.
"Saya juga akan mencadangkan supaya digubal peraturan yang lebih mendalam dengan memperincikan langkah-langkah yang mesti diambil dan tatasusila yang mesti dipelihara bagi mereka yang berhajat menggunakan kemudahan surau dan masjid di negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Hasan, beliau sudah berkata beliau sudah  memanggil jawatankuasa surau Al Huda, Kajang Sentral untuk menjelaskan  kejadian sebenar.
Katanya, beliau juga telah menerima penjelasan daripada  ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching dan menghormati hasrat beliau untuk menyembah ampun maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
"Saya akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk  Mohammad Khusrin Munawi selaku Pengarah JAIS untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil oleh beliau berhubung dengan perkara ini.
Hasan mengulas penyertaan  Teo dalam majlis bantuan kewangan kerajan negeri di  surau itu dan ucapan ringkas ahli parlimen Serdang di majlis tersebut.
Katanya,  Teo memang dijemput sebagai tetamu atas sifat beliau sebagai Ahli Parlimen Serdang.
"Beliau (Teo) telah dijemput masuk ke dewan solat surau untuk menyampaikan bantuan dan seterusnya menyampaikan ucapan ringkas. Ucapan beliau tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan negeri dalam  membantu pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi," kata Hasan dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun, perkara ini telah dieksploitasi oleh pihak-pihak yang ingin menangguk di air keruh dan menimbulkan reaksi segera di pihak Majlis Agama Islam Selangor dan Jais.
Menurut Hasan,  pengerusi serta bendahari surau dan pembantu khas Teo telah dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS dan wakil Istana.
Beliau berkata, sejurus selepas pertemuan  tersebut, keputusan telah dibuat iaitu  membubarkan jawatankuasa surau dan Mais mengambilalih pentadbiran surau tersebut.
Tetapi, kata Hasan, akhbar telah melaporkan dengan begitu berat sebelah mengenai kejadian ini.
Pada 22 Ogos lalu, Teo berkunjung ke Surau Al-Huda untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan menyampaikan ucapan atas jemputan jawatankuasa surau.
Insiden itu bagaimanapun didakwa Umno dan Perkasa sebagai satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

FMT

Kerajaan Selangor tidak pinggirkan DPMMS

on

Apa lah nak layan sangat TS Rozali tu. Dia dah kaya raya. Gaji sebulan 5/6 angka. Tu air kat selangor tak pasal pasal bagi kat dia buat duit. Air Allah kurniakan, cuma ko proses aje... tu pun nak balun pada rakyat. Tak ada sifat kemanusiaan langsung.....




teresa_kok_wince

PETALING JAYA: Tuduhan yang dibuat oleh Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali ke atas kerajaan negeri Selangor bahawa dewan perniagaan itu dipinggirkan disifatkan palsu dan tidak berasas.
Demikian dinyatakan Exco Selangor Teresa Kok, bahawa tindakan itu nyata tiada asas malah kerajaan negeri sentiasa berhubung dan berbincang dengan pihak perniagaan tersebut.
"Kerajaan Negeri Selangor sememangnya berhasrat membangunkan ekonomi negeri melalui pengembangan perniagaan, termasuklah agenda kami untuk mempromosi industri halal dan pembangunan ekonomi kaum Bumiputera.
"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri sentiasa berhubung dan berbincang dengan semua pihak perniagaan yang berkait melalui dialog terbuka supaya ia dapat dilakukan secara bersih dan telus," katanya melalui satu kenyataan media.
Menurut Teresa, kerajaan Selangor tidak mungkin meminggirkan mahupun mengecualikan mana-mana dewan perniagaan dalam proses tersebut.
Jelas beliau, semua dewan-dewan perniagaan dijemput hadir termasuklah DPMMS dalam penganjuran sesi dialog bajet tahunan pada Julai lalu.
Namun, DPMMS tidak hadir bagi mengutarakan pendapat sepanjang forum itu berlangsung.
"Semua dewan-dewan perniagaan telah dijemput hadir, termasuk DPMMS. Pertubuhan-pertubuhan seperti Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan Real Estate and Housing Developers’ Association Malaysia (REHDA) telah menghantar wakil-wakil mereka untuk mengutarakan pendapat-pendapat mereka dan mewakili kepentingan mereka di dalam forum tersebut.
"Sebaliknya, DPMMS tidak hadir walaupun mereka telah dijemput. Ketidakhadiran mereka amat mengejutkan dan mengecewakan," katanya yang juga Ahli Parlimenb Seputeh.
Melalui forum itu juga, Selangor telah menubuhkan majlis penasihat yang dipanggil Selangor Business Council.
"Kami telah melantik para perniagaan, penganalisa dan ahli ekonomi dari pelbagai latar belakang untuk menjadi ahli majlis inil, termasuklah ahli-ahli perniagaan Melayu dan pakar ekonomi Melayu dan juga ahli-ahli DPMMS.
"Ini bukti bahawa tuduhan terhadap Kerajaan Negeri Selangor meminggirkan para peniaga Melayu adalah suatu pembohongan dan penyebaran maklumat palsu.
Teresa turut mendakwa kenyataan Rozali itu sebagai memegang dendam terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya percaya bahawa  Rozali telah membuat kenyataan tidak berasas ini kerana beliau memegang dendam terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana Selangor sedang berusaha membeli dan mengambil alih syarikat “cash cow”nya iaitu Syabas.
"Beliau diketahui umum sebagai penyumbang dana yang besar kepada Umno oleh itu, beliau sedang menyokong UMNO dengan menyerang Kerajaan Negeri Selangor dengan tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan," katanya.
FMT

SLE :- penyakit seribu wajah

on

Apa itu SLE. SLE = Systemic Lupus Erythematosus. SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.


PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tinggal sebulan lagi namun Zakira Adlia Mohd. Zarawi tiba-tiba diserang demam. Bukan sehari dua sebaliknya demam itu berlarutan sehingga tiga minggu. Terdapat juga ruam di tangannya. Doktor yang memeriksa kesihatannya di klinik kemudian merujuk Zakira Adlia ke hospital apabila kesihatannya masih di takuk yang sama.
Selepas dua hari menjalani ujian darah di hospital, dia kemudiannya disahkan mendapat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Sejujurnya pada masa itu, dia sendiri tidak tahu apa reaksi yang hendak diberi. Antara terkejut dengan tidak, dia sebenarnya tidak pernah tahu dan mendengar tentang penyakit itu.
“Saya tak pernah dengar nama penyakit itu sebelum ini. Kerana sakit, saya tidak dapat menghadiri banyak kertas peperiksaan pada masa itu,” kata Zakira Adlia, 19, mengenang kembali saat dia mula menghidap SLE dua tahun lalu. Zakira Adlia yang bakal mengambil peperiksaan SPM sekali lagi pada tahun ini menjelaskan, dia tidak berupaya mengulang semula peperiksaan tahun lalu kerana mengalami sakit-sakit pada sendi, keguguran rambut, sakit perut, kaki dan bengkak pankreas semuanya disebabkan oleh SLE. Dia telah dimasukkan ke wad selama tiga bulan termasuk menjalani pembedahan membuang bengkak di pankreas.
“Sehingga hari ini, saya mesti makan ubat setiap hari. Tidak boleh tertinggal sehari pun. Ubat yang perlu dimakan sangat banyak. Kira-kira 10 jenis ubat yang perlu diambil,” katanya ketika ditemui di pusat beli-belah Sungei Wang, Kuala Lumpur dalam satu program meraikan pesakit SLE baru-baru ini.
Penyakit kronik
SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.
KEBANYAKAN pesakit SLE mula menderitai penyakit itu dengan kemunculan ruam merah pada muka atau tubuh badan.


Erythematosus bererti ruam merah manakala lupus ialah perkataan Latin bagi serigala.
Pada tahun 1851, Dr. Cazenave menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala.
Kemudian, pada tahun 1885, Sir William Osler mengenal pasti bahawa ramai individu yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem badan yang lain. Penyakit tersebut kemudian dinamakan SLE.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.
Jelasnya, penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.
“Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.
Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.
“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).
Ruam

RAMBUT gugur juga merupakan salah satu simptom SLE.


Namun begitu, majoriti pesakit dipercayai mula mendapat penyakit ini dengan kemunculan ruam yang dinamakan malar rash atau butterfly rash yang berbentuk kupu-kupu di muka atau bahagian-bahagian tubuh yang lain termasuk di leher, telinga dan kepala.
Pesakit yang terlewat dikesan penyakit ini berisiko maut apabila antibodi berkenaan sudah terlalu aktif dan terus merosakkan sel atau organ badan tanpa disedari.
Heselynn memberitahu, untuk merawat penyakit ini, doktor akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan kekuatan antibodi. Rawatan asas atau wajib ialah pengambilan hydroxychloroquine.
“Memang pesakit biasanya perlu makan banyak ubat, tetapi bukan kesemuanya khusus untuk SLE. Memandangkan SLE menyerang organ, maka ada ubat yang perlu diambil untuk melindungi organ tertentu dan ubat steroid. Itu sebabnya ada yang perlu makan banyak ubat,” jelasnya.
Heselynn menegaskan penyakit ini tidak boleh disembuhkan dan ia hanya boleh dikawal. Ubat perlu diambil secara berterusan.
“Pesakit perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor. Sebarang perubahan bilangan ubat akan ditentukan oleh doktor. Jangan buat keputusan sendiri untuk berhenti atau mengurangkan bilangan ubat apabila rasa sudah baik sedikit. Pesakit digalakkan menjalani hidup normal seperti biasa,” katanya.
Kebanyakan penghidap SLE berada dalam lingkungan umur di antara 15 tahun hingga 50 tahun. Penyakit ini bagaimanapun boleh menyerang tatkala pesakit mencapai usia akil baligh. Lebih kurang 90 peratus penghidap SLE ialah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan hormon estrogen.
HESELYNN


Seorang lagi pesakit, Hazwani Amzan, 21, menghidap SLE sejak berusia 11 tahun. Cerita Hazwani, pada masa itu, dia perlu tinggal di hospital selama sebulan sehingga doktor benar-benar dapat mengesahkan yang dia menghidap SLE.
“Sehingga hari ini, saya masih mengambil ubat seperti yang disyorkan. Mesti makan ubat setiap hari,” ujarnya.
Sementara itu, seorang pesakit lelaki, Mohd. Izwan Affendy Abdul Latiff, 23, memberitahu, dia mendapat SLE tidak lama selepas menduduki SPM. Dia berkata, simptom yang dialaminya ialah seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan seperti kehilangan banyak darah merah.
“Doktor pun pelik sebab jarang lelaki dapat SLE,” ujarnya.

Heidi menyesal besarkan payu dara

on


HEIDI MONTAG yang sebelum ini pernah melakukan beberapa pembedahan membesarkan payu dara dan pada bahagian hidung kini berasa risau dirinya akan mengalami nasib seperti Michael Jackson. Dia yang popular menerusi siri The Hills terkenal kerana pernah menjalankan 10 pembedahan kosmetik dalam sehari.
Kini, aktres itu berasa menyesal kerana membesarkan payu daranya kepada saiz G dan mahu mengeluarkan implan tersebut. Katanya: "Payu dara saya membuatkan saya menyesal. Badan saya masih cuba untuk menerima payu dara itu.
"Saya mengambil banyak pil tahan sakit tetapi ia tidak berkesan. Ia amat menyakitkan. Saya terdesak untuk mendapatkan kembali saiz normal. Saya akan mengecilkan saiz mungkin kepada saiz D."
Aktres berusia 23 tahun itu juga menyatakan dia tidak mampu menjalani kehidupan normal kerana saiz payu daranya. Tambah Heidi: "Saya obses dengan senaman dan adalah mustahil bagi saya untuk bersenam dengan payu dara sebenar ini. Saya tidak boleh menjalani kehidupan biasa."
Selain daripada itu, Heidi juga memakai pita hidung sejak November lalu kerana risau hidungnya akan jatuh. Jelasnya kepada majalah Life and Style: "Saya cuba mengekalkan hidung saya seperti mana yang dibedah oleh Dr. Frank Ryan. Saya tidak mahu hidung saya jatuh."
Namun, Heidi juga takut dia tidak mampu memperbaiki kesan yang berlaku selepas pembedahan kerana Ryan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya awal bulan ini.
"Saya rasa seperti terperangkap dalam diri sendiri. Tiada apa yang boleh diperbaiki. Ryan tahu apa yang dilakukannya dan dia tahu segala-galanya mengenai badan saya," ujarnya.
Heidi juga mengaku pembedahan dramatik itu telah menyumbang kepada masalah perkahwinannya bersama aktor Spencer Pratt.
Kata Heidi: "Tiada orang yang mahu menjaga isteri yang kelihatan seperti dia baru sahaja mengalami kemalangan teruk. Dia ada merayu supaya saya tidak melakukan pembedahan."

Harakah hantar USD 10,000 ke Pakistan sumbangan bencana banjir

on

Bagi melaksanakan amanah sebagai saudara seIslam dan menunaikan tuntutan membantu rakyat yang sedang dilanda bencana banjir besar di Pakistan, Harakah telah memperuntukkan kira-kira USD 10,000 untuk didermakan kepada mangsa bencana.

Ia adalah sebahagian daripada hasil sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Harakah yang telah diwujudkan sejak tahun 2009. Pengerusi Ahli Lembaga Jemaah Harakah, Dato' Mustafa Ali berkata buat masa ini Harakah telah menghulurkan sumbangan hasil kutipan orang ramai kepada mangsa di Gaza sebanyak RM1.7 juta.


"Pelbagai agensi antarabangsa telah menyatakan peranan dan komitmen mereka bagi membantu mangsa banjir di Pakistan dengan mewujudkan pelbagai bentuk bantuan.  Begitu juga dengan Harakah, kami berharap akan dapat membantu semampu yang boleh," katanya pada sidang media pelancaran Tabung Kemanusiaan Mangsa Bencana Banjir Pakistan di Pejabat Harakah dekat sini.
Mustafa memberikan keyakinan kepada rakyat negara ini untuk menghulurkan sumbangan ikhlas bagi mengurangkan penderitaan dan kesengsaraan yang ditanggung rakyat Pakistan khususnya umat Islam dalam menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan ini.

"Saya yakin kita dapat sama-sama menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial bagi menghulurkan sumbangan bagi meringankan penderitaan yang dialami mangsa bencana banjir di Pakistan, apatah lagi umat Islam sedang menjalani ibadah pada Ramadan yang mulia ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Harakah, Dato' Kamaruddin Jaffar berkata pihak Harakah masih merayu sumbangan-sumbangan daripada pembaca dalam tempoh terdekat untuk dibawa terus kepada mangsa banjir Pakistan.

"Ekoran begitu banyak masalah dan bagi memastikan sumbangan pembaca disampaikan terus ke tangan mangsa banjir di sana, kita akan menghantar sendiri hasil kutipan dalam pelbagai bentuk termasuk barang-barang keperluan. Tabung ini masih dibuka dan berharap jumlahnya meningkat sebelum rombongan wakil kita bertolak ke sana," ujarnya pada sidang media yang sama.
Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berkata pihaknya telah membuat keputusan untuk menghantar wartawan, Intan Abdullah dan jurufoto, Wan Zahari Wan Salleh menyertai misi menghantar sumbangan tersebut ke Pakistan.

"Kita akan menghantar dua wakil untuk sama-sama mengikuti rombongan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Yayasan Amal Malaysia pada 31 Ogos ini, yang akan membawa sumbangan awal pembaca kepada mangsa banjir," katanya.

Mereka dijangka bertolak pada 31 Ogos ke Lahore, Pakistan dan pulang pada 6 September ke Kuala Lumpur. Menurut maklumat semasa, kira-kira 25 juta penduduk negara tersebut terjejas teruk akibat banjir yang melanda disebabkan empangan yang pecah sehingga mengundang kira-kira 2,000 kematian.

Umno jadi macam beruk telan mercun

on

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan, Umno kini tidak ubah seperti seekor beruk yang tertelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit akibat letupan ketika bermain bersama tuannya.
Apa tidaknya, tambah beliau, semua bahan dakyah yang direka khas untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat mahupun memperlihatkan kepada dunia bahawa PAS tidak patriotik terhadap negara akhirnya memakan diri Umno.


Katanya, kenyataan demi kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin hari kian berkumandang di dada akhbar atau media elektronik menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.
"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup.  Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.
“Apa lagi, pecah mulut binatang tersebut," ujarnya sinis ketika berucap pada program Ihya Ramadhan Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.
Turut berceramah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Halim Husain
Berucap dalam majlis anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri itu, beliau berkata, rakyat kini sudah matang berpolitik dan tidak menunjukkan reaksi terhadap isu yang ditimbulkan Umno itu.
Katanya, Umno BN begitu cemburu apabila melihat PAS bersama DAP duduk sepentas bercakap soal kebajikan rakyat, penyelewengan, penipuan pemimpin Umno dan banyak lagi.
"Fenomena itu yang membimbangkan Umno dan BN.  Mereka kecut bila berhadapan dengan pembangkang seperti PAS yang tahu di mana kelemahan parti asobiah itu," jelas beliau.
Menurutnya, ketakutan Umno kepada PAS bertambah teruk apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai sebuah sayap terbaru parti untuk berhadapan dengan BN pada masa depan.H/Daily

Guru disiplin promosi ubat seks

on

JOHOR BAHRU: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.
PROMOSI...laman web milik guru terbabit.
PROMOSI...laman web milik guru terbabit.
Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa. 

Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar. 

Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan. 

“Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah. 

“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.  Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’. 

“Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang. 

Pesara tentera ditahan miliki dua raifal angin

on

Tak puas ke masa dalam tentera pegang senjata. Dah tu sampai dua pulak tu.... 




JOHOR BAHARU - Seorang pesara tentera ditahan Jumaat lepas kerana didakwa memiliki dua raifal angin.

Lelaki berusia 50 tahun itu, yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, ditahan pada 11.30 malam selepas anggota polis menyerbu rumahnya di Jalan Gunung Ledang, Kampung Relau di Tangkak berikutan maklumat awam.

"Pesara tentera ini ditahan reman sehingga 2 September untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff kepada pemberita di sini, hari ini.

Mokhtar berkata, pesara itu menyimpan raifal tersebut sebagai perhiasan sahaja namun ianya merupakan satu kesalahan jika tidak mempunyai sebarang permit.

Dalam kes lain, polis menjumpai sepucuk pistol Colt Super Automatic .22 di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Panchor, Bukit Pasir, Muar, pada Sabtu lepas.

Wanita Terbunuh, Lelaki Cedera Bom Meletup Depan Rumah

on

KUALA LUMPUR: Sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan di depan sebuah unit pangsapuri di Desa Tun Razak, Cheras di sini meletup sebelum membunuh seorang wanita dan seorang lagi berada dalam keadaan kritikal selain mengakibatkan kerosakan kecil terhadap lima unit rumah lain pada Ahad.
Ng Siew Hong, 51, yang mengalami kecederaan 90 peratus di badannya selepas membuka sebuah kotak misteri yang diletakkan di hadapan pintu rumah majikannya.
Ng kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun dia meninggal dunia pukul 5.15 petang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kejadian itu tiada kaitan dengan kegiatan keganasan.
"Pegawai penyiasat telah menjelaskan kepada saya bahawa kejadian ini bukan daripada pihak pengganas dan lebih merupakan kepada masalah kewangan dan kami akan meneruskan siasatan," katanya kepada The Star.
Pada kejadian sebelum itu, pemilik rumah itu terdengar pintu rumahnya di ketuk kira-kira pukul 8.30 pagi tadi sebelum menemui sebuah kotak misteri yang diletakkan di hadapan pintu rumahnya.
Dia kemudiannya terbau gas petrol pada kotak berkenaan dan bertanya kepada jirannya jika ada di antara mereka terlihat sesiapa meletakkan kotak tersebut di hadapan pintu rumannya.
Bagaimanapun, tiada siapa yang melihat ada orang meletakkan kotak berkenaan.
Risau dengan kandungan kotak itu, Lim kemudiannya meminta dua pekerjanya yang berada di tingkat bawah untuk membuka isi kandungan kotak itu.
Apabila mereka membuka kotak tersebut, ia secara tiba-tiba meletup dan telah mengakibatkan badan Ng dan dua berusia 51 tahun dan seorang lelaki, 38, melecur hampir 70 peratus.
Pemangku Ketua Polis Cheras, Supritendan Abd Rahim Hamzah Othman berkata polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan persaingan perniagaan walaupun pemilik pangsapuri itu menafikan ada menerima sebarang ancaman sebelum ini.
Pemilik pangsapuri itu adalah seorang pemilik kafe siber yang beroperasi di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.
myStar

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List