Ghapur minta Presiden LDP jelaskan kenyataan timbalannya........????

on Aug 30, 2010

TAWAU 30 Ogos — Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V.K. Liew hari ini diminta menjelaskan kenyataan timbalannnya, Datuk Chin Su Phin yang tidak lagi boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, penjelasan Liew perlu bagi menentukan sama ada kenyataan Su Phin itu merupakan pandangan peribadi beliau sendiri atau pendirian LDP.

"Jangan jadi parti rojak dengan membiar segala kenyataan yang membabi buta menghentam pengerusi Barisan Nasional (BN). Di manakah setiakawan dan sifat perundingan di meja bulat?
"Tidak wajar beliau (Su Phin) melahirkan kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam BN. Seharusnya LDP menyokong pemimpin negeri bukan menghentam membabi buta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, Su Phinn dilaporkan berkata, beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, namun tetap setia dengan Barisan Nasional dan akan terus bekerjasama dengan UMNO.
Ghapur berkata, sekiranya kenyataan berkenaan merupakan pandangan peribadi Su Phin, maka Liew perlu mengambil tindakan tatatertib.

"Semua orang boleh memberi pandangan tetapi biarlah berasas dan bukan kerana rasa tidak puas hati, pucuk pimpinan BN diperkotakkatikkan oleh orang BN sendiri,” kata Ghapur. — Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List