Punca Zulkifli Nordin Jadi Calon Parlimen Shah Alam...!

on Apr 18, 2013





Pelik dan hairan. Zul Nordin ni taraf macai je dalam PERKASA. Ibrahim Ali adalah pengasas serta Presiden PERKASA merangkap orang kesayangan Dr Mahathir Muhammad. Mengapa Zul Nordin pulak yang dapat kerusi tapi Ibrahim Ali tidak?
Sedangkan Zul Nordin adalah liabiliti yang lebih besar berbanding Ibrahim Ali. Sekurang2 nya tiada video jelas Ibrahim Ali memaki dan menista kaum dan agama Hindu.

Pencalonan Zul Nordin bakal menyebabkan undi India kepada BN jatuh dengan menjunam. Ditambah Zul Nordin ahli PERKASA yang dibenci oleh kaum Cina.

Pencalonan Zul Nordin sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat dengan sebegitu besar terutama di kawasan2 campuran. Dan Dato Najib maklum berkaitan perkara ini.

Dan Ibrahim Ali sudah dikenali di kerusi Parlimen Pasir Mas tu sejak zaman berzaman. Ditambah pula Ibrahim Ali adalah penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas. Tiada sebab pencalonan tidak diberikan kepada Ibrahim Ali kerana beliau mampu menawan kembali kerusi tersebut dari PAS.

HABIS TU KENAPA CALONKAN ZUL NORDIN JUGAK? DI SHAH ALAM PULAK TU?

Ramai lupa, sewaktu isu pembunuhan Altantunya berlaku, kedua2 pegawai polis Sirul dan Azilah telah mengambil Zul Nordin sebagai peguam mereka.

Mengikut kawan lawyer Tulang Besi, di dalam simpanan Zul Nordin adalah akuan bersumpah kedua2 anggota polis tersebut.

Tak tau apa kandungan akuan bersumpah mereka, namun kalau sampai boleh bertanding di Shah Alam tu, konfirm la akuan bersumpah tu sangat2 panas bagi orang2 besar BN. 
~tulang besi


Photobucket

ENAM CALON UMNO/BN WP MESTILAH MENANG UNTUK CAPAI HASRAT DUA PERTIGA

on








Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,
Lembah Pantai
Dato' Dr Shafei Abdullah, Wangsa Maju
Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Setiawangsa
Tengku Adnan Tengku Mansor, Putrajaya
Dato' Johari Ghani, Titiwangsa
Datuk Yusoff Mahal, Labuan

Calon-calon UMNO dijangkakan akan bertanding di enam kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan. Beberapa calon baru dari UMNO dijangka akan dinamakan oleh Dato' Sri Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional di kawasan-kawasan parlimen yang terbabit. 
Diantara muka baru yang bakal dinamakan bertanding di dalam sirkit PRU13 ini nanti ialah Dato' Raja Nong Chik di Lembah Pantai, Dato' Johari Ghani di Parlimen Titiwangsa, Dato' Ahmad Fauzi Zahari di Setiawangsa dan Dato' Dr Mohd Shafei Abdullah di Wangsa Maju. 
Manakala bagi kawasan Parlimen Labuan pula Datuk Hj Yusoff Hj Mahal berkemungkinan juga akan digantikan dengan muka baru, begitu juga di Putrajaya di mana akan berlaku kejutan kerana nama Tengku Adnan Tengku Mansor yang menjadi Ahli Parlimen sebelum ini dikatakan akan digantikan dengan calon yang lain. 
Namun begitu, sebagai Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan dikatakan wajar kekal bertanding di Putrajaya walaupun ada ramalan yang menyebut bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed akan bertanding semula bagi kali ini menggantikan Tengku Adnan. PAS baru-baru ini telah menamakan Naib Presidennya Datuk Husam Musa akan dicalonkan bertanding di Parlimen Putrajaya. Terdapat juga ramalan yang menyatakan bahawa Tan Sri Aseh Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya juga disebut-sebut bakal dicalonkan untuk menentang Husam Musa.
Dato' Sri Zulhasnan Rafique, mantan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga telah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal di Wangsa Maju dan juga di Setiawangsa, dikatakan tidak dipilih semula menjadi calon dalam PRU13 kali ini. Seorang muka baru, Dato' Ahmad Fauzi Zahari yang menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa diramal bakal menggantikannya sebagai calon di Setiawangsa. Fauzi Zahari dilihat winnable di Setiawangsa, kerana beliau juga dikatakan di antara 6 calon yang telah direstui oleh UMNO Bahagian berkenaan, malah Fauzi juga mendapat sokongan di peringkat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Fauzi merupakan Setiausaha Kerja BN Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pilihan raya umum yang lepas, calon UMNO hanya menang di Setiawangsa, Putrajaya dan juga di Labuan sahaja. Lembah Pantai dan Titiwangsa telah dikejutkan apabila tewas di tangan PKR dan juga PAS. Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai telah dibawa masuk menyertai kabinet Najib menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar setelah dilantik sebagai seorang senator. Nong Chik diharapkan dapat menebus kembali kekalahan yang dialami oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil di Lembah Pantai pada PRU12 yang lalu.
Begitu juga, Dato' Johari Ghani yang memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa diberikan tugas yang berat agar dapat merampas semula kerusi Parlimen Titiwangsa yang telah dimenangi oleh Allahyarhamah Dr Lo Lo dari PAS pada musim PRU12 tahun 2008.
Berbeza pula di Parlimen Wangsa Maju, di mana Dato' Dr Mohd Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian tersebut dilihat semakin berjaya untuk mengembalikan semula kerusi Wangsa Maju kepada UMNO setelah dua penggal diwakili oleh calon MCA. Dalam PRU12, Yew Teong Look dari MCA telah tewas 150 undi di tangan PKR, maka kali ini UMNO merasakan wajar meletakkan calonnya untuk mengembalikan semula momentum kemenangan yang pernah dicapai oleh UMNO pada pilihan raya umum 1995 dan 1999. 
Walaupun MCA Wangsa Maju terkilan kerana kerusi yang dipinjamkan oleh UMNO selama dua penggal akan diambil semula menjelang PRU13 ini, namun kerja kuat dan semangat kental yang ditunjukkan oleh Dr Shafei Abdullah dan team UMNO sejak kebelakangan ini dilihat ada pencerahannya, terutama di kalangan pengundi Melayu yang mewakili 53 peratus yang pastinya akan memihak kepada Barisan Nasional kali ini. Shafei kena bekerja keras dan menggandakan keyakinan terutama di kalangan pengundi Cina supaya mengukuhkan lagi keyakinan BN untuk menang kali ini.
UMNO jangan terlalu selesa dalam mengharungi pancaroba PRU13 kali ini. Jika UMNO boleh tewas di Lembah Pantai dan Titiwangsa pada PRU12 2008, ini memberikan suatu cabaran kepada seluruh jentera UMNO/BN di kawasan-kawasan terbabit supaya tidak bercakaran sesama sendiri, sebaliknya UMNO harus membuktikan kesemua enam kerusi yang ditandingi di WP mampu dimenangi. Jika harapan Najib agar BN kali ini dapat menang dua pertiga, maka keenam-enam kerusi UMNO di Lembah Pantai, Titiwangsa, Wangsa Maju, Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan mestilah menyumbang kepada kejayaan ini.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi Parlimen yang terdiri dari Lembah Pantai, Titiwangsa, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Cheras, Seputeh, Bukit Bintang, Segambut, Kepong, Batu, Putrajaya dan juga Labuan.


Sumber :- Abdul Rahman Hashim
Photobucket

UMNO BN BERGOLAK LAGI....Kali Ini Pemimpin Wanita Pula

on


Kamilia Ibrahim




Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13. Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.
“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu. Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.
“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.
“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut. (IH)




Photobucket

Siapa Calon PR Yang Akan Lari Dulu?

on




Bhai.... setiap kali pilihanraya... tak kisah la pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum... kiter biasa terdengar citer yang ader calon yang menarik diri last minit...  calon yang akan lari dulu... Dulu ader calon PAS yang buat perangai camnie.. calon KEADILAN pon ader gak... calon DAP seingat gua tak pernah la plak... tapi tak tau la.... mana gua nak ingat sepanjang 12 kali PRU.... hahahaha

Ader macam-macam alasan yang akan diberikan biler calon lari atau menarik diri daripada bertanding.... Kalu dalam 10 alasan yang diberi... semuanya pada gua tabley nak pakai... sebab... semuanya sebenarnya berakar umbi kepada berapa sen (wang/duit) yang dah masyuk.... Hahaha.. tak kesah la calon nih nak sembang aper pon... konon kata yang dier mungkin akan sangkut kebangkrapan (alasan yang ini paling kerap gua dengar) .... hahaha...

Tapi ader gak yang jenis calon yang lari tanpa diketahui aper citernyer... terus senyap hilang.. bukan dier sajer yang ilang... tapi dengan keluarga dier skali... hahaha... tup-tup... setahun dua lepas tue timbul balik calon tue... yang best tue boleh plak buat muka sposen macam takder mender berlaku pon.... Macam haramjadah jer kan.... hahahaha

Err... gua tak kata dalam BN tak pernah ader jadi kes camnie... cumanyer... tak la sampai memberikan kemenangan tanpa bertanding pada musuh politik diorang... biasanyer last minit... betul-betul last minit akan muncul gak... maybe duit dah masyuk kot.... hahahaha

Aper-aper pon.... mari kiter lihat.... siapa calon PR yang akan lari dulu pada PRU13 kali nih.... aderkah calon tersebut datangnyer dari negeri di utara semenanjung... tengah semenanjung... selatan semenanjung... pantai timur semenanjung .... ataupon di kepulauan Borneo..... hahahaha .... Kalu ikut pengamatan gua... hehehe..... macam biasa... akan ader sekor dua yang akan buat masalah macam nih dalam PR..... hehehe... dan gua dah boleh saspek siapa yang akan buat onar camnie.... hahaha... tapi tak best la kalu gua bagitau nama dier dulu.... hahaha... anti-klimaks lar kan.... hahahaha

So... mari kita tengok aaa...... siapa calon PR yang akan lari dulu... yang akan cabut dulu... hahaha... mari kita tengok.... Hahaha


Sumber: http://cipantapirtenuk.blogspot.com



Photobucket

BN Masih Tidak Berubah

on


MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-13


JUMLAH 'muka baru' dalam barisan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bulan depan "satu rekod rendah" dan menunjukkan keadaan tidak berubah.
Calon muka baru BN hanya 33 peratus, berbanding 55 peratus dalam PRU 2008, dan menimbulkan persoalan terhadap apa yang disifatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon "boleh menang".
Demikian pandangan seorang saintis politik daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Dr Bridget Welsh, semasa diminta mengulas barisan calon BN yang diumumkan kelmarin.
Namun, ada juga pengamat yang menyatakan langkah itu tetap mencerminkan hasrat Datuk Seri Najib cuba memenuhi jangkaan awam terhadap rancangan transformasinya.
Kelmarin, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, mengisytiharkan bahawa pakatan parti yang memerintah itu akan membariskan 33 peratus calon baru bagi peringkat parlimen dan 49 peratus untuk peringkat DUN bagi pilihan raya pada 5 Mei itu.




BN memperkenalkan calon-calonnya kelmarin.
Menyatakan peratusan itu rendah, Dr Welsh berkata: "Pada 2004, contohnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi (perdana menteri ketika itu) memperkenalkan 71 peratus muka baru di peringkat parlimen bagi partinya. Malah, pada 2008, pilihan raya umum kedua Tun Abdullah, 55 peratus muka baru.
"Tahun ini, Najib mengumumkan hanya 33 peratus muka baru bagi BN untuk peringkat parlimen... Ini adalah satu rekod rendah bagi sebarang pemimpin Umno pada peringkat parlimen dan menunjukkan status quo masih menguasai."
Menimbulkan persoalan terhadap kenyataan Datuk Seri Najib bahawa BN meletak calon "boleh menang", Dr Welsh berkata: "Apakah mengekalkan dua pertiga penjawat kini parlimen dan lebih setengah calon peringkat negeri satu laluan ke arah mencapai kuasa?
"Apakah tidak ada calon lebih baik yang boleh membantu menjenamakan semula parti dan perikatannya?"
Namun, seorang saintis politik daripada Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (Risis) di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Madya Farish Ahmad-Noor, berkata langkah BN itu "satu strategi bijak" dan mengambil kira "perubahan landskap sosial" di Malaysia.
"Pada dasarnya, saya fikir kita sedang menyaksikan sesuatu yang agak baru di Malaysia - iaitu kempen pilihan raya umum dijalankan dengan gaya pilihan raya presiden di Singapura.
"Oleh itu, adalah penting keduadua pihak memperkenalkan calon- calon baru bagi mendukung imej bahawa mereka sedang membuat respons kepada jangkaan awam terhadap transformasi," kata Profesor Farish, semasa dihubungi semalam.
Langkah memperkenal barisan calon baru itu, menurutnya, kelihatan sejajar dengan kempen Datuk Seri Najib yang berasaskan janji-janjinya menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020, serta perubahan demografi sosial negara itu, yang kini mempunyai hampir tiga juta pengundi baru - sebahagian besarnya pengundi kali pertama.
"Saya fikir ia satu strategi bijak, dan saya ia fikir strategi yang mengambil kira perubahan landskap sosial Malaysia," ujar beliau.
Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa apa jua isyarat yang Datuk Seri Najib cuba tunjukkan, ia harus konsisten dengan semangat transformasinya.
Profesor Farish menambah: "Bagi melaksanakan itu, beliau (Datuk Seri Najib) harus menunjukkan bahawa beliau bukan sahaja memperkenal transformasi ekonomi, bahkan transformasi di kalangan orang yang beliau harapkan akan menerajui pemerintah,"
Bagaimanapun, Profesor Farish berkata langkah transformasi itu harus konsisten.
"Ini agar calon-calon baru itu harus boleh diterima oleh pengundi Malaysia secara meluas.
"Namun, pilihan BN memperkenalkan beberapa calon berhaluan kanan, seperti yang kita lihat di Selangor, mungkin tidak dapat membantu mereka, kerana individu-individu ini dilihat sudah tercemar setelah membuat ulasan-ulasan yang dianggap bersifat menyerang dan menyakiti beberapa golongan minoriti," kata beliau.
Pakatan Rakyat (PR) - pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) - juga telah memperkenalkan senarai calonnya, yang turut membariskan sejumlah muka baru. ~ Oleh: Darwis Said.


sumber
Photobucket

Penjawat Awam Putrajaya Beri Sokongan Maksima Di Ceramah Pakatan Rakyat...Akan Beralih Arah...?

on




TG Hadi Awang di presint 16 Putrajaya.


TG Hadi Awang di presint 16 Putrajaya.








Kakitangan awam yang mendominasi populasi Putrajaya bersesak-sesak menghadiri ceramah Pakatan Rakyat malam tadi. Keangkuhan BN pasti berakhir di Putrajaya. Penjawat awam sudah semakin bijak menggunakan segala hak yang ada pada mereka mengikut perlembagaan.

Penjawat Awam mungkin mengeluh kerana gambar mereka menghadiri ceramah Pakatan Rakyat disebar secara meluas di internet. Ramai masih takut akan tindakan tidak rasional yang bakal dikenakan ke atas mereka.

Justeru itu Pakatan Rakyat telah menyediakan ruang untuk membuat aduan sekiranya berlaku ugutan daripada sesiapa sahaja termasuk ketua jabatan masing-masing. Pakatan Rakyat telah mewujudkan Biro Pengaduan Awam yang diwakili oleh lima orang peguam.

Penjawat Awam yang diugut boleh menghubungi talian 013 6350971 atau 013 6710027 untuk membuat aduan.


Jangan takut lagi. Ketahui hak anda. Tiada kewajipan mengundi BN dikenakan ke atas Penjawat Awam. 

Luangkan masa 3 minit anda untuk mengetahuai kewibawaan Husam Musa calon PAS Putrajaya



Kenapa mamat ni cemas semacam jer? wakaka
adios



Photobucket

MIC CUBA SINGKIR ZULKIFLI NORDIN ELAK BN KALAH..?

on



Barisan Nasional (BN) akan gagal menawan Selangor, malah mungkin terlepas Putrajaya 5 Mei ini jika gabungan itu terus berdegil mengekalkan Zulkifli Noordin di Shah Alam, tegas S. Vell Paari yang memberi amaran hari ini dalam mesej teks kepada presiden MIC, G. Palanivel.

Pemimpin MIC berkata dengan meletakkan Zulkifli, BN mempertaruhkan undi India, yang katanya mungkin akan menjadi undi penentu dalam negeri-negeri seperti Selangor, kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.




Menurut mesej teks yang dihantar tetapi bocor daripada sumber dalaman parti, Vell menggesa Palanivel untuk menyampaikan kebimbangan beliau kepada Najib Altantuya dan meminta "tindakan sewajarnya" daripada pengerusi BN, memberi amaran kepada sebuah "keadaan bencana" jika tindakan tidak diambil.

"Kepada Datuk Seri G. Palanivel, perlantikan Zulkifli Nordin menjadi calon BN di Shah Alam adalah satu penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia.

Di mana-mana, semua merasa sangat emosi, "katanya dalam mesej, yang juga telah dihantar kepada semua anggota jawatankuasa kerja pusat MIC.

Anak bekas ketua parti S. Samy Vellu itu mendakwa bahawa terdapat kira-kira 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, dan ramai di kalangan yang didakwanya telah marah dengan pemilihan Zulkifli .

"Kita boleh kehilangan hampir 50 peratus ke 70 peratus undi kaum India yang boleh menyebabkan kerugian bagi calon-calon MIC terutamanya di Selangor tetapi dengan pengundi India menjadi undi penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal menguasai Selangor," kata beliau sambil memberi amaran bahawa sentimen Zulkifli juga merebak ke negeri-negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang buat tak kisah dengan hanya meminta maaf selepas menghina agama dan masyarakat kita.

"Pemimpin-pemimpin kami di jentera kempen BN terutama di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Mesej teks Vell diakhiri dengan mengatakan dia hanya mahu memelihara kesopanan parti dengan mencari tindakan terbaik terhadap pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti."Ini adalah nasihat strategi saya sebagai pengarah strategik parti," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan bahawa dia telah menghantar SMS tersebut.

Apabila ditanya sama ada beliau akan menerima cabaran DAP bahawa beliau keluar parti jika Zulkifli tidak digugurkan daripada senarai calon BN, bagaimanapun, pemimpin parti tidak akan menjawab "ya".

"Saya boleh menimbulkan soalan yang sama kepada DAP. Hari ini, PSM yang mempunyai masalah dalam Pakatan Rakyat atas kerusi dan isu-isu logo. PSM telah menyatakan bahawa 'KEADILAN menggunakan alasan perkauman untuk menafikan hak PSM'.

"Jadi DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat atas penggunaan sebab kaum untuk menafikan kerusi PSM oleh Pakatan Rakyat"? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa membentangkan senarai calon BN negeri semalam, membenarkan BEKAS ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu sedia untuk bertanding atas tiket BN.

Keputusan yang dibuat perdana menteri mendapat kritikan banyak pihak, sebahagian besarnya disebabkan oleh reputasi Zulkifli sebagai kumpulan pendesak Melayu, jawatan beliau sebagai Naib Presiden sayap kanan kumpulan Perkasa dan kontroversi baru-baru ini ke atas penghinaan terhadap masyarakat Hindu.

Sebuah video terbaru membuktikan Zulkifli mengucapkan perkataan "Keling", yang rakyat Malaysia berketurunan India menganggap ia menghina, terus menjadi kritikan panas baru-baru ini, hanya beberapa hari selepas video yang lain telah dikeluarkan di mana dia mempersoalkan seorang pedagang India pada mengapa tuhan-tuhan Hindu tidak menghalang kedai lelaki itu daripada dibanjiri, menarik kemurkaan kaum itu.

BEKAS peguam bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ini juga mempersoalkan kesucian Sungai Ganges, juga dikenali sebagai Ganga di India, yang dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN dan mengkritik keputusan pembangkang apabila beliau dipecat daripada KEADILAN pada 6 Mac 2010 setelah laporan polis dibuat terhadap beliau oleh penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List