Gaji Ketua Menteri Sarawak jauh lebih tinggi .... korang tak bising pun!

on Nov 29, 2013






Walaupun kenaikan gaji ADUN Selangor dibuat dua tahun lebih lewat namun kenaikannya masih jauh lebih rendah daripada apa yang dinikmati kabinet Sarawak. Sudah dua tahun kenaikan gaji itu dilaksanakan tetapi tidak seorang pun yang mempertikai kenaikan tersebut... mengapa?

 Adakah kerana Taib bukan orang PR?



Photobucket

LELAKI TERTUA DI DUNIA...?

on



TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.

Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.

Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.

“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau.

sumber

Photobucket

MENTERI KATA TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK TAHUN HADAPAN......TIMBALAN MENTERI KATA KERAJAAN UMNO/BN TIADA HASRAT NAIKKAN TARIF ELEKTRIK ....!

on





Pada 13hb September 2013 Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kementerian yang menjaga Tenaga Nasional (TNB) Dato' Seri Mahadzir Khalid memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa, walaupun harga minyak sudah naik namun kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak tidak sekumit pun menyimpan hasrat dan cita-cita serta niat nak menaikkan tarif elektrik.

Sudah pasti berita itu di sambut dengan penuh keseronokkan dan kegembiraan oleh rakyat.

Tapi semalam menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula berkata mulai tahun 2014 tarif elektrik akan di naikkan sebanyak 20 peratus.

Dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak sudah bersimpul berbelit lidah buat flip flop menipu rakyat.

Kalau perkara sejelas ini pun menteri dan pemimpin UMNO/BN sanggup menipu rakyat .. bayangkan perkara yang samar-samar.

omak kau

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List