UMNO BN DIAMBANG KEJATUHAN......

on Jul 9, 2011


KEZALIMAN POLIS PETANDA UMNO BN DIAMBANG KEJATUHAN.


Bersih 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Subramaniam Pillay berkata pihaknya menganggap ia satu kejayaan besar kerana menurutnya, perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, bukanlah boleh dilakukan dalam perarakan satu hari sahaja.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas perhimpunan tersebut.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said - seorang lagi ahli jawatankuasa tersebut - berkata jumlah kehadiran yang besar sangat penting kerana ia berlaku walaupun banyak halangan dari pihak berkuasa.

Beliau menyifatkannya sebagai sangat berjaya kerana walaupun dua minggu berdepan dengan halangan, "saya terkejut melihat ribuan orang (menyertainya)".

"Dari perspektif ini, rakyat sesungguhnya telah berjaya," kata sasterawan berusia tujuh tahun, yang memakai baju-T BERSIH 2.0 di luar baju lengan panjangnya.

BERSIH 2.0 berkata oleh kerana polis dihalang mereka menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, maka gabungan itu akan mengemukakan permohonan untuk buat demikian.

"Kami akan buat temujanji berasingan untuk menyerahkannya, bila pihak polis kembali tenang," kata seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut, Arumugam sambil menambah tidak perlu untuk satu lagi perhimpunan.

Ditanya sama ada BERSIH 2.0 akan mengadakan satu lagi perhimpunan jika tuntutan pembaharuan pilihan raya itu tidak dipenuhi, Subramaniam berkata, jawatankuasanya akan membincangkan perkara itu apabila tiba masanya. -mk

Mat Sabu dakwa ditahan selepas dilanggar kereta polis

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa telah dilanggar kereta polis sebelum beliau ditahan dekat kawasan Masjid Negara tengah hari tadi, kata peguam R Sivarasa hari ini.

Dalam e-mel yang diperoleh The Malaysian Insider petang ini, Sivarasa menulis bahawa ketika kejadian Mohamad (gambar) sedang membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara di sini untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Mohamad merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini.

Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, merupakan antara pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat yang ditahan hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Mat Sabu (Mohamad) mengenai cara mengejutkan beliau ditahan. Beliau membonceng motosikal ketika menuju ke Masjid Negara kira-kira 12.30 tengah hari apabila sebuah kereta polis mengesan beliau dan dengan sengaja melanggar motosikal untuk menahan beliau.

“Motosikal itu jatuh. Lutut kanan beliau cedera teruk. Meskipun tidak patah, tetapi tidak boleh berjalan. (Malah) tidak boleh berdiri tanpa sokongan,” 
katanya dalam e-mel yang dihantar kepada rakan-rakannya di PKR petang ini.

Sivarasa juga berkata beliau merasakan Mohamad perlu dibawa ke hospital, bukannya diletakkan di lokap.

“Beliau pada awalnya dibawa ke sana (hospital), tetapi telah dibawa semula ke (balai polis) Jinjang,”
 katanya lagi.

Selain Sivarasa dan Mohamad, The Malaysian Insider difahamkan turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham.

Sivarasa menambah, “hampir pasti (semua yang ditahan) akan bermalam (di lokap). Kemungkinan reman susulan esok.” -TMI



Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

Katanya ketika menghdap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Sebab itu saya sertai (perwakilan itu) bagi menyerahkan memorandum,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya memutuskan untuk menangguhkan penyerahan memorandum kepada Seri Paduka. Kesediaan baginda untuk menerima memorandum itu tidak ditangani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya tetapi salah polis,” jelas sasterawan Negara itu.

Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya. -mk


Ulasan GB

Bukankah derhaka dan biadab namanya apabila Agong telah bersetuju untuk menerima memo tetapi polis tiba-tiba menghalang delegasi BERSIH menyerahkan kepada Agong?

Bukankah binatang namanya apabila polis bertindak semacam merekalah Agong di depan istana Yang Dipertuan Agong?

GB sudah memberikan pandangan GB sebelum ini. Petikan:

GB yakin kesan daripada tindakan polis ini akan mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat. Ianya akan dimanifestasikan melalui kertas undi di dalam pilihanraya nanti.

Sepertimana yang bekas Tun Dr Mahathir Mahathir yang cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, TDM mendakwa konon dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Apa yang berlaku selepas Operasi Lalang?

Keputusan pilihanraya umum ke 8 pada tahun 1990 Barisan Nasional kalah teruk dimana undi popular BN adalah yang terrendah selepas PRU 1969 iaitu hanya memperolehi 53.4% dan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN pada ketika itu merosot dengan teruk buat kali pertama sehingga ke paras hanya 70%.

Hal yang sama berulang dimana tangkapan dilakukan terhadap peserta BERSIH 1.0 pada 2007. Pada 9 Disember 2007, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah ditahan oleh polis Perak diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim.

Kereta Naza Ria Mohamad Sabu ditahan berhampiran Pasar Raya Tesco di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuannya di Sunway City, Tambun, Perak. Mohamad Sabu dipercayai terlibat dalam perhimpunan Bersih pada 10 November 2007. Rumah Mohamad Sabu terletak di Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Tian Chua yang merupakan Ketua Penerangan KeADILan turut ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), di Johor Bahru, jam 5.15 petang pada 9 Disember 2007 kerana menjadi penggerak perhimpunan Bersih.

Apa yang berlaku pada PRU 2008?

Pertama kali di dalam sejarah BN gagal menguasai majoriti 2/3 parlimen sehingga begitu ramai menteri kabinet kecundang dan terkangkang untuk mempertahankan parlimen masing-masing!

Tian Chua diangkat menjadi ahli parlimen Malaysia. Polis tak tahu malukah? 

Justeru itu, nampaknya polis ingin melihat BN kalah teruk di dalam PRU13 nanti, terus mengasari, menzalimi dan menangkap rakyat yang SUHAKAM sendiri sudah menyatakan bahawa perhimpunan tersebut adalah SAH di sisi Perlembagaan.

Tindakan polis hari ini adalah petanda kejatuhan dan keruntuhan UMNO BN. Terima kasih PDRM!



















BERSIH 2.0

on

LAUTAN MANUSIA part5

on

Jangan sangka gari, peluru boleh takutkan orang

on

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini. 

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.

Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’? 

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan! 

Allahu Akbar!!!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada: 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan)

7 Syaaban 1432/9 Julai 2011.

KESIAN MAMAT NI.......

on

BERSI 2.0.....KEMATIAN PERTAMA

on

LAUTAN MANUSIA part4

on















 









LAUTAN MANUSIA part3

on

 Pengawal Anwar DI Hiospital Pantai Kena Pukul Polis Mempertahankan Anwar






















Ambiga Hj Hadi dibebaskan - BERSIH Berjaya

on



Bersih 2.0 chief Ambiga Sreenevasan and PAS president Abdul Hadi Awang were released at 6.30pm today after giving their statements to police at the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters (IPK KL).

Speaking outside of the IPK KL, Ambiga congratulated Malaysians for turning out in force.

“What I can say is, again, syabas rakyat Malaysia, we were not intimidated.

“This is no longer just about electoral reform. What we have achieved today was the rakyat's wish to have a sophisticated democratic process. It has opened the rakyat's eyes, that is what has been achieved,” she said.

She was the first among the seven who are detained at the KL headquarters to be released.

The seven were Ambiga, Hadi, Bersih steering committee members Maria Chin Abdullah and Jude Rubis, PKR supremo Anwar Ibrahim's younger daughter Nurul Iman, and two others.

KL CID chief Ku Chin Wah said that all detainees will be released by tonight.

“We hope to release all those in Pulapol (Police Training Centre) in stages by 6.30pm today and by 9pm for those at Jinjang and IPK,” he said.

Ku said that those in Pulapol will be taken back to where they were arrested and released there.


PERHIMPUNAN AMAN

on



Para peserta perhimpunan aman BERSIH 2.0 bersalaman dengan anggota Polis yang bertugas sebaik selesai perhimpunan walaupun para demonstran begitu terasa hati dengan apa yang mereka hadapi, dilayan bagai rakyat kelas tiga dalam negara sendiri...



ANWAR KAU APA PASAL BEB....

on



Gambar Anwar Ibrahim terlantar di hospital ...?
Sah perut dia tak boroi ...?






AGONG PERKENAN TAPI....

on

NONE

'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'



SIAPA MUSUH NAJIB SEBENAR NYA

on

http://omong.files.wordpress.com/2007/01/windowslivewritermalaysianmodelmurdergetsstickierforumnos-11136najib33.jpg

Musuh Najib bukannya Bersih - Musuhnya ada di keliling beliau sendiri.



KUALA LUMPUR HARI INI

on





LAUTAN MANUSIA part2

on













Jln Ampang

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List