SIAPA KIANATI ORANG MELAYU DAN PANDA.

on May 21, 2014


boikot

Apalah yang boleh aku katakan melainkan kerja-kerja bodoh dan bangang bertingkat-tingkat..membazir wang rakyat.

Tak cukup dengan bodoh dan bangang...menyusahkan pula rakyat... 




Lihat ler.. pegawai-pegawai kanan pun terpaksa datang buang masa kerana kerja bodoh dan bangang..









Pemimpin umno buat maksiat, perabih duit rakyat, khianat pada org melayu tak pula nak suruh bertaubat... 

Bukan aku yang kata  umno khianat pada orang melayu, orang umno sendiri yang kata tau..

Tak percaya ... Lihat ni ... siapa khianat siapa..






Photobucket

Pegawai SPR cuba menipu borang 14 PRK Teluk Intan...?

on


2 laporan berita tu jelas menunjukkan belum apa-apa lagi dah ada Pegawai SPR yang cuba beraksi macam 'si anjing Umno BN' cuba menipu Borang 14 PRK Teluk Intan untuk mengalahkan Dyana Sofya calon DAP.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan DAP bahawa Borang 14 tidak akan disahkan oleh ketua tempat mengundi (KTM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kali ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata PRK Teluk Intan juga mengamalkan standard piawaian operasi (SOP) yang biasa diamalkan dalam sesebuah pilihan raya yang dijalankan di Malaysia. - TMI.

Sebelum tu Roketkini melaporkan:
DAP mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak mahu mengesahkan Borang 14 Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How berkata, tindakan tersebut sama sekali tidak munasabah kerana borang 14 penting untuk mengisi keputusan PRK selepas pengiraan dibuat ke atas setiap undi.

“Dalam satu taklimat bersama pegawai SPR kepada ejen calon, semalam, mereka menyatakan tidak mahu mengesahkan Borang 14. - Roketkini
Roketkini juga melaporkan:
Howard yang juga ejen Calon DAP PRK Teluk Intan juga memberitahu bahawa SPR memaklumkan kepada beliau, setiap keputusan rasmi adalah berdasarkan salinan yang berada di tangan mereka.

“Pegawai SPR itu turut mengatakan kepada saya kalau ada keraguan, failkan petisyen saja. - Ibid.
Pada aku 2 laporan berita tu jelas menunjukkan belum apa-apa lagi dah ada Pegawai SPR yang cuba beraksi macam 'si anjing Umno BN' cuba menipu Borang 14 untuk mengalahkan Dyana Sofya calon DAP PRK Teluk Intan.

Jelas sangat, takkan la Howard Lee Adun DAP Pasir Pinji berani nak keluarkan statement macam tu kalau memang pegawai SPR yang berkenaan tak kata macam tu. Sangat tak logik kalau dia mereka-reka cerita tu.

Bagi yang tak pernah tengok macamana rupa Borang 14 tu, rupa dia macam imej kat sebelah ni. Boleh klik untuk tumbesaran.

Ceritanya mudah ja, memang la keputusan yang akan digunapakai adalah keputusan yang depa dapat dari Ketua Tempat Mengundi.

Tapi kalau keputusan tu tak sama dengan keputusan dalam Borang 14 yang ada pada ejen calon tapi Borang 14 tu tak disahkan dengan tandatangan Ketua Tempat Mengundi, bantahan takkan diterima termasuk masa buat petisyen.

Apa kejadahnya buat ruang nama dan tandatangan Ketua Tempat Mengundi dan setiap Calon atau Ejen Pilihanraya atau Ejen Mengira.

Kat sebelah ni pulak aku kopipes sebahagian dari mukasurat 9 Buku Panduan Ejen Tempat Mengundi Ejen Mengira Undi dan Pemerhati Barung yang SPR keluarkan yang disemak semula pada 2007.


Takkan Pegawai SPR pun tak boleh faham ayat semudah tu, kalau Ketua Tempat Mengundi tak tandatangan pun tatpa tentu disebut jugak dalam perkara 8.1 tu.

Bila dah terkantoi, nak tak nak Pengerusi SPR terpaksa menafikan cerita yang Adun DAP bawa tu. Lagi pun memang sepatutnya Borang 14 tu perlu disahkan oleh Ketua Tempat Mengundi dan wakil-wakil calon yang bertanding.

Cumanya yang aku mushkilnya pasai apa Howard Lee tak nyatakan sapa nama Pegawai SPR yang berkenaan. Bila ada nama baru sedap nak belasah, lagi cantik kalau ada gambar muka pegawai SPR tu.

Lagi satu, aku rasa takdak sapa yang rakam ucapan Pegawai SPR berkenaan, kalau ada bukti rakaman video memang masak la SPR kena belasah.


Photobucket

Ramai Terkedu Disebabkan Dyana Dan Yammy.... Mungkin UMNO Akan Pinda Perlembagaan Nya....!

on



Pilihanraya kecil Teluk Intan yang menyaksikan DAP mencalonkan Dyana Sofya, anak seorang bekas pemimpin serta masih ahli UMNO membuatkan parti itu bagaikan terkena renjatan letrik. 

Ramai pemimpinnya terkejut, melatah, cuba menunjuk pandai dan tidak kurang ada yang cuba berlagak "macho" seperti seorang lelaki budiman yang dahagakan perhatian.

Ada pemimpin muda yang pantas cuba menyelar calon DAP itu sebagai tidak mengenang budi UMNO dan ada pula yang memintanya mendesak MCA yang memiliki Universiti Tunku Abdul Rahman agar turut mengamalkan dasar terbuka.

Hanya setelah diselar oleh orangramai bahawa UiTM adalah milik kerajaan dan bukannya milik UMNO dan dasar kerajaan pula mahu rakyat berilmu dan berpendidikan tanpa mengira parti mana yang mahu dipilih sebagai landasan perjuangan apabila tamat pengajian, pemimpin UMNO terbabit sekarang ini sudah hilang tanpa berani bersuara lagi.

Seorang timbalan menteri yang mengaitkan MCA pula, apabila diselar kembali oleh Presiden MCA sambil diberiksn fakta bahawa UTAR adalah universiti yang terbuka kepada semua kaum tetapi mengambil kira soal merit dan kecemerlangan akademik, turut terdiam entah ke mana sekarang ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga menyentuh pencalonan Dyana yang mendapat liputan meluas media dengan meminta pengundi menilai bahawa pilihanraya kecil ini bukanlah pertandingan ratu cantik dan pengalaman sepatutnya lebih diambil kira.

Bagaimanapun apabila beliau juga dilibas balik bahawa beliau juga dulunya tiada pengalaman dan markahnya lebih dinilai berdasarkan kedudukannya sebagai menantu Pak Lah yang menjadi Perdana Menteri ketika itu serta pemilihan Dyana sebagai calon adalah proses memberinya pengalaman, KJ juga nampaknya tidak berani berhujah lagi.

Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil juga memberi reaksi yang mengaitkan pemilihan Dyana hanya sebagai boneka DAP dan untuk menarik sokongan pengundi Melayu semata-mata, malangnya apabila isu lembu NFC dan kegagalan Wanita UMNO sendiri menonjolkan ramai wanita muda sebagai calonnya dijadikan peluru menembak balas, beliau nyata semakin menyerlahkan kegagalannya. 

Lebih dari itu, ramai yang meminta Ketua Wanita UMNO itu agar kurang bercakap dah lebih baik berehat saja di Kuala Lumpur bagi mengelakkan keceluparannya membuatkan calon BN lebih ditimpa malang.Abdul Rahman Dahlan, menteri dari Sabah pula cuba bersikap "macho" dengan menulis di twtternya yang menggambarkan pemilihan Dyana sebagai calon DAP yang mewakili golongan muda haruslah diraikan.

Selain ramai pemimpin UMNO lain yang turut mengulas pemilihan Dyana sebagai calon dan kedudukannya sebagai anak orang UMNO, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad juga tidak ketinggalan mahu memberi respon sama. 

Sambil menyatakan pemilihannya sebagai hiasan luaran, Mahathir juga menyalahkan kecondongan Dyana memilih DAP sebagai wadah perjuangan kerana kegagalan ibu bapa memberitahu tentang sejarah, perjuangan dan jasa-jasa UMNO kepada anak-anak mereka.

Namun demikian, ibu Dyana iaitu Yammy Samat segera menyindir Mahathir dengan mengatakan beliau sebenarnya mahu anaknya menjadi seperti Mukhriz tetapi apakan daya kerana akhirnya memilih untuk menjadi seperti Marina Mahathir.

Dalam masa yang sama, hari ini Marina yang sering kelihatan berbeza pendirian dengan bapanya, turut memuji Dyana sebagai calon yang sangat bijak, boleh berfikir, petah berkata-kata serta boleh menulis dan kelebihannya ini menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik yang lain.

Hanya Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang belum mengulas mengenai Dyana ini. Mungkin selepas kembali daripada luar negara dan tidak lagi dibelenggu kesibukan nanti, Najib juga turut terghairah mahu bercakap mengenai Dyana dan Teluk Intan.

Kesimpulan daripada semua reaksi pemimpin UMNO itu ialah mereka semua terkejut dan akhirnya melatah dengan kehadiran Dyana sebagai calon DAP. Bukan saja kedudukannya sebagai wanita muda dan cantik menjadi perhatian, malah latar belakang ibunya sebagai bekas pemimpin dan masih ahli UMNO turut menjadi perdebatan.

Ketika penamaan calon dan berkempen di mana kehadiran Yammy yang sentiasa menenami anaknya menjadi persoalan sehingga timbul desakan agar beliau dipecat daripada UMNO, suasana kempen juga sehingga hari ini masih lagi berkisar mengenai peribadi Dyana dan ibunya. 

Serangan berbentuk peribadi jelas lebih kerap kedengaran sehingga jentera BN terlihat seolah-olah lupa untuk menyerang dasar dan ideologi DAP dan menonjolkan calon mereka sendiri, Mah Siew Keong.

Walaupun ada desakan daripada Veteran UMNO dan juga Mubarak agar ibu Dyana dipecat daripada UMNO tetapi TPM, Muhyiddin Yassin nampaknya masih lagi rasional dengan mengatakan perkara itu tidak menjadi pertimbangan kerana sebagai ibu adalah menjadi hak Yammy untuk menemami anaknya yang masih bujang itu.

KJ pula cuba bersikap budiman dengan menyokong pendirian Muhyiddin itu dan mengatakan isu memecat ibu Dyana bukan menjadi keutamaan kepada UMNO ketika ini.Soalnya benarkah Yammy tidak akan dipecat? 

Bagaimana selepas pilihanraya Teluk Intan berakhir nanti, lebih-lebih lagi jika calon BN tewas?Jika mengikut perlembagaan UMNO, memang tiada peruntukan khusus untuk mengambil tindakan kepada seorang ibu yang menemani anaknya yang menjadi calon parti lawan. 

Yang ada berkaitan tanggungjawab dan hak ahli hanyalah fasal 6.1.4 iaitu "menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tata etika, perintah-perintah dan disiplin parti" serta fasal 6.1.5 yang berbunyi "menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihanraya".

Jelas bahawa peruntukan dalam perlembagaan ini agak longgar dan boleh dipertikaikan. Walaupun veteran UMNO bertegas bahawa Yammy melanggar perlembagaan parti manakala Mubarak pula mengatakan Yammy hanya boleh berdoa untuk anaknya tetapi tidak boleh menonjolkan dirinya secara terbuka tetapi memandangkan Dyana masih muda dan bujang lagi, keperluan ibunya disisi tidak boleh diremehkan dari segi kemanusiaan dan budi bicara.

Selain faktor kemanusiaan dan tidak mahu bersikap kejam yang mungkin memburukkan lagi peluang BN memenangi pilihanraya kecil ini, kelonggaran dalam perlembagaan UMNO sendiri barangkali menjadi pertimbangan Muhyiddin. 

Walaupun ahli UMNO dimestikan menyokong calon parti dalam pilihanraya, apakah sekadar menjadi peneman anak yang masih bujang dan dalam tangungjawab ibu bapa boleh dikategorikan sebagai melanggar perlembagaan?

Oleh kerana kes seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan pemimpin UMNO juga tidak terfikir ada anak orang UMNO bakal menjadi calon parti lawan kerana merasakan UMNO itu bagaikan agama yang mesti dianuti oleh semua anak dan keluarga ahli serta pemimpinnya, maka itu sebabnya barangkali tiada pengkhususan dalam perlembagaan UMNO itu.

Tetapi dengan peredaran masa dan generasi muda makin terbuka serta pelbagai seleranya, keadaan ini tidak mustahil menjadi tambah meluas. Jika sebelum ini hanya adik-beradik Shahrir Samad dan Khalid Samad serta pasangan suami isteri di Sabah yang berbeza parti menjadi perhatian, kini nyata berlaku perbezaan parti antara ibu dan anak serta ibu menjadi peneman anaknya pula.

Di masa akan datang, bukan saja berbeza anutan parti ini menjadi biasa dalam keluarga, bahkan mungkin dalam keluarga pemimpin UMNO pun tiada yang sekata lagi. Dalam masa yang sama, penglibatan ibu, bapa, suami atau isteri, adik-beradik dan sebagainya dalam menyokong ahli keluarga yang berbeza parti yang bertanding dalam pilihanraya turut bukan lagi sesuatu yang luar biasa.

Adakah ini akan mendorong UMNO untuk meminda perlembagaannya dan memberi tafsiran yang lebih khusus mengenai tanggungjawab dan hak seseorang ahlinya?Walaupun Muhyiddin turut kelihatan budiman dan ada budi bicara yang tinggi dalam hal ini tetapi kekalahan calon BN di Teluk Intan nanti boleh saja membuatkannya berubah nada. 

Sementara kedudukan ibu Dyana bakal jadi perhitungan sebaik pilihanraya kecil ini berakhir, UMNO juga dipercayai akan bergerak selangkah lagi dengan memberi tafsiran semula yang lebih detail dan terperinci dalam perlembagaan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli-ahlinya.Dyana Sofya dan Yammy benar-benar memberikan kejutan kepada UMNO. ~shahbudin


Photobucket

'Terima Kasih Umno.... Kami Bersyukur'...!

on




Lima sebab mengapa rakyat Malaysia patut bersyukur kepada Umno 

Musim mengarut itu kembali lagi, Umno gelabah apabila lebih banyak bukti menunjukkan kenyataan gahnya iaitu Umno adalah Melayu dan Melayu adalah Umno, hanyalah sekadar satu kenyataan dan tidak lebih daripada itu.
Uri antara Umno dan Melayu sudah lama terputus. Tetapi mereka masih berlagak menjadi barisan hadapan bagi orang Melayu.
Kini, mereka buat-buat seperti terkejut dan marah apabila Dyana Sofya Mohd Daud bertanding di pilihan raya kecil Teluk Intan atas tiket DAP. Dia digelar tidak kenang budi dan pengkhianat. Mereka yang memberikan gelaran itu adalah hanya tindakan hipokrit yang memberitahu rakyat Malaysia kita patutnya dan selamanya berterima kasih kepada mereka.
1) Kita mesti berterima kasih kepada Umno kerana mereka mengaburkan antara yang benar dan salah; memadam kesalahan rasuah. Terima kasih kepada Tetuan Najib, Muhyiddin dan Mahathir.Bagi mengekalkan semangat Umno, The Malaysian Insider menawarkan lima sebab mengapa kita perlu ‘tabik’ kepada ahli politik Umno.
Rakyat Malaysia boleh hidup melebihi keperluan, menipu cukai, beli kereta dan rumah menggunakan duit haram dan tidak menyesal atau bersalah. Kenapa? Kerana semua pemimpin Umno begitu. Kita ulang saja.
Bukan hanya seorang menteri Kabinet yang akan lulus ujian pengesan bohong mengenai bagaimana mereka mengumpul kekayaan dan dengan ajaibnya semua pemeriksaan terhadap mereka oleh SPRM terhadap gaya hidup mereka melebihi kemampuan akan gagal.
Daripada Porche klasik hingga pangsapuri di London, mereka ada semua. Jadi, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada mereka kerana menunjukkan bagaimana untuk hidup mewah tanpa rasa bersalah.
2) Kita perlu bersyukur kepada Umno kerana menunjukkan keluarga itu penting. Tidak ada apa yang boleh melebihi saudara dalam penganugerahan kontrak, konsesi kepada anak, menantu, kakak, abang, anak saudara. Anda sudah nampak gambarannya sekarang.
Jadi, kita ada menantu menteri kanan Umno yang menjadi pemilik konsesi bio-metrik yang sangat mahal; menantu muda seorang lagi menteri kanan Umno yang dapat urusniaga; abang seorang lagi menteri kanan Umno sangat berjaya sebagai broker pekerja asing.
Dan selepas itu ada banyak, tidak terkira anak ahli politik Umno yang sekelip mata jadi sangat kaya, ada yang berada dalam senarai orang terkaya di Malaysia. Dan kita belum lagi bermula dengan keluarga Pertama dan waris mereka.
Jadi, terima kasih Umno kerana menunjukkan kami keluarga itu penting.
3) Kita mesti bersyukur kepada Umno kerana kini meluahkan perkara yang mengarut bukan lagi sesuatu yang mempersenda; untuk bercakap dengan lidah bercabang atau flip-flop mengenai apa sahaja.
Ahmad Maslan, Ridhuan Tee, Hishammuddin Hussein, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Said... Seperti tagline syarikat penerbangan tambang murah terkenal: Sekarang semua orang boleh cakap mengarut.
4) Kita mesti bersyukur kepada Umno mereka menunjukkan bagaimana untuk membina sesuatu dengan peluh dan air mata selama berdekad lamanya dan menghancurkannya dalam satu malam dengan perkataan dan tindakan yang tidak terkawal.
Andaikan, Umno memainkan peranan penting membina Malaysia tetapi di pertengahan jalannya, budaya menaikkan sewa, kemasukan individu yang tidak bermoral dan cauvinisme dan takut hilang kuasa dicampur untuk menukar parti pemerintah itu kepada bola pemusnah.
Untuk terus berkuasa, Umno memusnahkan banyak institusi dari kehakiman kepada polis, memecahkan Malaysia mengikut kaum dan agama dan memusnahkan negara yang dirahmati ini. Jadi, terima kasih kerana memusnahkan negara yang dirahmani ini.
5) Kita mesti bersukur kepada Umno untuk lembaran polisi dan pelan yang membenarkan sistem pendidikan Malaysia di mana ia berada hari ini: dalam jurang amat dalam.
Murid sekolah rendah kita ketinggalan jauh berbanding rakan sebaya mereka di negara Vietnam; universiti kita tidak wujud di ranking serantau atau global; graduan kita tidak boleh bercakap atau menulis menggunakan Bahasa Inggeris sempurna kini, kemasukan hasil sistem pendidikan kita ke Harvard adalah jarang, sama jarangnya dengan kehadiran perdana menteri di Parlimen.

Jadi, terima kasih Umno. Kami bersyukur. 


Photobucket

Demonstrasi di Luar Ibu Pejabat PKR...!

on





PETALING JAYA: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul di luar ibu pejabat parti itu pada malam Selasa, bagi membantah kaedah sistem pengundian yang digunapakai pada pemilihan kali ini. 

Kumpulan yang didakwa penyokong pro-Tan Sri Khalid Ibrahim, memegang pelekat tertera tulisan yang mengecam penyandang jawatan Timbalan Presiden, Azmin Ali. 
Mereka turut menggesa Jawatankuasa Disiplin Parti (JPP) mengambil tindakan terhadap Azmin Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan Dr Tan Kee Keong. 


Pimpinan tertinggi PKR dijangka akan mengadakan mesyuarat bersama biro politik di ibu pejabat parti malam ini. 
Terdahulu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kurang senang dengan kumpulan yang berdemonstrasi itu dan beliau mendakwa kumpulan tersebut cuba mengkhianati parti. 
Calon Naib Presiden, Tian Chua turut berjumpa dengan kumpulan yang mengadakan demonstrasi itu dengan mengatakan parti akan mendengar rasa tidak puas hati mereka dan tidak ada keperluan membuat hebahan awam mengenainya. 
Kumpulan itu turut mendesak agar Azmin bertemu dengan mereka. 
Mereka turut menggesa JPP bertanggungjawab terhadap semua salah laku yang terjadi, dan mendakwa JPP bertindak lebih teruk daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Photobucket

ANAK MAHATHIR PUJI DYANA SOFYA....!

on





Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir memuji calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang menurutnya lebih baik daripada kebanyakan ahli politik sedia ada.

“Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis.

"Itu sudah tiga perkara, lebih baik dari kebanyakan ahli politik," katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Beliau merujuk kepada satu tulisan Dyana yang disiarkan di laman The Malay Mail Online, berhubung pendirian peguam muda itu dalam isu kemasukan pelajar ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).



Selain itu, Marina yang dikenali sebagai aktivis sosial, turut menafikan tanggapan bahawa beliau juga akan menyertai DAP, seperti Dyana.

Beliau malah menganggap perkara itu sebagai satu jenaka dan berkata, tanggapan itu timbul ekoran salah tafsir ke atas satu kenyataan oleh ibu Dyana, Yammy Samat.

"Kononnya ada orang kata saya akan sertai DAP... Ini perkara paling kelakar yang saya pernah dengar sejak sekian lama.

"Saya rasa ada orang salah tafsir apa yang ibu Dyana katakan.

"Tidak, saya tidak sertai mana-mana parti politik. Itu bukan satu-satunya cara untuk berkhidmat kepada negara.

"Dan saya tidak (berminat) untuk bercakap mengenai politik sepanjang masa. Kadang-kadang saya hanya mahu bercakap tentang tenis," katanya.




Photobucket

PERANG BESAR BN DI SARAWAK...!

on




 
Presiden sementara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri Tiong King Sing mengisytiharkan, akan berlaku “perang terbuka” jika Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) diterima ke dalam BN negeri.

“Akan terdapat perang terbuka jika TERAS bertanding mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen dalam pilihan raya negeri akan datang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Anggota Parlimen Bintulu itu menambah:

“Bagaimana akan ada perpaduan jika tiga komponen parti akan hilang peruntukkan kerusi tradisional BN kepada TERAS jika ia diterima ke dalam gabungan?

“Musuh sedang menunggu untuk meraikan apabila kamu bertengkar dan berbalah.”

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Peter Minos menyelar Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kerana menentang kemasukan TERAS dalam BN.

Monos berkata, penentang langkah itu patut mengambil kita perpaduan dalam BN dan mengkaji semula pendirian mereka.

Sebelum ini, empat pemimpin SUPP, tiga daripadanya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), keluar parti dan memberi nafas baru kepada TERAS.

TERAS juga menerima penyertaan Menteri pembangunan sosial Tan Sri William Mawan Ikom dan anggota Parlimen Baram Anyie Ngau yang meletakkan jawatan daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Menyertai mereka, ADUN Pelagus dan timbalan presiden Parti Pekerja Sarawak George Lagong dan empat wakil rakyat yang dipecat – dikenali G4 – iaitu Peter Nansian (Tasik Biru), Sylvester Entri (Marudi), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Rosy Yunus (Bekenu)


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List