Haji, Hajah Bersihkanlah Hati Walau Dimana Anda Berada

on Nov 1, 2012




SEKARANG ini musim haji, sudah berbondong-bondong jemaah termasuk saudara mara kita berangkat ke Tanah Suci. Jika berpandukan kuota satu peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara, ada 28,000 jemaah haji dari Malaysia. Mungkinkah jumlah ini termasuk ribuan jemaah yang mendapat tajaan kerajaan Persekutuan dan negeri daripada kalangan imam, bilal dan pengerusi JKKK?

 Boleh dikatakan semua orang menunaikan Rukun Islam kelima berharap mendapat haji mabrur (kecualilah mereka yang pergi dengan ada niat lain) yang balasannya tiada lain, kecuali syurga. Abu Hurairah menyatakan Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Dosa yang berlaku di antara dua umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balasan bagi haji mabrur (haji yang diterima) melainkan syurga.” (Bukhari dan Muslim)

 Haji dan hajah yang baru kembali dari Tanah Suci, jika amalannya diterima, berkeadaan bersih sebersihnya. Macam bayi, suci. Namun haji yang mabrur itu bukan bermakna kepatuhan seseorang kepada semua perintah dan larangan Allah SWT berakhir sebaik saja meninggalkan Tanah Suci, sebaliknya perlu dikekalkan sepanjang hayat. 

 Kata ulama, jika mahu tahu sama ada seseorang itu mendapat haji mabrur atau tidak, lihat kepada amalannya selepas bergelar haji dan hajah. 

Pembaca sendiri boleh membuat penilaian terhadap seseorang insan bergelar haji dan hajah di persekitaran masing-masing; benarlah kebanyakannya dihormati dan disegani sepanjang hayat tetapi biasalah adalah seorang dua bergelar ‘Haji Bakhil’, ‘Haji Sangkut’ ‘Pak Haji Penipu’ ‘Pak Haji Gila Kuasa’, ‘Hajah Murai’, ‘Hajah Dedah Aurat’, ‘Hajah Si Gila Beg Tangan’ dan sebagainya. Dan biasalah, ada haji dan hajah yang marah jika ada orang tidak memanggil atau menulis pada pangkal namanya dengan gelaran istimewa itu.

Seorang haji atau hajah adalah ibarat utusan kebenaran, dia menegakkan yang hak dan menentang kebatilan. Hak tertinggi adalah mengakui keesaan Allah SWT dan mengharungi kehidupan berdasarkan pengakuannya dalam solat “hidup dan matiku hanya untuk Allah Tuhan seru sekalian alam.” Dia tahu dia menghadapi dosa dan pahala dalam setiap perlakuannya. 

Misalnya, menolong orang dengan niat betul, mendapat pahala. Jadi dia akan terus membantu sesama manusia, hatta membantu anjing kehausan pun diganjari syurga Allah SWT seperti mana dinyatakan dalam sebuah hadis. Melakukan fitnah, mendatangkan dosa besar, jadi dia menjauhkannya. Bayangkan, alangkah jijiknya seorang haji atau hajah membuat fitnah misalnya mendakwa seseorang itu berbuat perkara keji malah bersumpah pula di masjid sedangkan dia tidak pun menyaksikannya.

Sebagai pejuang kebenaran haji dan hajah wajib menyatakan yang hak dan batil dalam semua aspek kehidupan termasuklah ketika menghadapi pilihan raya. Jika benar, katakan benar, jika salah katakan salah; jangan berselindung lagi kerana “tidak malukah kita dengan apa yang sudah kita ucapkan (berdoa) kepada Tuhan ketika kita munajat di depan Kaabah, di Arafah, Mina dan Mudzalifah.” 

Antara rintihan jemaah haji: “...Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada MENZALIMI dan dizalimi, menyerang atau diserang atau membuat kesalahan dan dosa yang tidak Engkau ampunkan...Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keras hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Aku juga berlindung dengan-Mu daripada kekufuran, kefasikan, pepecahan, cinta kepada kemasyhuran dan riyak...” 

Jadi selepas bergelar haji dan hajah, masih tergamakkah kita berbuat perkara tidak elok malah menyalahi hukum agama. Tidak payahlah dinyatakan perkara berat-berat; ambil yang mudah saja, misalnya bersalaman lelaki perempuan bukan mahram. 

Ewahh...dengan selamba saja kita melakukannya sedangkan Nabi yang kita cintai itu (sekarang orang cukup marah dengan filem ‘Innocence of Muslims’) tidak pernah berbuat begitu malah ada bersabda yang maksudnya: “Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya." (Daripada Abi Umamah)

pinjam dari lanh14

Photobucket

Mekah Hari Ni Dah Macam Los Angeles

on






Ketika Rasulullah ditanya oleh malaikat Jibril tentang kiamat, maka Rasul menjawab: 
“Yang ditanya tentangnya tidaklah lebih mengetahui dari si penanya.” Kemudian Jibril berkata lagi: “Kalau begitu kabarkanlah kepada saya tentang tanda-tandanya.” Rasulullah menjawab: “Seorang budak wanita akan melahirkan tuan wanitanya, dan engkau akan melihat orang-orang yang tidak berterompah (berkaki ayam ), tidak berpakaian, miskin dan para pengembala kambing akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi.” 

(Hadist yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim) 

Tadi gua ada tengok gambar mekah , ada hilton , sheraton dll , tak tahu lah kot-kot kat dalam hotel orang ada macam-macam , pakaian pun macam-macam , ada yg seksi ada yg meksi .. mungkin la kot...wallahu'alam..

Entah lah Orang-orang sunni boleh jaga atau tidak kesucian bandar makkatulmukarramah  

Kalau tak boleh serahkan sahaja kat orang Syiah  

Gua sekadar muslim yg prihatin

Zaman dulu zaman Nabi , kaabah di kelilingi dengan berhala-berhala orang-orang musyrik , akan tetapi zaman sekarang ni tak tahu lah berhala ke atau benda apa , tetapi kata teman-teman rapat gua tu semua berhala versi-versi terkini , Sheraton , Hilton , Ibis , Hyatt , Pizza Hut , Starbuck bla bla bla , gua sekadar angguk jer , bangkang pun tidak juga  

Khalifah Terakhir : Sultan Abdul Hamid

Kata sahabat rapat gua lagi lagi " Sebetulnya gerakan Fremasonsry sudah mulai masuk hingga ke dalam jantung pusat ibadah Umat Islam itu sejak berdirinya Kerajaan Saudi Arabia yang menguasai Mekah dan Madinah. Kerajaan Saudi Arabia adalah negara boneka Zionis Inggeris, setelah berhasil menghancurkan kekhalifahan terakir Umat Islam di Turki di awal abad 20 " ....  

Gua terus terdiam tak tahu nak cover macamana untuk pertahankan pihak sunnah  

Kerajaan Saudi Arabia adalah negara boneka Zionis Inggeris, setelah berhasil menghancurkan kekhalifahan terakir Umat Islam di Turki di awal abad 20 " 

Dahulunya sebelum Mekah dikuasai Bani asSaud, para jemaah haji yang pulang ke tanahair mereka amat ditakuti oleh penjajah…kerana di Mekah mereka dibasuh jiwanya dengan semangat jihad menentang penjajah terutamanya British yang pada masa itu menjadi musuh ketat Kekhalifahan Othmaniah  

Tapi lihat kini…ibadah Haji seolah-olah sudah jadi semacam pergi melancong…apabila pulang ke tanahair mereka macam biasa juga…serupa tulerr , Kenapa? 

Khalid ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud (1912 – 13 Jun 1982) menjadi Raja Arab Saudi yang ke-4 merupakan Putera Mahkota sejak tahun 1965 selepas abangnya (abang kandung) iaitu Muhammad ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud menolak untuk menjadi raja. 

Pada masa pemerintahannya hubungan dengan Amerika Syarikat dan dunia Barat telah dipulihkan. Ekoran daripada usianya yang telah lanjut dan masalah jantung yang dihadapinya, pada tahun 1976, Raja Khalid terpaksa pergi ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan. 

Pada masa pemerintahannya berlaku peristiwa yang menggemparkan dunia di Masjidil Haram pada 20 November 1979 (1 Muharram 1400H) apabila sekurang-kurangnya 500 pemberontak berjaya menawan Masjidil Haram di Makkah. 

Gerakan ini dipimpin oleh seorang pemuda dari gurun Najd, iaitu Juhaiman Al Utaibi. Gerakan pemuda Arab ini bukan sahaja membuatkan kerajaan Arab Saudi kelam-kabut, bahkan seluruh dunia merasa kalut dan cemas. Yang paling bimbang menyaksikan serangan militer yang tidak terduga ini ialah kuasa Amerika Syarikat dan Eropah. 

Seluruh dunia tidak menduga Masjidil Haram boleh direbut dan ditawan oleh sebuah kumpulan bersenjata yang tidak dikenali dan tidak diketahui dari mana arahnya yang muncul secara tiba-tiba. 

Setelah bertahan selama beberapa minggu, gerakan bersenjata Juhaiman akhirnya berjaya ditewaskan oleh tentera Arab Saudi dengan dibantu olehPeranchis(Negara Freemason). Masjidil Haram berjaya ditawan semula. Dalam pertempuran tersebut seramai 120 jemaah terbunuh dan 251 orang tercedera. 75 pengikut Juhaiman terbunuh, 170 orang ditahan manakala di pihak tentera Arab Saudi, 60 orang terbunuh, 200 orang cedera.

Semua orang tahu ini , ianya berlaku depan mata satu waktu dahulu  

Minyak kat arab saudi pun semua orang tahu siapay yg monopoli  

Amboii akrabnya hangpa berdua , sunni dan US si Setan Besar , lanyak Iraq ekk 

Perang Teluk II atau Perang Iraq yang bermula pada 20 Mac dilancarkan bagi “membebaskan” Iraq dari pemerintahan Saddam Hussein. Berbeza dengan Perang Teluk I yang dilancarkan oleh Presiden Amerika George Bush, perang pada kali ini hanya melibatkan beberapa buah negara seperti United Kingdom dan beberapa kontinjen kecil tentera dari Australia dan Poland dengan bilangan tentera keseluruhannya hanya seramai 200,000 orang. 

Walaupun bilangan tentera Bersekutu adalah kecil, akhirnya Saddam Hussein berjaya digulingkan setelah Baghdad berjaya ditawan selepas 21 hari pertempuran. Akhirnya pada 1 May 2003 keseluruhan Iraq telah berjaya ditakluk oleh tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat. 

Kesemua peristiwa penting yang telah merubah sturktur kuasa dan sejarah Asia barat di atas berlaku semasa pemerintahan Raja Fahd yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat dengan menggunakan segala kemudahan yang terdapat di Arab Saudi dan beberapa negara Arab Teluk yang lain.

Saban tahun kos menunaikan ibadah Haji melambung…sekitar Makkah penuh dengan pembangunan…untuk membina bangunan-bangunan cantik dan mewah termasuk hotel-hotel mewah…tiada lagi yang murah di sana!Kalau kita selidiki sebenarnya kos menunaikan haji tidaklah perlu sebegitu tinggi tapi sebab kerana BISNES…semuanya melambung…Haji dah jadi satu perniagaan  

insaf lah wahai ummat 

New York

Baghdad




sumber

Photobucket

Syria : menang menjadi arang kalah menjadi abu

on





Syria...kehancurannya angkara tangan-tangan manusia sendiri...antara tangan yang gila kekuasaan dengan tangan yang mahukan keadilan. Antara tangan pemerintah dengan rakyat yang diperintah.. Pemerintah pasti mempertahankan apa yang dikehendakinya...dan rakyat yang ramai pasti berkehendakkan juga perubahan dalam sistem pemerintahan yang mereka ikuti.
Tentera Syria sedang menggempur FSA

Adakah pemimpin yang gila atau rakyat jelata yang berjuta jumlahnya yang gila..pabila terjadi penentang begini ?..Apapun dalam kehidupan ini...Tiada perjuangan tanpa pengorbanan..dan harganya juga pasti amat mahal untuk dijual beli..

Tentera Syria dgn gambar kebanggaan mereka 
Pertempuran berdarah pasti berlanjutan sehingga samada pemimpin yang kecundang atau rakyat jelata yang dikandangkan,dan kemusnahan serta pembunuhan terus terjadi. Itulah sunnah perjuangan..samada dibunuh musuh atau membunuh musuh.

Bahananya pasti dirasai oleh semua..Kini Syria yang menjadi antara bumi para anbiya makin menjadi bumi yang panas terdedah kepada bahang angkara keruntuhan iman dan bangunan.
Bazar Aleppo yang berusia ratusan tahun pernah menjadi tumpuan manusia dan kebanggaan Syria
Bazar Aleppo musnah terbakat
Kini bazar yang menjadi lambang ketenangan kehidupan dalam kekangan musnah akibat pertempuran antara tentera yang setia dengan pemerintah Assad dengan tentera yang mahu membebaskan Syria dari cengkaman rejim Assad.



Sudah pastinya harga untuk sesuatu perjuangan itu mahal
Bangunan yang dibom oleh tentera

Tentera FSA sedang menggempur tentera Assad

Membujur lalu melintang patah..perjuangan ini mesti diteruskan..usia bukan penghalang,keadilan mesti ditegakkan

Kami budak baru belajar..orang tua silap kami ajar ?

Akan terbelahkah Syria umpama Palestin ?
Apakah kemungkinan kesudahannya ?..Akan terjadikah seperti Iraq ? Libya ? atau Afghanistan ?. Yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu ? Sesungguhnya Allah tidak zalim terhadap hamba-hambaNya...manusia yang beriman tidak akan bertindak zalim terhadap sesama makhluk..Manusia yang beriman pasti akan memperolehi ganjarannya dari Allah dan manusia yang zalim dan kufur pasti akan menerima akibatnya jua..
Mengikut sejarah kehidupan manusia,acap kali terjadi situasi begini, maka pemimpinlah yang pastinya kecundang.


kaptenpower

Photobucket

RM207b: Nizar akan bawa buruh paksa ke parlimen

on





KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mempersoalkan ke mana wang pampasan sebanyak RM207 bilion hak milik waris buruh paksa landasan keretapi Siam-Burma dibelanjakan serta disalurkan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini wang pampasan tersebut, beliau berkata terdapat maklumat mengatakan perkara itu telah selesai.

Namun beliau sendiri belum pasti dalam bentuk apakah ia diistilahkan sebagai telah selesai.

"Ada usaha mengatakan isu ini telah selesai dan pihak persatuan juga mengatakan mereka menerima surat dan memberitahu isu ini telah selesai.

"Tetapi saya sendiri tidak mengetahui apa yang telah selesai, sedangkan sewaktu saya kemukakan di Parlimen sehinggalah penggulungan tidak ada jawapan dari menteri berhubung isu tersebut," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Malah beliau juga turut bertemu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dan bertanyakan kenapa kementerian tidak memberi maklum balas berhubung isu tersebut.

Namun, Donald Lim menyatakan tidak mengetahui dan meminta Nizar menulis surat kepada kementerian bagi mengetahui status sebenar.

"Saya akan ketengahkan isu ini dan ia merupakan isu yang besar apatah lagi kebanyakan mereka yang terlibat merupakan ahli Umno.

"Saya akan membawa ahli persatuan dan mereka yang masih hidup ke Parlimen bagi mengetengahkan permasalahan ini dan menjelaskan kepada rakyat," sambung beliau lagi.

Beliau yang terus memperoalkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap wang pampasan tersebut sedangkan ada dokumen-dokumen yang mengatakan ia berada dalam simpanan perbendaharaan.

"Kerajaan perlu jelaskan dan kita tidak mahu wang tersebut lesap begitu sahaja. Kalau di Indonesia, Filipina mahupun Vietnam bila Jepun menyerahkan wang pampasan terus diberikan kepada rakyat kenapa tidak di negara ini," soal beliau.

Sebelum ini, Nizar telah membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada 10 Oktober lalu.

Nizar memaklumkan waris mangsa tidak mendapat wang pampasan tersebut biarpun ia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.



harakahdaily

Photobucket

Aziz Bari sahkan tanding, yakin rampas kerusi Sabak Bernam

on






SABAK BERNAM - PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.

Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam  memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.
Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.
“Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.
“Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR,” katanya.
Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.
“Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.
Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

“Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini,” katanya.
Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.
“Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas,” katanya.
Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.
“Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat,” katanya.
Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.




Photobucket

PENDEDAHAN RAFIZI :- Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta

on






Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.
Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
(Sila rujuk Lampiran A)
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).
Gambar A1
Gambar A2

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.
Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz
Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).
Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

Gambar B1
 Gambar B2
Gambar B3
 Gambar B4
Gambar B5
Gambar B6

ii) Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence
Lampiran C menunjukkan 4 gambar.
Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.
Gambar C1
Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.
Gambar C2
Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.
Gambar C3
Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Gambar C4
 Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

iii) Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776
Lampiran D menunjukkan 5 gambar.
Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).
Gambar D1

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.
Gambar D2
Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Gambar D3
Gambar D4
Gambar D5
Gambar D6
Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.
Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).
KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 NOVEMBER 2012 


sumber


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List