Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.
Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.
"Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.
"Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.
Turut hadir semasa sesi pelancaran tadi ialah Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan juga bekas ADUN Penanti Muhammad Fairus Khairuddin.
Selain itu, Hasan berkata, IMR Network TV dan radio kini mempunyai 18 krew produksi.
Malah, katanya, IMR radio kini telah beroperasi. Bagaimanapun, IMR TV baru beroperasi 25 peratus.
"Kita telah beroperasi sebulan yang lalu. Tetapi hari ini, IMR radio beroperasi sepenuhnya.
"Ada pelbagai rancangan yang kita sediakan. Ada program bincang mengenai politik, ekonomi, usahawan dan sebagainya," katanya lagi.
IMR Network TV dan radio boleh ditonton dan didengar secara onlinedengan melayari imrnetwork.my.

komen Illa Nur
Kayanya kau Hasan Ali.. mana kau dapat dana semua ni.. boleh percaya ke ni.. IMR Network ni mcm penubuhan TIBAI jugak kot.. rugi la siapa melabur ... hahahahahahaha.. IMR Network yg syok sendiri .. dah la roadshow kau pun banyak kerusi dari orang ..
Hasan Ali kalau tengok cara dia .. perasan je memanjang .. dia ingat apa dia cakap tu rakyat suka kot .. ialah dia kan pakar motivasi yg dah basi .. sian dia ni... hati masih ingat PAS .. agenda perpaduan yg tak menjadi .. UMNO pun tak layan ..
komen Raja Mohd Shahrim
.. !! senang sgt dpt permit..Free Sarawak Radioa sampai terpaksa beroperasi diluar negara.. kerana dihalang..utk menyampaikan maklumat pada rakyat...sah ni radio propangada UMNO keparat..!!
0 comments:
Post a Comment