Walaupun pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) baik ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.
Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN
“Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.
“Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.
“AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya,” kata Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Kesemua empat negeri yang diperintah oleh PR telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan AES yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.
“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.
Malaysia Insider
0 comments:
Post a Comment