Bertanggungjawab terhadap apa yang dikata.

on Aug 28, 2010

Mana-mana pihak atau individu yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu-isu berhubung sensitiviti kaum dan agama perlu bertanggungjawab dan menanggung akibat serta kesannya apabila ia dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata alasan mengatakan tindakan atau kenyataan yang diucapkan telah 'disalah anggap' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

smm meeting with nazri 110907 nazri abdul aziz"Ucapan yang penting ialah mengenai anggapan orang. Bila berucap, ucapan itu kena dijaga, jangan boleh disalah tafsirkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 300 penerima dalam Parlimen Padang Rengas di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional di Lubuk Merbau Merbau di Kuala Kangsar.

Katanya bagi memastikan isu-isu yang menyentuh perhubungan kaum tidak terus dimanipulasikan mana-mana pihak, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kabinet Berkenaan Penguatkuasaan Undang-Undang akan memantau setiap isu yang berbangkit.

Menurutnya kerajaan tidak akan berkompromi dengan usaha pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dalam negara.

“Kerajaan tidak boleh bertolak-ansur dengan isu perkauman sama ada yang membabitkan golongan minoriti atau majoriti, saya akan pastikan jika ada laporan polis dibuat dan selepas disiasat, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara. Saya akan pantau, kalau ada kes mesti didakwa dan pendakwaan mesti cepat," katanya.

Nazri berkata jawatankuasa yang bermesyuarat sebulan sekali itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

NONE"Khamis lepas kami mengadakan mesyuarat yang kedua. Dalam mesyuarat ini kami memutuskan akan memantau kes-kes yang mempunyai kesan dalam perkembangan sosial,
serta yang melibatkan kepentingan umum," katanya.

Beliau berkata antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat terbaru itu ialah kes berkaitan seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan tindakan empat remaja menyimbah cat merah dan botol arak ke sebuah surau di Negeri Sembilan. 

Ditanya persepsi orang ramai bahawa kerajaan hanya bertindak tegas terhadap kes yang membabitkan kaum tertentu sahaja, Nazri berkata ia tidak benar, kerana tindakan yang diambil berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan tanpa mengira kaum.

- Bernama

Meskipun Jeffry gesa batal, Anwar teruskan lawatan ke Sabah.

on

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan programnya ke Sabah hari ini walaupun salah seorang naib presidennya Datuk Dr Jeffrey Kitingan semalam secara terbuka menggesa agar Penasihat PKR itu membatalkan saja kehadirannya ke negeri itu. 

Kehadiran Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat disahkan oleh Jeffrey dan seorang lagi Naib Presiden PKR Azmin Ali sendiri kepada The Malaysian Insider hari ini. 

Semalam Jeffrey yang akhir tahun lalu ‘mengancam’ untuk keluar PKR tetapi mengubah fikiran kemudian, meminta Anwar supaya tidak turun ke Sabah kerana banyak perkara perlu diselesaikan termasuk pencalonan parti. 

Beliau juga mengesahkan Anwar ada menghubunginya ekoran kenyataan terbuka semalam. 

“Semalam Datuk Seri Anwar ada menghubungi saya dan cakap akan tetap berkunjung ke sini (Sabah). 

“Beliau (Anwar) beritahu bahawa program-program sudah diaturkan, jadi tidak elok jika beliau tidak hadir. 

“Saya tidak kisah jika beliau mahu hadir kerana itu memang kehendak beliau,” katanya kepada The Malaysian Insider. 

Jeffrey menasihati Ketua Umum PKR itu supaya menangguhkan jadual lawatan beliau ke Menggatal, Putatan dan Papar hari ini ke satu tarikh lain. 

“Saya hanya minta Anwar menangguhkan sahaja lawatan bukan membatalkan kerana banyak perkara hendak diselesaikan terutamanya pencalonan parti hari ini. 

“Tapi beliau tetap mahu hadir, tidak mengapa...,” kata Jeffrey ketika dihubungi kira-kira pukul 10 pagi tadi. 

Menurut Jeffrey, Anwar kini dalam perjalanan ke Sabah. 

“Ya, beliau (Anwar) mungkin dalam kapal terbang sekarang,” katanya. 

Ketika ditanya sama ada penangguhan lawatan itu dibuat kerana isu penggantungan 12 ahli parti itu yang digantung selama setahun selepas mereka cuba menubuhkan sebuah parti politik baru, Parti Cinta Sabah (PCS), Jeffrey bagaimanapun menafikan perkara itu. 

“Tidak akan kaitan dengan isu ini, hanya kerana kita di sini sibuk dengan pencalonan sahaja,” katanya lagi. 

Sementara itu, Azmin juga mengesahkan Anwar tetap akan ke Sabah. 

“Ya, saya percaya penerbangan beliau awal pagi tadi,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Jeffery membuat gesaan itu sehari selepas PKR mengumumkan keahlian 12 anggota parti itu di Sabah digantung selama setahun selepas mereka cuba menubuhkan PCS. 

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata siasatan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR mengesahkan berlaku perlanggaran disiplin parti dan badan itu mencadangkan kepada majlis pimpinan pusat supaya kesemua mereka digantung mulai Ahad ini. 

Mereka adalah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas,Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guriban, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi. 

Kesemua mereka itu dilaporkan cuba membuat permohonan bagi mendaftarkan PCS dengan Pendaftar Pertubuhan pada Disember lepas selepas Jeffrey mengancam untuk meletak jawatan kerana dia tidak berpuas hati dengan ‘campur tangan’ pucuk pimpinan pusat dalam hal-hal PKR Sabah. 

Beberapa pihak dalam PKR menyebut tindakan itu juga ada kaitan dengan pemilihan parti yang sedang berlangsung. 

Proses penamaan calon bermula semalam.

Dara atau kesucian, mana yang utama.............................???

on




Terdapat satu berita portal dunia berkaitan perihal penerbitan sebuah majalah khas untuk wanita Islam moden yang turut menyentuh perihal isu kontroversi seperti konsep dara dan keperawanan.

Majalah baru, Aquila Asia yang baru dilancarkan penerbitannya Mac lalu, beribu pejabat di Jakarta, Indonesia diterbitkan dalam bahasa Inggeris yang ditujukan untuk perempuan Muslim Asia Tenggara.

Majalah itu turut memaparkan trend dan gaya penampilan wanita moden di sebalik fesyen masa kini yang sopan bersesuaian dengan wanita Islam moden. Ia juga turut memuatkan info tentang tempat makanan dan minuman halal di beberapa kawasan tumpuan ramai.


"Kami bukan mempromosikan seks, namun rencana ini kami terbit kerana di Mesir tahun lalu ramai wanita yang membeli peralatan untuk pulih selaput dara," kata Liana Rosnita, pengasas Aquila Asia.

"Ini dilakukan kerana ada tekanan pada wanita untuk tetap perawan sebelum menikah agar diterima calon suaminya," tambah wanita berasal dari Singapura itu.

Menurut pengarang Aquila Asia, Laila Achmad, rencana-rencana dalam majalah ini melibatkan gaya hidup mengangkat masalah-masalah yang dihadapi wanita Muslim di dunia pada umumnya.

"Ada juga rencana soal poligami dan juga soal keperawanan. Mungkin ada sejumlah wanita yang melakukan seks sebelum berkahwin, tetapi kerana tuntutan agama dan masyarakat, mereka mahu menjalani pemulihan dara," kata Laila.

Berdasarkan pernyataan pengarang majalah berkenaan, seolah-olah memberi maksud kepada kita bahawa selepas melakukan seks sebelum kahwin, ada yang akan menjalani pemulihan dara mereka kembali kepada asal kerana tuntutan agama dan masyarakat.

Apakah selepas melakukan seks secara tidak sah kemudian memulihkan kembali dara yang hilang akan mengembalikan kesucian seseorang itu? Dengan maksud yang lain, apakah mereka itu sudah bebas daripada dosa melakukan hubungan seks sebelum kahwin jika dara mereka dapat dipulihkan?

Mungkin tuntutan masyarakat seperti yang dinyatakan pengarang majalah berkenaan boleh diterima akal, tetapi bagi agama, tiada memberi apa-apa erti kecuali taubat kepada Allah SWT.

Kesucian seseorang wanita didalam Islam bukan terletak pada ada dara atau tidak. Kesucian wanita dalam Islam, mereka seharusnya menjaga kehormatan mereka daripada disentuh oleh yang tidak berhak (haram).

Walaupun dara mungkin dapat dipulih oleh mata kasar manusia, tapi di sisi Allah mereka itu tetap ternoda dan berdosa jika bergelumang dengan zina.

WarkahDaily

Utusan Malaysia kata "Tazkirah'...... Siapa yg.......????????

on

'Tazkirah' di surau: Teo mohon maaf


Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai 'tazkirah' di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.
Ikhlas dan murni

Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.
Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung 'tazkirah' Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.


Sumber:- Malaysiakini



Pelajar M'sia di Indonesia diarah berwaspada........

on


Lebih daripada 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia diarah berwaspada dan berhati-hati berikutan gerakan anti-Malaysia yang dianjurkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) di negara itu.

usm apex university 040908 mohamed khaled nordinMenteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementeriannya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pelajar tempatan di Indonesia melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

"Kementerian memantau situasi itu dan setakat ini tidak ada laporan pelajar kita menjadi mangsa gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah dan ibu tunggal di Bandar Seri Alam dekat Pasir Gudang, Johor hari ini.

Khaled yakin kerajaan Indonesia akan melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan semua pelajar Malaysia.

Beliau juga percaya bahawa pelajar terbabit mampu menangani sendiri situasi tegang berkenaan melalui pelbagai persatuan mahasiswa.

NONEBendera baru-baru ini dilaporkan berdemonstrasi dan melemparkan najis di kedutaan besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Ia sebagai bantahan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, apabila bahagian penguatkuasa kementerian kelautan dan perikanan Indonesia menahan lima nelayan Malaysia dan polis marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian negara itu, kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Tahanan kedua-dua belah pihak itu telah dibebaskan pada 17 Ogos lalu. 

- Bernama

Anda bersetuju dan gembira Khairy Jamaluddin keluar UMNO?

on

"Hari ini saya membelek-belek tajuk thread yang ada di Forum MyKMU (portal popular Kelab Penyokong uMNO). 

Tiba-tiba saya terpandang tajuk "Anda bersetuju dan gembira Khairy Jamaluddin keluar UMNO?". Saya terpaku sebentar. Ishhh..~ Bukankah Khairy Jamaluddin itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia??


Saya ingatkan hanya bising di kalangan penyokong UMNO disitu sahaja, tetapi ternyata hakikat ini dipegang ramai pihak. Seolah-olah Khairy Jamaluddin ini adalah liabiliti UMNO keseluruhannya.Tidak kira penyokong atau pemimpinnya.~



Masakan tidak, satu tajuk artikel berjaya lulus di Utusan Meloya, menyokong PERKASA secara terbuka dan menghentam Khairy Jamaluddin walaupun Ibrahim Ali bukan sesiapapun di dalam UMNO berbanding Khairy Jamaluddin.

Tindakan UMNO mengenepikan Khairy dan mengjengkelkan Khairy di khalayak telah membuktikan bahawa UMNO itu sendiri memang sebuah parti yang mengamal politik "Tikam daripada belakang". Jika seseorang itu tidak suka dan tidak sehaluan, maka mereka akan dipijak dan dimalukan.



Jadi tidaklah menjadi hairan sangat Ketua Pemuda UMNO itu tiada jawatan dalam senarai Menteri Kabinet Malaysia. Dan juga tidaklah hairan sangat sekiranya PERKASA yang diterajui Ibrahim Ali yang bukan sesiapa itu di sokong.

Inilah bukti yang tersangat relevan berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, bahawa penolakan kepada Kerajaan Perpaduan UMNO adalah kerana terkenangkan nasib PAS yang pernah bergabung dengan UMNO dalam Perikatan, dan UMNO "tikam belakang" PAS suatu masa dulu.Pas diajak bergabung bila UMNO terdesak, dan PAS ditendang keluar apabila UMNO sudah kuat. Dan kini sudah terbukti segalanya. Kita dapat lihat bagaimana Khairy Jamaluddin diperlukan sedemikian hingga memberi kata dua kepada UMNO sama ada dia atau Perkasa. Dan kini, UMNO lebih suka pilih PERKASA dan malukan Khairy Jamaluddin.
Hai Khairy, Nasib badann...
Kamu tidak lagi disayangi oleh UMNO.

Saya jamin suatu hari nanti, Khairy Jamaluddin akan menjadi pemimpin UMNO buangan sepertimana Ku Li.

Sumber:-Detikdaily


Pinggan kosong di bawah tudung saji ......

on

GUNUNG SEMANGGOL: Hati siapa tidak tersentuh apabila melihat kedaifan seorang ibu tunggal yang hanya menanti simpati daripada jiran untuk mengisi perut bagi meneruskan kehidupan memikul amanah sebagai hamba Allah.
Di bawah rimbunan pokok rambutan dan belimbing terselit sebuah rumah yang agak usang dan di dalamnya seorang ibu tunggal menjaga anak lelaki berusia lingkuangan 30-an yang berpenyakit.  Walaupun hidup dalam kedaifan, Basariah Lebak, 60-an, tetap ceria ketika menyambut kehadiran rombongan Muslimat PAS Pusat serta Muslimat Gunung Semanggol ke rumahnya.


Pada mulanya, penulis serta rombongan Muslimat cuak untuk memasuki rumah Basariah. Ini kerana lantai rumah beliau kelihatan reput dan basah.
Dari luar rumah sudah terhidu bau najis kucing. Bau itu bertambah kuat ketika penulis dan Muslimat berada dalam rumah Basariah.
 Bagaimanapun, untuk menjaga hati ibu tunggal itu delegasi Muslimat tetap naik ke rumah Basariah bertanya khabar serta menghulurkan bantuan kewangan dan makanan asas.
Penulis mendapati lebih 10 ekor kucing berada dalam rumahnya.
Beberapa ekor kucing menggelilingi tudung saji, ada yang berada di atas tiang dan dapur.
Keadaan dalam rumah beliau tidak tersusun, ditambah dengan lambakan kain baju serta perabot buruk dan rosak.
Sukar untuk mencari tempat yang selesa. Hanya ada satu sudut di ruang luar tergantung kelambu yang sudah lusuh mungkin tempat dua beranak itu tidur.
Penulis sempat menjeling ke dalam tudung saji di atas lantai, malangnya hanya kelihatan pinggan kosong. 
Dalam perbualan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Setiausaha, Kartini Ahmad serta AJK, Dr Najihah di rumahnya, Basariah memaklumkan setiap hari mendapat bantuan makanan daripada jiran-jiran.
Ketika muda, beliau membesarkan lima orang anak tiri namun, mereka tidak pernah menjenguk ibu yang kini berada dalam kedaifan.
Kunjungan Muslimat petang Selasa 17 Ogos lalu dengan membawa beras, makanan asas serta wang melihatkan keceriaan wajah Basariah.
Ibu yang bertubuh kurus itu amat menghormati kunjungan Muslimat. Beliau acap kali mengajak Muslimat duduk tetapi memandangkan suasana rumah yang tidak selesa, Muslimat lebih selesa berdiri.
Keadaan rumah yang berselerak dengan longgokan kain ditambah dengan bau najis kucing sudah tentu menjemput nyamuk dan lalat.
Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sudah pasti ibu yang bertubuh kurus itu menyimpan perasaan malu tetapi pasrah dengan keadaan rumah serta kehidupannya.
Bilik Berita Harakah serta Dewan Muslimat PAS Pusat akan terus menjejak masyarakat yang susah, ibu-ibu tunggal serta anak-anak yatim.
"Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman. Insya-Allah segala bantuan ikhlas itu akan kami salurkan kepada golongan yang memerlukannya," kata Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.
Sehubungan itu, sumbangan kewangan amat diperlukan. Mereka yang mahu menyumbang hulurkan terus ke Maybank, nombor akaun: 564025400533 (atas nama Parti Islam Se-Malaysia).

Berpotensi jadi pembawa thalasemia?

on

Seorang daripada 20 rakyat Malaysia berpotensi menjadi pembawa genetik thalasemia, sejenis penyakit keturunan yang menelan kos rawatan yang besar sepanjang hayat.
Pengerusi Persekutuan Pertubuhan Thalasemia Malaysia, Ramli Mohd. Yunus berkata, penyakit itu hanya boleh dikesan melalui kaedah saringan darah, yang diguna pakai di negara ini.
Katanya, pembawa genetik itu yang dikesan melalui saringan darah akan diberi kaunseling supaya kawalan ke atas mereka untuk mencegah perkembangannya dapat dilaksanakan.
Bercakap kepada pemberita semasa ditemui pada majlis berbuka puasa Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah bersama 40 pesakit thalasemia di sini malam tadi, beliau berkata, tanpa dikawal jumlah pembawa genetik itu akan meningkat.
Katanya, Malaysia antara 13 negara yang berjaya mengurangkan jumlah pembawa genetik itu hasil kaedah saringan darah.
"Jika seorang daripada pasangan yang berkahwin, mereka berisiko mendapat anak yang dijangkiti thalasemia dan angka pembawa akan meningkat hanya dalam masa lima hingga 10 tahun,” kata Ramli.
Beliau berkata, kira-kira empat peratus rakyat Malaysia, purata berumur 12 tahun ke bawah telah dikesan sebagai pembawa genetik thalasemia hasil saringan darah yang dibuat.

Puteri Umno desak tindakan tegas terhadap Namewee

on

Puteri Umno mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap seorang pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau dikenalisebagai Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali inidengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.


Dalam satu kenyataan hari ini Rosnah berkata dalam klip video itu Namewee antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Beliau berkata selain itu Namewee dalam klip video yang disiarkan dalam laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.
Puteri Umno mendesak kerajaan bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri, katanya.
Rosnah berkata Namewee adalah lambang generasi muda yang tidak tahu menghargai erti kemerdekaan dan perpaduan kaum yang dinikmati oleh rakyat Negara ini.
“Adalah wajar tindakan tegas dikenakan terhadapnya supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa isu perkauman bukanlah bahan mainan yang boleh dicarut dan disebarluaskan menerusi internet,” katanya.
Beliau berkata isu guru yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sedang disiasat oleh pihak berkenaan dan adalah tidak wajar guru berkenaan dicerca melalui klip video itu. — Bernama

PAS akan bongkar skandal kerugian RM 8 bilion MAS hingga ke akar umbi

on

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub akan terus mendedahkan kes kerugian MAS sebanyak RM8 billion walau apa pun alasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini berikutan, SPRM enggan menyiasat kerugian syarikat berkaitan kerajaan itu yang didakwa melibatkan bekas Pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli.


Salahudin berkata, pengarah siasatan SPRM Mustafa Ali menjelaskan bahawa SPRM tidak menyiasat kes itu kerana ianya telah disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman. Tambahnya,  isu itu telah berlarutan sejak lapan tahun lalu melibatkan dua bekas perdana menteri sebelum ini, dan Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan komitmen menyelesaikan masalah ini. Penjelasan itu dibuat Mustafa  dalam satu pertemuan di antara Salahuddin dengan empat wakil SPRM di Parlimen hari ini.

"Pertemuan hari ini untuk SPRM memberikan penjelasan berkaitan kes kerugian MAS yang saya persoalkan baru-baru ini,"katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Bagaimanapun, Salahuddin dalam sidang medianya selepas pertemuan itu tidak berpuas hati dengan jawapan SPRM dan akan menunggu respons suruhanjaya itu nanti.

Apa yang menjadi persoalan jelas Salahuddin,  individu yang dipercayai terlibat menyebabkan kerugian ditanggung MAS tidak pernah dibawa ke mahkamah walaupun telah disarankan polis.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Khas SPRM yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong tidak akan berdiam diri dalam skandal ini kerana kes ini memerlukan tindakan yang drastik yang disifatkan sama besar dengan skandal PKFZ.

"Kita perlu ambil pengajaran daripada kes PKFZ yang selama hampir empat tahun ahli Parlimen suarakan di Dewan Rakyat, akhirnya dapat membongkar siapa yang terlibat," katanya.

Salahuddin mendakwa dua perdana menteri sebelum ini, polis dan Jabatan Peguam Negara terlibat dalam kospirasi untuk melindungi individu yang telah menyebabkan kerugian MAS dan adalah wajar Perdana Menteri Najib Tun Razak mengambil tindakan. “Tiga perdana menteri yang terlibat iaitu dua Tun dan seorang Datuk Seri. Adakah mereka tidak berupaya untuk membawa individu tersebut ke muka keadilan?

“Sekarang Najib adalah Perdana Menteri, jika beliau bercakap tentang integriti, ini adalah masanya untuk menghukum mereka yang terlibat,” katanya. Tegasnya juga, beliau tidak teragak-agak untuk mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini jika SPRM dan PDRM gagal menyiasat kes ini.

"Saya bersedia menulis surat kepada Perdana Menteri menggesa suruhanjaya diraja ditubuhkan jika SPRM dan PDRM gagal menyelesaikan kes ini.

"Kita ingin tahu siapa sebenarnya yang melindungi penjenayah dalam kes ini," katanya. Beliau juga akan membawa perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya ia tidak menemui jalan penyelesaian.

Laporan polis pertama terhadap bekas Pengerusi Eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli pada 2002 kerana dipercayai menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian lebih RM8 bilion. Tajuddin menerajui MAS dari 1994 hingga 2001.

Laporan kepada SPRM bertarikh Mei 2009 mendakwa Jabatan Peguam Negara enggan mendakwa Tajuddin walaupun ketua CCID ketika itu Datuk Ramli Yusoff memberi jaminan pada 2007 bahawa ia ada menemui kesalahan-kesalahan yang boleh dibuktikan.

Sumber:- Detikdaily



53 tahun berkuasa, PM & MB Melayu, apa mereka buat?

on

PAS mendakwa Umno sebagai parti bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30%  ekonomi Bumiputera selama ini, setelah diberi kuasa lebih 53 tahun memerintah Malaysia. Bagi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, beliau yakin isu ini akan terus dijadikan modal oleh Umno selagai parti itu berkuasa. Katanya, kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan ketidakupayaan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini


"Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat," ujarnya. Ustaz Idris berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. 

"Inilah persepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, KeADILan dan DAP pada 19 Disember 2009. Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi Bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor curut, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera?" tanya beliau.

Ustaz Idris hairan, bagaiman Umno yang mempunyai kuasa, membuat dasar, merancang dan melaksana, gagal mensasaran koata 30 peratus itu. "Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno jadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara," uajar beliau lagi.

PAS tegasnya berpendapat sasaran koata tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agihan projek bukan kepada mereka yang sepatutnya, sebaliknya merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengalibabakan projek melalui 'hak istimewa orang Umno'. Siapakah yang menjual ekuiti  30%  yang diperuntukan kepada Bumitera setiap kali  syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur? 

Soalnya, kemana perginya dana RM54 bilion untuk ekuiti Bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 lagi lesap. Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion,  sudah tentu pencapaian ekuiti Bumiputera sudah melebihi 30%, tegas Ustaz Idris.

PAS katanya, pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi Bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain. Cadangan PAS itu di sambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. 

Katanya, PAS mengemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat, malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.

"PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil,  membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman PASdi Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang daif," dakwanya.

Ustaz Idris berkata, kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Trengganu  daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat. 

"Kerajaan PAS Terengganu juga telah memberi  tanah khususnya tapak rumah kepada orang China dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka adalah golongan yang perlu dibantu. Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Dato' Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah," tegas beliau. 

Sudah sampai masanya, kata Ustaz Idris,  PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang dipimpin PAS untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Sumber:- Detildaily

Tentera kini dianggap kerjaya pilihan

on


SIBU – Tentera kini dianggap satu kerjaya pilihan di kalangan rakyat Malaysia, kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin.
Ini terbukti dengan sambutan menggalakkan daripada program pengambilan anggota tentera di seluruh negara, katanya.
"Banyak pemohon jika tidak berjaya dalam usaha pertama tidak akan teragak-agak untuk mencuba buat kali kedua dan ketiga di tempat lain.
"Bahkan ramai bekas tentera di kalangan ibu bapa kini menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai angkatan tentera,” katanya pada majlis berbuka puasa dengan para pegawai dan kakitangan Rejimen Renjer Diraja Ketiga di Kem Ulu Oya dan Sembilan Briged di kem Rascom dekat sini malam tadi.
Katanya, perkembangan itu disebabkan usaha yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Pertahanan.
"Beliau memperkenalkan skim gaji yang lebih baik, faedah dan beberapa keistimewaan yang lain.
"Kini kerjaya itu menawarkan masa depan yang lebih baik,” katanya. – Bernama

Dicekup sedang asyik rakam hubungan seks

on


KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih dipercayai remaja masih bersekolah ditangkap pasukan pencegah maksiat ketika sedang asyik melakukan hubungan seks termasuk merakam aksi ghairah mereka menggunakan video telefon bimbit di Kuantan, Pahang. 

Aksi panas rakaman selama 10 minit itu disebarkan secara meluas melalui internet sejak seminggu lalu dan kejadian itu dipercayai berlaku jam 3 petang, minggu lalu.


Bagaimanapun, rakaman aksi seks mereka hanya dirakam selama dua minit manakala baki lapan minit rakaman adalah perbualan serta sesi soal jawab dengan pencegah maksiat.


Remaja lelaki yang dipercayai memegang telefon bimbit dan merakam aksi mereka dikatakan tidak sempat mematikan rakaman kerana terkejut apabila disergah pihak berkuasa dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyebabkan telefon bimbit terjatuh tetapi masih merakam audio perbualan mereka. 

Seorang lelaki dipercayai pencegah maksiat menahan mereka dan meminta kad pengenalan pasangan berkenaan tetapi dibantah, sebaliknya remaja itu meminta pencegah maksiat menunjukkan kad kuasa. 

Apabila ditanya apa hubungan mereka sama ada sebagai suami isteri atau tidak, pasangan remaja itu mengaku hanya sebagai kawan tetapi remaja tetap berkeras tidak mahu menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa. Sebaik saja penguat kuasa bertegas termasuk mengugut untuk menggunakan kekerasan dan membawanya ke balai polis, barulah dia memberikan kerjasama. 

“Saya akan bawa kad pengenalan ni ke balai polis dan hubungi ibu bapa awak. Orang lain sibuk nak sambut raya, kamu pula sibuk f**k anak orang,” kata pegawai penguat kuasa tetapi remaja lelaki itu berkali-kali merayu mengatakan keluarganya orang susah dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu diketahui keluarga. 

‘Drama’ itu berterusan apabila remaja lelaki itu meminta pegawai penguat kuasa berterus terang apa sebenarnya yang dia mahukan termasuk wang sebagai ganjaran jika melepaskan mereka. 

Tawaran itu ditolak dengan tegas, sebaliknya memberi amaran supaya tidak melakukan apa-apa yang boleh menimbulkan kemarahan atau kesalahan lain. 

Remaja lelaki kemudian meminta maaf dan merayu lagi supaya tidak dibawa ke balai polis atau pejabat agama yang terletak berhampiran mahkamah Kuantan. 

“Awak ingat saya tak serius ke tangkap orang buat maksiat, kamu ingat saya menyamar ke? Sekarang saya nak tolong kamu, ikut saya ke pejabat agama. Kenapa nak minta maaf dengan saya, saya bukan Tuhan... kamu buat salah dengan Tuhan kenalah minta maaf dengan Tuhan,” kata pegawai penguatkuasa itu. 

Pasangan remaja itu juga mengaku, itulah kali pertama mereka bertemu sebelum melakukan hubungan seks tetapi terus merayu supaya tidak dibawa ke pejabat agama dengan alasan tidak mahu berkahwin kerana masih terlalu muda. 

“Tolonglah encik, saya tak nak kahwin, dia (pasangan wanita) pun masih sekolah lagi. Saya pun masih bersekolah, nanti mak saya risau,” kata remaja lelaki sambil disampuk teman wanitanya. 



BeritaHarian

Khusrin Munawi vs Majlis Fatwa Kebangsaan.

on

Di dalam usaha Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) untuk melacurkan JAIS bagi kepentingan UMNO dan BArisan Nasional, beliau telah sanggup melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbunyi:


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Khusrin Munawi dilaporkan oleh Utusan  berkata:
Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.

“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini. Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog, http://anginperubahan.blogspot.com yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.


Kenyataan Khusrin Munawi jelas menunjukkan beliau melanggar Fatwa MAjlis Fatwa Kebangsaan yang mengizinkan orang bukan Islam masuk ke dalam Masjid.

I

Shahrizat pulak yang melatah tapi........???

on

Shahrizat mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP itu yang memasuki ruang solat surau berkenaan dalam keadaan tidak menutup aurat.

    
Tutup aurat ke ni......???????


Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat di sebuah surau dekat Kajang Sentral pada majlis penyampaian bantuan kepada ahli Pas baru-baru ini sebagai manifestasi kebiadaban pemimpin pembangkang itu terhadap umat Islam.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau.
''Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara,'' ujarnya.


Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List