Pelajar M'sia di Indonesia diarah berwaspada........

on Aug 28, 2010


Lebih daripada 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia diarah berwaspada dan berhati-hati berikutan gerakan anti-Malaysia yang dianjurkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) di negara itu.

usm apex university 040908 mohamed khaled nordinMenteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementeriannya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pelajar tempatan di Indonesia melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

"Kementerian memantau situasi itu dan setakat ini tidak ada laporan pelajar kita menjadi mangsa gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah dan ibu tunggal di Bandar Seri Alam dekat Pasir Gudang, Johor hari ini.

Khaled yakin kerajaan Indonesia akan melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan semua pelajar Malaysia.

Beliau juga percaya bahawa pelajar terbabit mampu menangani sendiri situasi tegang berkenaan melalui pelbagai persatuan mahasiswa.

NONEBendera baru-baru ini dilaporkan berdemonstrasi dan melemparkan najis di kedutaan besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Ia sebagai bantahan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, apabila bahagian penguatkuasa kementerian kelautan dan perikanan Indonesia menahan lima nelayan Malaysia dan polis marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian negara itu, kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Tahanan kedua-dua belah pihak itu telah dibebaskan pada 17 Ogos lalu. 

- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List