Bertanggungjawab terhadap apa yang dikata.

on Aug 28, 2010

Mana-mana pihak atau individu yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh isu-isu berhubung sensitiviti kaum dan agama perlu bertanggungjawab dan menanggung akibat serta kesannya apabila ia dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata alasan mengatakan tindakan atau kenyataan yang diucapkan telah 'disalah anggap' adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

smm meeting with nazri 110907 nazri abdul aziz"Ucapan yang penting ialah mengenai anggapan orang. Bila berucap, ucapan itu kena dijaga, jangan boleh disalah tafsirkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 300 penerima dalam Parlimen Padang Rengas di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional di Lubuk Merbau Merbau di Kuala Kangsar.

Katanya bagi memastikan isu-isu yang menyentuh perhubungan kaum tidak terus dimanipulasikan mana-mana pihak, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kabinet Berkenaan Penguatkuasaan Undang-Undang akan memantau setiap isu yang berbangkit.

Menurutnya kerajaan tidak akan berkompromi dengan usaha pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dalam negara.

“Kerajaan tidak boleh bertolak-ansur dengan isu perkauman sama ada yang membabitkan golongan minoriti atau majoriti, saya akan pastikan jika ada laporan polis dibuat dan selepas disiasat, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara. Saya akan pantau, kalau ada kes mesti didakwa dan pendakwaan mesti cepat," katanya.

Nazri berkata jawatankuasa yang bermesyuarat sebulan sekali itu turut dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

NONE"Khamis lepas kami mengadakan mesyuarat yang kedua. Dalam mesyuarat ini kami memutuskan akan memantau kes-kes yang mempunyai kesan dalam perkembangan sosial,
serta yang melibatkan kepentingan umum," katanya.

Beliau berkata antara isu yang dibincangkan dalam mesyuarat terbaru itu ialah kes berkaitan seorang pengetua sekolah di Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dan tindakan empat remaja menyimbah cat merah dan botol arak ke sebuah surau di Negeri Sembilan. 

Ditanya persepsi orang ramai bahawa kerajaan hanya bertindak tegas terhadap kes yang membabitkan kaum tertentu sahaja, Nazri berkata ia tidak benar, kerana tindakan yang diambil berdasarkan kepada kesalahan yang dilakukan tanpa mengira kaum.

- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List