Malaysia Is World Champion In Corruption...?

on Dec 14, 2012




Akhirnya kejuaraan dunia yang dicari-cari Malaysia tercapai jua oleh kerajaan UMNO 1M'sia dibawah kepimpinan Najib Razak... TAHNIAH!!!!!

Tapi perlu ditanya.. Juara dunia apa?

Rupa-rupanya JUARA DUNIA DALAM RASUAH!!!!!!!!

Pergh!!!!! sudah tentu ahli-ahli, penyokong dan pendokong UMNO berasa megah dan bangga sekali akan pencapaian sebegini rupa oleh kerajaan UMNO dibawah pimpinan Najib Razak.

Sayang seribu kali sayang...Pengiktirafan dan "penghormatan" luarbiasa ini hanya diberikan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2012..

Kalaulah ianya diberitahu pada PAU 2012, sudah pasti para perwakilan akan terlompat-lompat kegembiraan dan ada yang menangis meraung kerana bersyukur kegembiraan..



Hindustan Times



Photobucket

Lagi Ramalan PRU 13, 13 Mach hari pernamaan calon...?

on





Salah seorang bekas pengarah GLC kerajaan persektuan satu Malaysia memberitahu penulis pada 13 Mach 2013 hari pernamaan calon.

Macam mana beliau boleh tahu tarikh pernamaan calon,sedangkan  tarikh PRU Negara ini rahsia tiada siapa yang tahu, kecuali Najib.

Bagaimana tarikh pernamaan calon boleh bocor dan diketahui oleh bekas pengarah GLC kerajaan persekutuan. Barangkali tarikh tersebut berupa ramalan orang orang pencen yang tiada kerja lain dan duduk sembang sembang politik.

Atas sebab itu penulis tengok kelendar tahun 2013. Belek punya belek terjumpalah tarikh 13 Mach yang jatuh pada hari Rabu.

Timbul persoalan lojik juga hari pernamaan calon dibuat pada hari rabu, sedangkan kelazimanya berlaku pada hari sabtu, hari cuti. Demikian hari mengundi.
Hitung punya hitung munasabah, kerana 10 hari adalah hari berkempen. Bermakna hari mengundi jatuh pada 23 Mach. hari Sabtu.

Fikir punya fikir, ada lojiknya hari mengundi jatuh pada hari sabtu itu dan hari cuti umum seluruh Negara. lebih lebih lagi tarikh tersebut tarikh cuti sekolah.

Dua tiga hari ini orang orang umno asyik  bercakap pasal jika Pakatan rakyat menang negera akan di perintah oleh China.

Lain pula cakap cakap orang orang PAS. Sesetengah mengatakan jika dibiarkan umno memerintah orang melayu akan jadi pelarian di Negara sendiri. Dahlah ekonomi dikuasai orang China buat selama selamanya.Miskipun ada DEB.

Mengapa tidak? Pemimpin Melayu mementingkan diri sendiri dan asyik duduk kumpul harta sehingga tidak ada masa nak bela  bangsanya sendiri.

Salah seorang guru mengatakan apa sudah jadi dengan pendidikan Negara kita apabila timbalan menteri pelajaran dari kalangan china memainkan peranan buat apa sahaja untuk membela bangsanya dalam bidang pendidikan.

Apa sudah jadi dengan institute pengurunan Negara. Pelajar bangsa china kurang layak diambil dan masuk menjadi guru pelatih. Pelajar lepasan SPM bangsa melayu  sudah mulai terpinggir.
Timbalan menteri pelajaran yang cakap berdegar degar, cabar sini dan cabar sana tak ada masa nak beri tumpuan kepada system pendidikan Negara, kerana duduk jaga politik diri sendiri.

Demikian juga, Tan Sri Mahyuddin Yasin, timbalan perdana menteri merangkat menteri pelajaran yang banyak ideal untuk menaikpangkat para guru, tetapi abai pendidikan Negara.

Hendak harapkan perdana menteri,sudah tentu tidak boleh diharapkan langsung, kerana beliau sangat sebut untuk menjaga hati china dan takut kalah dalam PRU 13 nanti.

Lebih lebih lagi kerana tiada masa nak fikir dasar dasar untuk menyelamatkan pendidikan Negara, selain melancar tranformasi itu dan tramformasi ini agar putrajaya tidak jatuh ke tangan pembangkang.


Oleh: anaabdullah

Photobucket

PRU 13: Bom jangka perkauman berdetik kencang...?

on






PRU 13 — kaum Cina sudah buat keputusan — bom jangka perkauman berdetik kencang. Adakah benar kaum Cina telah membuat keputusan — majoriti mereka telah menetapkan tidak akan mengundi BN/Umno. Adakah ini benar. Ini telah disuarakan kepada www.umno-reform2.com oleh salah seorang kepimpinan BN baru-baru ini.

Menurut kepimpinan itu harapan BN/Umno adalah pada undi Melayu dan India sahaja. Ini pasti akan memberi kesan besar kepada BN dengan pengurangan besar undi Cina yang menyokong BN dan ini akan melibatkan kawasan-kawasan bandar dan tepian bandar yang berdesak dengan arus desakan perubahan yang dilancarkan oleh pembangkang.

Kenapa perkara ini berlaku? Kenapa majoriti Cina dikatakan menolak BN dan apa puncanya? Dimaklumkan kepada kami — dalam diskusi ringkas dengan kepimpinan BN ini — punca peralihan sokongan ini adalah kerana sebelum ini orang Cina adalah dalam keadaan ketakutan dan hanya yakin bahawa MCA/BN sahaja yang dapat menyelamatkan mereka. Peristiwa 13 Mei 1969 juga dikatakan faktor mereka terus mengundi BN kerana mereka tidak mahu ada gangguan perhubungan kaum. Ketakutan ini menyebabkan mereka akur dan tidak mengundi parti lain selain dari BN.

Faktor kedua mereka mengundi BN adalah kerana ruangan ekonomi mereka terus dan tetap ada. Peranan besar mereka dalam ekonomi adalah hasil dari ruangan yang diberi oleh kepimpinan BN kepada mereka. Faktor ekonomi adalah pegangan asas penentuan kenapa mereka sebelum ini memilih BN.

Namun hari ini semua sudah berubah, kata kepimpinan BN tersebut. Kaum Cina tidak takut lagi kerana politik saingan BN sudah membesar dan sudah mempunyai kekuatan dan dikatakan akan memperluaskan lagi peluang dan ruangan kaum Cina dalam politik. Janji untuk menyelamatkan kaum Cina — lebih liberal dan menghapuskan demarkasi kaum — dengan menurunkan keistimewaan kepada orang Melayu adalah janji yang dimakan oleh kaum Cina. Janji kesamarataan antara kaum telah dihulurkan sungguhpun mekanisma ini sebenarnya amat diragui pelaksanaannya.  

Selain dari itu parti besar Cina dalam BN yakni MCA dan Gerakan telah dilabel tidak memperjuangkan hak kaum Cina malah hanya akur untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Label buruk ini sudah merebak dan ini seakan diterima oleh kaum Cina sendiri. Mereka mengatakan perjuangan DAP yang lebih cauvinis kaum adalah lebih sesuai dan Pakatan Rakyat adalah elemen alternatif yang akan memberi mereka ruangan lebih dari BN yang di dominasi oleh Umno.

Kepimpinan BN ini, dalam hujah kepada www.umno-reform2.com mengatakan bahawa PRU 13 ini akan menjadi sengit kerana peralihan undi Cina dan peralihan ini adalah kerana keyakinan yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat bahawa mereka tidak rasis dan akan membuka seluruh ruangan dengan konsep kesamarataan yang dikatakan adil. Ini sukar dilaksanakan — tetapi dijanjikan semata-mata mendesak undi Cina untuk terus diberi kepada mereka.

Oleh itu kata beliau, PRU 13 ini adalah masih terikat sebagai PRU berasaskan kaum dan ini menjadikan satu saingan kepada komponen BN, seperti MCA dan Gerakan untuk memenangi kembali undi Cina. Apa langkah BN sekarang ini? Adakah BN akan melakukan langkah sama dengan PR iaitu membuka ruangan besar untuk mendapatkan semula undi Cina dan membodek undi Cina untuk kembali kepada BN dengan peruntukkan besar kepada kaum ini.

 Cina hari ini sudah nampak berani mendesak kerajaan untuk ruangan yang lebih luas dan tidak berasaskan keadilan sosial. Mereka menuntut dan sudah berani memperjuangkan agenda kaum yang mana sekiranya dilakukan oleh Umno — ianya dikatakan berasaskan ras. BN tersepit dan BN harus mula keluar dari kemelut persepsi kaum Cina bahawa MCA dan Gerakan tidak memperjuangkan agenda kaum Cina. Sekiranya ini berterusan maka PRU 13 akan menjadi PRU yang amat merbahaya — kerana bom jangka perkauman sudah berdetik kencang.

 Oleh Anuar Mohd Nor umno-reform2.com



Photobucket

Cuepacs gesa AES ditangguh

on



Cuepacs gesa AES ditangguh


MELAKA - Cuepacs mengulangi gesaan supaya pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan sementara sehingga taklimat menyeluruh berkaitan sistem itu selesai dijalankan di semua agensi dan jabatan kerajaan.
Dipetik Bernama, Presidennya Datuk Omar Osman berkata, langkah itu perlu dipertimbangkan sewajarnya ekoran pelaksanaan tersebut terlalu mendadak dan kurangnya pendedahan jelas dalam kalangan penjawat awam terutama melibatkan pemandu.
"Cuepacs bukan membantah atau tidak setuju. Kita sokong pelaksanaan ini kerana ia baik untuk memberi kesedaran kepada pemandu namun pendedahan sistem itu amat kurang," katanya.
Beliau berkata, kajian terperinci dan statistik berkaitan pelaksanaan sistem AES termasuk, kesesuaian pemasangan kamera itu di beberapa lokasi juga perlu diambil kira secara menyeluruh sebelum ia dikuatkuasakan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kad SP1M kepada 500 ahli Cuepacs di sini hari ini.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyempurnakan majlis penyerahan itu di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini.
Dalam pada itu kata beliau, Cuepacs menyasarkan 50,000 penjawat awam menyertai Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Mac depan.
Kata beliau, sehingga kini seramai 8,000 penjawat awam dari enam negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan, Kedah telah menjadi ahli SP1M sejak ia dilancarkan Oktober lepas.
"Kita minta semua penjawat awam dimestikan menjadi ahli SP1M kerana penyertaan penuh sektor awam dapat meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan kawalan harga barangan," katanya.
SP1M ditubuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 22 Mac lepas untuk memainkan peranan sebagai mata dan teliga kerajaan dengan lebih berkesan dalam usaha memantau kenaikan harga barang selain menggalakkan amalan perniagaan yang baik.
-sinarharian.com



Photobucket

ISA SAMAD KIAN TERDESAK ???

on





Beberapa hari ini media arus perdana menyiarkan kenyataan Tan Sri Isa Samad, bahwa Felda memberi tempoh 14 hari kepada saya selaku Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Harakah dan Suara Keadilan agar memohon maaf dan membayar pampasan dalam jumlah tertentu berhubung dengan isu penjualan minyak sawit kepada syarikat yahudi.

Untuk makluman, sampai hari 
ini notis tuntutan tersebut belum saya terima. Saya hanya berpandukan berita dalam media sahaja. Beberapa pemberita hubungi saya, adakah saya akan minta maaf?

Kenapa saya mesti minta maaf?
Isa dan Ahmad Maslan tuduh saya buat fitnah. Lebih melucukan, Isa Samad kata invois yang saya dedahkan itu berkaitan getah, bukan minyak sawit.....Alahai rendahnya knowledge Isa Samad. Sebagai Pengerusi Felda, adakah dia tidak tahu kewujudan anak syarikat, FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP)

FIOP dulunya dikenali FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD(FOP) ditubuhkan sejak tahun 1977. Menerima ribuan tan metrik minyak sawit mentah(MSM) dari kilang2 Felda seluruh negara pada setiap bulan. Sejak bila pulak FIOP memproses getah???

Telah saya katakan, maklumat dihujung jari. Saya bukan menerima maklumat tepi jalan. Ini bukan cerita tahun 60an atau dahulu kala yang penguasa zalim boleh tutup penyelewengan mereka. Apatah lagi era 75% kakitangan Felda menyokong Pakatan Rakyat!

Saya bukan sekadar memiliki invois dan Trade Confirmation, bahkan bukti2 lain yang akan saya dedahkan dari masa ke semasa. Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd yang membeli minyak sawit Felda adalah rangkaian induknya, Bunge Limited, yang beribu pejabat di White Plains, New York dan beroperasi di lebih 30 buah negara.

Sudah diketahui umum, BL adalah sebuah syarikat Yahudi yang menjalankan perniagaan dengan matlamatnya ' menguasai dan memonopoli'. BL bermula di Amsterdam pada tahun 1750 diasaskan keluarga Bunge. Ia bermula dengan berniaga kulit, rempahratus dan getah dari tanah jajahan Belanda. Berkembang hingga ke sektor perkapalan, menubuhkan syarikat Bunge and Born di Buenos Aires, Argentina. Bergabung dengan pedagang gandum berbangsa Yahudi bernama Alfred Hirsch, yang kemudiannya menjadi Presiden syarikat selama 30 tahun.

Dominasi syarikat Yahudi ini hingga ke sektor perladangan, menguasai berjuta juta kawasan tanah subur di Argentina hingga menguasai ekonominya. 

Untuk makluman, FGVH telah membeli sebuah sykt rangkaian Bunge Limited, Twin Rivers Technologies Holding. Inc(TRT) Amerika Syarikat dengan suntikan dana RM1.3 bilion. Dr Rosli Yaakob, Penasihat ekonomi ANAK telah dedahkan kepincangan syarikat ini. FGVH juga telah membuat hubungan dengan satu lagi syarikat Yahudi, Loius Dreyfus selaku rakan kongsi strategik. MOU yang dimeterai antara FGVH dengan Loius Dreyfus disaksikan sendiri Perdana Menteri.

Kalau saya nak hurai, terlalu panjang. Cukup kalau dikatakan hubungan dagang Felda dengan syarikat yahudi tidak boleh dinafikan dan bukan baru!

Saya bersedia untuk hadapi Isa Samad di Mahkamah. Insyaallah, berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan itu sahaja, akan saya bongkar penyelewengan Jabatan Seranta Felda dibawah seliaan Ahmad Maslan dan Datuk Eshanuddin, kedudukan kritikal FGVH itu sendiri dan banyak lagi kemelut dalam Felda.

" Sekiranya kamu menolong Agama Allah, Allah pasti menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu"- maksud Firman Allah.

Tekad dan azam ANAK ialah menyingkirkan pengkhianat dan petualang yang sedang menjahanamkan institusi orang melayu, FELDA. Kami akan lawan habis2an....!!!


Mazlan Aliman

Photobucket

UMNO Akhirnya Akur Rosmah Adalah Liabiliti Bagi Najib

on





Akhirnya sebuah buku biografi mengenai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor akan diterbitkan dan muncul di pasaran pada pertengahan Januari depan yang antara lainnya dikatakan akan menyediakan satu bab khusus untuk menjawab pelbagai tohmahan mengenai dirinya.

Penasihat penerbitan buku itu, Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, pelbagai tohmahan dan cakap-cakap yang berlegar di pasaran politik mengenai isteri Najib itu akan dijawab melalui wawancara khas dengan Rosmah yang akan dimuatkan dalam satu bab khusus buku tersebut.

Buku tersebut hanya dijangka siap pada pertengahan Januari 2013 tetapi majlis pra pelancarannya sudah pun dilakukan baru-baru ini oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Dengan terbitnya buku ini sekurang-kurangnya membuktikan dua perkara. Pertama, UMNO dan Najib mengakui bahawa watak dan perilaku Rosmah selama ini adalah beban kepada UMNO dan BN serta disedari menjadi antara halangan utama untuk memenangi pilihanraya umum akan datang.

Melalui penerbitan buku itu, UMNO berharap wajah Rosmah dapat disolek cantik dan dilihat molek oleh rakyat, sekaligus memadam segala rupa buruk yang telah terserlah selama ini.

Yang kedua, penerbitan buku ini juga menandakan bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada bulan Mac tahun depan. Oleh kerana buku ini hanya siap pada pertengahan Januari depan, Ahmad Maslan tentulah selepas itu akan berusaha mengedarkannya secara percuma kepada pelbagai pihak di seluruh negara, termasuk UMNO Bahagian, jabatan kerajaan, sekolah dan sebagainya melalui tajaan daripada beberapa pihak.

Selain dijual di pasaran dan diberi percuma, buku itu tentunya perlu memakan masa sekurang-kurangnya sebulan untuk diedarkan secara meluas. Hanya selepas buku itu diedar dan yakin rakyat memahami mengapa Rosmah selalu menonjolkan diri, selalu bergaya mewah, selalu membeli perhiasan yang mahal-mahal, maka barulah selepad itu Najib membubarkan Parlimen.

Sudah tentu tarikh yang munasabah untuk Najib mengadakan piliharaya ialah Mac 2013.

Rupa-rupanya kenapa Najib sering menangguh-nangguh tarikh pilihanraya walaupun sudah berkempen dan turun padang bertemu rakyat sejak lebih setahun yang lalu adalah kerana beliau akhirnya menyedari masalah besar yang menghalang kemenangan UMNO dan BN ialah berkenaan karenah isterinya.

Meskipun sudah dicatatkan dalam sejarah beberapa negara dunia bagaimana banyak kerajaan tumbang kerana karenah isteri yang tak terkawal seperti di Filipina, Mesir dan Tunisia sebelum ini tetapi nampaknya tidak ramai pemimpin yang mahu belajar daripadanya.

Serentak dengan usaha membersihkan minda rakyat agar menerima watak isteri PM itu seada dan seredhanya, Tun Mahathir juga turut diheret untuk menyokong bahawa apa yang dilakukan oleh Rosmah selama ini adalah sesuatu yang benar dan tidak bertentangan dengan sebarang norma masyarakat.

Tidak ada peraturan standard untuk isteri PM dan beliau berhak menonjolkan diri, begitulah lebih kurang ungkapan sokongan yang dilafazkan oleh Mahathir.

Tetapi masalah Rosmah sebenarnya bukan sekadar menonjolkan diri, masalah beliau juga ialah berkaitan suka bermewah, membeli perhiasan dan beg tangan yang mahal-mahal, pakaian yang gemerlapan, menggunakan kemudahan kerajaan untuk keluar negara, penglibatan dalam perniagaan dan kontrak kerajaan sebagaimana yang didedahkan oleh bekas adik angkatnya Deepak serta pelbagai hal lain lagi yang telah muncul satu demi satu sejak Najib menjadi PM pada 2009 lalu.

Semua dakwaan itu pula bukan cakap-cakap kosong. Sebahagiannya disahihkan dengan bukti bergambar seperti pemilikan beberapa barangan mewah dan perhiasan mahal yang dimilikinya sebagaimana yang tersebar dalam media baru.

Sebahagian perlakuan Rosmah yang menjadi percakapan dan kebencian rakyat itu sebenarnya bukanlah fitnah dan tohmahan. Ia adalah kebenaran yang nyata.

Sejauh mana cakap-cakap dan kebencian rakyat dapat dibersihkan melalui buku biografi setebal 164 mukasurat itu hanya masa yang menentukannya. Tetapi secara umumnya rakyat sekarang bukan lagi seperti rakyat tahun 60an atau 70an yang menerima bulat-bulat apa saja yang dihidangkan kepada mereka.

Kebijaksanaan rakyat dengan bantuan langit terbuka berlaku di semua pelusuk dunia. Isteri bekas Presiden Tunisia, Laila Ali juga mempunyai watak dan perangai yang hampir sama dengan Rosmah. Dia suka glamour, menonjol diri, bergaya mewah dan membeli perhiasan yang mahal-mahal di luar negara.

Ketika berlakunya era kebangkiran rakyat Tunisia dan perangai isterinya menjadi perbualan rakyat, sebuah buku biografi mengenai dirinya turut diterbitkan untuk membersihkan namanya dan menangkis persepsi yang sudah berakar umbi di kalangan rakyat.

Namun akhirnya buku itu gagal menghalang kebangkitan rakyat. Presiden Ben Ali akhirnya disingkirkan rakyat dan perangai serta perilaku isterinya yang boros dan suka bermewah itu adalah antara sebab yang dikesan sebagai punca kejatuhannya.

Isteri bekas Presiden Perancis, Carla Bruni juga menerbitkan sebuah buku biografi untuk membentuk persepsi baik mengenai dirinya kepada rakyat negara itu. Carla yang merupakan bekas model, ratu seks dan mempunyai sisi gelap yang tak terhitung memilih untuk menerbitkan buku biografi sebagai kaedah untuk menjawab pelbagai tohmahan mengenai dirinya serta membantu karier politik suaminya.

Buku itu laku di pasaran dan beredar ke seluruh dunia. Tetapi akhirnya dalam pilihanraya selepas itu, Presiden Sarkozy tewas kepada lawannya Francois Hollande.

Sebagaimana Laila, watak Carla Bruni juga dikesan sebagai antara punca kekalahan Sarkozy kepada lawannya.

Buku biografi Rosmah ini juga diterbitkan kerana UMNO akhirnya menyedari bahawa karenah dan perlakuan beliau sebelum ini merupakan liabiliti kepada Najib. Ia sama seperti matlamat buku mengenai Laila dan Carla Bruni diterbitkan.

Sama ada buku biografi mengenai Rosmah ini mampu membantu UMNO dan Najib atau sebaliknya biarlah rakyat yang menentukannya dalam pilihanraya nanti. Tetapi dengan UMNO akhirnya menyedari bahawa Rosmah adalah liabiliti bagi UMNO dan Najib sehingga sebuah buku mahal perlu diterbitkan mengenainya, Rosmah juga sebenarnya sedang dipersiapkan untuk dipersalahkan jika keputusan buruk yang menimpa UMNO dan BN nanti.

Sejarah Laila Ali dan Carla Bruni akan berulang lagi.


Shahbudin Husin

Photobucket

Setelah Penamaan Calun Bermula Nanti, Maka Bermulalah Kejatuhan BN

on





Ubah, tukar, ganti diantara bahasa politik yang bergema sekarang, sama ada di Kelantan, Sabah dan Malaysia. Di Kelantan UMNO jadikan perkataan TUKAR sebagai agenda untuk merampas Kelantan dari PAS. Sabah pula mengunakan perkataan UBAH untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO Sabah, manakala rakyat Malaysia beria-ia benar untuk GANTI kerajaan BN kepada PR.

Ramalan demi ramalan dikeluarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadi jaguh kepada andaian keputusan PRU13. ada yang mengatakan BN akan kekal memerintah tapi menang tipis, ada yang mengatakan BN menang tapi tidak cukup korum 2/3 manakala ada yang memberi angka bahawa BN akan menang dengan 125 kerusi Parlimen.

Pihak yang menyokong PR mengatakan tidak sukar untuk PR menang mejoriti sekiranya dilihat keatas kebanjiran rakyat berhimpun semasa memberi sokongan kepada majlis PR. Disetiap program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara, pulohan ribu rakyat hadir disetiap program untuk melahirkan sokongan kepada PR, rakyat tidak peduli dengan ancaman dan sabotaj yang dialami oleh PR.

Rakyat teringin benar untuk melihat kerajaan berubah, mahu merasai janji-janji yang diedarkan oleh PR melalui buku jingga. Banyak keistimewaan sedang menanti dan akan dinikmati oleh rakyat sekiranya PR dapat memerintah Malaysia, Siapakah muka-muka baru akan mengangkat sumpah sebagai Menteri, itu juga jadi penantian oleh rakyat.

Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat' bagaimanakah nasib mereka yang melakukah rasuah, menyalah guna kuasa semasa menjadi kerajaan dan nasib 19 orang yang fail pendakwaan sudah siap tapi tertangguh kerana campur tangan orang besar negara kini.

Bagaimana nasib Dato' Seri Najib dan Menteri-Menteri apabila kerajaan berubah, bagaimana keadaan UMNO dan masa depan parti tersebut, Siapa yang akan mengepalai Petronas dan GLC lainnya dan berapa ramai yang terpaksa dipenjara kerana semasa memerintah sekarang telah berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyat dan negara.

Semua maklum bahawa sekarang ini PR ada 82 kerusi, bererti PR memerlukan hanya 31 kerusi lagi untuk menjatuhkan kerajaan BN, angka tersebut bukan payah bagi PR untuk mendapatnya kerana rata-rata sekarang ini rakyat dengan senang hati untuk memberi sokongan kepada PR bermula dari Johor hinggalah ke Sabah, 31 kerusi bukan lagi sebagai angka yang susah untuk didapati.

Setelah penamaan calun bermula nanti, maka bermulalah kejatuhan BN, 'pemecaman' yang boleh dilihat siapakah yang akan dicalun oleh BN di Negeri Sabah dan Serawak, kerana negeri2 tersebut sekarang ini bukan lagi kerusi jaminan untuk BN. Ramai yang telah berpaling tadah.



yang ku dengar dan ku lihat

Photobucket

Siapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO Yang Berbincang Dengan Deepak...?

on




Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mencabar kepada penulis blog pro-Umno agar menyiarkan secara penuh video perbualannya yang didakwa menunjukkan beliau mengakui diperguna PKR.

Deepak mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut yang menurutnya dirakam tanpa disedarinya pada petang 30 November lalu, semasa perhimpunan agung Umno ke-66 berlangsung.
Deepak interviewMenurut Deepak, perbualan itu berlangsung di antara dirinya dan seorang ahli majlis tertinggi Umno serta dua lagi penulis blog pro-Umno.

Tambahnya, video itu telah disunting dan dipertontonkan dengan konteks yang salah kepada orang ramai.

Katanya lagi, beliau tiada apa-apa yang mahu disembunyikan justeru beliau mencabar agar video itu ditayangkan sepenuhnya.

"Saya tidak lari daripada apa-apa dan tiada yang perlu disembunyikan.

"Perkara yang saya katakan adalah perkara yang saya mahu nyatakan. Perkara yang mereka tulis adalah perkara yang mereka mahu dengar.

"Tolong tayangkan video itu dari awal hingga akhir," katanya sambil menambah bahawa percakapan dan transkrip percakapannya yang dimuatkan dalam blog pro-Umno itu tidak selari dengan apa yang beliau tuturkan.

"Jika anda tengok video itu, mereka tulis apa yang saya kata dengan berbeza sama sekali," tegasnya.


malaysiakini

Photobucket

PRU 13 Lambat Sebab Johor ‘Bahaya’ Buat UMNO

on






Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO tidak berupaya membubarkan Parlimen kerana berasa ragu yang partinya tidak mampu untuk meneruskan pemerintahannya di Johor pada penggal yang akan datang.

Dalam pada itu, parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pula katanya, tidak dibenarkan meneruskan agenda perkauman dan keyakinan untuk menumbangkan BN terlalu tinggi setelah pengisytiharaan kepulangannya ke negeri ini telah dilakukan sebelumnya.

“Demi hak generasi akan datang bagi semua kaum, Pakatan Rakyat tak benar parti yang memegang agenda perkauman terus muncur Saya akan menyerah kepentingan saya, dan akan bertanding di Johor pada PRU akan datang supaya bersama-sama dengan anak Johor.” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian yang dipetik daripada Facebook Keadilan Johor pada majlis Jamuan Makan Malam anjuran PKR Layang-Layang sempena menyambut hari jadi yang ke 51 tahun, dekat sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Salahuddin terharu dengan sambutan yang diberikan kerana ini kali pertama menyambut hari jadi dan menariknya sambutan ini telah disediakan oleh kaum Cina.

Beliau berharap Pakatan Rakyat boleh menang Putrajaya dan Nusajaya dalam PRU akan datang manakala para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Chua Jui Meng boleh menjadi menteri lagi.

Sementara itu, Chua Jui Meng turut mengkritik kenyataan “13 Mei” yang dilontarkan oleh Datuk Seri Syahrizat Abd Jalil sebelum ini.

“Pemimpin-pemimpin UMNO dan kroni menguasai kekayaan negara dan adalah golongan yang paling kaya. Jurang perbezaan kaya dan miskin dalam etnik Melayu semakin serius.”

“Indeks korupsi Malaysia di tempat ke empat dalam seluruh dunia. Tapi dalam perhimpunan agong UMNO mereka cuma mengecam Pakatan Rakyat dan tidak bincang bagaimana menghapuskan rasuah.”





Photobucket

Musuh Najib Makin Ramai Dalam Umno

on




Jika dihitung, masa sudah tidak banyak berada di pihak presiden Umno, Najib Altantuya untuk memulihkan kembali semangat ahli parti itu menjelang pilihanraya umum akan datang.Kempen dan roadshow yang biasanya disalahgunakan perdana menteri beberapa bulan sebelum pilihanraya umum bagi menunjukkan keprihatinannya kini umpama 'senjata makan tuan' apabila kakitangan kerajaan dan agensi di bawahnya dikerah hadir semata-mata mahu menunjukkan ramai yang masih memberi sokongan walau ia dusta belaka.

Tidak lama selepas pulang dari Pulau Pinang dengan nota memalukan, satu demi satu imejnya dan suaminya, Rosmah Mansor dicalarkan dengan siri pendedahan Deepak Jaikishan, Musa Hassan dan skandal yang membabitkan ketua menteri Sabah, Musa Aman.

Musuh Najib Altantuya semakin lama semakin ramai menyebabkan timbul persoalan bagaimana Umno mahu mengepalai Barisan Nasional (BN) menghadapi Pakatan Rakyat yang terus mendapat sokongan rakyat walau sedikit terjejas dek kerana mainan politik jahat MCA di Kelantan.

Dijangka, Najib Altantuya akan keseorangan menghadapi semua ini tanpa bantuan ketiga-tiga orang Naib Presiden Umno yang digelarnya 'ekor' (merujuk kepada bilangan haiwan) dalam perhimpunan agung parti reput itu akhir bulan lalu.

Kini, masa sudah semakin suntuk buat Najib Altantuya membaiki kerosakan yang dilakukannya sendiri berikutan pengakuan Deepak bahawa mereka berdua pening kepala bagaimana mahu menyelesaikan tuntutan bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam pada malam akuan bersumpah pertama terbongkar di Sri Satria, kediaman rasmi timbalan perdana menteri ketika itu.

Rosmah yang bertindak selaku 'pengarah' meminta isterinya Najib Altantuya menghubungi adiknya, Nazim Razak bagi menyelesaikan tuntutan Bala sebanyak RM5 juta dan menghilangkan diri bersama keluarga ke India tidak lama selepas itu.

Tambah memeritkan lagi, tindakan Muhyiddin Yassin yang terus 'buat bodoh' biarpun sudah diminta membantu Najib Altantuya sudah cukup memberi isyarat bahawa kepimpinannya sudah tidak lagi diperlukan Umno yang sudah dianggap 'bernafas dalam lumpur' menghitung hari dihukum rakyat yang sudah tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat.

Kini, yang menjadi pertentangan bukan lagi Mahathir dan Najib Altantuya tetapi Mahathir dan Rosmah yang dianggapnya 'lebih sudu dari kuah' menguasai segenap pelusuk hal ehwal pentadbiran negara, pun akibat kelemahan Najib Altantuya sendiri yang cukup takut dengan suaminya hingga boleh merosakkan negara dalam jangka masa panjang.

Harapnya ahli Umno boleh menerima hakikat bahawa perjuangan mereka sudah tidak lagi relevan dengan kehendak semasa yang mahukan kerajaan yang bebas rasuah, boleh memberi peluang pekerjaaan yang lebih baik selain mampu mengurangkan beban hidup mereka terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu yang indeks harga barangan meningkat hingga lebih 7.5 peratus sekarang.

Umno mesti bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami negara dan cara penyelesaiannya bukan setakat menurunkan Najib Altantuya dan Rosmah tetapi menumbangkan Umno dan BN dalam pilihanraya umum yang cuma tinggal empat bulan dari sekarang. 




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List