Salah seorang bekas pengarah GLC kerajaan persektuan satu Malaysia memberitahu penulis pada 13 Mach 2013 hari pernamaan calon.
Macam mana beliau boleh tahu tarikh pernamaan calon,sedangkan tarikh PRU Negara ini rahsia tiada siapa yang tahu, kecuali Najib.
Bagaimana tarikh pernamaan calon boleh bocor dan diketahui oleh bekas pengarah GLC kerajaan persekutuan. Barangkali tarikh tersebut berupa ramalan orang orang pencen yang tiada kerja lain dan duduk sembang sembang politik.
Atas sebab itu penulis tengok kelendar tahun 2013. Belek punya belek terjumpalah tarikh 13 Mach yang jatuh pada hari Rabu.
Timbul persoalan lojik juga hari pernamaan calon dibuat pada hari rabu, sedangkan kelazimanya berlaku pada hari sabtu, hari cuti. Demikian hari mengundi.
Hitung punya hitung munasabah, kerana 10 hari adalah hari berkempen. Bermakna hari mengundi jatuh pada 23 Mach. hari Sabtu.
Fikir punya fikir, ada lojiknya hari mengundi jatuh pada hari sabtu itu dan hari cuti umum seluruh Negara. lebih lebih lagi tarikh tersebut tarikh cuti sekolah.
Dua tiga hari ini orang orang umno asyik bercakap pasal jika Pakatan rakyat menang negera akan di perintah oleh China.
Lain pula cakap cakap orang orang PAS. Sesetengah mengatakan jika dibiarkan umno memerintah orang melayu akan jadi pelarian di Negara sendiri. Dahlah ekonomi dikuasai orang China buat selama selamanya.Miskipun ada DEB.
Mengapa tidak? Pemimpin Melayu mementingkan diri sendiri dan asyik duduk kumpul harta sehingga tidak ada masa nak bela bangsanya sendiri.
Salah seorang guru mengatakan apa sudah jadi dengan pendidikan Negara kita apabila timbalan menteri pelajaran dari kalangan china memainkan peranan buat apa sahaja untuk membela bangsanya dalam bidang pendidikan.
Apa sudah jadi dengan institute pengurunan Negara. Pelajar bangsa china kurang layak diambil dan masuk menjadi guru pelatih. Pelajar lepasan SPM bangsa melayu sudah mulai terpinggir.
Timbalan menteri pelajaran yang cakap berdegar degar, cabar sini dan cabar sana tak ada masa nak beri tumpuan kepada system pendidikan Negara, kerana duduk jaga politik diri sendiri.
Demikian juga, Tan Sri Mahyuddin Yasin, timbalan perdana menteri merangkat menteri pelajaran yang banyak ideal untuk menaikpangkat para guru, tetapi abai pendidikan Negara.
Hendak harapkan perdana menteri,sudah tentu tidak boleh diharapkan langsung, kerana beliau sangat sebut untuk menjaga hati china dan takut kalah dalam PRU 13 nanti.
Lebih lebih lagi kerana tiada masa nak fikir dasar dasar untuk menyelamatkan pendidikan Negara, selain melancar tranformasi itu dan tramformasi ini agar putrajaya tidak jatuh ke tangan pembangkang.
Oleh: anaabdullah
0 comments:
Post a Comment