Kasih Nya Ibu

on Sep 27, 2011

IBU singa di tebing lurah sementara anaknya di bawah.

DALAM keadaan nyawanya terancam selepas jatuh di lurah yang curam, anak singa ini mengharapkan bantuan yang dapat menyelamatkannya daripada maut.
Ibunya tiba di tebing lurah itu dengan tiga singa betina dan seekor jantan.
Keempat-empat singa betina itu meninjau ke bawah tetapi berundur kerana bimbang dengan kecuraman lurah itu.

Foto
Foto
Foto
Akhirnya, satu-satunya faktor yang menentukan siapa di antara mereka yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan anak singa malang itu ialah kasih sayang ibu.

Dengan perlahan dan penuh dengan kesukaran, singa berkenaan menuruni bukit, menuju ke arah si anak, menggunakan kukunya yang kuat untuk mencengkam tebing yang curam itu.
Andai kata dia tergelincir, ibu dan anak singa itu pasti terjatuh ke dalam gaung dan mati.

Ketika anak singa itu yang keletihan hampir jatuh, si ibu mengelilinginya dari bawah dan menyambar dengan rahangnya.

Ibu singa itu kemudian memulakan pendakian yang sama mencabar. Beberapa minit selepas itu, mereka tiba di atas dan dia mententeramkan si anak yang kelihatan masih ketakutan dengan menjilat kepalanya.

Gerakan menyelamat itu, yang dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Jean-Francois Largot, di Taman Hidupan Liar Masai Mara, Kenya.


Photobucket

Antara Dua Darjat

on


Siapa yang berjiwa rakyat...?

Photobucket

Wan Azizah Boycott Open House Azmin...???

on



Kenakalan terbit dari mata nakal Anwar….! Mungkin tersingkap nostalgia sewaktu berkasih-kasihan dengan Shamsidar dizaman silam mereka…..

Kenapa Anwar muncul di Majlis Open House Azmin Ali tanpa ditemani oleh isterinya Wan Azizah..? Apakah Wan Azizah boycott dan sememangnya tak mahu melihat lakonan drama watak Anwar dan Shamsidar..?

Teringat kisah sewaktu Anwar baru sahaja selesai menjalani pembedahan tulang belakang di Alpha Clinic Munich awal September 1998…

Apabila Ezam Mohd Nor ketika itu memegang tugas sebagai Ketua Pemuda Keadilan tiba di Munich, beliau terserempak dengan Mat Sabu yang baru sahaja menziarah Anwar di wad. Mat Sabu terus berbisik kepada Ezam;

"Awat Kak Wan kata siapa pun boleh mai ziarah Abang Anwar, cuma ada satu orang sahaja tak boleh mai…! "

" Bila aku tanya siapa..?, Mahathir kah…? " cerita Mat Sabu kepada Ezam.

" Kak Wan kata kat aku tadi Shamsidar bini Azmin tak boleh mai…, dia tak akan izinkan! " Mat Sabu mengakhirkan bisiknya kepada Ezam.

Itulah kisahnya yang pernah disampaikan oleh Ezam kepada Blogger MIK dan juga beberapa bloggers yang lain seperti Gap dan Rbf…

Foto foto ini jelas membuktikan bahawa Anwar hadir secara solo…, tidak ada kelibat isterinya Wan Azizah. Yang duduk seiringan dengan Anwar adalah IBU kepada perhimpunan haram 7 Julai yang lalu, IBU juga kepada proses MURTAD negara ini, Ambabiga.
Amboi, amboii…, amboooii….! Sakan Shamsidar mengusik Abang Anwarnya itu! Mentang mentanglah Wan Azizah tidak ada….

Cuba anda perhatikan cara Anwar merenung tajam kearah Shamsidar….. Hhmmmm…, lain macam jer! Nampak bergelora nafsu Anwar memandangkan kekasihnya itu…?
Jangan terperangkap dengan foto ini…. Senyuman Shamsidar tak ikhlas! Dalam benak fikirannya memaki hamun wanita wanita yang berdiri sebelah Abang Anwar….

Cuba anda tengok foto dibawah ini pula
Semakin dekat Shamsidar berdiri sebelah Abang Anwarnya itu…? Dua wanita yang bertudung merah jambu sudah beralih ketepi…. Mungkin atas alasan memberi laluan kepada Azmin untuk bergambar sekali, alasan cover line!
Shamsidar mengiringi Anwar pulang…. “ Take care yea sayang….!”

Bukan aku cakap tapi  BLOG INI   ini cakap
Photobucket

ADUN PAS Yang Gila Publisiti

on




Sekarang manusia tidak kira ahli PAS, UMNO, DAP atau PKR sibuk memperkatakan pasal isu hudud. Semua ini rancangan sahaja. Kita mahu tengok apakah yang akan berlaku selepas ini.Aku bukan nak sentuh isu tersebut cuma aku mahu menulis tentang seorang ADUN PAS yang gila glamour dan publisiti.

ADUN PAS ini memang gila publisiti dan glamour. Semua hasil kerja dia mahu sempurna seperti hasil kerja orang lain. Aku tidak kisah kalau dia mahu glamour atau publisiti jika semua yang dia buat betul tetapi paling gua tidak faham dengan ADUN ini ialah menekan manusia bagaikan hamba.

Setahu aku, UMNO tidak kejam seperti ADUN PAS ini. Aku bukan fitnah tetapi ini realiti dan semua orang tahu siapa ADUN ini. Dia buat kerja macamlah dia punyai jentera yang ramai. Hidup pun seperti duduk dalam lubang. Siapa mahu pandang ADUN gila glamour seperti beliau.

Setiap kali datang projek, ada yang menjadi mangsanya. Ditekan sana-sini bagaikan tenaga kerja itu ramai sedangkan tidak ada sesiapa mahu bekerja dengannya kerana sudah tahu perangai ADUN ini. Aku ingat, dia buat seperti itu semata-mata untuk kepenting dirinya. Bukan itu sahaja, ADUN ini ada sekor kaki ampu dan bodek.

Aku tunggu masa untuk bagi tahu siapakah ADUN PAS ini. Sebelum dia bertanding DUN atau Parlimen atau kedua-duanya sekali, aku akan buktikan siapakah dia yang sebenarnya kepada rakyat. Aku harap rakyat tidak menyesal memilihnya sebelum tiba pilihan raya dan buat perhitungan yang baik sebelum memangkahnya.

Sebelum pembuangan undi, aku akan susun semua cerita ini kepada pembaca. Aku buat ini untuk intergriti ADUN. Sudah masa bagi dia berubah namun kita tengok siapa yang akan ucap selamat tinggal dalam arena politik tanah air. Maka bersedialah gantung tali leher selepas ini.

Sekarang aku tidak kira engkau ADUN PAS ke, ADUN UMNO ke yang penting integriti. Aku tidak mahu barah mencemarkan nama PAS. Kalau dia ADUN UMNO aku tidak kisah. Jangan kejar Putrajaya kalau barah sama seperti UMNO.


sumber dari :- Blog Ini
Photobucket

Mempersenda Hukum Allah

on







Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar sikap Akhbar Utusan Malaysia yang di lihat menjadikan isu Hudud sebagai bahan jenaka.


Memetik sebuah karikatur di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 26/9/2011, menunjukkan seseorang berserban yang merujuk kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz sedang mendengar lagu sambil berbaring. Karikatur tersebut juga menggambarkan irama yang keluar dari alat muzik tersebut dengan perkataan “ Hu..hu..hu..dudd..dudd..” .

Karikatur itu cuba menggambarkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz telah membangkitkan isu lama, iaitu isu Hudud yang menjadisebutan ramai pihak akhir-akhir ini.

Muhamad Aizat Bahrudin, Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka (gambar)berkata, "sikap akhbar Utusan Malaysia yang menjadikan isu Hudud ini sebagai bahan lawak dan jenaka.adalah keterlaluan Sedangkan mempermainkan-mainkan hukuman Allah merupakan suatu dosa besar."

Tambahnya lagi, "hudud adalah hukuman yang di syariat oleh Allah. Ianya bukan hukum buatan manusia tetapi ia datang dari Allah. Penghinaan terhadap sesuatu yang datang dari Allah itu adalah sama dengan penghinaan kepada Allah."

Hari ini hukum Hudud telah digambarkan dengan wajah yang begitu hodoh seolah-olah perlaksanaannya merupakan suatu jenayah. Akhbar arus perdana begitu hebat mempolemikkan isu ini dengan pelbagai tafsiran dan pandangan akal.

"Satu demi satu penghinaan dilakukan terhadap undang-undang Islam. Jika sebelum ini Utusan menghina hukuman zina, hari ini kepada hudud pula. Esok lusa hina Allah dan Rasul pula secara terang-terangan." tambahnya lagi

Dewan Pemuda PAS Melaka mendesak agar Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf terhadap umat Islam atas penghinaan tersebut.


Photobucket

Bersediakah Hishamuddin Sebagai TPM...?

on








Perhatian rakyat buat masa ini mungkin terdorong ke arah perlakuan Perdana Menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor tetapi seorang yang mereka kenal rapat sedang berharap untuk menjawat jawatan kedua di dalam Negara. Bukan kepada Najib tetapi kepada pengganti beliau.Hishammuddin Hussein Onn, sepupu najib, adalah orang tersebut. Telah sibuk diperkatakan, Hisham bakal menyandang jawatan nombor 2 kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin, yang dijangka akan mengambil alih jawatan daripada Najib. Sama ada Najib suka atau tidak, dia dilihat sebagai tidak relevan dan ura-ura kuat mengatakan beliau harus pergi. 


Hisham sedar akan apa yang sedang berlaku kepada sepupu beliau dan akan membantu sebaik mungkin. Bagaimanapun, mereka sedar bahawa kerjasama mereka tidak dapat membantu Najib. Itulah lumrah politik lubang buaya yang diamalkan dalam Umno.

Keturunan tidak memadai 
Hisham, di mana ibunya merupakan kakak kepada ibu Najib, dianggap sebagai orang kuat Umno. Moyang beliau, Dato’ Jaffar, adalah Perdana Menteri dibawah pemerintahan Sultan Abu Bakar – moyang kepada pemerintah Johor sekarang. Datuk beliau, Dato’ Sir Onn Jaffar menubuhkan Umno, dan bapa beliau, Tun Hussein Onn adalah Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir Mohamed.

Beliau pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Ketua Pemuda UMNO dan sekarang merupakan Timbalan Presiden UMNO juga Menteri Dalam Negeri. Dengan latar belakang demikian, harapan adalah tinggi terhadap beliau apabila beliau menceburi dunia politik Malaysia. Namun, dengan latar belakang sahaja tidak bermakna seseorang itu sesuai untuk menjawat jawatan awam yang tinggi. Antara kriteria seorang pemimpin ialah bijak dan praktikal.

Hishammuddin pernah membuat keputusan kurang wajar sebelum ini, dan ini menjadi tanda tanya sama ada beliau layak untuk memimpin. Semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005, Hishammuddin yang merupakan Ketua Pemuda UMNO telah mengangkat keris dan dengan bersahaja menjelaskan ia adalah untuk menaikkan semangat orang Melayu sambil menafikan ianya sebagai simbol ketuanan Melayu.

Muhyiddin Yassin pada ketika itu telah berkata “ Walaupun sesetengah pihak agak melampau [tahun ini], ia adalah perkara biasa untuk meluahkan perasaan ketika perhimpunan.” Agak menarik kerana mereka sependapat, walaupun pada masa itu. Bagi Muhyiddin, meluahkan perasaan oleh ahli UMNO adalah perkara biasa, kecuali jika seseorang itu adalah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang telah didakwa dibawah jenayah fitnah awal minggu ini kerana membuat kenyataan bahawa ada pihak lain yang telah berusaha untuk memerdekakan Negara, selain UMNO.

Kerap kurang logik 

Ketua Pemuda ketika itu, Khairy Jamaluddin, menegaskan bahawa “walaupun tiada yang menonjol tentang kongres tahun itu dan sentimen yang sama pernah diutarakan sebelum ini, perasaan demikian tidak pernah berkompromi mengenai pemerintahan kerajaan di Negara ini melalui formula perkongsian kuasa BN.”

Namun, ahli politik berbangsa Cina tidak yakin. Hishammuddin kemudiannya telah memanggil semua ahli politik bangsa Cina yang berkaitan di dalam Barisan Nasional dan berupaya menjelaskan kenyataan beliau. MCA terus berdiam selepas itu.

Pada 2009, Hishammuddin berjaya mencuri perhatian apabila beliau membela perbuatan penunjuk perasaan ke atas tindakan memindahkan kuil Hindu. 50 orang penunjuk perasaan tersebut telah berarak dengan membawa kepala lembu, haiwan suci bagi penganut Hindu. Klip video protes tersebut dirakam dan telah dimuat turun ke laman web, yang menggerunkan warga Malaysia. Tidak hairanlah protes tersebut telah mandapat kutukan dari semua pihak.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin telah menjemput penunjuk perasaan untuk bermesyuarat dan hasilnya sungguh memeranjatkan. Beliau telah membela tindakan penunjuk perasaan dengan mengemukakan beberapa sebab. Walaupun demonstrasi itu haram kerana tidak mempunyai permit, beliau berkata penunjuk perasaan adalah dalam kumpulan yang kecil.

Lebih memeranjatkan, Hisham telah menyalahkan kerajaan negeri, dengan mengatakan kerajaan negeri telah mengambil keputusan kurang bijak dalam pemindahan kuil Hindu. Mereka sepatutnya dibenarkan peluang bersuara dan insiden yang serupa telah berlaku sebelum ini seperti kepala babi dilempar ke pihak UMNO, katanya.

Hishammuddin terus membingungkan rakyat apabila pada tahun 2011, beliau enggan mengambil tindakan terhadap Utusan kerana menyiarkan tuntutan seorang pemblog bahawa orang-orang Kristian Malaysia dan DAP telah berpakat untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka. Alasan Hishammuddin – ruang perlu diberi kepada Utusan Malaysia kerana melaporkan berita tersebut dalam Malaysia.

Kejutan seterusnya 

Semenjak itu, Hisham terus mengambil tindakan yang membingungkan, terutamanya apabila beliau memerangi kempen Bersih 2.0 dan semua perkara berwarna kuning yang mempunyai logo Bersih. Hishammuddin seorang yang bijak, tetapi bukan di dalam politik mahupun polemik. Kebijaksanaan beliau menunjukkan pandangan pertubuhan kini dan bukan polisi sebenar untuk manfaat jangka panjang Negara dan bangsa. Dia akan terus dibayangi orang lain dan mengikut telunjuk tuannya.

Sedang sepupu beliau, Najib Razak berusaha menafikan skandal-skandal yang dilontar terhadapnya, Hishammuddin sekadar berdiam diri – memaklumi bahawa beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri lebih cepat daripada yang dijangkakan jika rancangan Muhyiddin dan Mahathir berjaya.

Menurut pemerhati UMNO, sebaik Najib diturunkankan, Mahathir akan menyokong Hisham sebagai timbalan Muhyiddin. Mahathir masih mempunyai pengaruh ke atas parti yang beliau ketuai selama 22 tahun. Beliau telah memilih Abdullah Badawi sebagai pengganti apabila beliau meletak jawatan. Bahkan, Mahathir juga yang telah memilih timbalan untuk Badawi. Iaitu Najib.

Ketika Badawi diperlukan dan diketepikan, Mahathir juga yang telah menyokong Najib untuk mengambil alih jawatan dan Muhyiddin sebagai timbalan. Sekarang Najib yang tidak produktif, Muhyiddin berpeluang mencuba kerusi yang panas ini, sementara Hisham mengambil alih jawatan nombor 2 dalam Negara. Apabila Muhyiddin bersara, tidak syak lagi Hisham akan berpeluang menjadi Perdana Menteri. Ketika itu, Timbalan Perdana Menteri sudah pastinya Mukhriz, anak bongsu Mahathir Mohamad.


Photobucket

Jatuh Basikal...?

on


Gambar-gambar ini telah dirakam pada hari Ahad lalu di dalam satu program yang dinamakan program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di Georgetown anjuran Kwang Wah Yit Poh.

Satu kemalangan telah berlaku melibatkan Mantan KM Penang Koh Tsu koon ketika dalam program tersebut.mujur hanya kemalanga kecil dan beliau tak mengalami kecederaan serius.

"Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak sempat menekan brek basikal lalu melanggar basikal dua remaja itu," katanya yang kelihatan berjalan terhencut-hencut dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius meskipun berasa sakit di bahagian lutut kiri" ujar Koh.

di bawah ada beberapa gambar menarik kejadian itu..lagi di sini










Photobucket

Kesian Kat Anak Ini

on




SEORANG bayi lelaki mengalami kecederaan apabila sebuah alat pengecas bateri telefon mudah alih tertusuk di bahagian belakang kepalanya selepas terjatuh di atas peranti itu.

Keadaan bayi itu dilaporkan stabil di salah sebuah hospital di Quingyuan, China selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi melepaskan tusukan peranti tersebut dari kepalanya.

Peranti itu terpaksa dipotong sedikit demi sedikit sehingga meninggalkan hanya dua batang rod yang terbenam di kepala bayi terbabit.

Akhirnya para doktor yang terlibat memotong tengkorak bayi malang itu untuk membuang bahagian terakhir peranti yang terbenam.

Ketua jurubedah Li Guofeng berkata: "Sebuah peranti pengecas bateri telefon mudah alih berwarna hitam telah terbenam di belakang kepalanya"

"Ini merupakan kali pertama saya menghadapi kes seperti ini."

Li Guofeng mendakwa bayi tersebut dikira bernasib baik kerana masih hidupsambil menambah: "sekiranya tempurung kepalanya pecah, bayi tersebut mungkin boleh mati dalam beberapa saat."



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List