Beza raja kita dengan raja England

on Jun 16, 2012




16 JUN 2012  -

"Sejak kebelakangan ini perhubungan diantara institusi raja dan rakyat jelata telah menjadi isu hangat yang dibicarakan didalam media massa, internet mahu pun dikedai kopi. Topik ini sangat relevan kepada orang Melayu oleh kerana dari segi perlembagaan dan adatnya Kesultanan Melayu wujud sebagai payong kepada bangsa dan pelindung kepada agama Islam .

Namun beberapa insiden yang berlaku telah menampakkan kepincangan didalam hubungan ini . Rata rata orang Melayu sangat menghormati institusi raja raja ini dan mereka tidak mempersoalkan kedudukan istimewa yang dikecapi oleh sultan, raja serta kaum kerabat mereka. 


Tetapi ini tidak bermaana yang rakyat akan menerima bulat bulat apa sahaja yang dilakukan oleh raja raja serta kaum kerabat, apatah lagi jika perbuatan itu menampakkan kerendahan budi pekerti serta moral dari sudut hukum Agama dan adat. 


Kita bukan lagi duduk dizaman kuno dimana siapa yang gagah berkuasa dan siapa yang mempunyai hulubalang dan bala tentera yang ganas boleh menguasi kumpulan yang lebih lemah. Dizaman moden ini kita dapat membandingi satu keadaan dengan satu keadaan ditempat yang lain tanpa kita ketempat itu.


Institusi Raja diEngland telah bertapak lebih lama lagi dari Institusi kesultanan Melayu. Malahan institusi kesultanan kita telah meniru sistem Raja Berpelembagaan England dari segi pentadbirannya, dengan beberapa pengubahsuain tentu sekali . 


Namun nampak dengan jelas beberapa kelainan yang ketara diantara kedua dua institusi ini. Institusi diRaja England, termasuk Queen , boleh dikritik dan ditegur oleh rakyat jelata dan perbelanjaan istana tidak dirahsiakan. 


Dan sebenarnya Queen serta kerabat telah banyak kali diberi teguran sama ada  melalui akhbar akhbar, oleh individu dan juga melalui perdebatan di Parlimen. Tatkala sebahagian dari Buckingham Palace telah terbakar, Queen Elizabeth II terpaksa membuat pembaikan mengguna wang sendiri oleh kerana rakyat menganggap itu adalah tanggung jawap nya sendiri. 


Queen dan kerabat tidak terlibat berebut projek dan apa apa  konsesion kerajaan ( saperti kawasdan balak dinegara kita ) dengan rakyat jelata. Kerabat Queen bekerja untuk menyara diri termasuk cucunya ( anak Prince Phillips dan Diana ) yang kedua duanya menyertai pasukan bersenjata sebagai pilot helikopter.
Kita berharap agar perkara hubungan diantara dan raja ini diberi perhatian secara rasional .

Memandangkan institusi diRaja ditanggung melalui dana wang rakyat maka perlu ada persefahaman diatas kehendak kedua dua pihak. Janganlah jadikan raja raja Arab sebagai contoh . Kejatuhan Shah Reza Pahlavi oleh kerana dia tidak mendengar keluhan rakyat marhaen".
 sumber




Apa Akan Jadi Kalau Rakyat Boleh Berdebat Dengan Raja?

"BAYANGKAN jika rakyat biasa boleh bepeluang berdebat dengan raja, tentu menarik sekali.  Aku yakin ramai keturunan raja di seluruh dunia ini cerdik-cerdik belaka dan berpelajaran tinggi, tetapi mungkin ada juga raja di dunia ini yang bukan sahaja tidak berpelajaran tinggi, tetapi ego. sombong dan zalim pula.  Maka, andainya rakyat boleh berhujah dengan raja di atas apa yang dia tidak puas hati atau terasa dirinya dihina oleh raja, sudah tentu tiada raja di dunia ini yang sewenang-wenangnya menunjuk lagak.
Sejarah lalu ada kisah raja atau Sultan yang suka berhujah dengan rakyat. Kisah Sultan Aminur Rasyid terkenal dengan sikap baginda yang bijak dan sering berhujah dengan rakyatnya. Ada juga raja yang zalim tetapi masih memberi peluang kepada penentangnya untuk berhujah di depan beliau. Tetapi kerana zalimnya, hujah kebenaran yang dibawa di hadapannya ditolak mentah-mentah. Tetapi sekurang-kurangnya raja zalim ini mahu berdebat. Lupakah kita kisah Nabi Ibrahim A.S yang berhujah dengan rajanya berkenaan berhala?

Amat malang sekali di era moden ini jika ada raja yang memerintah mana-mana negara atau benua sekali pun yang takut untuk berdepan dengan kebenaran. Ada raja yang sentiasa menganggap rakyat berada di bawah telapak kakinya. Raja yang suka memperbodohkan rakyatnya itu sebenarnya raja yang tidak cerdik tetapi berselindung di bawah kuasa yang dimiliki walaupun kuasa itu sebenarnya tidak bermakna jika tiada rakyat. Raja jenis ini jika memerintah, rosaklah negeri kerana dia menyangka dia lah Tuhan yang tidak boleh ditegur dan dia sahaja yang betul sedangkan rakyat kenal asal keturunannya.

Nasib baik di negara kita raja-raja semuanya baik dan bijak belaka kerana kita tidak pernah dengar raja menampar atau menyepak rakyatnya, tidak pernah kita dengar raja minta balak, tidak pernah kita dengar raja kaki berpoya-poya dengan wanita malahan kita tidak mempunyai raja yang membazir. Bahagianya kita. Ada teman membuat lawak bodoh memberitahu aku, ada raja yang selalu dikritik tetapi tetap tenang, aku bertanya siapa raja itu? Teman ku jawab, " Rajagopal", Jurulatih Bolasepak Harimau Malaya". wfauzdin.blogspot.com



Photobucket

Mahathir Anda Selamat...!

on



16 JUN 2012  -  

Kit Siang : Tun Mahathir tidak akan alami nasib Gaddafi dan Mubarak selepas PRU 13....


SHAH ALAM - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak akan berhadapan dengan nasib dialami dua pemimpin negara Arab digulingkan, Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi.

Hosni digulingkan awal 2011 manakala Muammar akhir tahun lalu.
 

"Biar saya beri jaminan kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat bahawa beliau tidak perlu bimbang beliau akan mengalami nasib Gaddafi (pemimpin Libya) dan Mubarak (bekas presiden Mesir)," kata Kit Siang dalam satu kenyataan media menerusi blognya hari ini.
 

Penasihat DAP berkata, beliau juga tidak mahu melihat Dr Mahathir masuk penjara, tetapi sekurang-kurangnya tidak menghalang siasatan penuh berkaitan dengan skandal politik dan kewangan ketika 22 tahun kepimpinannya.
 

"Bukan sahaja berkenaan skandal-skandal terkenal di bawah pemantauan beliau, tetapi juga bagaimana institusi-institusi utama negara seperti kehakiman, perkhidmatan awam, Jabatan Peguam Negara, polis, Badan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pilihan Raya dikompromi dan dirosakkan untuk memenuhi kehendak seorang, Perdana Menteri.
 

"Mahathir mendakwa tidak pernah salah guna kuasa sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri. (Oleh itu) menjadi tanggungjawabnya untuk membuktikan kesnya di depan negara, generasi masa depan dan sejarah," katanya lagi,
 

Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah takut jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) seperti dakwaan Kit Siang.
 

Menurutnya, perkara paling menakutkannya adalah penyalahgunaan kuasa oleh PR dengan menggunakan pertuduhan palsu untuk meletakkannya di dalam penjara walaupun beliau tidak bersalah.
 

                                                                     
 Katanya, sudah tentu perkara ini diinspirasikan oleh kejadian yang menimpa Hosni angkap dan dihukum setelah tidak lagi memerintah.

“Dia betul. Saya takut. Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti yang sudah ditunjukkan seorang pemimpin besar pakatan dengan menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya,”  katanya.
 

Dr Mahathir berkata, sepanjang pemerintahannya, beliau sentiasa berhati-hati agar tidak menyalahgunakan kuasa kerana menyedari beliau akan akan bersara dan kehilangan kuasa di suatu tahap.
 

                                                          
 “Jika saya menyalahgunakan kuasa, para pengkritik sudah tentu teruja mendedahkannya dan berusaha membawa saya ke penjara. Malah ia pernah dicuba beberapa kali.

“Sejak bersara, saya telah disoal siasat oleh polis dan Pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga hadir di hadapan tribunal yang bertanya dan mempersoalkan segalanya, termasuk wakil Majlis Peguam. Setakat ini tiada (tindakan)  boleh dikenakan terhadap saya,” katanya.SH





Photobucket

8 Kerusi Parlimen Di Johor Bakal Beralih Kepada PR

on


16 JUN 2012


JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) menaruh keyakinan yang tinggi dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 8 kerusi peringkat Parlimen di Johor bakal beralih tangan kepada p/akatan pembangkang itu pada pilihan raya (PRU) 13 nanti.

Perkara itu dinyatakan secara tegas oleh Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli dengan katanya daripada 26 kerusi Parlimen yang adakan di negeri jolokan kubu kuat BN itu, sebanyak 8 kerusi berada dikenalpasti kawasan yang kurang selesa buat BN.

Hal ini kerana katanya, kawasan terbabit dikategorikan sebagai kerusi yang yang mempunyai pengundi campuran.

”Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran. Kalau tengok keadaan ‘mood’, saya yakin kami boleh dapat lapan kerusi di Johor,” ujarnya yang dipetik Sinar Harian semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Rafizi turut menambah bahawa kemampuan PR untuk memperolehi majoriti mudah dengan sejumlah 105 disasarkan bagi menerajui negara ini.

Keyakinan itu diterjemahkan katanya berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor.

”Ini bukan lagi harapan. Kami yakin boleh perolehi 105 kerusi seleppas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki akan menang di tempat-tempat lain.

”Pada pilihan raya umum 2008, kami menang 82 kerusi. Status quo jumlah 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperolehi kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.



selatanonline
Photobucket

LAGI RAMALAN PRU 13 - Selepas Aidilfitri?

on


PRU13 selepas Aidilfitri?




16 June 2012  -



Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat ‘terpaksa’ dilupakan banyak pihak.

Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengambil kira perkembangan sejak kebelakangan ke arah persiapan mengadakan pilihan
raya, pihaknya memerlukan masa dalam lingkungan sebulan untuk menuju hari pengundian.

Sehubungan itu, beliau mengakui bahawa jika hari pengundian PRU13 mahu diadakan sebelum bermulanya Ramadan, Parlimen sewajarnya dibubarkan dalam beberapa hari.

“Nampak gaya begitulah (tidak mungkin pilihan raya sebelum Ramadan),” kata beliau ketika ditanya sama ada SPR mempunyai masa yang selesa untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan awal minggu depan.

Sebelum ini, beliau pernah memberitahu Sinar Harian Online bahawa SPR akan selesai 99.9 peratus persiapan mengadakan pilihan raya pada akhir bulan ini.

Taklimat pusingan kedua kepada pengurus pilihan raya akan selesai awal minggu akhir bulan ini.

“Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan, tetapi apabila Parlimen dibubarkan, kami memerlukan masa untuk menyelesaikan siri proses ke arah pengundian,” katanya.

Kerja-kerja itu termasuklah mengemaskinikan daftar pemilih, yang akan dihantar ke seluruh negara; menyediakan writ dan notis pilihan raya, memanggil mesyuarat khas yang akan menetapkan tarikh penamaan calon, menyediakan kertas undi termasuk bagi pengundian pos dan awal serta normal, dan menentukan hari mengundi.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, menjadi tanggungjawab SPR dalam menetapkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya iaitu tarikh keluar writ dan notis, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.

SPR diperuntukkan 60 hari untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dun dibubarkan. Wan Ahmad berkata, proses-proses itu memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu.

Bulan Ramadan akan bermula pada 20 atau 21 Julai iaitu Jumaat atau Sabtu. Jika mengikut tradisi hari pengundian PRU ditetapkan Sabtu atau Ahad, pengundian PRU13 perlu dilangsungkan
pada 14 atau 15 Julai supaya pengundi beragama Islam membuat persiapan menyambut Ramadan pada minggu berikutnya.

Jika mengambil kira kemungkinan itu, bagi membolehkan SPR mengadakan hari pengundian pada 14 atau 15 Julai, Parlimen perlu dibubarkan Isnin atau Selasa ini. Parlimen juga sedang bersidang sekarang.

“Apa pun, sama ada hendak bubar Parlimen atau tidak, itu adalah hak Perdana Menteri. Jika dibubarkan, kami akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula daripada tarikh kekosongan (Parlimen),” kata Wan Ahmad lagi.

Mengambil kira keadaan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian juga mengakui bahawa spekulasi bahawa PRU13 akan berlangsung awal bulan depan akan meleset sekali lagi.

“Setakat ini pun saya tidak nampak apa-apa ‘keghairahan akan ada PRU dalam beberapa minggu ini. Nampak gaya, kita kena menunggu sehingga selepas Aidilfitri,” katanya lagi.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembubaran Parlimen “adalah keputusan politik” yang hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri dengan mengambil
kira pelbagai faktor yang beliau rasakan sesuai.

“Sebagaimana saya telah katakan sebelum ini, ia keputusan politik. Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa, sekarang, bulan depan ataupun sebagainya. Tiada halangan kepada
Perdana Menteri dalam undang-undang,” katanya lagi.

“Pastinya beliau akan mengambil kira sama ada kesemua agenda dan program sudah dilaksanakan ataupun belum. Jika beliau merasakan sesuai, beliau boleh membubarkan,” kata Ahli Parlimen ini.

Sehubungan itu katanya, mengambil kira perkembangan dalam masa lima minggu akan datang, “satu-satunya halangan yang ada hanyalah bulan Ramadan.”

“Masyarakat Islam, orang Melayu tidak mahu pilihan raya diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan Gawai dan Pesta Kaamatan baru selesai, sekarang bulan Ramadan,” katanya - SH




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List