Beza raja kita dengan raja England

on Jun 16, 2012




16 JUN 2012  -

"Sejak kebelakangan ini perhubungan diantara institusi raja dan rakyat jelata telah menjadi isu hangat yang dibicarakan didalam media massa, internet mahu pun dikedai kopi. Topik ini sangat relevan kepada orang Melayu oleh kerana dari segi perlembagaan dan adatnya Kesultanan Melayu wujud sebagai payong kepada bangsa dan pelindung kepada agama Islam .

Namun beberapa insiden yang berlaku telah menampakkan kepincangan didalam hubungan ini . Rata rata orang Melayu sangat menghormati institusi raja raja ini dan mereka tidak mempersoalkan kedudukan istimewa yang dikecapi oleh sultan, raja serta kaum kerabat mereka. 


Tetapi ini tidak bermaana yang rakyat akan menerima bulat bulat apa sahaja yang dilakukan oleh raja raja serta kaum kerabat, apatah lagi jika perbuatan itu menampakkan kerendahan budi pekerti serta moral dari sudut hukum Agama dan adat. 


Kita bukan lagi duduk dizaman kuno dimana siapa yang gagah berkuasa dan siapa yang mempunyai hulubalang dan bala tentera yang ganas boleh menguasi kumpulan yang lebih lemah. Dizaman moden ini kita dapat membandingi satu keadaan dengan satu keadaan ditempat yang lain tanpa kita ketempat itu.


Institusi Raja diEngland telah bertapak lebih lama lagi dari Institusi kesultanan Melayu. Malahan institusi kesultanan kita telah meniru sistem Raja Berpelembagaan England dari segi pentadbirannya, dengan beberapa pengubahsuain tentu sekali . 


Namun nampak dengan jelas beberapa kelainan yang ketara diantara kedua dua institusi ini. Institusi diRaja England, termasuk Queen , boleh dikritik dan ditegur oleh rakyat jelata dan perbelanjaan istana tidak dirahsiakan. 


Dan sebenarnya Queen serta kerabat telah banyak kali diberi teguran sama ada  melalui akhbar akhbar, oleh individu dan juga melalui perdebatan di Parlimen. Tatkala sebahagian dari Buckingham Palace telah terbakar, Queen Elizabeth II terpaksa membuat pembaikan mengguna wang sendiri oleh kerana rakyat menganggap itu adalah tanggung jawap nya sendiri. 


Queen dan kerabat tidak terlibat berebut projek dan apa apa  konsesion kerajaan ( saperti kawasdan balak dinegara kita ) dengan rakyat jelata. Kerabat Queen bekerja untuk menyara diri termasuk cucunya ( anak Prince Phillips dan Diana ) yang kedua duanya menyertai pasukan bersenjata sebagai pilot helikopter.
Kita berharap agar perkara hubungan diantara dan raja ini diberi perhatian secara rasional .

Memandangkan institusi diRaja ditanggung melalui dana wang rakyat maka perlu ada persefahaman diatas kehendak kedua dua pihak. Janganlah jadikan raja raja Arab sebagai contoh . Kejatuhan Shah Reza Pahlavi oleh kerana dia tidak mendengar keluhan rakyat marhaen".
 sumber




Apa Akan Jadi Kalau Rakyat Boleh Berdebat Dengan Raja?

"BAYANGKAN jika rakyat biasa boleh bepeluang berdebat dengan raja, tentu menarik sekali.  Aku yakin ramai keturunan raja di seluruh dunia ini cerdik-cerdik belaka dan berpelajaran tinggi, tetapi mungkin ada juga raja di dunia ini yang bukan sahaja tidak berpelajaran tinggi, tetapi ego. sombong dan zalim pula.  Maka, andainya rakyat boleh berhujah dengan raja di atas apa yang dia tidak puas hati atau terasa dirinya dihina oleh raja, sudah tentu tiada raja di dunia ini yang sewenang-wenangnya menunjuk lagak.
Sejarah lalu ada kisah raja atau Sultan yang suka berhujah dengan rakyat. Kisah Sultan Aminur Rasyid terkenal dengan sikap baginda yang bijak dan sering berhujah dengan rakyatnya. Ada juga raja yang zalim tetapi masih memberi peluang kepada penentangnya untuk berhujah di depan beliau. Tetapi kerana zalimnya, hujah kebenaran yang dibawa di hadapannya ditolak mentah-mentah. Tetapi sekurang-kurangnya raja zalim ini mahu berdebat. Lupakah kita kisah Nabi Ibrahim A.S yang berhujah dengan rajanya berkenaan berhala?

Amat malang sekali di era moden ini jika ada raja yang memerintah mana-mana negara atau benua sekali pun yang takut untuk berdepan dengan kebenaran. Ada raja yang sentiasa menganggap rakyat berada di bawah telapak kakinya. Raja yang suka memperbodohkan rakyatnya itu sebenarnya raja yang tidak cerdik tetapi berselindung di bawah kuasa yang dimiliki walaupun kuasa itu sebenarnya tidak bermakna jika tiada rakyat. Raja jenis ini jika memerintah, rosaklah negeri kerana dia menyangka dia lah Tuhan yang tidak boleh ditegur dan dia sahaja yang betul sedangkan rakyat kenal asal keturunannya.

Nasib baik di negara kita raja-raja semuanya baik dan bijak belaka kerana kita tidak pernah dengar raja menampar atau menyepak rakyatnya, tidak pernah kita dengar raja minta balak, tidak pernah kita dengar raja kaki berpoya-poya dengan wanita malahan kita tidak mempunyai raja yang membazir. Bahagianya kita. Ada teman membuat lawak bodoh memberitahu aku, ada raja yang selalu dikritik tetapi tetap tenang, aku bertanya siapa raja itu? Teman ku jawab, " Rajagopal", Jurulatih Bolasepak Harimau Malaya". wfauzdin.blogspot.com



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List