SPR DAH MULA BERKATA KATA.......???

on Oct 30, 2010

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2Oa7KnR3bXyEagJ35WLFRLNGfPLAfTfrDLe0GGMrXylMYDaiIDsyfIYRgvFYfojaIfje-5-HjomjWrCafSGL-fGfYRXPYxs6YUT_bWWCUqOyVXOy4kEkMEqxyaq3PzpEY9FeF6wcw6T8/s1600/sprbn.png


GUA MUSANG: Tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk pulang mengundi merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.

"Pihak parti mungkin boleh memberikan pelbagai alasan bahawa pemberi wang itu adalah sebagai saguhati untuk tujuan menampung kos makan minum ataupun saguhati meninggalkan kerja atau apa sahaja.

"Tapi Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

Abdul Halim menyifatkan pemberian wang berkenaan bukanlah satu bentuk rasuah sebaliknya sebagai insentif bagi menarik minat pengundi untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, perkara berkenaan terpulang kepada parti lawan untuk mengambil tindakan susulan sekiranya pihak berkenaan mempunyai bukti yang kukuh.

"Dalam hal ini terserah kepada parti lawan, kalau mereka mahu ambil tindakan undang-undang...pihak PAS sewajarnya tahu apakah implikasinya.
"Sebarang aduan boleh dikemukakan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk disiasat," katanya.

Ditanya sama ada tindakan parti-parti politik menyediakan pengangkutan pada hari pengundian untuk membawa pengundi ke pusat mengundi turut menjadi satu kesalahan, Wan Ahmad berkata: "Perkara berkenaan boleh diterima kerana hanya menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
"Kita pun faham bahawa kadangkala orang kampung tiada pengangkutan, jadi perkhidmatan berkenaan tidak salah kerana mereka hanya bantu untuk hantar pengundi."

Kelantan 2 Negeri Sembilan 1

on






Menangggggggggggggggggggggg......






Bekas calon BN maki hamun Tok Guru......???

on


GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah(gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.

Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.
Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.
Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.
Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.

“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.
Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.
Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.
Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi  itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.
Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.
“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.
Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.
Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial  mencari arah.   

Lepas Merapi Tsunami Mentawai Pulak Menimpa......

on



Bukan sahaja Gunung Merapi meletus lagi, malah tsunami Mentawai turun menggoncang semula. Sebuah gempa berkekuatan 5,1 skala richter kembali menggoncang Mentawai. Lokasi gempa berada di 108 Km Barat Daya Pagai Selatan, Mentawai, Sumatera Barat.

Berdasarkan maklumat dari laman web Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa ini terjadi pukul 01.05 WIB, malam tadi.

Pusat gempa berada di kedalaman 27 km dan berkoordinat 3.45 LS – 99.42 BT. BMKG menulis gempa ini tidak berpotensi menimbulkan tsunami.

Sebelumnya, Mentawai dilanda gelombang tsunami pada 25/10 lalu. Tsunami ini melanda beberapa daerah hingga rata dengan tanah.

Berdasarkan data terakhir dari BPBD, pukul 20.30 WIB, semalam, tercatat 413 orang meninggal, dan 298 hilang. 270 orang cedera serius. 162 cedera ringan dan 12, 935 orang terpaksa berpindah.













Sumber

GALAS.....Semua aktiviti kempen terhenti gara gara bola.......

on

1. Selepas mengambil YB Dr Mariah dari Bilik Gerakan Muslimat jam 8.45 mlm tadi, Sekretariat Parlimen Kota Raja seramai 8 orang terus menghantar beliau untuk bermesyuarat di Bilik Gerakan Helwa.


2. Sehingga waktu ini semua aktivi kempen kedua-dua parti terhenti, manakala bilik gerakan UPU disesetengah tempat terlalu sunyi, tukang kempen kini beralih kekedai-kedai kopi dan warong serta restoran yang ada TV kerana disana berkumpul ramai orang yang mengadap TV melihat perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kelantan  bertemua Negeri sembilan.
3. Selain dari bola pada ini hujan lebat sedang turung di Galas.

4. Kami pulang kehotel untuk berehat seketika kerana pada jam 10.30 malam nanti akan mengiringi YB ke Lepan Tupai untuk beliau bermesyuarat disana. Siang tadi kami kesana dan melihat UBN sedang mengagih tandas kepada penduduk. Dalam PRU yang lalu PAS cuma menang 11 undi di UPU ini dan siang tadi persangingan begitu sengit diantara PAS dan Umno dalam menganjurkan pelbagai program dan menarik ada program sukan oleh PAS dan Program kesihatan oleh UBN dibuat begitu dekat iaitu hanya dipisahkan oleh jalan raya sahaja, tapi OK tiada sebarang masaalah.

5. Hotel budget kat sini amat mahal, diberitahu oleh penjaganya bahawa harga yang kami bayar RM150.00 hari ini hanya RM65.00 untuk hari biasa sebelum PRK.

6. Nak makan pun kena hati-hati jika tidak mahu terkejut ketika membuat pembayaran.






Nazri: Malaysia tiada halangan Clinton jumpa Anwar

on



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Malaysia tidak menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatannya ke negara ini bermula Selasa ini.

Nazri memberitahu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Malaysia tidak mempunyai masalah jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu berhasrat menemui Anwar.

Seperti pemimpin dunia yang lain, Clinton yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu depan boleh menemui Anwar atas sifatnya sebagai Ketua Pembangkang.

“Permintaan itu pun bukan nak jumpa Anwar, tapi nak jumpa ketua pembangkang... ini biasa macam kita pun kalau pergi ke Amerika Syarikat pun di antara orang yang kita berjumpa selain Presiden, kita juga berjumpa dengan ‘Majority Leader’... Senat, ‘Minority Leader’... itu biasa.


“Jadi, kita tak ada apa-apa halangan untuk dia nak berjumpa dengan Anwar tapi jumpa Anwar bukan kerana peribadi tapi kerana sebagai ketua pembangkang, kerana ketua pembangkang merupakan jawatan yang diiktiraf dan dibayar gaji dalam ‘Standing Order’ kita,” kata beliau selepas menyampaikan hadiah dan sijil sempena Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz di sini hari ini.

Nazri berkata Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemimpin yang mahu mengadakan lawatan rasmi ke negara ini termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan negara berdaulat Malaysia tidak perlu takut dengan sesiapa.

Lagipun kata beliau, Malaysia tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan mana-mana pemimpin dunia termasuk Clinton.

Justeru kata Nazri, sebarang kenyataan yang menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mahu berjumpa Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, bukannya datang dari Malaysia.

Pemandu Bas Hanya Memilik Lesen 'L' Tamat Tempoh Dan 7 Penumpang Terbunuh

on

Jam 7.50 malam semalam 7 terkorban, apabila bas terbabas di KM38 Genting Sempah.

JPJ mengesahkan pemandu bas terbabit tidak memiliki lesen memandu biarpun kenyataan awalnya dirakam pihak polis berbeza.

Gila! Gila! Gila!


Sebilangan penumpang meninggal dunia dan cedera manakala dia patah kaki kanan, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Pemandu akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau dipenjara tidak lebih 5 tahun atau keduanya.


Akta tetap akta, jika pemandu dihadapkan ke mahkamah sekalipun, perbicaraan bakal mengambil masa.

... sedangkan 7 keluarga kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.

Sebelum ini apabila 4 mangsa mati dibunuh secara kejam di Banting, Selangor, majoriti berkata, jenayah tidak mengenal bangsa mangsa dan pemangsa.

10 Oktober lalu, 13 terkorban dalam kemalangan membabitkan bas di Alor Gajah, Melaka. Majoriti berkata, kemalangan dan pemandu tidak ada hubungkait dengan bangsa si pemandu berusia 52 tahun terbabit.

Dalam kemalangan terbaru ini, barangkali majoriti kita akan melontarkan komen sama.

Sumber melaporkan, pemandu berusia 25 tahun itu berbangsa India dan hanya memiliki lesen 'L' tamat tempoh pada tahun 1997. Lebih mengejutkan, dia pernah disaman pihak berkuasa 6 kali sebelum ini.

Cukuplah, maklumat selebihnya bakal diumumkan Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat.

Saya kurang berminat menyentuh isu berhubung bangsa mereka terbabit tetapi lebih kepada soal sikap.

Manusia jenis apakah begitu berani memandu tanpa lesen, bukan kenderaan kecil tetapi bas membawa lebih 44 nyawa? Tidak cukup dengan tindakan itu, dia juga berbohong kepada pihak polis kononnya mempunyai lesen memandu. Pada masa sama, rekod pemanduannya juga meragukan berikutan saman dikeluarkan.

Saya pasti fakta bakal didedahkan pihak berkuasa berhubung salah laku pemandu terbabit akan lebih mengejutkan, percayalah buat sementara waktu.

Tujuh keajaiban dunia

on

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….


Murid itu menjawab….
“ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah

1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh Menyayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh ketawa
7. dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..

Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.

Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam

on



Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Samy Vellu: Umno kalah di 70 kerusi jika ingat bukan Melayu tak perlu.....???

on







SUNGAI SIPUT 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional BN — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13. 

Sehubungan itu beliau menegaskan pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa. Samy Vellu gambar merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008. 

Kata Samy Vellu pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali. “Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India ” kata beliau pada sidang media di sini hari ini. “Tanpa sokongan orang Cina dan India BN menang di hampir 70 kerusi ” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu. 

Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapan pada satu majlis tertutup seperti yang tersiar di You Tube baru-baru ini Johari didakwa berkata Umno Titiwangsa tidak memerlukan undi kaum Cina dan India jika mendapat 70 peratus pengundi Melayu.

 Sebelum ini Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga meminta pemimpin Umno Titiwangsa itu agar bersara dari politik. Beberapa pemimpin Umno khususnya dari Wilayah Persekutuan juga melihat pandangan Johari itu boleh menjejaskan sokongan pengundi kaum Cina dan India kepada BN kelak. 

Kata mereka ini bermakna di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu sekitar 20 hingga 30 peratus BN sukar untuk menang. Malah kata mereka bukan semua pengundi Melayu mengundi BN atau Umno kerana undi Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu Umno PAS dan PKR.

Kata Samy Vellu dalam persekitaran di mana masyarakat India mula kembali kepada BN secara beransur-ansur jangan memandang rendah keperluan sokongan mereka kepada perikatan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang. “Dia menyebabkan kemudaratan besar ke atas budaya politik baru. 

Perdana Menteri yang mahu menyatukan kesemua kaum bersama BN. “Kita tidak memerlukan ahli-ahli politik macam ini yang menganggap bahawa BN boleh menang dengan hanya pengundi Melayu ” kata Samy Vellu sambil menambah beliau terkejut untuk mengetahui pemimpin dalam BN sanggup bercakap demikian. 

Titiwangsa majoritinya pengundi Melayu salah satu bahagian Parlimen di Wilayah Persekutuan yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dua tahun lalu.

Pemilihan PKR hari ke-2: Zaid terus di depan....???

on

Setakat Jam 7.00 petang ini.


Keputusan pemilihan PKR hari kedua setakat ini memperlihatkan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim terus mendahului di depan.

Berdasarkan keputusan tiga cabang - Indera Mahkota, Teluk Kemang, Arau - yang diperoleh setakat jam 7.00 petang, Zaid berjaya menambah 129 undi.

Ini menjadikan keseluruhan undi yang diterimanya sejak semalam sebanyak 706.

Manakala pesaingnya, naib presiden Azmin ali mendapat tambahan 105 (keseluruhan 477) dan Mustaffa Kamil Ayub (keseluruhan 67) mendapat 6 lagi undi.

Keputusan untuk jawatan naib presiden bagi hari ini seperti berikut:
Nurul Izzah Anwar - 155 (keseluruhan 649)
Mansor Othman - 148 (keseluruhan 610)
Fuziah Salleh - 44 (keseluruhan 506)
Tian Chua - 59 (keseluruhan 489)
N Gabalakrishnan - 89 (keseluruhan 393)
R Sivarasa - 81 (keseluruhan 348)
Suresh Kumar - 12 (keseluruhan 219)
Dr Xavier Jayakumar - 92 (keseluruhan 176)
Baru Bian - 3 (keseluruhan 146)
Jonson Chong - 0 (keseluruhan (145)
Ansari Abdullah - 7 (keseluruhan 91)
Yusmadi Yusoff - 12 (keseluruhan 91)
Yahya Sari - 10 (keseluruhan 68)
Dominique Ng - 2 (keseluruhan53)
S Manikavasagam - 2 (keseluruhan 49)
Saiman Marjuki - 0 (keseluruhan 36)
James Ghani - 2 (keseluruhan 31
)

PRK Dun Galas :- Presiden PAS yakin menang di Galas 4 Nov ini

on





Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata peluang PAS untuk menang serta mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas dalam pilihan raya kecil ini cerah. Ini kerana, katanya calon PAS Galas, Dr Zulkifli Mohamad pernah menang undi dun berkenaan mengalahkan Tengku Razaliegh pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

"Peluang menang, InsyaAllah kerana undi kita telah menang mengatasi Tengku Razaleigh dengan lebih 300 undi. Undi Parlimen 2008, Dr Zulkifli bagi Dun Galas menang mengalahkan Tengku Razaleigh. Itu sudah jadi undi kita," jelasnya pada sidang media selepas merasmikan Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2010 kali ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, Setiu.

Katanya, tidak timbul PAS seolah-olah tidak yakin dapat mempertahankan kerusi Dun Galas dalam pilihan raya kecil 4 November ini.

DARI MATA PENA MOHD SAYUTI OMAR.........???

on

Coincidence Hari Jumaat 
Bertemu Tiga Bekas Penjawat Penting



KELMARIN berlaku lagi coincedence - pertemuan ringkas secara tiba-tiba yang cukup menyenangkan dengan tiga insan yang sedikit malang! Mereka ini adalah penjawat jawatan penting dalam politik negara. Saya sudah lama 'mencari' orang-orang ini ataupun ingin mengetahui di manakah mereka kini dan bagaimana mereka sihat atau pun tidak! Coincedence semalam sepertilah diaturkan begitu rupa.

Semuanya berlaku di perkarngan masjid Al Gurfran, di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ketika saya mampir untuk mendirikan solat Jumaat di masjid yang indah permai terletak di atas bukit kecil itu.

Sebenarnya sebelum ke masjid itu saya terlebih dahulu bertemu dengan Fauzi Zakaria yang pernah menjadi setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam banyak setiusaha akhbar MB Kelantan, Fauzi inilah yang pendek tempoh perkhidmatnnya. Kalau tempohnya setahun lebih saja. Beliau adalah setiausaha akhbar MB Kelantan yang ketiga selepas Wan Ismail Wan Jusoh, kini Adun Melor.

Setiausaha akhbar MB Kelantan yang pertama ialah Husam Musa, kedua Wan Ismail Wan Jusoh, ketiga Fauzi (ini), keempat Suhaiba dan yang kini Ahmad Fadhli Shaari. Jika dilihat kepada pencapaian ternyata Husam berjaya meletakkan dirinya sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz yang cemerlang beerdasarkan pencapaian Husam. Beliaulah setakat ini satu-satunya setiausaha akhbar yang kemudian dinaikkan pangkat menjadi setiausaha politik.

Lama saya mencari dan bertanya khabar si Fauzi ini. Ke manakah geranganya. Saya tidak pernah mengenalinya, kecuali nama dan semasa beliau menjadi SUA tidak pernah pun berjumpa dengannya. Cerita bagaimana beliau dipecat sungguh menarik dan seperti tidak masuk akal pula.

Katanya beliau hanya melakukan sedikit saja kesalahan kerana tidak menyiapkan ucapan kepada bosnya, Nik Abdul Aziz untuk satu majlis di stadium Sultan Mohamed ke VI Kota Bharu. Gara-gara itu menyebabkan MB itu panik kerana diminta berucap tetapi teks tidak disediakan. Nasib baik Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (bekas TMB) memberi teks ucapannya dapat menyelamatkan keaiban MB itu.

Selepas itu Fauzi tidak lagi berkhidmat sebagai SUA Tok Guru. Katanya beliau dinasihatkan berundur atau beliau sendiri mengambil keputusan berundur sebagai bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Insiden itu pada saya adalah tidak adil. Beliau baru melakukan kesalahan pertama. Apakah Tok Guru begitu marah dan tidak dapat mengawal kemarahannya? Ataupun pengunduran itu kerana ada orang lain yang kurang senang dengan Fauzi disebabkan dia dicopkan klik pihak tertentu. Dalam politik kroni diutamakan termasuk Pas.

Saya bertanya Fauzi mengenai kejadian malang itu. Beliau agak keberatan untuk menjelaskannya dan mahu melupai peristiwa itu. Tetapi beliau ada bayangkan bahawa beliau tidak mengetahui bahwa Tok Guru perlu berucap malam itu kerana itu beliau tidak menyediakan teks ucapan.

Jadi selepas itu beliau hilang dari arus politik Kelantan. Selama ini menurutnya merantau ke Arab Saudi menuruti isterinya yang bertugas di sana. Sambil itu beliau menyambungkan pelajaran di peringkat Phd di salah sebuah universiti di sana.

Sayang orang seperti Fauzi (foto)berperwatakan lemah lembut dan banyak ilmu dibiarkan begitu saja. Beliau adalah seorang pensyarah di Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias) Seharusnya Pas menghargai modal insan yang dimiliki menerusi Fauzi itu. Kalau boleh Pas bertanyalah Fauzi dan beri peranan sewajarnya kepada beliau. Kalau beliau tidak cekap untuk jadi setiausaha akhbar, berilah tanggungjawab dalam pendidikan ataupun bidang lain yang mampu dikendalikannya olehnya. Bukan senang untuk Pas mendapat seorang ahli yang sudah memiliki fikrah perjuangan seperti Fauzi ini.

Iya, macam disusun atur oleh Allah pula, sewaktu saya hendak masuk ke pintu masjid al Gurfan tiba-tiba saya melihat sosok tubuh tinggi lampai berambut kerinting dan berkaca mata. Dia berjalan bersendirian penuh sentimental dan mungkin hatinya sudah tertempa ke masjid untuk berdepan Allah. Saya menegurnya dan bersalamnya dengannya. Sempat dilempar sebuah senyuman pahit-pahit manis, kelat-kelat daun kandis.

"Lama tak jumpa, semalam ana tengok gambar enta dalam buku Kickdefella.." saya cuba memesari dan menarik perhatiannya. Sambil menyambut tangan saya, dia hanya berkata; "jumpa tempat molek". Maksudnya berjumpa dengannya di pintu rumah Allah.

Dia tanpa membrek perjalanannya kerana mungkin sudah terdengar panggilan Tuhan bertalu-talu terus masuk ke dalam masjid untuk bersatu dengan malaikat. Orang ini juga seorang 'bekas' dan berkhidmat dengan MB Kelantan selama 10 tahun. Dia ialah Annual Bakri Haron, atau Anbakri.

Sudah lama juga saya mencari dan bertanya minda saya ke mana dia ini. Apa dia buat sekarang setelah meninggalkan Kota Darunaim. Saya menanti akan penerbitan buku-bukunya kerana semasa memberi alasan dia berundur dari menjadi Setiausaha Politik MB dulu dia ingin menerjunkan diri dalam dunia penerbitan secara komersial. Ataupun menunggu albumnya kerana dia juga dikatakan bisa mendedangkan lagu-lagu berbentuk seriosa.

Kemuncak kepada coincedence semalam ini selepas sembahyang Jumaat. Ketika menanti teman di kereta betul-betul di albab besar masjid itu, tiba-tiba terjenguk bekas Perdana Menteri ke 5, Abdullah Ahmad Badawi. Beliau melangkah perlahan sambil menerima sambutan salam dari orang ramai. Jalannya terpapah-papah. Begitu melihatnya saya menghampri dan bersalam dengan Pak Lah.

"Eh, apa habaq?" belum sempat saya bertanya, Pak Sudah sudah menghulurkan pertanyaan sambil tersenyum. Senyumannya masih juga seperti sebelum menjadi PM dan semasa menjadi PM. Saya bersalam dengannya dan menundukkan kepala tanda hormat kepada negarawan bergelar Tun.

"Baik. Pak Lah sihat ke?" tanya saya terharus kerana beliau masih mengingati dan mengenali saya.

"Ini kaki uzur sikit. Gaout..." belasnya sambil sedang menyahutkan seliparnya perlahan-lahan. Tangannya dipimpin seseorang. Munkin body gurdnya.

"Lama tak dengar khabaq, you sihat ke di mana sekarang?" tanya Pak Lah balik. Ayat inilah ada favourite Pak Lah.

"Sihat. Saya ada telefon Kamaruzman (Datuk bekas Setiausaha Akhbarnya), tanya hal Pak Lah, dan dia ada bagi nombor telefon, ingat nak jumpa Pak Lah," jelas saya sambil mengiringi dia berjalan keluar masjid. Pak berjalan terhinjuk-hinjuk, nampak sekali dia tidak berapa larat.

"Mailah rumah... boleh sembang-sembang," ajaknya.

"Memang nak jumpa Pak Lah, nanti saya konteks semula," balas saya.

Sejak dia jadi PM saya tidak pernah berjumpa dan hanya bersalam sekali saja semasa beliau merasmikan Koridoraya Pantai Timur (Ecer) bersama Tok Guru Nik Aziz. Selepas itu tidak berjumpa kecuali melihatnya dari kaca tv dan mendengar perkhabaran tentangnya menerusi kekawan.

Saya tidak merasa sedih kalaupun tidak berjumpa dan bersembang seperti dulu. Saya tahu beliau sibuk dan senantiasa ditunggui oleh tetamunya. Saya ingat masa Pak Lah bersendiri di buang oleh Mahathir dari kabinet Pak Lah seperti ahli politik dagang di negara ini. Tidak siapa mempedulikannya. Nasibnya macamlah nasib bekas setiausaha politiknya, Ramzi Abdul Rahman hari ini yang tidak dipedulikan sesiapa.

Walaupun Pak Lah dianggap sebagai PM yang paling lemah dan tidak berjaya tetapi saya tetap menghormatinya. Ada keistimewaan dan kelebihan kepada Pak Lah. Beliau berjiwa besar. Tenguklah walaupun beliau dikecam dan dikritik oleh Dr Mahathir beliau hanya mendiamkan diri, tidak menjawab. Seingat saya hanya sekali saja beliau membedal Mahathir, mungkin beliau hilang sabar.

Lepas itu mahathir terus menggodamnya tetapi Pak Lah bersikap berlapang dada dan mengambil pendirian untuk tidak membalas. Sikap itu akhirnya orang ramai menilai antara beliau dengan Mahathir, ternyata beliau lebih profesional atau matang.

Saya berharap sutau hari kami akan dapat bersembang seperti dulu-dulu semasa beliau belum menjadi PM dan semasa beliau tiada apa-apa jawatan. Hari ini beliau sudah kembali menjadi seperti orang biasa bolehlah saya mendekatinya untuk mengimbau kembali segala sukadukanya dalam politik. Saya percaya waktu ini tidak sukar untuk menemui Pak Lah kerana beliau kini sudah tidak dilingkungi orang para lalat dan langau politik.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List