Katak Melompat Lagi Di Batu Sapi....???

on Oct 30, 2010

SANDAKAN: Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno.
Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini, Sabtu.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno.
Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka. - BERNAMA


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List