PAS BAYAR PENGUNDI LUAR BALIK MENGUNDI.....???

on Oct 30, 2010

PAS akan membayar sehingga RM250 kepada pengundi yang berada di luar DUN Galas bagi menampung kos perjalanan mereka untuk keluar mengundi pada 4 November nanti.

Penasihat jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil itu, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, bayaran itu bukanlah satu bentuk rasuah.

Katanya, bayaran tersebut hanyalah untuk memudahkan kumpulan pengundi berkenaan, sejumlah 1557 orang bagi keluar mengundi.

"Kalau pengundi luar ini tidak balik, kita risau juga.

"Kita tisak mahu jumlah keluar mengundi kali ini kurang daripada 81 peratus," katanya.

Sejumlah besarnya merupakan 675 orang pengundi Melayu dan 215 orang pengundi Cina yang berada di luar Kelantan.

Seramai 290 orang pengundi berada di luar kawasan DUN Galas manakala seramai 372 orang pula berada di luar kawasan parlimen Gua Musang, katanya lagi.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi kita akan bayar kepada mereka," katanya dalam satu sidang media hari ini.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List