KUALA LUMPUR- Jalan-jalan menuju ke Stadium Bukit Jalil, venue pertandingan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan malam ini, sesak sejak pukul 2.30 petang.
Jurucakap PLUS Expressway berkata, kesesakan itu bermula selepas plaza tol Sungai Besi menghala ke Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) dan susur masuk ke Bukit Jalil.
"Jalan-jalan sekitarnya juga dijangka bertambah sesak apabila waktu perlawanan pukul 8.45 malam ini semakin hampir," katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya, laluan Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara ke selatan masih lancar.
Katanya, pihak PLUS Expressway akan memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai kesesakan kawasan berkenaan menerusi paparan di papan Varible Message Sign (VMS) dari semasa ke semasa. - Bernama
0 comments:
Post a Comment