PKR : JPP Nak Buat Undi Pos... Biar Betul ........???

on Nov 20, 2010



Pertama.... aku minta maaf banyak kalau2 aku tersilap baca ( Baca Link Bawah ) sebab aku memang dah bosan dengan kerenah PKR nih... tapi kalau perkara2 bangang yang berlaku aku memang suka.... hahaha... 


Kedua..... ntah la... samada betul atau tidak hanya geng PKR jer yang tau pasal Undi Pos ni.. mungkin ada sesiapa dari geng PKR yang boleh mengesahkannya.....??? Takut perkara ini bahan fitnah pulak... tapi masakan pokok boleh bergoyang kalau tak ada angin bertiup.



Ketiga..... kalau betul cerita ni... maka dengan penuh hormat dan rendah diri izinkan lah aku mengutuk ko orang dengan kebangangan dan kebodohan sikap JPP-PKR dan spesis spesis  PKR yang dah jadi semakin sewel semata mata untuk menjaga sekerat dua pemimpin dalam PKR. Yang kita orang ni ahli ahli dan penyokong setia PKR ko orang pandang sebelah mata aje. Ko orang sembah kami hanya pada piliharaya aje. Ko orang ingat kita orang ni lembu ke......???. Lebih BODOH kalau teruskan ide undi pos nih... 




Mana tak lawaknya beb pagi-pagi buta nih... jikalau sebelum ini berdegar-degar menentang amalan Undi Pos oleh SPR... siap dengan demontrasi jalanan (BERSIH) menentang amalan bodoh ini...




Tiba2 JPP - PKR nak adakan undi pos... ha..ha..ha... apa ko orang semua dah meroyan sewel agak nya.........



Kepada JPP - PKR... weiiii... kalau SPR dah meroyan sewel  ko orang janganlah terikut meroyang sewel, sudah2 la.. buat perkara2 bangang semenjak pemilihan parti bermula, kau orang punya bangang sedikit sebanyak boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap perjuangan PKR tau tak... khususnya Pakatan Rakyat.



Aku ni penyokong tegar  Pakatan Rakyat... kadang2 pedih jugak telinga  bila member2 UMNOBN aku yang totok gileeerrrr.... mengutuk PKR... khususnya Pakatan Rakyat, nak tak nak aku pun tumpang semangkuk mengutuk jugak lah... sebab perangai pemimpin2 PKR memang terkutuk pun...  




Ishhh... kalaulah rakaman audio RM25 ribu kat Permatang Pauh tu ada pada aku..., dah tentu le aku upload kan dalam blog nih..., biar semua orang dengar suara siapakah yang mengamok marah2 tu... jangan sampai mamat tu kata... "itu suara macam suara saya, tapi itu bukan saya"... kah..kah..kah.... cissss... perangai buruk UMNOBN jugak yang kau orang nak ikut....



Aduhaiiiiii... politik... politik..., kerana gila kuasa dan jawatan, dalam bahasa lembut "bikin manusia jadi kurang waras...." ertikata lainnya... dalam bahasa kasar... "bikin manusia jadi GILABABI..." sama macam idea gila seperti dakwaan tersebut.




Baca Seterus Nya Kat Sini

Utusan Malaysia & TV3 media sampah........???

on




Dalam keghairahan mereka menjadi balaci Umno, kedua-dua media haprak ini cuba menggambarkan kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan dari PAS sebagai pilih kasih, kayu dan tidak effektif dalam kerja2 mereka dalam membantu mangsa banjir di negeri itu.

Lalu dalam masa yang sama digambarkan pula, hanya...ya 'hanya' Barisan Nasional dan Umno sahaja yang buat kerja. Makanya Muhyiddin dan Shahrizat bollywood diangkat macam penyelamat.

Namun semalam akhbar The Star menyiarkan sepucuk surat dari rakyat negeri Kedah, P.S. Alor Setar yang menceritakan isi hati sebenar mangsa-mangsa banjir di negeri itu. Surat beliau membenarkan apa yang dititahkan oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah semasa merasmikan Persidangan DUN negeri itu baru2 ini.

Cuma aku nak cakap macam ni ajer...kesian beruk mat yeh dengan kuncu2nya...he he!!

PAS volunteers who did the one truly onerous task that no one else wanted to do. After the floods, small mountains of damaged furniture and wet and stinking mattresses were piled outside our houses which even rubbish collectors refused to take. Along came a group of PAS volunteers with lorries and dumpsters. They loaded and carted away the heaps of stinking junk with their own hands. You did that which others could not even be paid to do! For that, you have my total respect and gratitude.

Di bawah ini aku siarkan isikandungan surat tersebut...

Touched by 1Malaysia spirit of volunteers

It has been a week since the floodwaters receded in Kedah and life is returning to normal. Throughout the ordeal, many people worked hard to help those affected, and as a victim of the flood, I want to say thank you to all of you.

The personnel of the Civil Defence Department were constantly coming to check on us as the floodwaters rose. They were ever smiling and courteous, and those stranded were evacuated in a very professional and orderly manner.

TNB staff came by at all hours of the day and night, constantly monitoring the safety of the substations and turning off the electricity supply when the water level got too high. I was impressed by their dedication and attention to safety.

Kudos to the private groups of volunteers who came with boats, dinghies and life jackets in the middle of the night to evacuate the stubborn who refused to leave until the road had become impassable. You didn’t have to but you did.

And thanks too to all the state agencies and volunteers (some who came from out of town and even out of state) who evacuated, rescued and cared for the displaced. There were those who worked at the evacuation centres to ensure that all the people were fed.

The state government has done a good job in ensuring smooth coordination between all the agencies involved. It was a gargantuan task but you pulled it off. No one was left behind, no one died, and no one starved.

My salute to the staff of emergency services and doctors and nurses who worked round the clock for days on end, even though their own homes were flooded.

My thanks also go to the following groups:

> The engineers of Gamuda who, after four days of flooding, agreed to dig a trench through the bund to let the floodwaters flow out to the drain. The water was previously receding at the rate of only an inch every 12 hours, but after the bund was breached, the water drained out at one foot per hour, and our houses were dry again in no time. If it had not been for their action, we would still be in water right now.

> The Tzu Chi charity for providing us with food and water for many days while we cleaned up, and then for the large bag of foodstuff and full-sized toiletries enough for a family of four, and an angpow of RM200. Your generosity and kindness truly touched our hearts.

> PAS volunteers who did the one truly onerous task that no one else wanted to do. After the floods, small mountains of damaged furniture and wet and stinking mattresses were piled outside our houses which even rubbish collectors refused to take. Along came a group of PAS volunteers with lorries and dumpsters. They loaded and carted away the heaps of stinking junk with their own hands. You did that which others could not even be paid to do! For that, you have my total respect and gratitude.

I was heartened to see that the volunteers comprised all races. The spirit of 1Malaysia has never left our hearts.

P.S.,
Alor Setar.

PESTA BANTAI ZAHID...........???

on

Alahaiiii........ yang hangat dipasaran tak pulak di ceritakan, semua sorok bawah bantal. Cerita le macam mana undi boleh terlebih, tersalah masuk data, budak baru belajar ke..... sedap sikit nak mendengar nya. Ni ko orang pegi bantai Zaid sampai nak mampos apa ke hal. Memang le ko orang ni tak ada telor. Telor yang dua biji pun tak boleh nak jaga ke.....???


IMG00458-20101119-2347

SHAH ALAM: Perhimpunan suaikenal anjuran PKR Selangor di sini malam tadi bertukar menjadi medan menggodam Zaid Ibrahim dalam usaha untuk membersihkan parti dari "trojan horses".
Walaupun beberapa pemimpin parti tidak menyebut nama individu berkenaan secara spesifik namun jelas mereka menghentam setiap kenyataan negatif bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu terhadap parti.
Zaid yang juga bekas menteri undang-undang mengambil keputusan keluar parti berkuatkuasa 16 Disember ini dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dari berbagai media cetak dan elektronik di kediamannya semalam.
Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali, pesaing terdekat Zaid dalam jawatan timbalan presiden sebelum ini, dalam ucapannya merayu kepada kepimpinan tertinggi parti agar bertindak tegas dan berani untuk membersihkan "trojan horses" ini kelak.
Menurut beliau, gesaan Zaid supaya Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari parti disifatkan sebagai melampau.
Minta Anwar berundur tindakan melampau
Azmin berkata, "ada suara-suara sumbang……. jika suruh saya berundur saya terima.  Tapi kalau suruh Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur itu tindakan melampau.
"Beliau umpama orang tiada rumah, kita jemput masuk dan beri segala kemewahan, beri segala makanan dan tilam empuk, permaidani hebat…setahun nikmati kemudahan itu," tambah beliau.
Ujar beliau, "maka saya rayu Anwar, (Presiden) Wan Azizah (Wan Ismail), Timbalan Presiden (Syed Husin Ali), Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat selesai kongres……. kita perlu tegas dan berani untuk membersihkan ‘trojan horses’ yang wujud dalam parti.
"Jangan tangguh…sebab kita bimbang dengan orang-orang seperti ini.
Kita bersama presiden, Anwar dan rakyat sudah bina parti ini 12 tahun lalu," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 anggota PKR di Auditorium MBSA malam tadi.
Katanya, semakin banyak serangan diterima PKR beliau yakin parti itu akan bertambah kuat.
Penyandang timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang cukup lantang mengkritik Zaid mengalu-alukan pengunduran beliau daripada PKR.
"Apa hendak kita gelarkan kepada seseorang yang menafikan keputusan Pakatan Rakyat memboikot Utusan Malaysia dan memburukkan parti?," tanya Azmin.
‎​"Jika orang ini hendak keluar…sila keluar. Jika orang ini nak gunakan tali gantung untuk gantung diri pastikan biar sampai mati," katanya.
‘Fikir banyak kali, jangan nanti ‘gila bayang’
Sementara itu, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pemimpin yang keluar parti kelak agar tidak bertindak seperti orang ‘gila bayang’.
Beliau turut merujuk kepada kes bekas setiausaha agung PKR P Jenapala yang menyaman parti berhubung pemilihan ini sebagai tidak dapat menerima hakikat.
Saifuddin menyifatkan Jenapala sebagai ‘tidak dapat menerima hakikat’ ekoran pemecatan dalam PKR sehingga bertindak untuk saman parti.
"Pemimpin seperti ini memang kurang ajar, jangan kita biarkan mereka. Setuju atau tidak untuk bersama dengan dia?," soal Saifuddin sambil disahut ‘tidak’ oleh para mereka yang hadir.
"Beliau mahu keluar parti 16 Disember….sebab nak jelajah nak dapat sokongan," kata Ahli Parlimen Machang itu tanpa menyebut nama individu terbabit.
Dipecat kerana muflis
"Mereka hantar saman sedangkan sebelum saya jadi setiausaha Jenapala sudah dipecat sebab muflis. Dia tidak terima hakikat dan hantar surat. Saya ingatkan kembali sebelum mahu bercerai fikir banyak kali, jangan nanti gila bayang"," katanya.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilihat lebih tenang daripada pemimpin lain yang cukup agresif ketika mengkritik dan mempersoal kesetiaan Zaid terhadap parti.
Beliau menekankan semangat setia kawan serta semangat perjuangan dalam parti berusia 12 tahun itu.
Tegas beliau, "kita perlu ingat bahawa kejayaan PKR bersama-sama Pakatan Rakyat mesti mementingkan rakan pasukan bukan diri sendiri, itu kekuatan kita.
"Setiap ahli wajar pegang prinsip perjuangan dan semangat setia kawan maka rakan lain turut terasa apabila ‘cubit peha kiri peha kanan terasa sakit," katanya.

Rapat Umum PKR......

on



Rapat Umum PKR Selangor



Malam tadi telah berlangsung rapat umum perdana PKR Selangor bertempat di adotorium MBSA di Shah Alam dengan tema Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman. Empat orang tokoh PKR berucap pada majlis berkenaan, Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Mohamad Azmi Ali (Naib Presiden), Abdul Kahlid Ibrahim (MB Selangor), Syed Husin Ali (Timbalan Presiden) dan Anwar Ibrahim (Ketua Umum). Lebih 2,000 hadir pada rapat umum berkenaan dan ianya diangap berjaya.










Kehadiran Anwar disambut kecaman ahli



SEBAHAGIAN daripada kira-kira 100 ahli PKR mengadakan tunjuk perasaan
 secara aman mendesak Anwar dan Azmin Ali undur di Dataran Shah Alam, 
malam tadi. 

SHAH ALAM 19 Nov. - Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur.


Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu berkumpul di Dataran Shah Alam lengkap dengan kain rentang yang tertera kata-kata mengecam Penasihat PKR itu.

Mereka yang diketuai oleh calon Ketua PKR Cabang Kota Raja, S. Kottapan mula berkumpul kira-kira pukul 8.15 malam bagi menggesa pucuk pimpinan parti itu membatalkan pemilihan peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Mereka berhimpun kira-kira 50 meter dari Wisma MBSA yang merupakan tempat Anwar mengadakan taklimat kepada ketua-ketua PKR Selangor.
Penunjuk perasaan itu membawa kira-kira tujuh kain rentang yang antaranya tertera kata-kata 'Anwar, Azmin undur' dan 'Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti'.

Kira-kira lima minit selepas kumpulan itu mengangkat kain rentang, hampir 50 orang yang dipercayai ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) datang ke dataran itu dan menyuruh kumpulan yang diketuai Kottapan bersurai.

Akibatnya berlaku pertengkaran selama kira-kira 10 minit sehingga hampir mencetuskan pergaduhan di antara mereka.
Bagaimanapun, sepasukan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berjaya mengawal situasi dan kedua-dua kumpulan berjaya dipisahkan ke tempat berasingan.
Polis kemudian memberi tempoh 10 minit kepada Kottapan untuk bersurai yang dituruti oleh kumpulannya dan polis kemudiannya merampas semua kain rentang.

Kottapan ketika ditemui berkata, mereka mengadakan demonstrasi aman bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan peringkat cabang dan MPP yang dicemari penipuan dan rasuah.
Sementara itu, dalam taklimat berkenaan Anwar menyelar Datuk Zaid Ibrahim kerana 'menyerang' PKR menggunakan 'media UMNO'.

Beliau berkata, golongan seperti itu merupakan pengkhianat dalam perjuangan dan 'laskar upahan' yang kerjanya memaki PKR.

Anwar juga memperlekeh ahli-ahli PKR yang membantah pemilihan cabang tetapi tidak mengemukakan bukti dan beliau menyamakan keadaan itu seperti kes liwat yang dihadapinya.


sumber : Utusan Malaysia



Masih dara selepas 6 tahun berkahwin

on

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan wanita menderita nafkah batin dan mendakwa masih dara walaupun sudah bernikah enam tahun lalu gara-gara tersalah pilih suami yang hanya bernafsu kepada kaum sejenis.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Citra, 35, berkata rahsia suaminya itu dirungkaikannya selepas memasang alat perakam di dalam kereta, selain penemuan gambar, maklumat dalam diari serta pendedahan rakan karib lelaki terbabit.

“Hakikat itu amat mengecewakan saya menyebabkan saya terpaksa minta cerai,” katanya sambil memaklumkan segala urusan perceraiannya sudah selesai di pejabat agama sebuah daerah di Selangor, baru-baru ini.

Berkongsi pengalamannya dengan Harian Metro untuk dijadikan pengajaran kepada wanita lain supaya berhati-hati memilih suami, Citra berkata dia mengenali suaminya yang dinamakan M pada awal 2003 selepas diperkenalkan adik sepupunya.

“Pada awal perkenalan, dia cukup sempurna apatah lagi tampil dengan ciri alim selain pandai mengambil hati ibu dan anak saudara yang saya pelihara sejak kematian ibu bapa kanak-kanak itu.

“Mungkin kerana ingin memenuhi kehendak ibu yang mahu saya berkahwin selain terpaut dengan kasih sayang ditunjukkan kepada anak saudara menyebabkan saya bersetuju berkahwin pada Disember 2003 walaupun baru mengenalinya kira-kira tiga bulan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Citra yang memiliki beberapa rangkaian perniagaan berkata, kekurangan atau kelemahan M mula dikesannya sejak awal perkahwinan berikutan kegagalannya melayari malam pertama dengan sempurna.

“Namun, saya menganggap ia mungkin masalah biasa bagi pasangan yang baru berkahwin dan terus mencuba walaupun dia seolah-olah hilang bersemangat ketika di ranjang.

“Mungkin agak memalukan untuk diceritakan, namun suami saya langsung tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang dengan pelbagai cara,” katanya.

Menurut Citra, sejak itu, pelbagai cara dilakukannya termasuk berpakaian seksi dengan memakai baju tidur sutera selain memastikan fizikal tampil menarik bagi membangkitkan nafsu suaminya.

“Namun, semua itu sia-sia apabila suami seolah-olah sengaja menjauhkan diri. Saya bertanya apa kekurangan diri ini, namun dia tidak dapat memberikan penjelasan munasabah.

“Sebaliknya, ketika cuba mengelak daripada berasmara dia hanya memberi pelbagai alasan tidak logik seperti tak mahu ganggu saya yang keletihan, ingin menonton televisyen terlebih dahulu, mesyuarat di pejabat serta pelbagai alasan lain,” katanya.

Menurutnya, lebih mengecewakannya apabila suaminya itu memberi alasan mati pucuk akibat menghidap kencing manis.

“Tapi, saya tahu alasan itu tidak munasabah kerana kencing manis yang dihidapinya tidak serius apatah lagi usianya yang masih muda.

“Akibat terlalu ingin menimang cahaya mata, saya berusaha menjalani penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI selain kaedah bayi tabung uji atau IVF bagi mencapai impian itu.

“Walaupun terpaksa menjalani pembedahan selain mengeluarkan belanja besar sehingga lebih RM30,000, namun kedua-dua usaha terbabit tetap gagal berikutan sperma suami saya lemah.

“Malangnya saya dipersalahkan suami dan dituduh menjadi punca kegagalan mendapatkan cahaya mata,” katanya.

Namun, kata Citra, segala persoalan yang menghantuinya terjawab apabila dia menemui gambar suaminya berpelukan dengan lelaki lain.

Katanya, bukti itu diperkukuhkan dengan penemuan diari M dan pengakuan rakannya yang memberitahu M homoseksual sejak di bangku sekolah.

“Untuk mencari bukti lebih sahih, saya memasang pita rakaman di dalam kereta dan hasilnya saya dapat mendengar rakaman perbualan mengghairahkan suami dengan rakan lelakinya,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan penderitaan dialami, dia memutuskan untuk bercerai dengan suaminya dan M bersetuju untuk melepaskannya selepas menyedari rahsianya terbongkar.

“Saya kini lebih lega selepas lebih enam tahun menderita batin dan emosi akibat tidak disentuh dan dilayan selayaknya sebagai wanita bergelar isteri,” katanya

PENDATANG ASING TANPA IZIN.....PATI... APA HAL......???

on

Implementasikan KUASA Bloggers!!! (Kita Cuba)

"Saya 2 tahun kerja ladang sana Klang, lepas itu sini mari kerja," ujar lelaki berusia 25 tahun, berbaju oren.

3 rakannya, juga warga India berasal dari Chennai sibuk mencuci kereta.

Tapak premis mencuci kereta itu, kawasan parkir di Rumah Pangsa Jalan PJU 8/6, Desa Temuan, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.


Tidak! Tidak! Tidak! Mereka sama sekali bukan pelanggan khas kedai di Desa Temuan seperti tertera di papan tanda di atas. Warga India berusia di antara 24 dan 44 tahun terbabit, kesemuanya berstatus pendatang tanpa izin, PATI kerana menyalahgunakan permit kerja telah lama tamat tempoh..


"Saya sini Malaysia sudah duduk 5 tahun," kata pekerja.

Maksudnya, sejak 3 tahun lalu dia tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Apa fasal tak balik India?," soal saya.

"Rumah tarak bikin lagi," jawabnya.

Tambahnya, antara tujuan mereka berhijrah ke Malaysia, untuk mencari wang dibuat modal membina rumah batu di kampung halaman.

"Satu rumah RM60,000, sekarang itu pasir sama simen, harga sudah naik," tambahnya selamba.

Engkau datang ke negara aku, lari daripada majikan, sekarang bekerja secara haram pun ada niat membina rumah batu. Sedangkan warganegara aku, ramai tidak memiliki rumah sendiri dan segelintir tinggal di bawah jambatan.

Itu detak hati saya.


Tiada langsung riak keresahan mahupun kebimbangan tergambar di wajah mereka, selesa bekerja biarpun berstatus PATI.

Saya percaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, tidak mengeluarkan lesen untuk premis mencuci kereta di dirikan di tapak pakir kawasan perumahan. Maksudnya, selain bekerja secara haram, premis ini juga tidak berlesen.


"Siapa punya ini car wash?," tanya saya.

Dia menjawab.

"Haaaa? Awak memang berani! Kalau saya jadi awak, saya mesti tak kan bagi tahu siapa saya punya taukeh," kata saya.

Itu reaksi spontan saya sebaik mendengar identiti sebenar pemilik premis terbabit.

Jika dakwaan pekerja itu benar, saya terfikir ...

Malangnya Malaysia.

Mereka diperuntukkan kuasa menegakkan undang-undang negara kemudian secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa terbabit, rela melacurkan negara sendiri, menggajikan PATI di premis tanpa lesen hanya kerana wang.

Jika penghibur ulung negara, biduan Allahyarham Sudirman Hj Arshad pernah mendendangkan lagu 'Milik siapakah gadis ini', pembaca tekalah, milik siapalah premis ini?

Saya yakin pembaca setia blog ini tahu saya telah ribuan kali menyertai operasi bersama pelbagai pihak berkuasa, membanteras PATI di seluruh negara.

Kali ini saya ingin semua pembaca 'mengambil bahagian' dalam operasi di alam maya. 

MBPJ memiliki laman web menawarkan ruang aduan. Justeru, mari bersama kita adukan kepada pihak berkuasa tempatan terbabit berhubung kegiatan tidak sah berlaku di hadapan mata.

Hantarkan aduan ke aduan@mbpj.gov.my dan pada masa sama, ISNIN akan datang, 22 November 2010, bermula jam 10 pagi, kita bersama menghubungi MBPJ menggunakan talian 03 79546 3544untuk melontarkan aduan serupa.

Kita lihat sejauhmanakah kepantasan MBPJ bertindak menangani kes ini berlandaskan aduan orang ramai.

Blog ini memiliki lebih 3,000 pengikut, jika kita bertindak membuat aduan secaera bersepadu, saya yakin operasi premis terbabit mampu dilumpuhkan pada hari Selasa atau Rabu. Jika pada hari Khamis tindakan tidak dilaksanakan, kita gagal.

Apa kata sekurang-kurangnya setiap pelawat menyalin tampalan ini dan seterusnya hantarkan kepada emel MBPJ jika berasa rugi menghubungi penguatkuasa mereka. Maklumlah setiap panggilan keluar mempunyai kos tersendiri.

Jika pembaca telah menghantar emel atau menghubungi MBPJ, maklumkan saya melalui ruangan komen blog ini.

Mari kita implementasikan kuasa bloggers!

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List